CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Khamis, 17 September 2015

KARANGAN BM PT 3- UCAPAN PERPINDAHAN GURU



Karangan ucapan
Soalan,
Guru tingkatan sekolah anda telah berpindah ke tempat lain. Anda selaku Ketua Tingkatan dikehendaki menyampaikan satu ucapan untuk meraikan perpindahannya.
Sediakan teks ucapan anda selengkapnya.

Pendahuluan,

-          Kata alu-aluan
-          Ucapan terima kasih kerana diberi kepercayaan mewakili kelas
-          Terima kasih kerana guru yang diraikan hadir bersama.

Isi-isi


1.       Menerima berita perpindahan
-          Semua pelajar kelas berasa terharu apabila mendengar berita perpindahan ini.
-          Berpakat menyediakan satu majlis serba ringkas
-          Akan merasakan kehilangan guru yang dikasihi

2.       Pandangan pelajar terhadap guru
-          Seorang guru yang prihatin dan mengambil berat terhadap pelajar
-          Suka memberi nasihat sehingga dapat mengubah sikap pelajar.
-          Sanggup berkorban masa untuk pelajar dan gigih mendidik

3.       Kejayaan-kejayaan kelas di bawah jagaannya
-          Menjadi johan bilik kelas terceria sepanjang tahun
-          Guru berjaya menjadikan kelas ponteng sifar.
-          Beberapa pelajar bawah bimbingannya mewakili sekolah dalam beberapa jenis pertandingan peringkat daerah.

4.       Janji pelajar
-          Kami akan belajar bersungguh-sungguh
-          Berusaha merealisasikan harapan guru
-          Tabah berusaha untuk mencapai kejayaan akademik / perubahan sikap

5.       Doa pelajar
-          Semoga cikgu terus gigih mendidik pelajar di tempat baru
-          Mendoakan cikgu sihat sejahtera dan berjaya dalam kerjaya
-     Tuhan akan membalas jasa cikgu.

Penutup:
-          Minta guru mendoakan kejayaan kami
-          Ada masa datanglah menjenguk kami
-          Serangkap pantun tentang jasa guru
-          Ucapan penutup

2 ulasan:

  1. Selamat sejahtera,cikgu.Nama saya Sathya.Saya ingin meminta pertolongan cikgu untuk menyemak serta menanda karangan yang telah saya tulis.Saya juga ingin meminta pertolongan cikgu dalam penulisan karangan dan ulasan secara online dengan menggunakan aplikasi Googke Doc.Jika boleh,saya akan menghantar karangan saya dengan segera.Harap cikgu dapat menolong saya.Jika boleh,saya meminta cikgu untuk memberi markah kepada karangan saya.Terima kasih cikgu.

    BalasPadam