CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Khamis, 17 September 2015

KARANGAN BM SPM - FAKTOR PENCEMARAN



Faktor-Faktor Pencemaran Udara,

Laras sains.

·         Pengenalan.

o   Malaysia mula merasakan masalah pencemaran udara.
o   Masalah ini dikaitkan pembangunan negara dalam pelbagai bidang.

·         Isi-isi penting,

·         Kenderaan bermotor,
o   Terdapat pertambahan penggunaan kenderaan-kenderaan bermotor terutamanya di bandar-bandar seperti Kuala Lumpur.
o   Asap kenderaan mengandungi bahan-bahan seperti karbon monoksida, plumbum, hidrogen dan hidrokarbon dilepaskan ke udara pada setiap hari.
o   Pengangkutan lain seperti kapal laut, kapal terbang dan keretapi juga melepaskan asap ke udara.

·         Kegiatan industri,
o   Kilang-kilang juga melepaskan asap hitam dan habuk atau debu di udara.
o   Kilang-kilang yang menghasilkan bahan-bahan ampaian di udara ialah kilang kayu, simen, baja dan ubat-ubatan.
o   Keadaan lebih serius kerana terdapat kilang-kilang yang didirikan secara haram.

·         Pembakaran bahan-bahan api,
o   Pembakaran bahan api di stesen-stesen jana kuasa menyumbangkan pencemaran udara.
o   Penggunaan arang batu sebagai bahan bakar menyumbang pencemaran.
o   Bahan-bahan bakar seperti kayu dan sekam padi juga boleh mencemarkan udara.

·         Bahan-bahan sisa bandaran,
o   Sampah sarap yang dibakar secara terbuka menyumbang masalah ini.
o   Sampah sarap yang tidak dibakar pula menyumbangkan bau busuk di udara.
o   Sisa-sisa toksik berbau kuat menyebabkan udara tercemar dengan bau.

·         Industri kayu-kayan dan kilang pecah batu,
o   Kilang-kilang yang berkaitan dengan pemprosesan kaya seperti membuat perabot, menghasilkan debu-debu halus di udara.
o   Habuk-habuk halus sisa kilang ini pula dibakar tanpa terancang menyumbangkan asap yang banyak di udara.
o   Kuari pecah batu juga menghasilkan bahan-bahan ampaian seperti debu-debu halus di udara.

·         Penutup,

o   Pembangunan ekonomi tidak dapat mengelakkan pencemaran berlaku,
o   Langkah kawalan yang efektif perlu diambil oleh semua pihak untuk menjaga kualiti udara sentiasa bersih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan