CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Khamis, 17 September 2015

KARANGAN BM SPM - LAPORAN PERSATUAN BAHASA MELAYU





Persatuan Bahasa Malaysia di sekolah anda telah mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur baru –baru ini. Anda sebagai setiausaha persatuan itu dikehandaki menulis satu laporan lengkap tentang lawatan tersebut.
Tulis laporan itu.

_______________________________________________________________________

Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Dewan Bahasa dan Pustaka.


Pada cuti penggal kedua yang lalu, Persatuan Bahasa Malaysia, Sekolah Menengah Tanjong Karang, Selangor telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Lawatan yang diadakan pada hari Sabtu, 29 Januari 2000 disertai oleh sebanyak 40 orang ahli persatuan dan dua orang guru penasihat.

Objektif lawatan tersebut adalah untuk mengenali buku-buku bermutu keluaran DBP, mengetahui cara-cara buku diterbitkan, dan untuk menimba pengetahuan selaras dengan konsep lawatan sambil belajar.
Sebelum bertolak, guru penasihat kami mengingatkan para pelajar supaya menjaga disiplin dan nama baik sekolah semasa di sana. Selepas mendengar pesanan beliau, barulah rombongan kami bertolah dari sekolah.

Kami tiba di Dewan Bahasa dan Pustaka tepat pukul 11.00 pagi. Rombongan kami disambut oleh Pegawai Perhubungan Awam Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau memberi penerangan tentang sejarah penubuhan DBP dan tujuan penubuhannya. Kami juga diberi taklimat ringkas tentang bahagian-bahagian yang akan kami lawati. Sebelum itu, kami diberi satu naskah majalah Pelita Bahasa keluaran DBP secara percuma.

Tempat pertama yang menjadi destinasi kami adalah ke bahagian pameran. Semasa berada di bahagian ini kami berpeluang melihat berbagai-bagai jenis buku yang dikeluarkan oleh DBP sama ada buku-buku lama atau buku-buku baru. Buku-buku tersebut ditulis dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang merangkumi buku-buku agama, politik, ekonomi, dan bahasa. Kami juga berpeluang mengenali berbagai-bagai jenis majalah seperti majalah Pelita Bahasa, Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Pelajar dan lain-lain. Kami juga diberi beberapa maklumat tentang buku-buku dan majalah-majalah tersebut terutamanya apabila timbul beberapa kemusykilan.

Selepas itu, kami dibawa ke bahagian pencetakan. Di sini, kami melihat dengan jelas cara-cara buku dan majalah dicetak. Kami perhatikan buku-buku tersebut dicetak dengan begitu pantas dengan menggunakan alat-alat yang canggih, teknik-teknik yang sistematik, yang diusahakan oleh pekerja-pekerja yang mahir dan cekap. Kami juga dapat melihat dengan jelas cara buku-buku itu dijilid, disusun, dan sebagainya.

Sebelum pulang, kami tidak melepaskan peluang untuk membeli beberapa buah buku bagi kegunaan kami. Hal ini demikian kerana kami diberi potongan harga istimewa oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Kira-kira pukul 3.00 petang, selepas dihidangkan jamuan ringan, kami mula bertolak keluar dari perkarangan DBP. Lawatan tersebut telah menimbulkan banyak faedah kepada kami. Antara faedah-faedahnya ialah kami dapat mengenali buku-buku bermutu keluaran DBP. Buku-buku tersebut didapati telah menjadi bahan rujukan utama sama ada oleh para pelajar, mahasiswa, mahupun orang perseorangan.

Selain itu, lawatan tersebut dapat menyemai minat dan budaya membaca di kalangan pelajar. Sekurang-kurangnya timbul keinsafan dan kesedaran di hati kami tentang betapa pentingnya membaca untuk menambah pelbagai maklumat dan pengetahuan. Lawatan sambil belajar yang kami anjurkan ini dianggap berkesan kerana kami dapat menimba ilmu dan meluaskan pengetahuan.

Walaupun lawatan seumpama ini pertama kali dianjurkan oleh persatuan kami, namun lawatan ini sangat berhasil. Harapan kami agar lebih banyak pelajar di sekolah ini menyertai lawatan sambil belajar pada masa depan.

Sekian, terima kasih.



Yang menjalankan tugas

………………………………
(HASNUL HAFIZ HASSAN)
Setiausaha, Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Menengah Tanjong Karang, Selangor.                                                                      12 Februari 2000


44 ulasan:

  1. sssssssuuuuuuuuuuppppppppeeeeeeeeeerrrrrrrrrrr thx

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  2. sssssssuuuuuuuuuuppppppppeeeeeeeeeerrrrrrrrrrr thx

    BalasPadam
  3. 2016 enakku venna ponna vazhkai ................................

    BalasPadam
    Balasan
    1. pls la this is a education site not marriage site

      Padam
  4. bagus laporannya...sangat memuaskan

    BalasPadam
  5. saya minta izin untuk copy dan print cikgu....

    BalasPadam
  6. saya pun nak copy dan print.terima kasih cikgu

    BalasPadam
  7. saya mohon copy n paste karangan cikgu..untuk sy gunakan translite dalam b.arab

    BalasPadam
  8. saya mohon copy n paste karangan cikgu..untuk sy gunakan translite dalam b.arab

    BalasPadam
  9. kalau ade definition skali saye kasi 10/5 stars

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh . Saya sebagai seorang pelajar sekolah menengah membaca contoh laporan ini saya berasa amat kagum dengan hasil yang dibuat oleh cikgu.. Saya ada copy sikit daripada hasil laporan cikgu.terima kasih kerana share contoh laporan yang terbaik ini.

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh . Saya sebagai seorang pelajar sekolah menengah membaca contoh laporan ini saya berasa amat kagum dengan hasil yang dibuat oleh cikgu.. Saya ada copy sikit daripada hasil laporan cikgu.terima kasih kerana share contoh laporan yang terbaik ini.

    BalasPadam
  12. izinkan saya copy

    BalasPadam
  13. Terima kasih...izinkan juga saya untuk salin...laporan yg sangat cemerlang..

    BalasPadam
  14. Izin kan saya juga cikgu

    BalasPadam
  15. Izin kan saya juga cikgu

    BalasPadam
  16. Izin kan saya juga cikgu

    BalasPadam
  17. dayat comel amak cikgu math

    BalasPadam
  18. contoh laporan yang cemerlang dan padat dengan isi dan penutup. keep it up cikgu razak

    BalasPadam
  19. Thank you very much for seeing 밤알바 information.
    Thank you very much for seeing 밤알바 information.

    BalasPadam
  20. karangan ini bagus cikgu untuk ulangkaji.....HAHAHAHA

    BalasPadam
  21. Cikgu tolong masukkan karangan laporan spm tajuk pameran jualan rumah atau pelaburan hartanah

    BalasPadam
  22. 효율적으로 작성된 정보. 그것을 활용하는 누구에게나 이익이 될 것입니다. 좋은 일을 계속하십시오. 확실히 나는 더 많은 게시물을 매일 검토 할 것입니다. 먹튀검증

    BalasPadam
  23. bagus laporannya... mohon dijadikan contoh untuk anak murid saya

    BalasPadam
  24. this website a great design and good info and good color,thanks and a have nice day 먹튀폴리스

    BalasPadam
  25. Sangat menarik mengetahui budaya melayu di indonesia. Saya sangat senang dengan artikel ini. Jika tertarik, kami di Golife juga membahas tentang budaya di indonesia.

    BalasPadam
  26. Seperti halnya yang saya temukan di siopung, indonesia memiliki budaya yang sangat luar biasa.

    BalasPadam