Karangan ucapan
Soalan,
Guru tingkatan
sekolah anda telah berpindah ke tempat lain. Anda selaku Ketua Tingkatan
dikehendaki menyampaikan satu ucapan untuk meraikan perpindahannya.
Sediakan teks
ucapan anda selengkapnya.
Pendahuluan,
-
Kata alu-aluan
-
Ucapan terima kasih kerana diberi kepercayaan
mewakili kelas
-
Terima kasih kerana guru yang diraikan hadir
bersama.
Isi-isi
1. Menerima
berita perpindahan
-
Semua pelajar kelas berasa terharu apabila
mendengar berita perpindahan ini.
-
Berpakat menyediakan satu majlis serba ringkas
-
Akan merasakan kehilangan guru yang dikasihi
2. Pandangan
pelajar terhadap guru
-
Seorang guru yang prihatin dan mengambil berat
terhadap pelajar
-
Suka memberi nasihat sehingga dapat mengubah
sikap pelajar.
-
Sanggup berkorban masa untuk pelajar dan gigih
mendidik
3. Kejayaan-kejayaan
kelas di bawah jagaannya
-
Menjadi johan bilik kelas terceria sepanjang
tahun
-
Guru berjaya menjadikan kelas ponteng sifar.
-
Beberapa pelajar bawah bimbingannya mewakili
sekolah dalam beberapa jenis pertandingan peringkat daerah.
4. Janji
pelajar
-
Kami akan belajar bersungguh-sungguh
-
Berusaha merealisasikan harapan guru
-
Tabah berusaha untuk mencapai kejayaan akademik
/ perubahan sikap
5. Doa
pelajar
-
Semoga cikgu terus gigih mendidik pelajar di
tempat baru
-
Mendoakan cikgu sihat sejahtera dan berjaya
dalam kerjaya
- Tuhan akan membalas jasa cikgu.
Penutup:
-
Minta guru mendoakan kejayaan kami
-
Ada masa datanglah menjenguk kami
-
Serangkap pantun tentang jasa guru
-
Ucapan penutup