PEMAHAMAN KOMSAS SET 1
Soalan 31 – 35
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soala-soalan yang berikutnya. Pilih jawapan yang paling seseuai.
Ramli seorang saja yang duduk di mejanya di belakang darjah itu. Dia mengeluarkan sehelai kertas dan melukis sesuatu, sementara rakan-rakannya selesai menyampaikan ucapan dan hadiah masing-masing.
Seorang rakan sedarjahnya yang paling nakal datang menghampirinya setelah menyerahkan sebungkus hadiah yang besar kepada Cikgu Fatimah. “Apa yang kau lukis itu, Ramli?” tanyanya.
“Tak ada apa-apa. Saja-saja melukis,”jawabnya.
“Eh kawan-kawan tengok lukisan ini...! Ramli lukis bukit dan pokok. Tengok ada Sang Kancil sedang makan pucuk-pucuk kayu tu...,” jerit murid tersebut setelah menyentak kertas di atas meja Ramli.
Rakan-rakannya berkerumun melihat lukisannya.
“Heee! Apa yang dilihat tu?” tanya Cikgu Fatimah.
“ Sazali beri balik kertas itu pada Ramli,” suruh Cikgu Fatimah.
“Nah! Ambillah sayang, intan payung, manja Cikgu Fatimah,” Ejek Sazali sambil melayangkan kertas itu kepada Ramli.
“Sazali tak baik kata macam tu pada Ramli. Tak ada anak emas, anak perak, anak tembaga dalam kelas ini. Semua murid-murid cikgu sama saja. Kalau baik cikgu sayang, kalau jahat cikgu marah, supaya jadi baik. Faham?” Herdik Cikgu Fatimah.
“ Faham cikgu,” jawab Sazali sambil menjuihkan mulutnya ke arah Ramli.
Ramli diam membisu.
Selesai menerima hadiah-hadiah, Cikgu Fatimah mengucapkan terima kasih kepada murid-muridnya. Apabila loceng berbunyi pagi itu semua murid dan guru turun ke padang untuk turut serta dalam sukaneka. Selepas itu persembahan pentas pula diadakan sebagai tanda kemesraan antara guru-guru dengan murid-murid sempena Hari Guru pada hari tersebut.
Cikgu Fatimah amat riang kerana antara guru-guru sekolah itu, dialah yang paling banyak menerima hadiah daripada muridnya.
Mereka sama-sama membuka hadiah masing-masing di dalam bilik guru. Satu demi satu hadiah dibuka oleh mereka. Bermacam-macam hadiah yang mereka dapat. Kebanyakannya dibeli di supermarket atau di kedai-kedai.
Sekali-sekala, Cikgu Harun yang pandai berjenaka menjerit apabila dia mendapat hadiah sehelai tuala kecil. Dia segera mengesat peluh dengan tuala tersebut. Ada guru yang mendapat hadiah baju, stoking, kasut, lampu meja, jam tangan, dan tidak kurang pula yang paling lucu ada antara mereka yang mendapat hadiah tisu dan botol susu yang berbungkus besar tanpa bertulis nama pada hadiah tersebut.
(Dipetik daripada Sehijau Warna Daun
Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka)
31 Tujuan persembahan pentas pada Hari Guru diadakan adalah untuk
A mengeratkan hubungan.
B menunjukkan kegembiraan.
C menyampaikan perasaan masing-masing.
D mewujudkan kemesraan antara guru dengan murid.
32 “Nah! Ambillah sayang, intan payung, manja Cikgu Fatimah,” Ejek Sazali sambil melayangkan kertas itu kepada Ramli.
Berdasarkan dialog di atas, Sazali mengejek Ramli kerana
A Sazali suka mengusik Ramli.
B Sazali murid yang nakal di dalam kelas.
C Ramli sering mendapat perhatian daripada cikgu Fatimah.
D Ramli memberikan hadiah istimewa kepada cikgu Fatimah.
33 “Sazali tak baik kata macam tu pada Ramli. Tak ada anak emas, anak perak, anak tembaga dalam kelas ini. Semua murid-murid cikgu sama saja. Kalau baik cikgu sayang, kalau jahat cikgu marah, supaya jadi baik. Faham?” Herdik Cikgu Fatimah.
Ayat di atas mengambarkan perwatakan Cikgu Fatimah iaitu
A guru yang bertanggungjawab dan garang
B guru yang penyayang tetapi tegas
C guru yang garang tetapi baik hati
D guru yang prihatin dan mesra
34 Latar tempat petikan di atas ialah
A bilik guru.
B bilik darjah.
C kantin sekolah.
D pejabat sekolah.
35 Cerpen Hadiah Hari Guru membawa tema
A Ketulusan hati seorang murid menghargai jasa gurunya.
B Kemiskinan bukan penghalang kejayaan.
C Kasih sayang antara guru dan murid.
D Pengorbanan seorang murid untuk gurunya.
Soalan 36-40
Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Pilih jawapan yang paling sesuai.
SYAIR TENAGA PEMUDA
Tenaga pemuda kalau diasuh,
Pimpin dan didik kotor dibasuh,
Tidaklah ia menjadi lusuh,
Amat berguna menentang musuh.
Tenaga pemuda memang terbilang,
Tenaga yang sedang gilang-gemilang,
Beban yang berat dapat dijulang,
Benda yang jauh dapat dijulang.
Tenaga pemuda tenaga bererti,
Tenaga yang berani menempah mati,
Tidak mengenal erti nanti,
Hanya penuh kemahuan mesti.
Tenaga pemuda mestilah sayang,
Jangan dibiarkan lemah dan goyang,
Di waktu muda tenaga kencang,
Berani sampai berputih tulang.
Tenaga pemuda kalau dijaga,
Kelak akhirnya sangat berharga,
Tenaga yang menjadi harapan bangsa,
Gagah berani mempertahankan negara,
( Dipetik daripada antologi Anak Bumi Tercinta
Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka )
36 Maksud rangkap ketiga puisi di atas
A Sesebuah negara hendaklah menjaga tenaga pemuda demi keamanan negara.
B Golongan pemuda mempunyai tenaga yang kuat. Mereka sangat gagah dan berani.
C Tenaga pemuda sangat penting untuk pembangunan negara. Mereka juga mestilah
berani dan sanggup berjuang untuk mencapai cita-cita.
D Pemuda mesti sayang akan diri sendiri. Mereka hendaklah menjauhi daripada
melakukan perkara-perkara yang boleh membinasakan diri.
37 Yang berikut merupakan antara seruan penyair kepada golongan pemuda kecuali
A Pemuda mesti berani berjuang
B Pemuda patut berfikir dengan kreatif dan kritis
C Pemuda haruslah sanggup berkorban demi negara
D Pemuda hendaklah bertindak pantas untuk mencapai apa-apa yang dihajati.
38 Ciri puisi di atas adalah seperti berikut kecuali
A Dua baris pembayang dan dua baris maksud.
B Setiap baris mempunyai maksud.
C Empat baris serangkap.
D Rima akhir aaaa.
39 Gaya bahasa bagi perkataan berhuruf condong dalam rangkap kedua puisi di atas
A anafora.
B epifora.
C inversi.
D responsi.
40 Nilai murni yang terdapat dalam syair Tenaga Pemuda ialah
A berkorban demi negara.
B kegigihan memajukan diri.
C bertanggungjawab terhadap keluarga dan dedikasi.
D keberanian, patriotik, kebersihan mental dan fizikal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan