CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 24 Februari 2010

MODUL HIKMAH 3

MODUL 4

MENGESAN KESALAHAN FRASA

Sebahagian daripada ayat yang berikut telah digariskan. Bahagian yang bergaris mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D.

1 Kad pengenalan yang saya jumpai itu saya akan menyerahkan ke polis.
A akan saya menyerahi polis
B akan saya serahkan kepada polis
C saya akan serahkan kepada polis
D saya akan menyerahkan ke polis

2 Beberapa orang pelajar-pelajar sedang bermain di luar kawasan sekolah itu.
A Beberapa pelajar-pelajar
B Berapa pelajar
C Beberapa orang pelajar
D Beberapa orang pelajar-pelajar

3 Keberkesanan sesuatu tindakan itu dapat dilihat daripada hasil yang diperolehi sesudahnya.
A daripada hasil yang diperoleh sesudahnya
B dari hasil yang diperolehi sesudahnya
C dari hasil yang diperoleh sesudahnya
D daripada hasil yang diperolehi sesudahnya

4 Mereka tercengang-cengang bila seorang anggota polis menghampiri mereka dan meminta kad pengenalan mereka.
A Mereka tercengang-cengang bila
B Mereka tercengang bila seorang
C Mereka tercengang-cengang apabila seorang
D Mereka tercengang-cengang bila seorang

5 Kami mendoakan agar perpaduan rakyat sentiasa berada dalam situasi aman
dan sejahtera .
A mendoa perpaduan rakyat supaya
B mendoa supaya perpaduan rakyat
C mendoakan perpaduan rakyat agar
D mendoakan agar perpaduan rakyat

6 Dompet yang tertinggal di kantin sekolah itu sekarang ada dengan pengawas
yang bertugas pada hari itu.
A berada dengan pengawas yang ditugaskan
B ada pada pengawas yang bertugas
C berada pada pengawas yang ditugasi
D ada dengan pengawas yang bertugas




7 Mereka saling bersalam-salaman di akhir sesi persekolahan itu kerana mereka akan bercuti .
A bersalaman pada akhir
B bersalam-salaman di akhir
C saling bersalam-salaman pada akhir
D saling bersalam-salaman di akhir

8 Murid-murid diajarkan cara-cara menjahit baju kurung oleh Cikgu Normah.
A diajarkan cara-cara menjahitkan
B diajar cara-cara menjahitkan
C diajar cara-cara menjahit
D diajarkan cara-cara menjahit

9 Pelancong itu bertanyakan saya tentang jalan ke Muzium Perlis.
A bertanya saya tentang jalan
B menanyakan saya jalan
C menanyai saya jalan
D bertanyakan saya tentang jalan

10 Kadir menduakan harta hasil tinggalan ayahnya mengikut surat wasiat yang
diserahkan oleh peguam.
A menduai harta hasil tinggalan
B memperduakan harta hasil peninggalan
C memperdua harta hasil peninggalan
D menduakan harta hasil tinggalan

11 Pen yang mahal itu telah ayah hadiahkan kepada Asyraf kerana berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan.
A dihadiahkan ayah
B dihadiahi ayah
C ayah hadiahi
D ayah hadiahkan

12 Senarai nama para peserta yang akan menjalani latihan itu ada pada Cikgu Ibrahim.
A Senarai nama peserta yang akan menjalani
B Nama-nama peserta yang akan menjalankan
C Senarai nama peserta yang akan menjalankan
D Senarai nama para peserta yang akan menjalani

13. Bekalan air yang dicemari oleh sisa kelapa sawit dan air kumbahan dapat berbahaya kesihatan.
A. dapat membahaya kesihatan.
B. boleh membahayai kesihatan.
C. boleh membahayakan kesihatan.
D. dapat berbahaya kesihatan.

14 Faedah yang diperolehi bila kita terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan
adalah sangat besar.
A. Faedah yang diperoleh apabila kita terlibat
B. Faedah yang diperolehi apabila kita terlibat
C. Faedah yang diperoleh bila kita terlibat
D. Faedah yang diperolehi bila kita terlibat.


15 Norlia pulang ke kampung pada setiap hujung minggu kerana amat rindu adik-
adiknya yang masih kecil.
A. sangat rindu kepada adik-adiknya yang kecil.
B. sangat rindu akan adiknya yang kecil.
C. amat rindu akan adik-adiknya yang masih kecil.
D. amat rindu adik-adiknya yang masih kecil.

16 Bas yang mereka naiki telah mengalami kemalangan di selekoh yang berbahaya itu.
A. yang dinaiki oleh mereka
B. yang mereka naik
C. yang dinaikkan oleh mereka
D. yang mereka naiki

17 Untuk memperolehi banyak rezeki, kita perlu berani mencuba pelbagai bidang baru dalam perniagaan.
A. Untuk memperoleh rezeki yang banyak
B. Untuk memperolehi rezeki banyak
C. Untuk memperoleh banyak rezeki
D. Untuk memperolehi banyak rezeki

18 Rafiq Irfan merupakan murid yang bijak dan dia sering mendapat markah yang
tertinggi sekali dalam mata pelajaran Sains.
A. mendapat markah yang paling tinggi sekali
B. dapat yang tertinggi sekali
C. mendapat markah yang paling tinggi
D. mendapat markah yang tertinggi sekali

19 Daripada sehari ke sehari, Encik Rosli menanti kepulangan anaknya dari luar
negara dengan sabar.
A. Dari hari ke sehari
B. Dari sehari ke sehari
C. Daripada hari ke hari
D. Daripada sehari ke sehari

20 Bagi menyahut seruan kerajaan dalam kempen galakan membaca, pelbagai bahan bacaan dibaca oleh mereka.
A. pelbagai bahan bacaan mereka baca.
B. berbagai-bagai bahan bacaan mereka baca.
C. berbagai bahan bacaan dibaca oleh mereka.
D. pelbagai bahan bacaan dibaca oleh mereka.

21 Punca terjadinya banjir kilat sejak belakangan ini akan pihak berkuasa siasat.
A akan siasat pihak berkuasa
B akan pihak berkuasa siasat
C akan pihak berkuasa siasatkan
D akan disiasat oleh pihak berkuasa

22 Datuk Razali melakukan kerja-kerja amal itu bukan untuk kepentingan diri tetapi bangsa dan agama.
A bukan untuk diri tetapi untuk bangsa dan agama
B bukan untuk kepentingan diri tetapi bangsa dan agama
C bukan untuk kepentingan diri tetapi untuk bangsa dan agama
D bukan untuk kepentingan diri tetapi untuk kepentingan bangsa dan agama

23 Budak-budak nakal itu melemparkan batu ke arah sekumpulan anjing yang
berkeliaran di Taman Megah.
A melempari akan batu ke arah
B lempar batu ke arah
C melempari batu ke arah
D melemparkan batu ke arah

24 Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran berusaha untuk mendalamkan lagi sungai-sungai
di kawasan Johor Bahru bagi mengelakkan banjir kilat terus berlaku.
A memperdalam sungai-sungai
B memperdalamkan sungai-sungai
C mendalamkan lagi sungai
D mendalamkan lagi sungai-sungai

25 Kerajaan berusaha untuk meningkat pendapatan rakyat agar mereka hidup bahagia.
A mengusahakan untuk tingkatkan
B berusaha untuk pertingkatkan
C berusaha untuk meningkatkan
D berusaha untuk meningkat

26 Bidang pertanian dan perindustrian banyak menyumbangkan pendapatan dan merupakan
sumber ekonomi yang agak penting.
A ekonomi agak penting
B ekonomi yang agak penting
C sumber ekonomi agak penting
D sumber ekonomi yang agak penting

27 Setengah pengguna di negara kita tidak mengetahui hak mereka sebagai pengguna.
A Sesetengah pengguna-pengguna di negara kita
B Setengah pengguna-pengguna di negara kita
C Sesetengah pengguna di negara kita
D Setengah pengguna di negara kita

28 Satu perempat daripada pelajar kelas Tiga Cerdik berjalan kaki ke sekolah setiap hari.
A Seperempat dari pelajar
B Satu per empat daripada pelajar-pelajar
C Satu perempat daripada pelajar-pelajar
D Satu perempat daripada pelajar

29 Pengembaraan tersebut mereka telah disertai walaupun ada suara-suara sumbang berpendapat bahawa aktiviti tersebut sia-sia sahaja.
A Pengembaraan tersebut telah disertai oleh mereka
B Pengembaraan tersebut telah mereka sertai
C Pengembaraan tersebut mereka sertai
D Pengembaraan tersebut mereka telah sertai

30 Peraturan yang telah sedia termaktub harus diikuti oleh semua pekerja tanpa mengira pangkat dan kedudukan.
A Peraturan yang telah sedia dipersetujui
B Peraturan yang telah tersedia termaktub
C Peraturan-peraturan yang telah sedia termaktub
D Peraturan yang telah sedia termaktub


31 Terdapat pelbagai-bagai peranan yang harus dimainkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru dalam usaha membendung masalah disiplin pelajar.
A Terdapat pelbagai peranan yang harus dimainkan
B Terdapat pelbagai peranan yang harus dimain
C Terdapat berbagai-bagai peranan yang harus dimainkan
D Terdapat pelbagai-bagai peranan yang harus dimainkan
32 Kapal terbang daripada Melaka ke Kota Bharu akan berlepas sebentar lagi.
A Kapal terbang di Melaka ke Kota Bharu
B Kapal terbang dari Melaka ke Kota Bharu
C Kapal terbang pada Melaka ke Kota Bharu
D Kapal terbang daripada Melaka ke Kota Bharu

33 Suatu ketika dahulu, makanan tradisional di negara kita diusahakan secara kecil-kecilan
khususnya di desa-desa.
A Suatu ketika dulu
B Pada satu ketika dahulu
C Pada suatu ketika dahulu
D Suatu ketika dahulu

34 Kakak saya telah meninggal kami sekeluarga sejak 10 tahun yang lalu.
A meninggalkan kita sekeluarga
B meninggalkan kami sekeluarga
C tinggal dengan kami sekeluarga
D meninggal kami sekeluarga

35 Pekerja kilang kain itu memprotes bila majikan gagal menunaikan segala janji.
A sebaik majikan
B apabila majikan
C sebelum majikan
D bila majikan

36 Pak Cik Mail memberi kamu tempuh seminggu untuk membuat keputusan tentang
cadangannya itu.
A memberi kamu tempoh
B memberi kamu waktu
C memberi kamu ruang
D memberi kamu tempuh

37 Taklimat yang diberikan oleh Puan Suzana tadi amat jelas sekali.
A teramat jelas sekali
B amat jelas betul
C amat baik benar
D amat jelas sekali











38 Nazira sering mengingati terhadap ayahnya yang berada di kampung halaman.
A sering teringat
B sering teringat akan
C sering mengingatkan
D sering mengingati terhadap


39 Harun berulang kali menasihatkan adik supaya berubah perangai yang buruk.
A berulang kali nasihat
B berulang kali menasihat
C berulang kali menasihati
D berulang kali menasihatkan

40 Iskandar masih belum bertemu dengan calon isteri yang sesuai.
A belum bertemu
B masih belum temu
C masih belum ditemu
D masih belum bertemu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan