CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 13 Januari 2010

LATIHAN TB SET 3

LATIHAN 3

1 Ramai rakyat yang .................... akibat daripada peperangan.
A. derita
B. deritakan
C. menderita
D. dideritakan
2 Encik John didapati ..................... oleh mahkamah dan dipenjarakan.
A. tersalah
B. menyalahi
C. menyalah
D. bersalah

3 Orang yang menulis atau menghasilkan puisi atau prosa kita namakan ............
A. sasterawan
B. seniman
C. angkasawan
D. hartawan
4 Rashid adalah seorang pemuda yang baik hati tetapi nasibnya sentiasa .............. malang.
A. sedih
B. ditimpa
C. didatangi
D. dirundung

5 Beberapa ekor kambing ................. di padang.
A. bertempiaran
B. berhamburan
C. berkeliaran
D. berselerakan

6 Mak Uteh .......................... pokok-pokok bunga orkidnya dengan air.
A. dicurahi
B. mencurahkan
C. mencurahi
D. curah
7 Puan Quah menerangkan kejadian rompakan yang berlaku di rumahnya dengan ............ .
A. berpanjangan
B. panjang-lebar
C. berlarut-larutan
D. terus-menerus
8 "Kegiatan luar bilik darjah" yang menjadi topik utama ......... dalam perbahasan itu.
A. perdebatan
B. perbualan
C. pengetahuan
D. perlancaran
9 Pertarungan ...................... antara kedua-dua pendekar itu telah menggegarkan stadium
A. keras
B. sengit
C. hangat
D. gemuruh
10 Kulit buku ini sudah ....................... warnanya kerana sering bertukar tangan daripada seorang pembaca kepada pembaca yang lain.
A. redup
B. suram
C. pudar
D. muram
11 Mereka tidak dapat bermain sepak takraw kerana .............. jaring telah koyak.
A. tenunan
B. sulaman
C. siratan
D. kaitan
12 Kak Gayah sedang ............ jagung yang dibelinya di pasar tadi.
A. merebus
B. menjerang
C. menanak
D. mengukus

13 Dengan semangat ................. yang tinggi pasukan Malbatt dapat menewaskan pemberontak di negara ini.

A. perang
B. Iawan
C. berani
D. juang

14 Ah Kim menyerahkan ..................... bunga mawar kepada kekasihnya sebelum dia berangkat ke Istanbul.

A. seberkas
B. selonggok
C. sejambak
D. seketul

15 Bangunan Menara Pisa kelihatan ................. seperti hendak tumbang.
A. condong
B. senget
C. bengkok
D. bongkok

16 Shahril kesakitan apabila ...................... dari belakang ketika membawa bola.
A. menjerit
B. dibentis
C. melaung
D. terjerumus

17 Abu ............. almari kain kakaknya apabila buku ceritanya didapati hilang.
A. menyusup
B. menyorok
C. menyelinap
D. menggeledah
18 Suasana perbincangan itu menjadi semakin ............... kerana kedua-dua pihak tidak mahu mengalah.

A. bising
B. hangat
C. ribut
D. kencang

19 Orang yang ilmu akan sentiasa dihormati.
A. me ... kan
B. ber
C. ter
D. me

20 Salinah berjalan ke sekolah sambil ........... fail dicelah lengannya.
A. menjunjung
B. mengelek
C. membimbit
D. mengheret


21 Lebah telah .................... pipi Anis.
A. sengat
B. menyengat
C. disengat
D. penyengat

22 Cikgu Shamsinar .............. mata pelajaran Komputer di kelas kami.
A. ajaran
B. pembelajaran
C. mengajar
D. pengajaran


23 Penoreh-penoreh itu sedang .................. kebun getah masing-masing.
A. kerja
B. mengerjakan
C. dikerjakan
D. pekerjaan


24 Bangunan Menara Pisa kelihatan ................. seperti hendak tumbang.
A. condong
B. senget
C. bengkok
D. bongkok













25. Pilih perkataan yang paling sesuai untuk menggantikan perkataan bergaris.
Encik Kasim mengingatkan anaknya agar jangan memendam perasaan marahnya.
A. membendung
B. membasmi
C. mengawas
D. menaruh

26. Feri itu sarat dengan penumpang.
A. muat
B. ketat
C. berat
D. padat

27 Pegawai Pertanian telah mengamanatkan pekebun-pekebun kecil agar berusaha bagi meningkatkan hasil mahsul mereka.
A. mengarahkan
B. mencadangkan
C. mengharapkan
D. mencari
28 Pekerja-pekerja kilang telah membangkang majikan mereka apabila menyedari ada penyelewangan dalam pembahagian kerja.
A. memulau
B. menyanggah
C. membaham
D. menyingkir

29. Pak Saman berdoa semoga Tuhan mencurahi anak-anaknya rahmat dan hidayat.
A. menyinari
B. menyelami
C. mencari
D. mencucuri

30. Tekaknya terasa mual apabila terpandang mayat-mayat yang genjur dan busuk bergelimpangan di pantai itu.
A. loya
B. perit
C. jejak
D. muntah

31. Anak gadis Encik Halim yang baru pulang dari luar negeri telah bekerja di Kuala Lumpur.
A. ayu
B. sunti
C. puteri
D. perawan

32. Hatinya tergores apabila diperli oleh abangnya dengan kata-kata yang sinis.
A. dicela
B. diejek
C. dimaki
D. dicerca

33. Orang-orang kampung itu tidak suka dengan tabiat Najib yang kurang sopan itu.
A. fiil
B. sikap
C. sifat
D. maruah

34. Pendapat yang dikeluarkan oleh Encik Balan begitu bernas dan logik.
A. betul
B. padat
C. munasabah
D. ketat

35. Encik Aziz kini bermastautin di Sabah.
A. duduk
B. bertolak
C. meninggal
D. menetap

36. Dengan rasa megah, Muslamah menunjukkan sijil kejayaan peperiksaannya.
A. gagah
B. sukacita
C. bangga
D. takbur

37. Projek perumahan di Taman Keramat telah diserahkan kepada syarikat gergasi mengelolakannya.
A. mewah
B. raksasa
C. kerjasama
D. kumpulan

38. Kami berasa bosan mendengar leteran panjangnya itu.
A. minat
B. ingin
C. malas
D. jemu

39. Sejak akhir-akhir ini Oslan banyak menghasilkan karya-karya yang bermutu.
A. berkuantiti
B. berbakat
C. berkualiti
D. bernas

40. Fauziah berasa jemu hendak melihat gambar-gambar tersebut.
A. mual
B. muak
C. loya
D. suka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan