CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Khamis, 17 September 2015

KARANGAN BM SPM - PENDERAAN



Masalah penderaan kanak-kanak merupakan masalah sosial yang serius dewasa ini. Anda berpeluang menyaksikan keadaan mangsa dera ketika melawat sebuah hospital yang menempatkan mangsa dera tersebut.

Ceritakan keadaan mangsa tersebut  dan perasaan anda ketika itu.

------------------------------------------------------------

Karangan tidak berformat.

(a) Pendahuluan
Ceritakan masa pergi/bertolak. Tujuan ke hospital (sama ada secara kebetulan atau dirancang ). Gambarkan situasi di hospital – ramai orang -- suasana riuh-rendah.
                                
(b) Isi-isi

(i)                 Keadaan mangsa dera.
-         Jelaskan umur mangsa, jantina, siapa yang menderanya, dan punca penderaan.
-    Kecederaan fizikal yang dialami oleh mangsa seperti kesan-kesan luka/calar-calar dan
jelaskan punca kecederaan.
-     Ceritakan bentuk rawatan yang diberikan kepada mangsa seperti  bantuan pernafasan, mangsa dalam keadaan amat lemah dan cemas.
-     Jururawat dan doktor  sentiasa mengawasi perkembangan keadaan mangsa.  
-     Keadaan mangsa semakin serius dan gambarkan keadaan yang kelam-kabut pihak
hospital di wad berkenaan
-     Mangsa akhirnya dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi(ICU).

 (ii) Perasaan
-     Kasihan
-     Simpati       
 -    Sedih/sayu/terharu
-     Kemuncaknya marah kepada pendera dan mungkin juga dia bersyukur  kerana
                  mempunyai ibu bapa yang penyayang.
-    Calon boleh mengaitkan perasaannya semasa menceritakan keadaan  mangsa satu  
      persatu.

 (c ) Penutup
                  Nyatakan pengajaran yang diperoleh daripada peristiwa itu. Nyatakan juga
      harapan supaya ibu bapa lebih bertanggungjawab. Terima anugerah daripada
      Allah dengan penuh kesyukuran walaupun ada apa-apa kelemahan atau
      kekurangan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan