SOALAN KOMSAS SET 4
SOALAN 31 – 35
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
Seminggu kemudian Cikgu Rosli datang lagi menemuiku di pasar sehari. Dia menawarkan aku pekerjaan di restoran milik abangnya – Restoran Selera Terbuka – di kota.
“Saya nak berniaga, cikgu , bukan bekerja di restoran.” Aku cuba menolak tawaran itu.
“Mulakan dari bawah , Mat. Abang saya dulu cuci pinggan mangkuk saja. Sekarang, dah dua buah restorannya.”
“Betul ke, cikgu?”
“Pernahkah saya membohongi kamu?”
Dalam diam-diam terpercik juga rasa kagum dalam hatiku. Daripada seorang pencuci pinggan mangkuk menjadi tauke restoran di tengah kota. Kalau dia boleh buat, mengapa aku tidak? Pertanyaan itupun mengetuk-ngetuk benakku.
“Saya cuma beri jalan saja, Mat. Kalau berminat, bolehlah cuba. Untuk maju jangan takut mencuba. Kalau belum mencuba dah kata tak boleh, alamat tak sampai ke mana-manalah!”
Aku termangu-mangu memikirkan percakapan Cikgu Rosli itu. Ketika itu, aku belum dapat memberi jawapan. Berhari-hari aku memikirkan tawaran Cikgu Rosli itu – tinggalkan Kampung Kelapa Condong dan berhijrah ke kota, atau terus menjadi pemanjat pokok kelapa?
“Kamu Mat Jenin abad kedua puluh. Mat Jenin abad dua puluh, mesti menewaskan semua cabaran untuk maju, bukan setakat berangan-angan di atas pokok kelapa.” Kata-kata Cikgu Rosli datang mempengaruhi hatiku.
Masuk hari ketujuh berfikir, aku pun membuat keputusan – berhijrah!
* * * * *
Matahari baru sahaja menjenguk di sebelah timur. Cahayanya pun belum sempat menghabiskan semua embun yang ada di hujung daun. Ketika itulah aku meninggalkan rumah dengan azam baru.
“Kamu lelaki, Mat. Mesti tabah. Mat Jenin abad dua puluh mesti berani!”
“Aku berhijrah untuk memburu kejayaan!”jerit hatiku.
(Dipetik daripada antologi Anak Bumi Tercinta,
Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka)
31. Apakah pekerjaan Mat Jenin seperti yang terdapat dalam petikan?
A Guru.
B Tauke restoran.
C Bekerja di restoran.
D Pemanjat pokok kelapa.
32. Frasa Mulakan dari bawah seperti yang diucapkan oleh Cikgu Rosli membawa maksud
A kegagalan hanya ditemui oleh orang bawah.
B sesuatu kerjaya mesti dimulakan dari bawah.
C adalah janggal jika pekerjaan di mulakan dari bawah.
D memulakan pekerjaan dari bawah akan menemui kegagalan.
33. Sikap positif yang ada pada Cikgu Rosli
A berpandangan jauh.
B mementingkat darjat.
C mementingkan diri sendiri.
D suka membantu orang susah.
34. Latar tempat dalam petikan di atas adalah
A di sekolah.
B di restoran.
C di pasar sehari.
D di bawah pokok.
35. Kesudahan cerita Mat Jenin ialah
A Mat Kaduk mewarisi empayar Mat Jenin.
B Mat Jenin mencapai impiannya untuk membuka restoran.
C Raja Nor Mustaqimah melahirkan seorang anak lelaki.
D Mat Jenin berjaya membuka cawangan ketiga restorannya.
Soalan 36 hingga 40
Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
PANTUN PERPISAHAN
Hari ini menugal jagung,
Hari esok menugal jelai;
Hari ini kita berkampung,
Hari esok kita bercerai.
Dari mana hendak ke mana,
Tinggi rumput dari padi;
Hari mana bulan yang mana,
Dapat kita bertemu lagi.
Kelip-kelip kusangka api,
Kalau api mana puntungnya;
Hilang ghaib kusangka mati,
Kalau mati mana kuburnya.
Batang selasih permainan budak,
Berdaun sehelai dimakan kuda;
Bercerai kasih bertalak tidak,
Seribu tahun kembali juga.
Orang Aceh sedang sembahyang,
Hari Jumaat tengah hari;
Pergilah kasih pergilah sayang,
Pandai-pandai menjaga diri.
Mana Manggung mana Periaman,
Mana batu kiliran taji;
Tinggal kampung tinggal halaman,
Tinggal tepian tempat mandi.
Bintang Barat terbit petang,
Bintang Timur terbit pagi;
Jika tidak melarat panjang,
Ada umur ketemu lagi.
(Dipetik daripada antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa,
Tingkatan 2, Dewan Bahasa dan Pustaka)
36. Dari mana hendak ke mana
Unsur bunyi dalam pantun di atas ialah
A aliterasi.
B asonansi.
C repitisi.
D inversi.
37. Hari ini menanam jagung,
Hari esok menugal jelai;
Hari ini kita berkampung,
Hari esok kita bercerai.
Perkataan hari dalam pantun di atas merupakan gaya bahasa
A hiperbola.
B inversi.
C sinkpof.
D anafora..
38. Maksud rangkap ke-5 pantun adalah
A mengharapkan seseorang itu pandai membawa diri apabila berjauhan daripada keluarga.
B merelakan pemergian orang yang dikasihi dengan harapan orang itu dapat menjaga dirinya.
C melepaskan anak merantau jauh demi mencari pengalaman baru di tempat orang.
D pergilah merantau supaya dapat menjaga diri di tempat orang.
39. Apakah nilai yang terdapat dalam rangkap ke-2 pantun ?
A Pengorbanan.
B Kasih sayang.
C Kesabaran.
D bertanggungjawab
40. Tema pantun di atas ialah
A perpisahan sering terjadi dalam kehidupan.
B perpisahan amat menyedihkan.
C perpisahan lumrah kehidupan.
D perpisahan tidak diundang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan