CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 13 Januari 2010

LATIHAN TB SET 6

LATIHAN 6

1 Kalau tidak berusaha maka tidak akan ada hasilnya.
A. Pucuk dicita, ulam mendatang.
B. Kalau tidak pecahkan labu manakan dapat airnya.
C. Kalau tidak pecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
D. Kalau tidak cuba manakan dapat buahnya.

2 Menolong seseorang yang tidak tahu membalas budi.
A. Saperti ketam mengajar anaknya berjalan betul.
B. Seperti kucing dengan anjing.
C. Seperti anjing menyalak bukit.
D. Seperti kacang lupakan kulit.

3 Mendapat kemalangan berturut-turut.
A. Sudah jatuh ditimpa dahan.
B. Sudah jatuh ditimpa tangga.
C. Sudah jatuh basah pula.
D. Sudah geharu cendana pula.

4 Seseorang yang mempuyai tujuan tertentu disebalik pertolongannya.
A. Bagai pinang dibelah dua.
B. Biar putih tulang jangan putih mata.
C. Udang di sebalik batu.
D. Udang di dalam mee.

5 Pelajar-pelajar itu tidak boleh duduk diam seketika. Ada sahaja tempat yang hendak ditujui. Perangai mereka tidak ubah seperti .........................

A. beruk kena belacan
B. sibuta kehilangan tongkat
C. melukut di tepi gantang
D. telur di hujung tanduk

6 Dia cuba memujuk Chong Thiam, tetapi hanya sia-sia sahaja. Perbuatannya umpama .................. .
A. mengajar itik berenang
B. anjing dengan kucing
C. tikus membaiki labu
D. anjing menyalak bukit

7 Lainurin tidak tahu apa yang hendak dilakukannya terhadap barang itu.
A. Kera mendapat bunga
B. Bagai aur dengan tebing
C. Harimau menyembunyikan kukunya
D. Bagai kudung mendapat cincin.

8 Sikapnya yang suka bermegah-megah menyebabkan dia tidak mempunyai ramai kawan.
A. mulut murai
B. panjang tangan
C. hidung tinggi
D. mata duitan

9 Pasangan pengantin itu memang sama cantik dan sama padan.
A. Bagai isi dengan kuku
B. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
C. Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.
D. Bagai pinang dibelah dua.

10 Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.

A. "Sudah ! Awak semua jangan bermain-main, sewaktu saya mengajar faham !" kata Puan Sakinah.
B. "Sudah ! Awak semua jangan bermain-main ! Sewaktu Saya mengajar, faham ." kata puan Sakinah.
C. "Sudah, awak semua jangan bermain-main sewaktu saya mengajar, faham !" kata puan Sakinah
D. "Sudah, awak semua jangan bermain-main, sewaktu saya mengajar. Faham !" kata puan Sakinah.

11 Pilih ayat yang menggunakan tanda bacaan yang betul.
A. Pak cik hendak ke mana? Jika saya ada masa, saya boleh hantar ke mana jua pak cik cik hendak pergi.
B. Pak cik, hendak ke mana? Jika saya ada masa saya boleh hantar. Ke mana jua pak cik hendak pergi?
C. Pak cik hendak ke mana! Jika saya ada masa, saya boleh hantar ke mana jua. Pak cik cik ingin pergi?
D. Pak cik ! Hendak ke mana? Jika saya ada masa, saya boleh hantar. Ke mana jua pakcik cik ingin pergi?


12 Pillih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.
Aku terpandang sesuatu, di dalam parit. Eh anak kucing! Apakah yang perlu aku lakukan? Aku mesti menyelamatkannya.
A. Aku terpandang sesuatu di dalam parit. Eh, anak kucing! Apakah yang perlu aku lakukan? Aku mesti
B. menyelamatkannya.

C. Aku terpandang sesuatu di dalam parit. Eh! Anak kucing, apakah yang perlu aku lakukan? Aku mesti menyelamatkannya.
D. Aku terpandang, sesuatu di dalam parit. Eh anak kucing? Apakah yang perlu aku lakukan? Aku, mesti menyelamatkannya.

13 Pillih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.
A. Setelah menyiapkan kerja-kerja di dapur Lokman, Lim dan Gopal, bersiap-siap untuk tidur.
B. Setelah menyiapkan kerja-kerja , di dapur Lokman, Lim dan Gopal bersiap-siap untuk tidur.
C. Setelah menyiapkan kerja-kerja di dapur. Lokman, Lim dan Gopal bersiap-siap untuk tidur.
D. Setelah menyiapkan kerja-kerja di dapur, Lokman, Lim dan Gopal bersiap-siap untuk tidur.



14 Pilih ayat yang menggunakan tanda baca dan huruf besar dengan betul.
A. "Jadi, kamu lihat saja ?'' tanya Encik Rahim.
B. "Jadi, kamu lihat saja !" tanya Encik Rahim.
C. "Jadi ? Kamu lihat saja," tanya Encik Rahim.
D. "Jadi ! Kamu lihat saja ?" tanya Encik Rahim.


15. Pilih ayat yang menggunakan tanda baca dan huruf besar dengan betul
A. Ini bilik untuk kamu. Gunakan apa yang ada dengan cermat.
B. Dalam bilik Ini ada kerusi, meja, almari dan katil untuk kamu.
C. Almari kerusi meja dan katil dalam bilik ini untuk kamu.
D. Barang-barang dalam bilik ini semuanya untuk kegunaan kamu


16. Perkara yang ....... jika dibesarkan akan menimbulkan kesan buruk.
A. riuh-rendah
B. kusut-masai
C. remeh-temeh
D. kacau-bilau

17. Terdapat ...... pengganas komunis yang enggan menyerah diri.
A. lebih-lebih
B. sisa-sisa
C. gerak-geri
D. saki-baki

18. Tutuplah ....... botol itu supaya air tidak tumpah.
A. kemas-kemas
B. ketat-ketat
C. sempit-sempit
D. dalam-dalam

19. Dia ....... kemalangan kerana memandu dengan laju.
A. bila-bila
B. akan-akan
C. betul-betul
D. hampir-hampir

20. Penduduk kampung ini ......... adalah petani.
A. rata-rata
B. hampir-hampir
C. tiap-tiap
D. kira-kira

21. Adat pepatih diamalkan oleh .......... masyarakat di Negeri Sembilan.

A. berpuak-puak
B. turun-temurun
C. suku-sakat
D. mati-matian

22. Jangan suka mempercayai perkara yang ..........
A. karut-marut
B. kacau-bilau
C. porak-peranda
D. terumbang-ambing

23. Saya khuatir ....... dia tidak dapat hadir ke majlis itu.
A. raga-raga
B. kalau-kalau
C. cemas-cemas
D. bimbang-bimbang

24. ...... di majlis itu disediakan jamuan ringan.
A. Jejaka
B. Lelaki
C. Tetamu
D. Kekawan

25. Pasukan bomba ..... memadamkankebakaran itu.
A. tergesa-gesa
B. bermati-matian
C. bertungkus-lumus
D. terburu-buru

26. Timun sedap dimakan ..... sebagai ulam.
A. muda-muda
B. mentah-mentah
C. manis-manis
D. baru-baru

27. Dia tidak ..... punca kejadian itu.
A. sedar-menyedari
B. ingat-mengingati
C. tahu-menahu
D. marah-memarahi

28. Sikap ........ perlu kita amalkan dalam usaha membentuk masyarakat yang harmonis.
A. atas-mengatasi
B. balas-membalas
C. tiru-meniru
D. hormat-menghormati

29. Sertailah peraduan itu ........ berjaya.

A. untung-untung
B. agar-agar
C. jangan-jangan
D. takut-takut

30. Makanan itu ....... dimakan olehnya kerana terlalu lapar.
A. sedap-sedap
B. kering-kontang
C. licin-licau
D. sisa-sisa

31 Badan Kamil penuh dengan ...... kerana terkena duri.
A. punah-ranah
B. corat-coret
C. calar-balar
D. saki-baki

32. ....... dicampurkan untuk melazatkan makanan.
A. Kuih-muih
B. Rempah-ratus
C. Lauk-pauk
D. Sayur-mayur

33. Suasana di perhentian bas itu ...... dengan bunyi enjin kenderaan.
A. hingar-bingar
B. lintang-pukang
C. tunggang-langgang
D. lalu-lalang

34. Mulut bomoh itu ........ membaca jampi serapah.
A. bolak-balik
B. kembang-kempis
C. karut-marut
D. kumat-kamit

35. Dia bercakap dengan ........menyinggung ........ perasaan orang lain.
A. diam-diam, entah-entah
B. hati-hati , takut-takut
C. kuat-kuat , ragu-ragu
D. perlahan-perlahan , baik-baik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan