CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 13 Januari 2010

LATIHAN PERIBAHASA

TULISKAN PERIBAHASA YANG SESUAI BAGI PERNYATAAN DI BAWAH




LATIHAN PERIBAHASA

A1 “Kalau saya diberi pilihan,saya mahu berlawan dengan pemain utama pasukan itu.Jika kalah pun ,tidak memalukan,”Kata Tamrin kepada jurulatihnya.

A2 “Sebarang tindakan yang kamu ambil akan mempengruhi masa depanmu. Oleh itu usah terburu-buru membuat keputusan agar tidak menyesal kemudian hari,”kata Pak Hashim kepada anaknya.

A3 Antara Leena yang kaya dengan Zaimah yang miskin,Nordin tetap memilih Zaimah yang berhati mulia.

A4 Oleh sebab kesombongannya, Arun menerima cabaran pendekar itu walaupun dia tahu bahawa dia tidak dapat menewaskan pendekar itu.

A5 “Walaupun projek pembinaan itu amat sukar,saya yakin bahawa kita dapat membuatnya. Kalau kita membuat kajian yang teliti,kita pasti dapat menyempurnakan dengan baik,”kata kontruktor itu kepada pekerja-pekerjanya.

A6 “Memang perangai anak kita tidak baik tetepi dia mencontoh perangai abang. Oleh itu, sebelum menegurnya, elok abang membetulkan kesilapan diri dahulu,” kata Puan Halimah kepada suaminya.

A7 “Tidak ada gunakan kamu meminta bantuan daripada Encik Samsudin kerana orang yang benar-benar berkuasa dalam hal ini ialah Encik Khairudin,”Leman memberitahu Anuar.

A8 Selepas tamal persekolahan,Yusri membantu ayahnya berkebun sayur sebelum dia memperoleh jawatan yang dipohonnya.

A9 “Perkara ini amat serius kerana melibatkan nama baik syarikat ini.Oleh itu, kita perlu berfikir sebelum bertindak,” kata Pengarah Eksekutif kepada para pengurusnya.


B1 Pak Bakar dan Mak Lijah berbisik-bisik apabila bercerita tentang perilaku anak jirannya.

B2 “Kamu pasti Ganesh tidak tahu kita berada di sini?Saya tidak mahu dia terdengar apa-apa yang kita katakan tentangnya,”kata Rahman kepada Kumar.

B3 “Kalau nak menjual buah kurma,lakukannya pada bulan puasa dan bukannya selepas puasa kerana banyak orang Islam membeli buah kurma untuk berbuka puasa,”kata Encik Johar kepada rakannya.

B4 Pasangan suami isteri itu bersyukur apabila diberitahu bahawa mereka bakal mendapat anak tetapi mereka menyimpan kegembiraan itu terlebih dahulu.

B5 “Saya tahu bahawa perangai Talib memang pelik tetapi dia berpengalaman dalam hal ini dan kita memerlukan ketua yang berpengalaman untuk memimpin kita,”kataMasur kepada rakan-rakannya.

B6 “Halim, dalam tahun ini, sudah empat kali kamu bertukar pekerjaan.Tak ada gunanya kamu berbuat demikian kerana orang yang asyik bertukar kerja, sukar untuk mencapai kejayaan,”kata Pak Hashim kepada anaknya.

B7 Pak Kassim tidak tergopah-gopah hendak menyiapkan rumahnya kerana katanya kita perlu mengikut kebiasaan yang lazim.

B8 Samanta gigih berusaha bagi memenuhi cita-citanya untuk menjadi jutawan.

B9 Johan memecahkan tugas itu kepada peringkat yang mudah dan peringkat yang susah supaya kerja yang susah didahulukan, kerja mudah dikemudiankan.

B10 Apabila melakukan sesuatu kerja, kita hendaklah membuat kerja mengikut aturan supaya kerja itu dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna.
B11 “Oleh sebab jumlah saham yang kamu miliki agak banyak, cepat—cepat jual saham itu agar tidak rugi banyak walaupun harganya jatuh 10sen,’’kata broker saham kepada Encik Lee.
C1 Apabila Khairul menyedari bahawa dia tidak disukai oleh pemilik syarikat tempat dia bekerja ,dia telah meletakkan jawatannya tanpa dipaksa secara serta-- merta .

C2 Hamdan memandu kereta dengan cermat dan berhati—hati agar selamat .

C3 Kapten Ramli mengarahkan askar—askarnya berjuang habis—habisan walaupun bilangan askar musuh sangat banyak .

C4 Setelah anak gadisnya lari mengikut kekasihnya ,Pak Malim telah menyisihkan anaknya itu daripada keluarganya kerana malu anaknya itu tidak mengikut adat .

C5. “Kita pasti akan dibunuh pihak musuh walaupun kita menyerah diri.Kalau begitu, lebih baik kita berjuang habis—habisan.

C6. Kata lelaki itu kepada pemberita, “Walaupun saya bekas banduan dan dipinggirkan oleh penduduk kampung, saya tidak memikirkan keselamatan diri apabila menyelamatkan penghulu kampung.’’

C7. “Perkara yang saya beritahu itu hendaklah disimpan.Kamu mesti berjanji,’’kata Siti kepada Normah.

C8. Kerja—kerja membaiki jambatan itu memang susah.Akan tetapi ,oleh sebab kerja itu dilakukan secara gotong—royong,kesusahan itu tidak terasa oleh penduduk kampung.
C9. Perajurit—perajurit kita sanggup berkoban dan menyerah kalah demi mempertahankan negara.

C10. “Buah—buah ini pasti dapat dijual kalau kita menurunkan harganya sebanyak 50sen sekilogram.Memang kita akan rugi tetapi taklah keterlaluan,’’kata Encik Goh kepada isterinya.
C11. Oleh sebab pasaran saham sekarang merosot , Encik Azhar telah menjual semua sahamnya daripada kerugian .





D1 Hasri tidak sanggup menjual harta bendanya untuk membantu rakannya yang diisytiharkan muflis kerana dia sedar bahawa dia perlu berhati—hati dalam sesuatu hal .

D2 “ Tidak ada gunanya isu itu diheboh—hebohkan dalam akhbar . cara yang terbaik untuk menyelesaikan isu itu adalah dengan mengadakan rundigan antara semua pihak yang terlibat ,kata Menteri Besar Selangor .

D3 Malaysia dapat mempertahankan ekonominya kerana para pemimpinnya sedar bahawa mereka perlu berhati-hati dalam membelanjakan sesuatu .

1 ulasan: