CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 13 Januari 2010

LATIHAN TB

Isikan perkataan yang sesuai pada tempat kosong di bawah 3rk 7/8/09 jumaat

1. Budak yang baru ________ itu terdiam apabila mendapat gula-gula .
2. ________ itu terpaksa menyelamatkan diri dengan menggunakan payung terjun.
3. Dalam cerita itu , lanun dan para anak kapal nya telah berjaya __________
4. Kata-kata kesat yang dikeluarkan oleh Nora itu telah _________ hati Abu.
5. Kita perlulah hormat menghormati__________ satu sama lain.
6. Luas tanah yang baru dibeli oleh bapa saya ialah 12 _______
7. Dia berdoa agar ____________rezeki dan dipanjangkan umur pada tahun ini .
8. Dalam perlawanan _____ itu , Sazali telah menang 21-9 dan 21 -5 .
9. Dia tidak mahu minum ubat itu kerana ______ pahit.
10. Tugas tentera ialah untuk menjaga keselamatan ____ dan keamanan______ negara .
11. Apabila terkenangkan peristiwa sedih itu , luka lama _____ kembali .
12. Dia agak kecewa setelah mendapat tempat _____ dalam pertandingan itu .
13. Selepas sembuh daripada kecederaan akibat kemalangan tempoh hari , dia ___ roda.
14. Kedua-dua mempelai itu sama cantik , mereka memang ____
15. Emak tidak sanggup mengikut ______ adik.
16. Dia duduk _______ di atas pangkin rumah.
17. Dia tidaklah ______ yang awak sangkakan walaupun rambutnya sudah beruban.
18. Pihak perajurit _______ akan mempertahankan negara hingga ke titisan darah yang terakhir.
19. Saya lihat _____ tadi awak asyik membaca saja
20. Kem membina semangat itu penting untuk ______ ketahanan diri seseorang .
21. Tidak terangkat_____ olehnya kotak yang berat itu .
22. _malas_____ betul kamu ni , Cubalah kamu keluar mencari kerja !
23. Orang yang suka ______ orang lain akan menerima balasannya
24. Apabila anak-anak Pak Kassim balik kampung , anak-anaknya pulang dengan membawa kereta yang ______
25. Jangan baling batu itu ke dalam air. Nanti terpercik______ ke muka saya
26. Saya terhidu___ bau busuk itu di sini.
27. _________ pasar malam itu mula berkemas selepas pengunjung semakin berkurangan.
28. Semenjak peristiwa yang menyedihkan itu , Salmah menjadi seorang pendiam____
29. Mike Tyson dianggap salah seorang peninju yang ____ di dunia .
30. Sila luruskan______________ barisan anda.

31. Pertandingan itu ______ oleh para hakim yang arif.
32. Kami tidak sempat _______ ceramah itu .
33. Setelah lama merantau , baru kini dia ________ kampungnya .
34. Rumah di tepi sungai itu telah ______ air.
35. _____ saya pinggan yang berselerak itu .
36. Md Farhan Hamzah_______ nama pelajar yang datang lambat ke sekolah pada hari ini .
37. Akhbar _______ Utusan Malaysia begitu laris di pasaran
38. Di atas meja _______ makanan yang lazat.
39. Hasil _______ yang dibuat oleh emak sangat halus .
40. Tun Hussien Onn ialah seorang _______ yang ulung .

41. Majlis itu khusus untuk meraikan para ________ yang bergiat dalam bidang sastera.
42. Kesemua ________ meluru ke arah Mona Fendy untuk mendapatkan komennya .
43. Budak kecil itu terus _________ walaupun telah dipujuk berkali-kali oleh ibunya .
44. Rumah itu _______ dengan suara budak-budak.
45. Pakaiannya ________ kerana digigit anjing

46. Fikirlah _______ sebelum berpindah rumah .
47. Dia berjalan dengan ______________ kerana keletihan .
48. Udara di kawasan tanah tinggi sungguh ______________ .
49. Air sungai itu mengalir dengan ______________nya.
50. Adik mengasah pensel itu supaya ______________ .
51. Pandu ______________ , pasti jiwa terselamat .
52. Suara Ziana Zain sungguh ______________ .
53. Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh ______________ ingin berjaya dalam pelajaran.

54. Marina menjadi terkenal ______________ memenangi pertandingan syarahan.
55. ______________ lama ______________serius penyakit yang dihidap oleh ayah Mahzan .
56. Saya masak nasi ______________ emak menggoreng ikan.
57. ______________ cikgu , ayahnya pun tidak dapat menasihatinya.
58. Pertandingan bahas itu ______________ sahaja untuk orang dewasa, ______________juga untuk kanak-kanak.

59. Saya tidak dibenarkan bermain bolasepak ______________ saya belum menyiapkan kerja sekolah saya .
60. ______________ ke Singapura , ke Johor Bahrupun saya belum sampai .
61. Ayah saya bekerja diPejabat Tanah Muar ______________ kerani.
62. Datuk berjalan ______________ menggunakan tongkat.
63. Mesyuarat tergempar itu diadakan untuk membincangkan ______________ projek bantuan kecemasan untuk ______________ banjir.

64. ______________ sungai mengalir di tengah-tengah bandar itu.
65. Dia menyisipkan ______________ keris di pinggangnya.
66. Salim menghadiahi ibu ______________ kain songket.
67. Semenjak sakit dia tidak mampu bercakap walau ______________ kata.
68. Anjing itu ______________ dengan kuatnya .

69. Dia berdiri di tepi tingkap sambil mmerehatikan ______________ hujan yang turun
70. Lama dia ______________ muka saya barulah dicamnya .
71. Pak Nayan ______________ perahunya yang bocor dengan damar.
72. Dia ______________ kerbaunya itu menuju ke sawah.
73. Guru memarahi Kudin kerana sering ______________ kakinya di atas meja.

74. Dalam ______________ dia berangkat ke luar negeri .
75. Masa depannya bertambah ______________ sejak anak-anaknya bekerja.
76. Lukisan itu adalah ______________ tangan pelukis terkenal
77. Jika hujan turun , ______________ tak menorehlah kami .
78. Kegiatan membalak itu ______________ kerana hujan turun dengan lebatnya .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan