CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 13 Januari 2010

KOLEKSI SOALAN KARANGAN PMR JOHOR

koleksi percubaan pmr johor

2004
1. Anda telah berjaya memasuki sekolah berasrama penuh. Anda ingin menyatakan penghargaan kepada pihak sekolah atas jasa dan pengorbanan guru-guru di sekolah tempat anda belajar dahulu. Tuliskan surat anda itu selengkapnya.
2. Anda bersama-sama dengan sekumpulan pelajar sekolah anda telah terpilih mengikuti perkhemahan kepimpinan di sebuah kawasan rekreasi . Pelbagai program dan latihan telah dilaksanakan . Tuliskan faedah-faedah yang anda peroleh daripada program tersebut.
3. Membaca memperkaya Minda . Nyakan langkah-langkah untuk menggalakkan masyarakat agar gemar membaca
4. Program khidmat masyarakat yang dijalankan oleh pihak sekolah dapat memupuk nilai-niai murni di kalangan remaja . Berikan pendapat anda.
5. Anda telah menyertai lawatan sambil belajar ke luar negara . Semasa berada di salah sebuah kompleks membeli belah terkemuka , anda telah terpisah daripada rakan-rakan anda yang lain. Ceritakan pengalaman yang anda lalui sehingga anda bertemu semula dengan rakan-rakan anda .
2005
1. Anda telah berpeluang melawat tempat-tempat bersejarah yang terdapat di Malaysia. Ceritakan pengalaman anda semasa lawatan tersebut.
2. Kempen Kitar Semula giat dijalankan di seluruh negara. Pihak sekolah memainkan peranan penting dalam membantu menjayakan kempen ini. Jelaskan pendapat adna tentang pernyataan di atas.
3. Peribahasa “ hendak seribu daya , tidak hendak seribu dalih “ menggambarkan kemahuan seseorang dalam melakukan sesuatu. Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa ini.
4. Anda baharu sahaja menerima surat daripada rakan anda yang ingin mengetahui aktiviti Program Bulan Penghayatan Bahasa yang telah dijalankan di sekolah anda . Tulis surat balasan kepada rakan anda itu selengkapnya.
5. Anda telah diumumkan sebagai pelajar cemerlang sekolah dalam epepriksaan PMR yang lalu. Anda ingin menyampaikan ucapan penghargaan kepada guru-guru anda seterusnya memberikan motivasi kepada calon-calon yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini. Tuliskan teks ucapan anda selengkapnya.

Kertas 2 – Karangan 2006
1. Anda dan rakan-rakan telah mengikuti suatu ekspedidi di Taman Negara Endau Rompin. Anda telah tersesat beberapa hari di taman tersebut . Ceritakan pengalaman ketika anda tersesat sehingga anda berjaya pulang dengan selamat
2. Anda telah menerima surat ucapan tahniah daripada rakan atas kejayaan anda menerima anugerah Tokoh Nilam Kebangsaan . Rakan anda ingin mengetahui langkah-langkah yang telah diambil sehingga anda beroleh kejayaan . Tuliskan surat balasan kepada rakan anda itu selengkapnya
3. Masalah pembuangan sisa toksik sering diperkatalan dalam media elektronik dan media cetak . Huraikan cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut
4. Peribahasa yang berbunyi “ Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan “ sering kali digunakn dalam masyarakat kta . Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa ini
5. Selaku pengerusi Kelab Rekreasi , anda telah diminta untuk menyampakan ceramah bertajuk “ Gaya Hidup Sihat ” kepada ahli-ahli kelab. Tuliskan teks ceramah anda selengkapnya.

2007
1. Kawasan kediaman anda berhampiran dengan tempat pelupusan sampah . Hal ini menyebabkan keadaan persekitaran yang kotor dan kurang menyenangkan. Sebagai wakil penduduk kampung , anda diminta untuk menulis surat bantahan kepada pihak berkenaan . Tulis surat tersebut selengkapnya.
2. Sebagai penulis majalah sekolah anda ditugaskan menemuramah Tokoh Nilam di sekolah anda tentang cara-cara memupuk minat membaca dalam kalangan remaja. Tulis wawancara itu selengkapnya.
3. Peribahasa “ air dicincang tidak akan putus ” menggambarkan perhubungan dalam kekeluargaan . Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut.
4. Sekolah anda telah menyertai pertandingan keceriaan sempena sambutan Hari Kebangsaan . Pihak sekolah telah mengadakan aktiviti membersihkan , mencantikkan dan menceriakan sekolah anda .Ceritakan pengalaman anda semasa menjalankan aktiviti tersebut.
5. Amalan berbudi badaha dalam masyarakat bukan tanggungjawab suatu phak semata-mata . Bersetujukah anda dengan pernyataan tersebut ? Berikan hujah-hujah anda.

1 ulasan: