CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Ahad, 28 Februari 2010

SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA

BAB 4 – Sistem Perundangan Malaysia

1. perkembangan undang-undang di Malaysia
- undang-undang ialah peraturan yang dipersetujui umum
- tujuan – melindungi , mengatur dan memelihara kehidupan masyarakat agar sentiasa dalam keadaan aman dan harmoni
- sumber undan-undang Malaysia
- a. Undang-undang bertulis
- B. Undang-undang tidak bertulis

Undang-undang bertulis
1. Perlembagaan - Undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan badan legislatif , eksekutif dan judisiari
2. Statut - Digubal sama ada dalam DUN atau parlimen
3. Akta - Diluluskan oleh parlimen selepas 1959 hingga kini
4. Enakmen - Diluluskan oleh DUN di Semenanjung Malaysia
5. Ordinan - Diluluskan oleh parlimen antara tahun 1948-1959 Diluluskan oleh Sabah dan Sarawak / Diluluskan dalam masa darurat
6. Undang-undang Islam - Bahagian yang dikanunkan sebagai enakmen ( mahkamah syariah )
7. Undang-undang adat Sabah dan Sarawak - Dikanunkan di kedua- dua negeri
8. Ordinan Undang-undang adat bumiputera Sarawak 1946
9. Ordinan pemakaian undang-undang Sabah
10. Perundangan kecil ( subsidiari ) Peraturan/ perintah / surat lain diperbuat mengikut mana-mana perundangan oleh Menteri / PBT dan sebagainya
Undang-undang tidak bertulis
- undang-undang adat , Undang-undang Islam , undang-undang lazim Inggeris , doktrin duluan kehakiman
- mengambil undang-undang adat Melayu tradisional sebagai panduan
- terbahagi kepada 2 iaitu adat perpatih dan temenggung
- perpatih – diamalkan sejak abad ke 17, bersifat matriakal , pemerintahannya lebih bersifat demokrasi , lantik pemimpin , selesai masalah secara muafakat
- adat temenggung- semenjak zaman kesultanan Melaka , bersifat patriokal ,pemerintahan bersifat autokratik / raja berkuasa mutlak / menekankan soal hairaki dalam masayarakat ( raja / pembesar/ rakyat/ hamba )/ bermula dengan pengaruh hindu kemudian pengaruh Islam
- undang-undang adat Cina dan India- mengandungi soal perkahwinan , perceraian ,harta dan sistem kekeluargaan
- undang-undang Inggeris – undang-undang lazim / common law
- keputusan mahkamah – doktrin duluan kehakiman
- undang-undang Islam – undang-undang yang tak dikanunkan / dijadikan sebagai enakmen dan ordinan
2. Badan perundangan
- badan perundangan persekutuan – parlimen
- badan perundangan negeri –ada 13 buah DUN / tiada di WP KL , Labuan dan Putrajaya
- komponen parlimen – YDA , DN , DR
- komponen DUN – Yg Dipertua / raja dan DUN
- perbandingan YDA , Yg Dipertua negeri dan raja/sultan

Huraian

1. definasi undang-undang
- merupakan set peraturan sama ada dipersetujui umum atau dibuat melalui badan perundangan ( badan statut) untuk melindungi , mengaturkan dan memelihara hak seseorang serta mewujudkan keharmonian sosial

2. undang- bertullis dan tidak bertulis


Undang-undang bertulis
- sumber utama u di negara ini
- diluluskan oleh badan
- contoh
- perlembagaan persekutuan dan perlembagaan negeri
- akta - yang digubal oleh parlimen sejak september 1959
- enakmen – Undang-undang yang digubal oleh DUN kecuali negeri Sarawak
- ordinan – Undang-undang yang digubal oleh DUN Sarawak
- undang-undang yang digubal oleh Majlis Perundangan persekutuan antara 1946-1959
- undang-undang yang dibuat oleh YDA semasa perisytiharan darurat

- perundangan kecil
- undang subsidiari
- enakmen pentadbiran u Islam



Undang-undang tidak bertulis

- hanya digunakan jika tiada u bertulis dan tidak bercanggah dengan penerimaan masyarakat
- tidak diluluskan oleh badan perundangan
Contoh
- prinsip undang-undang lazim ( common law )
- keputusan mahkamah
- undang- Islam tidak bertulis
- Undang-undang adat ( Cina , India, Bumiputera , Perpatih , dan Temenggung
- Undang-undang Hindu

3. sistem undang-undang orang asli
- sebelum kedatangan kuasa asing , sistem undang-undang telah wujud di kalangan masyarakat orang asli untuk menghukum orang yang melakukan kesalahan

4. adat perpatih
- dibawa masuk ke Negeri Sembilan oleh orang Minangkabau dari Palembang , Sumatera pada abad ke 16
- diwariskan secara lisan melalui peribahasa dan puisi tradisional
- mengikut prinsip matriokal / nasab ibu
- memberatkan waris sebelah perempuan
- menyentuh hal tentang kuasa dan bidang pemerintahan mengikut susunan masyarakat , kaedah hukuman ganti rugi dan warisan harta
- tidak menggalakkan perkahwinan antara sepupu / galakkan antara suku / inter suku
- sistem pemerintahan lapisan masyarakat
-
Ketua negeri- Yang dipertian Besar/ Yamtuan Besar
Undang ( ketua daerah )
- Undang Johol
- Undang Jelebu
- Undang Rembau
- Undang Sungai Ujong
Lembaga ( ketua suku kaum )
Buapak ( ketua perut )
Mamak ( ketua keluarga )

- Lelaki berkuasa dalam keluarga saudara perempuan , hal ini menunjukkan bahawa kuasa dan kebolehan lelaki masih dihormati
- orang yang pertama kali melakukan kesalahan diadili oleh kaum kerabatnya dan jika bertaubat dia akan dibuang negeri atau dijadikan hamba abdi
- hukuman dikenakan bersifat mencegah
- pewarisan harta
- harta pusaka – harta perempuan yang diwariskan kepada keturunan perempuan
- Harta dapatan – harta orang perempuan yang didapati sebelum berkahwin
- Harta pembawa
- – harta suami yang dibawa ke dalam keluarga baru setelah berkahwin
- - apabila berlaku perceraian harta ini kekal menjadi milik pihak lelaki
- - jika lelaki tersebut mati harta ini diwariskan kepada anak perempuannya
- Harta sepencarian
- Harta suami isteri sesudah berumahtangga
- Jika berlaku perceraian harta ini dibahagi sama rata
- Akan menjadi harta pusaka apabila sepasangan suami isteri mati
- Jika seseorang wanita meninggal dunia tanpa anak , hartanya akan diwarisi oleh saudara perempuannya

5. adat temenggung
- dibawa masuk dari Palembang , Sumatera
- mengikut prinsip patriarkal / nasab bapa
- banyak menyentuh hal kesalahan jenayah dan hukumannya , peraturan hamba abdi , warisan tanah , hutang piutang dan peranan raja serta pembesar
- dipengaruhi oleh unsur Hindu dan Islam
- menggalakkan perkahwinan sepupu
- contoh adat temenggung ialah pada sistem pemerintahan Perak seperti di bawah :

Sultan
Raja muda
Raja dihilir
Raja kecil besar
Raja kecil muda
Raja kecil tengah
Raja kecil bongsu
( putera sultan yang memerintah )

- tahta kerajaan Perak disandang secara bergilir-gilir antara 3 buah keluarga iaitu keluarga sultan , keluarga raja muda dan raja bendahara
- hukuman bersifat pembalasan dan lebih berat
- dalam kes jenayah , saksi adalah penting
- pembahagian harta adalah berdasarkan prinsip patriakal
- contoh buku – Hukum Kanun Melaka , Undang-undang Laut Melaka , Undang-undang Pahang , Undang-undang Johor, Undang-undang 99 Perak

6. Undang-undang Portugis dan Belanda di Melaka
- Portugis memiliki set undang-undang tersendiri di Melaka dan ditadbirkan oleh Ovidor ( hakim besar )
- Rayuan kes boleh dibuat ke Maktab ( majlis ) Keadilan di Goa , India
- Kes sivil dan sebahagian kes jenayah orang tempatan di Melaka akan dibicarakan mengikut adat masing-masing
- Belanda mengikut undang-undang di Jawa atau adat kaum masing-masing
- Rayuan kes boleh dibuat ke Majlis Keadilan Belanda di Betawi

7. Undang-undang zaman Inggeris
- undang-undang di negeri Selat – melalui Piagam Keadilan 1807 , di Pulau Pinang , Melaka dan Singapura
- undang-undang di negeri Melayu Bersekutu – menerima enakmen undang-undang sivil negeri Melayu bersekutu pada tahun 1937
- Undang-undang di negeri Melayu Tidak Bersekutu – menerima enakmen u sivil NMTB pada tahun 1951

8. Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu
- ordinan u sivil dan jenayah diterima di TM sepenuhnya pada tahun 1956
- di Sabah dan Sarawak , Ordinan Undang-undang kecil dan Ordinan U Sawarak dan Sabah diterima mulai pada tahun 1922
- namun demikian Undang-undang adat kaum peribumi masih diakui di Sabah dan Sarawak iaitu masih wujud mahkamah bumiputera

9. Undang-undang Malaysia kini
- Undang-undang bertulis menjadi teras perundangan negara ini
- Undang-undang adat dan Undang-undang lazim digunakan jika tiada u bertulis yang meliputi perkara yang dipertikaikan
- fungsi Undang-undang tidak bertulis semakin berkurang kerana semakin banyak Undang-undang bertulis digubal
- Undang-undang bertulis mengamalkan doktrin duluan kehakiman

Common law (Undang-undang lazim )
- pada awalnya dipraktikkan di Britain
- hakim mengisytiharkan kewujudan undang-undang yang lazim terdapat dalam adat tempatan
- hakim biasanya merujuk kepada keputusan kes yang terdahulunya sebagaai panduan
- hal ini menggalakkan perkembangan doktrin duluan kehakiman
- common law bukan sumber undang-undang yang penting di negara ini
- ianya hanya digunakan apabila :
- tidak terdapat statut (Undang-undang bertulis ) tentang sesuatu perkara yang dipertikaikan di mahkamah
- Peruntukan common law bersesuaian dengan kegunaan tempatan

Perundangan kecil
- digubal oleh kerajaan tempatan
- hanya sesuai bagi kegunaan tempatan
- kelemahan – mungkin diluluskan sewenang-wenangnya oleh PBT dan tidak mempunyai kawalan yang berkesan

Undang-undang subsidiari
- ditetapkan oleh seseorang menteri
- menteri diberikan kuasa untuk membuat undang-undang itu dibawah sesuatu akta

25 ulasan:

  1. cikgu,sy perlukan pertolongn cikgu mengenai kajian kes:ketua pengarah kastam vs ho kwan seng (1977) 2 MLJ 152.apakah keputusan mahkamah,isu dan prinsip2 keadilan yang terdapat dalam kes tersebut.

    ps:minta tolong....terima kasih.

    BalasPadam
  2. rasanya diluar pengetahuan saya....

    BalasPadam
  3. undang2 mlaysia masa kini...huraian nyer seperti diatas ke cikgu??

    BalasPadam
  4. ini hanya nota pengajian am tingkatan enam sahaja . ianya bukan bahan rujukan untuk mana-mana kursus.

    BalasPadam
  5. saya tengah membuat kajian tentang sistem undang2 di sarawak yg bertajuk:CADANGAN DALAM MEMBANTU MENJANA PEMBANGUNAN MATERIAL DAN SPRITUAL DARI SUDUT SISTEM PERUNDANGAN di sarawak antara kaum dan budaya..bolehkah cikgu memberi sedikit info berkenaan tajuk ini..terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. maafkan saya.
      rasanya apa yang awak minta diluar pengetahuan saya. saya tidak mengkaji dengan mendalam tajuk ini. ianya merupakan nota untuk bahan saya mengajar pengajian am bagi pelajar tingkatan enam.
      rasanya bahan saya tidak ada autoriti untuk dimasukkan dalam mana-mana kajian bersifat ilmiah.
      haraf maaf.

      Padam
  6. aslkm cikgu , sy nk mntx tlg sgt2 .
    sy nk antar s=assngmnt isnin nnti .
    sy cube cri bahan tp x jmpe .
    ape kepentingan tafsiran perundangan dimalaysia ek ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya ia diluar bidang kemahiran saya. maaf.

      Padam
    2. cikgu apa kepentingan sistem perundangan bagi negeri ?

      Padam
  7. Salam...
    sy nk tau kt mane sy b leh dpt info mngenai perundangan portugis di Melaka secara detail..
    Atau mngkin cikgu ade mklumat yg bleh di kongsikan..

    muslim_etudient90@yahoo.fr

    BalasPadam
  8. terima kasi..nota ini membantu dalam mid-term test saye cikgu..

    BalasPadam
  9. cikgu dapat email kepada praudelle@gmail.com ? terima kasih

    BalasPadam
  10. salam cikgu. nota undang2 99 perak ada tak??

    BalasPadam
  11. salam cikgu..sy ingin bertanya..apakah kepentingan perundangan dan perlembagaan.??

    BalasPadam
  12. salam cikgu, mcm mana pula dgn sistem perundangan indonesia

    BalasPadam
  13. Salam , kepentingan sistem undang-undang kepada negara malaysia yg atas tu ke ?

    BalasPadam
  14. salam cikgu.betull ke perlembagaan perseketuan boleh dipinda oleh majlis raja raja melalui satu resolusi khas?

    BalasPadam
  15. Cikgu sy akan terlibat dlm pembentangan berkenaan sistem perundangan malaysia serta perkembangan undang2 di malaysia..jdi sy ingin bantuan cikgu dlm hal ni..selepas pembentangan selesai soalan akan diajukan oleh rakan2 sy,so biasanya soalan pa yg keluar?biasanya teda dlm buku

    BalasPadam
  16. Cikgu apa kepentingan sistem perundangan kepada sesebuah negara

    BalasPadam
  17. Cikgu, boleh berikan bidang kuasa mahkamah atasan tak?

    BalasPadam
  18. Cikgu boleh berikan kelemahan atau masalah dalam sistem perundangan di malaysia?

    BalasPadam
  19. Cikgu apakah empat krpentingan sistem perundangan bagi sesebuah negara?

    BalasPadam