CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Khamis, 17 September 2015

KARANGAN BM SPM - MENINGKATKAN TARAF KESIHATAN



Langkah Untuk Meningkatkan Taraf Kesihatan Rakyat.

Laras sains

·         Pengenalan,
a.       Kesihatan masyarakat bukan sahaja bergantung kepada kemudahan-kemudahan kesihatan yang ada tetapi bergantung juga kepada amalan-amalan yang baik dalam kehidupan mereka.
b.      Pelbagai program dilaksanakan untuk rawatan, pencegahan dan pemulihan bagi menjamin kesihatan yang baik

Isi-isi penting,

·         Menambah kemudahan-kemudahan perubatan,
a.       Membina lebih banyak hospital dan pusat-pusat kesihatan.
b.      Membanyakkan alat kelengkapan moden.

·         Menyediakan pusat-pusat latihan dan pembangunan tenaga manusia dalam bidang kesihatan,
a.       Menambah pengambilan pelajar perubatan
b.      Menghantar pelajar ke luar negara bagi mengikuti kursus-kursus kesihatan.
c.       Menambah dan melatih pembantu perubatan dan jururawat.

·         Melaksanakan program penyelidikan kesihatan,
a.       Membangunkan Institut Penyelidikan Perubatan bagi menyelidik dan mengesan penyakit.
b.      Menjadikan Institut Penyelidikan sebagai makmal dan rujukan kesihatan.

·         Amalan makanan dan pemakanan,
a.       Menjalankan program pemakanan dan amalan pemakanan seimbang,
b.      Menggalakkan masyarakat mengunjungi klinik
c.       Kuat kuasa Akta Makanan 1983 – menjaga mutu makanan yang diusahakan oleh pengusaha-pengusaha pemakanan.

·         Kebersihan alam sekeliling,
a.       Menggalakkan penggunaan tandas curah.
b.      Bekalan air bersih,

Kesimpulan,

a. Masyarakat yang cerdas dan sihat lahir daripada kemajuan kesihatan yang diamalkan.
b. Masyarakat perlu menjayakan program-program kesihatan bagi melahirkan pemimpin-pemimpin yang berjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan