CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Sabtu, 16 Januari 2010

CONTOH SOALAN DAN CARA MENJAWAB

Contoh Soalan dan Kupasan Cara Menjawab

Contoh 1

Bahagian D
( 10 markah )

Jawapan mestilah berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan di Tingkatan 3 seperti yang berikut :


(i ) Limpahan Darah di Sungai Semur karya Zakaria salleh
( ii). Meniti kaca karya Raja Sabarudin Abdullah
(iii) Anak Din Biola karya Maaruf Mahmud
(iv) Aku Anak Timur karya Siti Aminah Hj. Yusuf
(v) Timulak Kapal Perang karya Azmah Nordin
(vi) Pahlawan Pasir Salak karya Mohd Ismail Sarbini
(vii) Tragedi Empat Disember karya Dzul Karnain Ithnin
(viii) Kapten Hassan Wira Bangsa karya Harun Johari
(ix) Ekspedisi karya Mohd Ghazali Tocheh
(x) Panas Salju karya Talib Samad
(xi) Kanang Cerita Seorang Pahlawan karya Maznan Nordin
(xii) Merdeka! Merdeka! karya A. Rahman



Huraikan peristiwa yang merupakan klimaks bagi ketiga-tiga novel tersebut.


1. Baca arahan soalan dengan teliti.
Biasanya arahan bagi soalan novel terbahagi kepada dua bahagian.

Arahan 1(umum) : Jawapan mestilah berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan di Tingkatan 3

Garisi kehendak soalan . Perkataan selepas berdasarkan dalam arahan mesti diberi perhatian .

Contoh - Jawapan mestilah berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan di Tingkatan 3


Hal ini untuk memastikan anda menjawab berdasarkan novel yang diminta oleh soalan.

Arahan 2 (khusus): Huraikan peristiwa yang merupakan klimaks bagi ketiga-tiga novel tersebut.





Garisi kata tugas soalan dan kehendak soalan.

Contoh:- Huraikan peristiwa yang merupakan klimaks bagi ketiga-tiga novel tersebut.

2. Jawapan hendaklah ditulis dalam bentuk perenggan. Lebih baik jika satu isi ditulis
dalam satu perenggan dengan huraiannya.

3. Calon hendaklah menyatakan judul novel kajian dan nama pengarang. dalam ayat
pertama atau perenggan pendahuluan.

Contoh:
i. Peristiwa yang merupakan klimaks novel kajian saya yang pertama iaitu Anak Din Biola karya Maarof Mahmud adalah ketika Budiman menjuarai Pertandingan Bintang Biola Remaja Kota Raya di Dewan Srikota.
ii. Novel kajian saya di Tingkatan 1 ialah Anak Din Biola karya Maarof Mahmud.
iii. Klimaks merupakan unsur penting dalam binaan plot sesebuah novel. Klimaks ialah puncak cerita. Dalam novel kajian saya yang pertama iaitu Anak Din Biola karya Maarof Mahmud, klimaksnya adalah ketika Budiman menjuarai Pertandingan Bintang Biola Remaja Kota Raya di Dewan Srikota.

4. Nama watak mestilah tepat.. Peristiwa yang dihuraikan mestilah mengandungi aksi
watak(apa-apa yang dilakukan oleh watak). Calon digalakkan untuk menyatakan
aspek latar seperti latar masa, tempat dan masyarakat yang sesuai supaya peristiwa
yang dihuraikan itu jelas.

Contoh:

Peristiwa yang merupakan klimaks novel kajian saya yang pertama iaitu Anak Din Biola karya Maarof Mahmud adalah ketika Budiman ( WATAK ) menjuarai Pertandingan Bintang Biola Remaja Kota Raya( PERISTIWA ) di Dewan Srikota( LATAR TEMPAT ). Peristiwa ini merupakan klimaks kerana Budiman telah berjaya menunaikan wasiat ayahnya untuk menjadi penggesek biola yang terkenal.




5. Terdapat juga kata tugas dalam soalan seperti Huraikan peristiwa yang merupakan
klimaks bagi ketiga-tiga novel tersebut.

6. Bagi soalan yang sebegini, nyatakan peristiwa dan jelaskan sebab peristiwa tersebut
menjadi puncak cerita.










Peristiwa
Peristiwa yang merupakan klimaks novel kajian saya yang pertama iaitu Anak
Din Biola karya Maarof Mahmud ialah ketika Budiman menjuarai Pertandingan
Bintang Biola Remaja Kota Raya di Dewan Srikota.

Sebab
Peristiwa ini merupakan klimaks kerana Budiman telah berjaya menunaikan wasiat ayahnya untuk menjadi penggesek biola yang terkenal.


Contoh jawapan lengkap:

Peristiwa yang merupakan klimaks novel kajian saya yang pertama iaitu Anak Din Biola karya Maarof Mahmud adalah ketika Budiman menjuarai Pertandingan Bintang Biola Remaja Kota Raya di Dewan Srikota. Peristiwa ini merupakan klimaks kerana Budiman telah berjaya menunaikan wasiat ayahnya untuk menjadi penggesek biola yang terkenal.
Dalam novel tingkatan 2 yang saya kaji iaitu Tragedi Empat Disember
karya Dzul Karnain Ithnain, klimaks cerita adalah ketika Kamarul Azam dan Razi
diikat oleh penjahat. Mereka dimasukkan ke dalam bot dan dibawa ke tengah
lautan. Bot berkenaan ditembak oleh penjahat tersebut dengan tujuan untuk
menenggelamkannya. Peristiwa ini dianggap klimaks kerana peristiwa ini
dianggap saat-saat genting dan amat mendebarkan.
Novel kajian terakhir saya ialah Kanang Cerita Seorang Pahlawan
karya Maznan Nordin. Puncak cerita dalam novel ini ketika Kanang
ditembak oleh pengganas komunis ketika dalam Operasi Gerakan Pukat di Tanah
Hitam, Perak. Peristiwa ini dianggap klimaks kerana Kanang sanggup berjuang
mempertahankan tanah air sehingga ke titisan darah terakhir.

2 ulasan:

  1. sya yanie sya ada ujian pada 25-10 dan sya mahu belajar tentang komsas sebab sya lemah dlam pelajaran bm blh tak awk tolong ajar sya tentng bm ini klau bolh bantu lha klau tak blh terima kasih je lah itu je sya nk mintk

    BalasPadam