CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Sabtu, 16 Januari 2010

SET 4

Contoh 4:
Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji sama ada di Tingkatan 2 atau Tingkatan 3.

(i ) Timulak Kapal Perang -karya Azmah Nordin
(ii) Pahlawan Pasir Salak karya Mohd Ismail Sarbini
(iii) Tragedi Empat Disember karya Dzul Karnain Ithnin
(iv) Kapten Hassan Wira Bangsa karya Harun Johari
(v ) Ekspedisi karya Mohd Ghazali Tocheh
(vi) Panas Salju karya Talib Samad
(vii) Kanang Cerita Seorang Pahlawan karya Maznan Nordin
(viii) Merdeka! Merdeka! karya A. Rahm

Berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2 dan Tingkatan 3, jelaskan satu perbezaan dan satu persamaan watak utama dalam kedua-dua novel tersebut.

CONTOH JAWAPAN :

Watak utama Novel Tragedi Empat Disember : Kamarul Azam
Watak utama Novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan : Kanang anak Langkau

Persamaan : Berani.
Kamarul Azam : Berani menyiasat di tempat kapal terbang yang terhempas walaupun keadaan itu boleh membahayakan dirinya.
Kanang : Berani menentang musuh untuk mempertahankan negara daripada serangan pengganas komunis dalam Gerakan Pukat.

Perbezaan :
Kamarul Azam : Seorang yang penyabar : Sabar menerima berita kematian ayahnya dalam kejadian kapat terbang yang terhempas.
Kanang : Seorang yang panas baran: Pernah menumbuk pegawai atasannya kerana tidak berpuas hati setelah diarahkan bertugas, kerana dia baru sahaja pulang daripada menjalankan operasi.

CONTOH JAWAPAN LENGKAP:

Watak utama dalam Novel Tragedi Empat Disember karya Dzul Karnain Ithnain ialah Kamarul Azam, manakala watak utama Novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan karya Maznan Nordin ialah Kanang.
Antara perwatakan yang sama dalam kedua-kedua novel ini ialah sifat keberanian. Sebagai contoh Kamarul Azam bertindak berani menyiasat di tempat kapal terbang yang terhempas walaupun keadaan itu boleh membahayakan dirinya. Manakala Kanang berani menentang musuh untuk mempertahankan negara daripada serangan pengganas komunis dalam Gerakan Pukat walaupun nyawanya terancam.
Perbezaan perwatakan bagi Kamarul Azam dan Kanang pula ialah Kamarul Azam merupakan seorang yang penyabar. Hal ini dapat dibuktikan apabila Kamarul Azam menerima berita kematian ayahnya dalam kejadian kapal terbang terhempas dengan tenang dan sabar. Kanang pula merupakan seorang yang panas baran. Beliau pernah menumbuk pegawai atasannya kerana tidak berpuas hati setelah diarahkan bertugas. Hal ini disebabkan beliau baru sahaja pulang daripada menjalankan operasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan