CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 13 Januari 2010

LATIHAN TB SET 2

LATIHAN 2

1. Ketika kami memasuki biliknya, buku-buku dan kertas-kertas ........... di atas meja.
A. berselerakan B.berhamburan C.berterbangan D.bertempiran

2 Encik Shaari ............ wajah anaknya yang baru lahir dengan penuh kasih sayang sambil menjeling rnesra ke arah isterinya.

A. menatap B.menyuarakan C.menengok D.menentang

3 Kalau dilihat pada tubuh badan dan rupa paras ................. dia berumur 20 tahun.
A. tetap B.lulus C.mungkin D.sah

4 Keruntuhan moral di kalangan remaja pada masa ini amat sukar ................
A. dibelenggu B.disingkir C.dikongkong D.dibendung

5 Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
Pemuda itu .................... batang kayu untuk dijadikan tiang rumahnya.
A. mengikis B.menarah C.meraut D.mengupas
6 Ramai orang Kelantan pandai ................ kain songket.
A. mengait B.menekat C.menenun D.menyulam

7 Amir ............ akan ketibaan ayah dan keluarganya dari London.
A. menanti B.menunggu C.ternanti D.tertunggu

8 Kuih pau ini belum di ............... oleh ibu lagi.
A. masak B.rendam C.tanak D.kukus
9 Pak Samad dan rakan-rakannya sedang ......... sawah masing-masing di bendang.
A. pekerjaan B.dikerjakan C.mengerjakan D.bekerja

10 Anak lembu itu mati ............ pokok jati.
A. ditekan B.dihempap C.ditindan D.ditutup

11 Burung helang bolehlah dikatakan ....................... dalam golongan haiwan pemangsa.
A. memasuki B.termasuk C.dimasuki D.dimasukkan

12 Arsat sedang ........... kedatangan saudaranya dari Singapura.
A. menanti B.dinanti C.penantian D.nantikan

13 Sarang tebuan tanah itu .............. . di bawah rumah.
A. menggunung B.menimbun C.membukit D.membusut

14 Amir ............ akan ketibaan ayah dan keluarganya dari London.
A. menanti B.menunggu C.ternanti D.tertunggu
15 Perlawanan hoki itu terpaksa ......................... kerana penonton merusuh.
A. dimansuhkan B.dibenteras C.ditangguhkan D.dibasmi

16.anting pohon rambutan itu belum di........................oleh Pakcik Salim.
A. cabut B.sambung C.cantas D.patah
17.Dia .................. terbunuh di dalam kemalangan itu apabila kereta yang dipandunya terhumban ke dalam gaung.
A. betul-betul B.nyaris-nyaris C.dekat-dekat D.jauh-jauh

18 Razali ............ pada kehendak ibu bapanya yang mahukan dia tinggal di asrama.
A. patuh B.tunai C.taat D.ikut
19 Burung helang bolehlah dikatakan ....................... dalam golongan haiwan pemangsa.
A. memasuki B.termasuk C.dimasuki D.dimasukkan

20 Setiap apa yang kita lakukan mestilah ada keyakinan diri dan jangan berasa was-was.
A. percaya, waspada
B. kepercayaan, ragu-ragu
C. tegas, takut
D. tegas, waspada

21 Orang-orang yang beragama ................. merayakan Hari Deepavali.
A. Kristian B.Hindu C.Khatolik D.Buddha

22 Baginda Sultan Johor akan menghadiri majlis persidangan raja-raja yang akan diadakan petang ini.
A. pergi B.bertolak C.datang D.berangkat

23 Sebagai sumbangannya kepada negara, kaum wanita telah menubuhkan pasukan ..........
A. relawan B.relawati C.juruwati D.pahlawan

24 Beberapa orang murid yang melanggar disiplin sekolah telah .................
A. mendenda B.dihukum C.didenda D.didendakan

25 Guru disiplin memberi ..................... kepada Khairul supaya tidak ponteng sekolah lagi.
A. Pesanan B.amaran C.perintah D.tunjuk ajar

26 Sui Lan tinggal ................ dengan keluarganya.
A. jauhan B.berjauhan C.dekatan D.kejauhan

27 Puan Siti Mariam .......... akan mengadakan kenduri apabila anaknya pulang dari luar negeri.
A. berjanji B.merancang C.berniat D.berazam


28 Dahan jambu yang dicantas beberapa minggu lalu telah mula ............
A. berdaun
B. berpucuk
C. bercambah
D. bertunas


29 Pihak polis telah berjaya ............................ kegiatan penyeludupan di kawasan sempadan.
A. menumbangkan
B. menundukkan
C. menewaskan
D. menumpaskan

30 Kita hendaklah makan dengan ............ supaya tidak tercekik.
A. tertib
B. cepat
C. sopan
D. gelojoh

31 Kita dinasihatkan menggunakan ............... ketika hendak menyeberangi jalan raya.
A. jambatan
B. jejenang
C. jejantas
D. titian

32 Jika tiada angin ..................... pokok bergoyang.
A. masakan
B. masa
C. memasakan
D. masakkan


33 Zamri tidak ............. sama sekali bahawa dia berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan melukis itu.
A. percaya
B. menerima
C. menduga
D. merasa
34 Pakaian di ampaian itu ................ ditiup bayu.
A. bergegar
B. bergoyang
C. berbuai
D. berkocak

35 Manan mencekak batang-batang padi. Kemudian, membanting kuat-kuat untuk ............ biji-biji padi daripada tangkainya.
A. mematahkan
B. meleraikan
C. mencabutkan
D. menjatuhkan



36 Apabila beduk dipalu ........... suara azan memecah kesunyian pagi yang dingin.
A. bergemalah
B. bergetarlah
C. bergegarlah
D. berderailah

37 Alia sedang bersih kawasan rumahnya
A. mem
B. ke ....an
C. mem ... kan
D. ber .... kan

38 Suaranya yang ........... itu memikat orang yang mendengarnya.
A. nyaring
B. bising
C. merdu
D. parau
39 Salinah berjalan ke sekolah sambil .......... fail dicelah lengannya.
A. menjunjung
B. mengelek
C. membimbit
D. mengheret
40 Zaharah ................. kesakitan apabila ....................... dari tangga.
A. terjerit ........ terjatuh
B. melompat ........ tersungkur
C. menjerit .......... terjatuh
D. memekik ......... menjunam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan