CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Khamis, 17 September 2015

KARANGAN BM SPM- KERACUNAN MAKANAN



Karangan Rencana.
Soalan,
Sekolah anda ingin menerbitkan majalah sekolah. Anda diminta menulis rencana yang berkaitan dengan keracunan makanan di kalangan pelajar.Tuliskan rencana tersebut.

Tajuk rencana / Nama penulis.

Pengenalan


-          Kini kita sering mendengar berlakunya keracunan di kalangan pelajar.
-          Isu ini dipandang berat oleh Kementerian Pendidikan.
-          Apatah lagi ada yang menyebabkan kematian.

Isi-isi.

1.      Punca-punca keracunan makanan.
-          Kementerian Pendidikan telah mengenal pasti punca.
-          Makanan yang terdedah kepada kekotoran
-          Makanan yang sudah basi dijual semula
-          Makanan yang terdedah kepada serangga pembiak penyakit.

2.      Golongan yang terdedah kepada keracunan makanan ialah pelajar-pelajar sekolah.
-          Pelajar mudah terpedaya dengan harga murah
-          Badan mereka tiada ketahanan yang kukuh.
-          Pengusaha kantin menjual barangan yang sudah habis tempoh.

3.      Jenis-jenis makanan yang mudah tercemar.
-          Makanan-makanan yang berlemak seperti susu, daging dan ikan
-          Makanan dalam tin / makanan yang basah dan berair
-          Makanan yang disembur dengan racun secara sengaja / tidak sengaja.
-          Sayuran-sayuran yang dihasilkan oleh petani yang menggunakan racun yang berlebihan

4.      Kesan-kesan keracunan makan kepada pelajar.
-          Kesan awal – muntah-muntah, pening dan cirit-birit.
-          Kesan kritikal –  demam, tidak bermaya, tidak selesa, kurang air dalam badan dan kelesuan
-          Kesan tanpa disedari – penyakit-penyakit kanser.

5.      Langkah-langkah mengawal berlakunya keracunan di kalangan pelajar
-          Menguatkuasakan peraturan kantin.
-          Kesedaran memilih makanan.
-          Denda kepada mereka yang melakukan kesalahan di bawah Akta Makanan 1983.

Penutup

-          Pelajar-pelajar perlu berwaspada
-          Ibu bapa perlu memastikan makanan yang dimakan anak berkeadaan bersih
-          Pengusaha kantin mestilah bertanggungjawab.

2 ulasan: