CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Sabtu, 16 Januari 2010

latihan komsas set 2

PEMAHAMAN KOMSAS SET 2


Soalan 31 - 35
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawap soalan-soalan berikut. Pilih jawapan yang paling sesuai

Maka Tuan Puteri Bongsu pun naiklah bersalin kain basahan, duduk di pintu Nenek Kebayan dengan percintaannya. Maka Nenek Kebayan pun turunlah ke tanah mendapatkan Malim Deman, menyuruh bersiram membalikkan rupa sedia kala itu. Maka Tuanku Malim Deman pun berangkatlah bersiram ke dalam taman itu beryang-yang mengamalkan sekalian ilmu hikmat. Setelah sudah, kembalilah rupanya seperti sedia kala, terlalu elok mejelisnya, lalu kembali ke rumah Nenek Kebayan, serta dipakainya baju layang dan kain layang Tuan Puteri Bongsu itu melalui dari pintu nenek yang tempat tuan puteri. Demi terpandang oleh Tuan Puteri Bongsu akan seorang laki-laki terlalu elok mejelisnya itu, maka berdebarlah hati tuan puteri,
melayang roh semangatnya, jatuhlah hatinya kasih sayang yang tiada dapat diperikan lagi, melihatkan rupa cahaya gilang-gemilang itu. Maka tuan puteri pun segeralah menarik tudung ke atas hulunya berselubung mukanya lalu baring seraya bersabda memanggil Nenek Kebayan, "Aduhai nenek, kepala beta sangatlah ngilu rasanya:
Pening kepala bagai dibaji,
Sakit hati bagai digunting.
" Maka Nenek Kebayan pun masuklah ke dalam bilik itu mendapatkan tuan puteri, memicit hulunya, mengurut-urut seluruh tubuhnya. Maka sabda Tuan Puteri Bongsu, "Orang mana itu, nenek, yang terlalu amat elok itu, gilang-gemilang cahaya mukanya?"
Maka sahut Nenek Kebayan dengan perlahan¬lahan suaranya, "Wahai cunda tuan puteri, itulah yang bernama Tuanku Malim Deman, putera Tuanku Gombang Malim Dewa, cucu Tuanku Malim Perrnan yang memerintah di negeri Bandar Muar ini! Adapun hajat anak raja itu datang hendak beristerikan tuan puterilah. Pada fikiran nenek bertuah besarlah tuan puteri dapat bersuamikan dia, laksana sesuai bagai cincin."
Maka sabda Tuan Puteri Bongsu, “Jikalau sudi ia perhambakan beta, maka terlebihlah lagi beta hendak pertaruhkan diri beta yang dagang ini kepada anak raja itu, tetapi jikalau sudah berbetul pada fikiran nenek sudah menjadi ganti ayahanda bonda beta."
Maka sembah Nenek Kebayan,”Wahai tuan puteri, jikalau sudah tuan puteri rela, bolehlah nenek bersiap-siap mengahwinkan tuan puteri, janganlah lambat lagi kerana ada seperti kata orang tua-tua dahulu kala: Perkerjaan baik itu jikalau dilambatkan takut datang kejahatan; jikalau pekerjaan jahat itu dilambatkan nescaya dapat kebajikan! "
(Dipetik daripada Antologi Sehijau Warna Daun, Tingkatan 1.)

31 Apakah reaksi Tuan Puteri Bongsu apabila terpandang akan Tuanku Malim Deman?
A Tuan Puteri Bongsu berasa rohnya hendak melayang ke kayangan.
B Tuan Puteri Bongsu berasa berdebar-debar dan jatuh hati.
C Tuan Puteri Bongsu berasa seperti hendak pengsan.
D Tuan Puteri Bongsu terus jatuh sakit.

32 Apakah hajat Tuanku Malim Deman pergi ke rumah Nenek Kebayan?
A hendak menyiasat asal usul Tuan Puteri Bongsu.
B hendak mengahwini Tuan Puteri Bongsu.
C hendak mengubati penyakit Tuan Puteri Bongsu.
D hendak belajar ilmu pengasih daripada Nenek Kebayan.


33 Kata bersiram dalam petikan di atas ialah gaya bahasa.
A simile.
B istana.
C klasik.
D peribahasa.


34 Antara yang berikut, yang manakah merupakan contoh gaya bahasa simile?
A terlalu elok mejelisnya
B laksana sesuai bagai cincin
C gilang-gemilang cahaya mukanya
D kepada beta sangatlah ngilu rasanya


35 Pilih susunan peristiwa yang tepat berdasarkan susunan peristiwa dalam cerita ini.
A Tujuh puteri bersiram  Malim Deman mencuri baju layang  Puteri Bongsu
menemui Nenek Kebayan  Malim Deman mengahwini Puteri Bongsu
B Tujuh puteri bersiram Puteri Bongsu menemui Nenek Kebaya Malim Deman
mencuri baju layang  Malim Deman mengahwini Puteri Bongsu
C Puteri Bongsu menemui Nenek Kebayan  tujuh puteri bersiram Malim Deman
mencuri baju laytlng  Malim Deman mengahwini Puteri Bongsu
D Malim Deman mencuri baju layang  Puteri Bongsu menemui Nenek Kebayan
 tujuh puteri bersiram  Malim Deman mengahwini Puteri Bongsu





Soalan 36-40

Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Pilih jawapan yang paling sesuai




























SYAIR MENYAMBUT PELAJARAN

Anakku sayang salahmu nyata,
Dalam pelajaran bertutur kata,
Duduk menulis kalam di lata,
Kembali kepada sekalian pendeta.

Kerana pelajaran beratur pangkatnya,
Jangan dicampur yang bukan masanya,
Kerja demikian besar salahnya,
Faham tak lekat dalam keduanya.

Pendengaran pasti menjadi haru,
Yang ditulis pun tentu keliru,
Laksana menumbuk beralas nyiru,
Berasnya luluh antah menderu.

Ilmu lisan tatkala disyarahkan,
Sekalian anggota wajib satukan,
Ke hati semuanya kami kumpulkan.
Barulah pendengaran dapat difahamkan.

Semasa mendengar orang berkata,
Tangan menulis pula serta,
Telinga diasingkan daripada mata,
Mustahillah faham terangnya nyata.

(Dipetik daripada antologi Sehijau Warna Daun,
Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka)



36 Murid perlu menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru supaya...

A Tidak mengantuk
B Mencatat isi pelajaran dengan lengkap
C Menghormati guru yang sedang mengajar
D Memahami pelajaran yang disampaikan oleh guru






37 Apakah maksud rangkap kelima syair ini?

A Bercakap-cakap semasa belajar merupakan tabiat yang tidak baik dan tidak digemari guru.
B Ilmu lebih mudah difahami jika kita mendengar dan kemudian membuat catatan. Semua pancaindera hendaklah ditumpukan terhadap pengajaran guru.
C Semasa belajar berilah tumpuan sepenuhnya terhadap pengajaran guru supaya murid dapat memahami apa-apa yang sedang diajarkan.
D Ilmu pengetahuan perlu dipelajari secara berperingkat-peringkat dari memikirkan perkara-perkara lain supaya ilmu yang sedang dipelajari itu mudah difahami.


38 Laksana menumbuk beralas nyiru
Berasnya luluh antah menderu

Ayat di atas bermaksud

A pembelajaran tidak berkesan
B penat menumbuk padi
C beras banyak antah
D menumbuk nyiru



39 Salah satu ciri syair di atas ialah

A rima akhir aaaa
B mempunyai pembayang dan maksud
C suka kata setiap baris antara 12-14
D dua baris ialah maksud


40 Pengajaran yang berikut terdapat dalam puisi kecuali

A Kita mestilah mematuhi peraturan dan adab sewaktu belajar
B Kita mesti menghormati guru supaya pelajaran berkat
C Kita mestilah mempertahan hak murid ketika belajar
D Para guru mestilah dedikasi dan ikhlas mendidik murid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan