SET CONTOH
1. Tuan Pengetua sentiasa memberikan …………. Tentang masalah disiplin pelajar ketika berucap pada perhimpunan pagi sekolah.
A Tumpuan B Makluman C Penjelasan D Penekanan
2. Kain-kain yang diseterikanya itu …………. menjadi bertingkat-tingkat lalu disimpan di dalam almari.
A Disusun B Dibuat C Diatur D Dilonggok
3. Agensi-agensi pelancongan yang ………… perjalanan ke tempat-tempat peranginan di negara ini diingatkan supaya tidak menipu pengguna dengan pakej yang ditawarkan.
A Menggerakkan B Mengaturkan C Menjalankan D Merancangkan
4. Dawai telefon akan mengendur pada waktu panas dan akan ………… pada waktu sejuk.
A Mengecut B Melebeh C Meregang D Mengembang
5. Semua maklumat yang diperoleh daripada pegawai penyiasat itu akan………. terlebih dahulu sebelum tangkapan dilakukan.
A Dikaji B Diamati C Diperiksa D Dipelajari.
6. Permainan tradisional patut diketengahkan supaya dapat ………… seni budaya bangsa.
A Mengaya B Mengayai C Memperkaya D Memperkayai
7. Daripada ……………. nya, saya dapat merasakan bahawa dia tidak menyetujui keputusan itu.
A Bangun tubuh. B Air muka. C Paras rupa D Bentuk muka
8. Orang yang berjudi itu ……………. apabila dikejar oleh pihak polis semalam.
A Kelam-kabut. B Bolak-balik C Lentam-lentum D Pontang-panting
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan A, B, atau C. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.
9. Ekonomi Malaysia dijangka pulih sepenuhnya tahun ini berdasarkan pada ramalan yang dikeluarkan oleh Bank Dunia baru-baru ini. Tiada kesalahan.
A Pulih B Pada C Dikeluarkan D Tiada kesalahan
10. Kemalangan jalan raya yang membabitkan motosikal mencatatkan peratusan yang paling tinggi sekali berbanding dengan bas dan kereta.
Tiada kesalahan.
A Membabitkan B Peratusan C Sekali. D Tiada kesalahan
11.Demi untuk menjaga hubungan baik antara suami dengan ibu mertuanya, Suhaiza sanggup membiarkan dirinya makan hati berulam jantung. Tiada kesalahan.
A Untuk B Antara C Membiarkan D Tiada kesalahan
12. Ceramah yang disampaikannya banyak menerangkan tentang teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan. Tiada kesalahan.
A Banyak B Tentang C Teknik-teknik D Tiada kesalahan
13. Pelajar universiti itu sedang membuat pemantauan berkaitan gelagat pengguna jalan raya dari semasa ke masa. Tiada kesalahan.
A Pemantauan B Gelagat C Masa D Tiada kesalahan.
14. Berguni barangan makanan digugurkan dari udara oleh kapal terbang Amerika untuk bantuan kecemasan pelarian Timor Timor. Tiada kesalahan
A Berguni B Dari C Untuk D Tiada kesalahan
15. Laporan jawatankuasa yang mengkaji kebajikan guru-guru di negara ini sudah diperakukan oleh kerajaan baru-baru ini. Tiada kesalahan.
A Yang B Guru-guru C Diperakukan D Tiada kesalahan
16.Pegawai bank itu sedang memperhalus borang permohonan pinjaman perumahan itu terlebih dahulu sebelum memberikan kelulusan. Tiada kesalahan.
A Memperhalus B Terlebih C Sebelum D Tiada kesalahan
Sebahagian daripada ayat-ayat berikut telah digariskan. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D.
17. Pihak polis mengesahkan bahawa penangkapan itu terpaksa dilakukan demi keselamatan negara.
A Mengesah akan penangkapan. B Mengesahkan bahawa tangkapan.
C Mengesahkan tangkapan D Mengesahkan bahawa penangkapan.
18.Selepas mandi, Rani menyikat rambutnya dan memperkenankan reben yang berwarna-warni.
A Mengenakan reben yang berwarna-warni. B Mengenakan reben yang warna-warna
C Mengenai reben yang berwarna-warni. D Memperkenakan reben yang berwarna-warni.
19.Sekiranya ibu bapa tidak perihatin dengan anak-anak mereka pengembangan pendidikan kalangan anak akan terjejas.
A Perkembangan pendidikan akan menjejas di kalangan anak-anak
B Perkembangan pendidikan di kalangan anak mereka akan terjejas.
C Pengembangan di kalangan pendidikan anak-anak mereka terjejas.
D Pengembangan pendidikan kalangan anak akan terjejas.
20.Para-para pelajar di era teknologi maklumat perlu menguasai kemahiran menggunakan komputer bagi meningkatkan pencapaian mereka.
A Para-para pelajar pada zaman era teknologi maklumat perlu.
B Pelajar-pelajar di zaman era teknologi maklumat perlu
C Pelajar-pelajar pada era teknologi maklumat perlu.
D Para-para pelajar di era teknologi perlu
21.Ibu yang baik akan sentiasa sayangi kesemua anaknya tanpa ada yang kurang ataupun yang lebih.
A Menyayangi semua anak-anaknya. B Sayang akan semua anaknya
C Menyayangi akan semua anaknya D Sayangi kesemua anaknya
22.Banyak perkara baru yang dapat kami mendengar semasa balik kampung baru-baru ini.
A Dapat kami dengar sewaktu balik ke kampung.
B Kami dapat mendengar semasa balik ke kampung.
C Kami dapat mendengarnya sewaktu balik kampung.
D Dapat kami mendengar semasa balik kampung.
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.
23. Pusat perubatan swasta digesa supaya menilai kadar bayaran yang dikenakan semula agar tidak terlalu membebankan pesakit, terutamanya yang berpendapatan rendah.
A Pesakit yang berpendapatan rendah meminta pusat perubatan swasta agar mengkaji kadar bayaran yang dikenakan semula kerana kadar tersebut membebani mereka.
B Gesaan agar pusat perubatan swasta mengkaji kadar bayaran yang dikenakan semula dibuat oleh pesakit yang menanggung beban kerana pendapatan mereka terlalu sedikit.
C Kadar bayaran yang dikenakan oleh pusat perubatan swasta akan diturunkan setelah gesaan dibuat oleh pesakit kerana memikul beban tersebut.
D Kajian semula perlu dibuat oleh pusat perubatan swasta terhadap kadar bayaran yang dikenakan terhadap pesakit agar tidak terlalu membebankan, khususnya golongan miskin.
24. Pengusaha kedai emas telah diingatkan berkali-kali oleh pihak polis agar memasang kamera litar tertutup di premis perniagaan mereka.
A Kedai peniaga emas dipasang kamera litar tertutup kerana pengusahanya telah diingatkan oleh pihak polis sekali.
B Peniaga kedai emas berkali-kali memasang kamera litar tertutup di kedai mereka kerana telah diberitahu oleh pihak polis.
C Kamera yang tertutup litarnya telah dipasang di premis pengusaha kedai emas oleh mereka kerana pihak polis asyik menyuruh mereka berbuat demikian.
D Pihak polis kerap mengingatkan peniaga barang-barang kemas agar premis perniagaan mereka dipasang kamera litar tertutup.
25. Benteng pemecah ombak dibina di sepanjang pantai itu untuk mengelakkan hakisan daripada bertambah buruk dan merosakkan kawasan pantai.
A Untuk mengelakkan kawasan pantai itu daripada menjadi bertambah rosak akibat hakisan, di sepanjang pantai itu dibina benteng pemecah ombak.
B Kawasan pantai itu bertambah rosak dan buruk kerana benteng yang dibina di sepanjang pantai mengelakkan ombak daripada pecah.
C Benteng dibina di sepanjang kawasan pantai itu supaya ombak pecah dan pantai yang rosak dan buruk itu tidak terhakis.
D Pantai itu bertambah rosak kerana benteng yang dibina untuk mencegak ombak daripada pecah dan menghakis kawasan di sepanjang pantai itu.
26. Beberapa buah negara yang dijemput untuk memeriahkan kejohanan tersebut masih belum mengesahkan penyertaan mereka hingga saat ini.
A Hingga saat ini, negara-negara yang dijemput untuk memeriahkan beberapa kejohanan tersebut masih belum memberikan kata putus mereka.
B Penyertaan beberapa buah negara jemputan untuk memeriahkan kejohanan tersebut belum lagi disahkan oleh mereka hingga sekarang.
C Beberapa buah negara sah belum memberikan jawapan mereka sama ada hendak memeriahkan kejohanan jemputan tersebut ataupun tidak hingga masa ini.
D Peserta dari beberapa buah negara dalam kejohanan tersebut belum disahkan oleh negara tuan rumah yang memeriahkan jemputan tersebut hingga saat ini.
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan-soalan di bawah ini.
27. Datuk Marzuki tidak kekok bergaul dengan orang-orang kampung. Malah, dia bergaul dengan sesiapa saja tanpa mengira pangkat dan darjat. Keadaan ini menunjukkan Datuk Marzuki tahu bahawa
A Jauhari juga yang mengenal manikam.
B Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.
C Jika ular menyusur akar, tiada hilang biasanya.
D Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.
28. Fatimah menolah pinangan anak Pak Busu. Bagi Fatimah, walaupun pemuda itu tampan, namun dia tidak menggemari tingkah laku pemuda itu yang kurang sopan. Keadaan pemuda itu seperti
A Minyak setitik, di laut sekalipun timbuk juga.
B Bunga dedap, sungguh merah berbau tidak.
C Kiambang di air, akarnya tidak jejak di bumi.
D Buah kepayang, di makan mabuk dibuang sayang.
Pilih ayat-ayat yang menggunakan dengan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.
29. I Tangan gadis itu terikat pada sebatang pokok di tebing sungai semasa ditemui oleh pihak polis.
II Pelajar-pelajar yang diberi biasiswa oleh syarikat swasta itu terikat dengan syarat-syarat yang dikenakan.
III Buah-buah rambutan yang dipetik oleh abang pada pagi tadi masih belum terikat.
IV Pak Kamat menggunakan rotan untuk terikat kayu-kayu api yang dipotong oleh anaknya.
A I dan II sahaja B I dan III sahaja C I, II dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja.
30. I Bomoh tua di hujung kampung itu dipercayai memiliki ilmu ghaib.
II Kapal tangki itu akhirnya ghaib di tengah lautan yang bergelora.
III Baginda ghaib bersama-sama dengan pengiringnya semasa berburu di dalam hutan.
IV Sehingga hari ini, seluruh penduduk kampung itu masih memperkatakan ghaib itu.
A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D I, III dan IV sahaja.
31. I Setiap manusia mempunyai haluan hidup masing-masing yang ingin dicapai.
II Haluan kata buku hasil tulisan pengarang terkemuka itu disunting oleh seorang pakar bahasa.
III Dia suka duduk di haluan perahu ketika memancing ikan di tasik tersebut.
IV Pendatang-pendatang asing yang tidak mempunyai permit biasanya lari lintang pukang tidak tentu haluan apabila terlihat pihak berkuasa.
A I dan III sahaja B I, III dan IV sahaja C II, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV sahaja
32. I Gaya Ramli yang suka bergaduh tidak digemari oleh rakan-rakan sekelasnya.
II Wanita itu ada gaya seorang model disebabkan penampilannya yang sentiasa menarik perhatian.
III Keistimewaan pengarang itu ialah gaya bahasanya yang mampu mencuit hati pembaca.
IV Rumah itu dibina mengikut gaya barat kerana pemiliknya mendapat pendidikan di sana.
A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja.
Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.
33. I Kerja-kerja pembersihan, termasuk di kawasan pasar boleh dilaku dengan mudah sekiranya terdapat kerjasama di kalangan peniaga.
II Berbagai cara dilakukan untuk mendidik masyarakat agar menjaga kebersihan kawasan mereka.
III Manusia dilahirkan dengan akal untuk berfikir dan menentukan hala tuju hidup mereka pada masa hadapan.
IV Penubuhan pasukan bomba sukarela disusuli dengan pelbagai aktiviti yang diadakan dari semasa ke semasa
A I dan II sahaja B I dan III sahaja C II dan IV sahaja D III dan IV sahaja
34. I Mana murid yang belum menjelaskan yuran peperiksaan diingatkan supaya segera berbuat demikian.
II Pemuda yang kami sangka baik itu rupa-rupanya seorang penjenayah yang dikehendaki oleh polis.
III Pihak sekeolah tidak akan bertanggungjawab terhadap kenderaan yang kena curi di dalam kawasan sekolah.
IV Arni keluar dari biliknya secara diam-diam agar tidak disedari oleh sesiapapun.
A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja
35. I Mereka telah bermesyuarat selama tiga jam tetapi masih belum dapat membuat sebarang keputusan.
II Keputusannya itu benar-benar memeranjatkan kami.
III Dia terpaksa menjual keretanya kerana kerumitan wang belanja.
IV Perhubungan di antara Kelantan dan Terengganu telah tergendala akibat banjir.
A I dan II sahaja B I dan IV sahaja C I dan III sahaja D III dan IV sahaja
36.I Matanya bergerak ke atas ke bawah memerhatikan tingkah laku orang tua itu.
II Harga makanan di kedai itu lebih sedikit dari harga biasa pada kedai lain.
III Mereka mahu pergi ke Pulau Langkawi atau Pulau Pangkor pada minggu lepas.
IV Adik membawakan saya secawan kopi sewaktu saya duduk-duduk di bawah pokok.
A I dan II sahaja B I dan IV sahaja C I dan III sahaja D III dan IV sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan