CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 20 Mei 2020

LATIHAN TB BM SPM



6. POLA AYAT

NOTA –
·         Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), 
·         Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK),
·         Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN +FA) 
·         Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS).

Praktis 1: Nyatakan POLA AYAT bagi setiap ayat di bawah.

1.      Bunga itu sungguh cantik dan berbau harum.
2.      Jam tangan itu untuk emak sempena hari lahirnya.
3.      Pelajar kelas 4 Armada sedang mengulangkaji pelajaran.
4.      Kucing peliharaan saya bernama Si Comel.
5.      Adik saya sangat comel dan manja.
6.      Kami sekeluarga akan ke Kuala Lumpur hujung minggu ini.
7.      Adik saya suka melancong.
8.      Kami akan ke Kuala Lumpur pada minggu hadapan
9.      Semua barang keperluan ada dijual di kedai itu
10.  Budaya kunjung mengunjung menjadi amalan rakyat Malaysia semasa musim perayaan

Praktis 2:

1.      Pemuda itu sedang menari.
2.      Encik Zahid seorang jurutera.
3.      Cikgu Siti Nurhalija guru bahasa Melayu kami
4.      Rumah saya di Taman Johor Jaya.
5.      Kakak saya sedang membaca buku.
6.      Kasut Ali sudah buruk.
7.      Artis itu banyak membintangi filem bercorak penyisatan jenayah
8.      Lagu itu banyak memberikan nasihat melalui senikatanya
9.      Amalan bersalam-salaman semasa hari perayaan merupakan satu amalan yang baik
10.  Pak Muiz memiliki sebuah perahu yang digunakan untuk mencari ikan


Praktis 3:

1.      Penyanyi itu jiran saya.
2.      Nasi lemak Mak Janna sangat sedap.
3.      Emak sedang menanak nasi di dapur.
4.      Pokok itu pokok rambutan.
5.      Dewan sekolah saya sangat besar.
6.      Baju saya berwarna merah hati.
7.      Dialah pelakon paling popular pada masa kini
8.      Semua pelajar pendidikan khas itu diberikan makanan percuma
9.      Puasa enam akan dilakukan selepas kita merayakan sambutan Aidilfitri
10.  Kitab agama itu banyak mengandungi maklumat berkaitan dengan hokum agama


Praktis 4:
1.      Tulisan Nabil sangat kemas.
2.      Rumah Kok Meng rumah batu.
3.      Kampung datuk Misha di Kg Pinang Sebatang.
4.      Bapa Aaron seorang guru.
5.      Kassim dan Selamat sedang berbual-bual.
6.      Baju sutera itu  untuk ibu.
7.      Kuda putih itu  berlari pantas .
8.      Sekolah baharu itu  sungguh cantik lanskapnya.
9.      Tun Abdul Razak  Bapa Pembangunan Malaysia.
10.  Penduduk kampung akan bergotong-royong pada hujung minggu ini.
11.  Encik Sarip Dol guru mata pelajaran Bahasa Melayu di SMK Pasir Berdengung.
12.  Kari yang dimakan Sabariah sangat pedas.
13.  Warna merah ialah warna kesukaan saya.
14.  Pengetua memantau aktiviti warga sekolah pada setiap hari.
15.  Ibu menjemur pakaian ketika cuaca panas.
16.  Mejar Kamaruddin ke Bukit Kutu untuk mencari anaknya.
17.  Suami saya tinggi orangnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan