CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 20 Mei 2020

LATIHAN TB BM SPM


5.JENIS-JENIS AYAT

Praktis 1: Baca ayat - ayat di bawah ini dengan teliti. Klafikasikan ayat - ayat tersebut sama ada AYAT PENYATA,  AYAT  PERINTAH,AYAT SERUAN atau AYAT TANYA.

1.      Siti membeli pakaian dari kedai itu.
2.      Monalisa menjadi pegawai polis
3.      Menangislah sepuas-puas hati.
4.      Para pelajar sudah berkumpul di dewan?
5.      Eh, Pak Meon rupanya yang datang!
6.      Selesaikan latihan tatabahasa ini dengan segera.
7.      Roberto sedang merengek-rengek kerana kelaparan.
8.      Kamu hendak ke bilik bahasa sekarang jugakah?
9.      Jemputlah ke rumah saya pada petang besok.
10.  Berdermalah kepada orang-orang yang hidup susah.

Praktis 2:
1.        Oh,rupa-rupanya kamu yang mengambil barang saya!
2.        Aduhai,malangnya nasibku hari ini!  
3.        Tolong ambilkan beg saya.
4.        Jangan pijak rumput itu.      
5.        Wah,besarnya rumah kamu!
6.        Saya makan sebiji gula-gula.                                          
7.        Dimanakah kamu tinggal?                                        
8.        Tahukah kamu siapa yang merasmikan dewan itu ?
9.        Aduh, penat betul setelah berjalan sejauh lima kilometer!
10.   Usah awak bercakap bohong lagi. Saya sudah tahu hal yang sebenarnya.

Praktis 3:
1. Persembahan murid-murid tahun dua mendapat tepukan yang gemuruh daripada penonton.
2. Amboi, pandai betul kamu memutarbelitkan fakta !
3. Tolong kirimkan dokumen-dokumen ini dengan pos laju .
4. Oh, rupa-rupanya engkaulah yang mencuri dompet aku !
5. Beribu-ribu penonton membanjiri stadium itu untuk menyaksikan perlawanan bola sepak . 
6. Usahlah kita bertengkar tentang hal-hal itu lagi .
7. Aduh, sakit kakiku ini!
8. Mangsa kemalangan itu telah meninggal dunia.
9. Harap hadirin bersabar seketika.
10. Bilakah tarikh perkahwinan Alfonso?

Praktis 4:
1. Leornardo Da Vinci merupakan pelukis potret Monalisa.
2. Kampung saya bernama Kampung Anak Jin.
3. Biarkan sahaja mereka bermain di situ .
4. Hebatkah Panglima Harimau Berantai berbanding Panglima Lidah Hitam ?
5. Awak siapkanlah kerja itu sekarang.
6. Tidak usah kau ambil tahu akan hal aku lagi.
7. Sila buat laporan tentang kejadian tersebut di balai pilis yang berdekatan.
8. Tolong hantar jawapan sebelum hari rabu.
9. Engkau tunggu dia di rumah.
10. Kamu Erna Sulastri?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan