CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Khamis, 17 September 2015

KARANGAN BM SPM - SURAT RASMI



Surat Kiriman Rasmi:
Soalan,
Persatuan Sains dan Matematik di sekolah anda bercadang membuat lawatan sambil belajar ke salah sebuah hutan simpan di negara anda. Sebagai setiausaha persatuan, anda dikehendaki menulis sepucuk surat kepada pihak yang berkenaan untuk memohon kebenaran mengadakan lawatan tersebut.

Pendahuluan:

-          Alamat, tarikh dan perkara.
-          Kata-kata penghadapan memohon kebenaran mengadakan lawatan.

Isi-isi:

1.      Cadangan waktu lawatan
-          Hari, tarikh dan masa bertolak
-          Jangkaan sampai ke tempat yang dituju.
-          Bercadang bermalam di hutan simpan.

2.      Ahli rombongan
-          Terdiri daripada guru dan pelajar.
-          Bilangan guru dan pelajar.
-          Guru Bidang / pengetua turut serta.

3.      Tujuan lawatan.
-          Menikmati suasana baru iaitu tinggal dalam hutan.
-          Memahami keadaan sebenar hutan tropika / jenis-jenisnya
-          Membina keyakinan diri pelajar.

4.      Memohon pegawai yang terlibat menjaga hutan memberi taklimat ringkas.
-          Langkah-langkah keselamatan
-          Peraturan yang perlu dipatuhi ketika berada di hutan.
-          Tempat yang sesuai untuk dijadikan tapak perkhemahan.
-          Keistimewaan-keistimewaan di hutan berkenaan.

5.      Pertanyaan tentang peralatan.
-          Peralatan yang perlu dibawa.
-          Kemudahan-kemudahan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan.
-          Peralatan yang boleh disewa.

Penutup:
-          Semoga mendapat kebenaran.
-          Mendapat khidmat keselamatan
-          Diharapkan usaha ini dapat meluaskan pengetahuan pelajar.
-          Tandatangan/ jawatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan