CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Khamis, 17 September 2015

KARANGAN BM SPM - BANJIR KILAT





BANJIR KILAT : PUNCA-PUNCA DAN LANGKAH-LANGKAH
MENGATASINYA.

Pada hari ini dapat kita perhatikan bahawa pembangunan yang rencam kian mendominasi segenap bumi Malaysia.  Namun, tanpa kita sedari di sebalik kemajuan dan kecanggihan mekanisme yang dicapai telah mengundang bencana khususnya berkaitan pelestarian alam sekitar.  Salah satu daripada bencana alam tersebut ialah banjir kilat yang kini kian menjadi isu nasional dan sering diperdebatkan dalam kalangan ahli politik malah rakyat negara ini.  Justeru, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada permasalahan ini dan langkah-langkah yang drastik dan komrehensif perlu dilaksanakan bagi mengelakkan kemelut ini menjadi bertambah kronik.

            Punca dominan berlakunya banjir kilat ialah sikap segelintir manusia yang lebih mengutamakan kemajuan modenisasi berbanding pengekalan kualit alam sekitar yang bertindak sebagai nadi kelangsungan hidup.  Kejadian penebangan kawasan hutan untuk pembangunan dan residensi sehingga tidak terkawal hampir memusnahkan Taman Pertanian Bukit Cerakah baru-baru ini menunjukkan kejahilan dan begitu halobanya manusia membangunkan alam sekitar.  Aktiviti penggondolan hutan dara ini bukan sahaja mengakibatkan banjir kilat malah memusnahkan kawasan tadahan hujan di Malaysia.

            Selain itu,  kaedah pertanian yang tidak sistematik dan pelaksanaan projek pembangunan di kawasan bukit berpotensi sebagai punca berlakunya kejadian banjir kilat.  Bukit bukau yang diratakan menyebabkan tiada pokok yang dapat mencengkam tanah seterusnya menyumbang kepada masalah lain seperti kejadian tanah runtuh sebagaimana yang berlaku di Tanah Tinggi Cameron baru-baru ini.  Hal ini secara tidak langsung boleh membahayakan nyawa orang awam malah ekosistem di bumi turut terancam.  Justeru,  janganlah seperti sudah terhantuk baru nak terngadah, sebelum masalah ini menjadi bertambah kritikal.

            Pepatah Melayu, ombak yang kecil jangan disangka anak, jelas menunjukkan sikap segelintir masyarakat pada hari ini yang memandang enteng terhadap isu pembuangan sampah sarap yang tidak terkawal.  Mereka mengambil jalan mudah dengan membuang sampah sarap tersebut ke dalam sungai dan berpendapat arus sungai akan membawa sampah-sampah tersebut ke tempat yang lebih jauh.  Sikap sebeginilah yang menyebabkan pengaliran air sungai tidak berjalan lancar dan apabila hujan lebat,  sudah tentu sungai tidak dapat menampung isi padu air yang berlebihan seterusnya akan melimpahi dan membanjiri kawasan berhampiran.  Situasi ini bertepatan dengan peribahasa, lengkuas di tepi kandang, tegak puas badan menyandang.

            Punca seterusnya ialah sistem pengaliran air yang tidak berfungsi dengan baik turut menyumbang kepada kejadian banjir kilat.  Sikap tidak bertanggungjawab masyarakat khususnya mereka yang tingal di kawasan perumahan menyebabkan sistem perparitan tersumbat dan gagal berfungsi.  Namun begitu,  sikap manusia yang bagai enau dalam belukar,  melepaskan pucuk masing-masing,  tidak cuba mengambil inisiatif untuk membersihkan longkang tersebut dan hanya mengharapkan pihak majlis perbandaran untuk bertindak membersihkannya.

            Ekoran daripada masalah banjir kilat ini,  langkah-langkah yang efisien perlu digarap dan diaplikasikan bagi mengatasi kesulitan ini ibarat kata pepatah, kusut di hujung balik ke pangkal.  Dalam hal ini,  kesedaran semua pihak merupakan indikator utama penentu kelestarian alam sekitar.  Masyarakat perlu berfikiran terbuka dan bijak menilai dengan rasional betapa pentingnyabmenjaga alam sekitar.  Anak-anak perlu dididik sedari kecil lagi dengan nilai-nilai murni bagi meneruskan kelangsungan hidup di muka bumi ini,  bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.  Hal ini bertepatan dengan ungkapan hikmat Betrend Russel, ”manusia yang bahagia ialah manusia yang hidupnya untuk alam bukan untuk diri sendiri”.

            Selain itu,  kerja-kerja pendalaman sungai perlu dilakukan di samping pembersihan sistem pengaliran air agar dapat berfungsi dengan baik dan berkesan.  Namun begitu,  masyarakat juga perlu mengubah perspektif negatif mereka dengan tidak membuang sampah-sarap ke dalam sungai sebaliknya membuang sampah-sarap tersebut di tempat yang telah disediakan.  Hal ini secara tidak langsung dapat memupuk nilai-nilai murni dalam sanubari mereka seterusnya membuktikan kejayaan kempen yang dianjurkan kerajaan seperti kempen cintai sungai kita.

            Bagi mengatasi masalah penyahhutanan seperti pembalakan,  kerajaannperlu mengehadkan kawasan hutan yang digunakan bagi tujuan pembalakan di samping mengurangkan pemberian lesen pembalakan kepada syarikat pembalakan.  Hal ini bertujuan untuk memastikan hutan yang bertindak sebagai pelengkap ekosistem di bumi tidak dieksploitasi secara haram.  Sehubungan dengan itu,  pengekalan hutan ini juga membantu menyerap air khususnya ketika hujan bagi mengelakkan berlakunya banjir kilat.  Selain itu, denda yang setimpal serta menarik balik lesen syarikat pembalakan haram wajar dilaksanakan untuk menjamin kelestarian alam sekitar.  Tambahan lagi, pokok-pokok yang telah ditebang wajar ditanam dengan pokok-pokok yang baru bagi memastikan banjir kilat tidak berlaku.

            Langkah seterusnya ialah mengamalkan kaedah pertanian yang sistematik dan tidak menjejaskan kualiti alam sekitar.  Antara amalan pertanian yang berkesan mengurangkan resiko banjir kilat ialah tanaman bergilir, tanaman berteres, tanaman berjalur dan membajak kontur.  Hal ini, terbukti apabila Indonesia mengamalkan tanaman berteres menerusi penanaman padi di Bali.

            Jelas di sini bahawa, implikasi daripada kejadian banjir kilat sememangnya membawa kemusnahan dan kerugian yang besar.  Tuntasnya,  kerjasama semua pihak perlu bagi menjamin kualiti hidup seterusnya menjadi pemangkin ke arah kelestarian alam sekitar ibarat kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

24 ulasan:

  1. Terima kasih byk2 cikgu. Amat membantu.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  5. Tq very much...very very very fulfilled!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Karangan yg pdt dan honestly mmg terbaikkkkkk....its help me a lot!

      Padam
  6. Terima kasih cikgu.... Ia sangat membantu.

    BalasPadam
  7. thank u cikgu..... its so good.... helps me alot too much....

    BalasPadam
  8. terima kasih cikgu sangat membantukan saya lain kali jika saya memerlukan bantuan atas karangan bolehkah saya tanya cikgu?

    BalasPadam
  9. hope my writing will improve>_<

    BalasPadam
  10. TERIMA KASIH byk2 membantu sangat..halalkan ye ilmu ini disebarkan...terima kasih sekali lagi diucapkan semoga Allah murahkan rezeki..SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

    BalasPadam
  11. Karangan macam ni hanya boleh dapat dalam 10 markah sahaja kerana pengolahan isi yang kurang.

    BalasPadam
  12. Terima banyak ii sangat membantu halalkan ye ilmu ini.

    BalasPadam
  13. thank you so much it very useful to us
    🥰🥰

    BalasPadam