CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Khamis, 17 September 2015

BM STPM - PERANAN DAN CABARAN BELIA MASA KINI




Karangan Syarahan
Soalan,
Anda mengambil bahagian dalam satu pertandingan syarahan anjuran Kementerian Belia dan Sukan Negara. Tajuk syarahan tersedut ialah “Peranan dan Cabaran Belia Dalam Proses Pembangunan Negara”. Tuliskan syarahan itu selengkapnya.

Pendahuluan,

-          Kata alu-aluan
-          Definisi tajuk syarahan
-          Peranan bermaksud tanggungjawab/ Cabaran bermaksud hal-hal yang dihadapi / Belia merupakan golongan masyarakat yang berumur antara 16 – 40 tahun./ Proses pembangunan negara bererti langkah-langkah meningkatkan kejayaan negara.

Isi-isi


1.      Belia sebagai tunggak kekuatan masyarakat dan negara
-          Mempunyai tenaga banyak dan fizikal yang kuat
-          Mampu melaksanakan kerja-kerja yang berat dan sukar
-          Berbekalkan ilmu pengetahuan dan teknologi yang terkini

2.      Belia merupakan pemimpin negara pada masa hadapan.
-          Merupakan pewaris kepimpinan – mereka memiliki kualiti kepimpinan  kerana ramai belia terdedah dengan kegiatan kokurikulum di peringkat sekolah.
-          Berkelulusan tinggi.
-          Mempunyai banyak tenaga untuk menghadapi cabaran.

3.      Sebagai pewaris dalam kepimpinan
-          Akan menentukan arah pembangunan
-          Akan merancang bentuk-bentuk pembangunan
-          Akan menentukan jatuh bangunnya sebuah negara
-           
4.      Cabaran untuk mencapai matlamat ekonomi dan politik
-          Tidak memilih pekerjaan
-          Bertindak rasional
-          Bermatlamat

5.      Cabaran-cabaran hidup yang dilaluinya jika
-          Tidak memiliki pekerjaan
-          Kurang pengalaman dan kemahiran
-          Tiada pelajaran.

Penutup

-          Perlu tabah menghadapi perubahan masa
-          Sebagai ejen perubahan mereka perlu dilengkapkan dengan ilmu dan kemahiran
-          Ucapan terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan