CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Jumaat, 4 September 2015

HHTSS PT 3 BM 2015



TINGKATAN 1
 ISTANA MENANTI
ABD LATIP TALIB 
Watak Sampingan

AH SENG
-           sahabat baik kepada Fadhil dan Ramasamy
-           seorang remaja berusia 15 tahun dan tinggal di Kampung Ulu Seperi
-           anak  Encik Leong dan Puan Lily  

Perwatakan

Mempunyai semangat patriotisme

Ah Seng mempunyai semangat patriotisme yang tinggi kerana sangat berminat untuk mengkaji sejarah tanah air dan perjuangan bangsa.

Menghormati orang tua
Ah Seng  sangat menghormati dan mendengar nasihat Tuk Ngah

Berani
Ah Seng bersama-sama Fadhil dan Ramasamy berani mendaki Gunung Datuk untuk membongkar sejarah dan keunikan Istana Menanti

Prihatin
Ah Seng amat prihatin terhadap Tuk Ngah, malah dia bersama rakan-rakannya mengurut kaki Tuk Ngah yang lenguh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan