CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Sabtu, 16 Januari 2010

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN

Contoh 2

Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1

(i) Meniti Kaca karya Raja Sabaruddin Raja Abdullah
(ii) Anak Din Biola karya Maaruf Mahmud
(iii) Aku Anak Timur karya Siti Aminah Hj. Yusof
(iv) Limpahan Darah di Sungai Semur karya Siti Aminah Hj. Zakaria

Huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam novel yang anda kaji berserta dengan contoh peristiwa yang sesuai.

Langkah-langkah menjawab

1. Baca arahan soalan dengan teliti.
Biasanya arahan bagi soalan novel terbahagi 2 bahagian.

Arahan 1(umum) : Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1.

Garisi kehendak soalan . Perkataan selepas berdasarkan dalam arahan mesti diberi perhatian .

Contoh - Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda
kaji di Tingkatan 1

Hal ini untuk memastikan anda menjawab berdasarkan novel yang diminta oleh soalan.

Arahan 2 (khusus): Huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam novel yang anda kaji berserta dengan contoh peristiwa yang sesuai.

Garisi kata tugas soalan dan jumlah isi yang diminta serta kehendak tambahan ( huraiannya)

Contoh:- Huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam novel yang anda kaji berserta dengan contoh peristiwa yang sesuai

2. Jawapan hendaklah ditulis dalam bentuk perenggan. Lebih baik jika satu isi ditulis
dalam satu perenggan dengan huraiannya.

3. Calon hendaklah menyatakan judul novel kajian dan nama pengarang dalam ayat
pertama atau perenggan pendahuluan.

Contoh:
i. Persoalan yang terdapat dalam novel kajian saya iaitu Anak Din Biola karya Maarof Mahmud ialah keberanian menghadapi pelbagai cabaran .
ii. Novel kajian saya ialah Anak Din Biola karya Maarof Mahmud
iii. Persoalan merupakan antara unsur penting dalam binaan sesebuah novel. Melalui persoalanlah pengarang dapat menyampaikan mesej-mesej tertentu kepada khalayak pembaca. Dalam novel kajian saya iaitu Anak Din Biola karya Maarof Mahmud, terdapat beberapa persoalan yang dikemukakan.
4. Nama watak mestilah tepat.. Peristiwa yang dihuraikan mestilah mengandungi aksi
watak(apa-apa yang dilakukan oleh watak). Calon digalakkan untuk menyatakan
aspek latar seperti latar masa, tempat dan masyarakat yang sesuai supaya peristiwa
yang dihuraikan itu jelas.

Contoh:
Persoalan yang dikemukakan oleh pengarang ialah keberanian menghadapi pelbagai cabaran. Dalam novel ini, Budiman berani melaporkan kegiatan penyeludupan dan pengedaran dadah yang dilakukan oleh Pak Mat Tukang Masak kepada pihak polis.

5. Terdapat juga kata tanya dalam soalan seperti Jelaskan satu peristiwa yang menarik perhatian anda berdasarkan novel yang anda kaji. Mengapakah peristiwa tersebut menarik perhtian anda.

6. Bagi soalan yang sebegini, huraikan satu persatu. Setelah menjelaskan peristiwanya, jawab soalan seterusnya iaitu Mengapakah peristiwa tersebut menarik perhtian anda.
Jadi, mulakan ayat untuk menjawab soalan ini seperti menjawab soalan pemahaman iaitu
Peristiwa tersebut menarik perhatian saya kerana…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan