CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 13 Januari 2010

LATIHAN TB SET 7

LATIHAN 7

1 Jangan sekali-kali kita ..................... akan kebolehan orang yang kurang upaya.
A. memandang tinggi
B. memandang rendah
C. memandang serong
D. memandang ringan

2 Orang yang .................... tentu dapat menyelesaikan masalah matematik ini.
A. otak cair
B. otak beku
C. otak udang
D. otak telur

3 Kedua-dua adik-beradik itu .................. dan tidak mahu mengalah.
A. bermasam muka
B. bertegur sapa
C. berpenat lelah
D. bertegang leher

4 Dia ingin .................. daripada menyertai perkhemahan itu.
A. mengikut jejak
B. mengorak langkah
C. menarik diri
D. mengikut hati

5 "Jangan .................. dalam masalah orang lain," kata abang kepada Kamal.
A. mengambil hati
B. campur tangan
C. campur gaul
D. mengambil peluang

6 "Siasat perkata ini terlebih dahulu. Jangan ................. sahaja," kata ketua kampung kepada anak buahnya.
A. serang hendap
B. serkap jarang
C. tangkap muat
D. suka hati

7 Pegawai yang ............... itu diberkas oleh pegawai dari Badan Pencegah Rasuah.
A. makan gaji
B. makan suap
C. makan hati
D. makan angin

8 Sejak menyertai kegiatan itu, dia tidak lagi ............... .
A. berat mulut
B. berat hati
C. ambil hati
D. ringan mulut

9 Mereka masih tidak dapat menyelesaikan masalah itu kerana perbincangan itu menemui ............. .
A. jalan masuk
B. jalan mati
C. jalan buntu
D. jalan rentas

10 Wanita tua itu .............. atas sikap anak-anaknya yang tidak mengenang budi.
berkecil hati
bertikam lidah
bermasam muka
berhati batu

SOALAN 11
1 Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul.
I Saya belum balas surat yang nenek saya kirim.
II Pemandu bas mini itu disaman pihak polis.
III Agak bengkang-bengkok jalan ke kawasan air terjun itu.
IV Gadis itu memerahkan bibirnya dengan gincu.
A. I dan II saja
B. II dan III saja
C. I, II, dan IV saja
D. II, III, dan IV saja

12 Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul.
I Berapa ekor semut sedang menghurung gula.
II Dua orang pengemis itu tidur dengan bertilamkan rumput.
III Sepasang merpati menghinggapi di atas bumbung rumah itu.
IV Bot yang para pendatang asing itu naiki karam.
A. II saja
B. II dan IV saja
C. I, II, dan III saja
D. II, III, dan IV saja

13 Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul.
I "Tidak pernah saya nikmati makanan sesedap ini," kata Farah.
II Ikmal terkenang akan neneknya di Perlis.
III Ayam jantan itu mati lalu terlanggar lori.
IV Tempoh untuk menjelaskan yuran itu akan dilanjutkan.
A. I dan III saja
B. II dan IV saja
C. I, II, dan IV saja
D. II, III, dan IV saja

14 Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul.
I Rumah yang beratap rumbia itu di tepi sawah.
II Tiap-tiap pekerja syarikat itu mendapat bonus.
III Dia mengambil masa yang lama agak untuk menyiapkan projek tersebut.
IV Bas yang kami naiki nyaris-nyaris terbabas.
A. I dan II saja
B. II dan IV saja
C. I, II dan IV saja
D. II, III, dan IV saja

15 Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul.
I Pembinaan Lebuh Raya Utara-Selatan sudah berakhir.
II Dia menunggang dengan tergesa-gesa basikal ke sekolah.
III Mereka-mereka yang menyertai rombongan itu kelihatan letih.
IV Beberapa pintu kedai musnah dalam kebakaran itu.
A. I saja
B. I dan IV saja
C. III dan IV saja
D. I, III, dan IV saja

16 Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul.
I Selain membaca buku, saya suka memancing di masa lapang.
II Ah Fat membimbing basikal itu kerana tayarnya pancit.
III Proses penghijrahan merupakan suatu perkara yang lumrah.
IV Baju adik yang koyak itu kakak jahit.
A. III saja
B. III dan IV saja
C. I, II, dan III saja
D. I, II, III, dan IV


17 Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul.
I Menteri Besar turut menghadiri di majlis itu.
II Para pelajar diseru agar sentiasa menjaga name baik sekolah.
III Novel yang sedang dibacanya itu bukan kepunyaannya.
IV Berapa buah rumahkah yang musnah dalam kebakaran itu?
A. I dan IV saja
B. II dan III saja
C. I, II, dan III saja
D. II, III, dan IV saja


18 Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul.
I Kerja melebarkan jalan itu dijalankan secara gotong-royong.
II Keindahan alam sekitar harus kita kekalkan.
III Tong Fong Kedai Kain itu mengadakan jualan murah.
IV Kapal terbang dari London itu sedang mendarat.
A. I dan II saja
B. III dan IV saja
C. I, II, dan IV saja
D. II, III, dan IV saja

19 Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul.
I Kita perlu rajin membaca untuk memperoleh pengetahuan yang mendalam.
II Setiap pengguna berhak melaporkan kecurangan peniaga kepada pihak yang berkuasa.
III Segala nasihat nenek itu saya akan mengikut.
IV "Apa yang sedang kamu lakukan, Azwani?" tanya ibunya.
A. I dan II saja
B. II dan III saja
C. I, II, dan IV saja
D. II, III, dan IV saja

20 Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul.
I Mereka berbincang tentang rancangan semasa cuti sekolah.
II Sejak tadi hujan turun tidak henti-henti.
III Sedih hatiku bila dengar cerita gadis itu.
IV Wak Karmin mempunyai beberapa bidang tanah dusun.
A. I dan IV saja
B. II dan III saja
C. I, II, dan IV saja
D. II, III, dan IV saja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan