CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 20 Mei 2020

LATIHAN TB BM SPM

LATIHAN INTENSIF SLOT  TATABAHASA SPM

SET 1
Soalan 3: Pengetahuan dan Kefahaman tetang Tatabahasa Bahasa Melayu [30 markah] Jawab semua soalan.

(a) Tulis dua ayat bagi tiap-tiap pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh  menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

(i) mengisahkan – mengesahkan 
(ii) meluluskan – meluruskan    
(iii)melebarkan – menebarkan     [6 markah]

(b) Tulis semula laporan di bawah ini dalam bentuk cakap ajuk tanpa mengubah maksudnya
.

Samsul mengeluh sambil mengatakan bahawa ada sahaja bencana yang berlaku di negara kita. Salim mengakui hakikat itu sambil mengatakan bahawa ada bencana alam yang berpunca daripada manusia sendiri, Samdul bersetuju dengan pandangan Salim sambil mengatakan bahawa kes yang terkni ialah rumah runtuh di Hulu Klang. Salim mengatakan bahwa kes itu telah meragut anyak nyawa. Oleh itu, Samsul mengatakan bahawa semua pihak perlulah prihatin terhadap masalah tersebut. [6 m]

(c) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Kenalpasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpamengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Oleh sebab menuntun tayang larut malam, Mustafa terlewat bangun dan terpaksa pergi ke sekolah agak lewat.
(ii) Abang Stephen menghadiahi basikal baharu kepadanya sempene hari ulang tahunnyayang kelima belas.
(iii)Agen syarikat jualan langsung itu sedang usaha untuk menaja ahli-ahli baharu bagimencapai sasaran syarikatnya     [6 m]

(d) Dalam setiap ayat  terdapat dua kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpat mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Pelajar yang membawa motosikal ke sekolah itu terlibat ke dalam kemalanganjalan raya pagi semalam.
(ii) Anjung peliharaan Encik Lim San Tau mengaum bila pencuri itu memanjat pagar rumahnya.
(iii) Kapal yang sedang berhenti di pelabuhan itu membawa muatan berpuluh tan kayu lapis.  [6 markah]

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.

Penduduk di kawasan perumahan itu hidup dalam keadaan aman dan harmoni, Hal ini demikian kerana semuanya mengamalkan nilai hormat-menghormati antara satu sama lain. Jika ada masalah, mereka akan berbincang bersama-sama dan mencari kata sepakat untuk menyelesaikannya. Selain itu, semua perkara yang hendak dilakukan menjadi mudah kerana semua orang melibatkan diri dan bekerjasama untuk menjayakannya. Namun begitu, ada seorang dua penduduk yang cuba memecahbelahkan keadaan tersebut dengan menyebarkan berita yang palsu. [6 markah]

SET 2

(a) Tulis dua ayat bagi tiap-tiap pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

(i) Tatasusila  (ii) Tatacara   (iii) Prasyarat   (iv) prasejarah   (v) Dwibahasa   (vi) Dwitahunan

(b) Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Tugas mengisi kemerdekaan Negara akan kita pikul bersama-sama
(ii) Semenjak program kitar semula dilancarkan oleh kerajaan, tahap kebersihan di kawasan kediaman semakin meningkat.
(iii) Sebuah gelanggang badminton telah dibina oleh mereka secara gotong royong pada minggu lepas.


(c) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.


(i) Malaysia mampu memajukan bidang eko-pelancongan kerana mengayakan sumber alam semula jadinya.
(ii) Guru bimbingan itu telah memberikan keterangan yang jelas tentang profesyen sebagai pakar bedah.
(iii) Persatuan belia yang baru ditubuhkan itu mengenengahkan moto yang berteraskan perpaduan belia semalaysia.

(d) Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat dua kesalahan penggunaaan kata atau istilah dan kesalahan b ahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian tuan mengisytiharkan kempen Cintai Sungai Kita peringkat daerah ini.
(ii) “Wahai generasi muda, berbaktilah kepada Negara yang tercinta ini,” wasiat pemimpin itu ketika berucap dalam perhimpunan belia.
(iii) Kelawar-kelawar yang bergayutan di dinding Gua Niah menarik perhatian pelancong.

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.


(i) Walaupun kita berasa kasihan atas nasib malang yang menimpa Amira, tetapi dia yang menanggungnya tentulah berasa lebih perit lagi.
(ii) Jamal menikmati segala kemewahan yang disediakan oleh bapanya tetapi dia tidak gembira kerana tidak dibenarkan bergaul bebas sesuka hati seperti remaja lain.
(iii) Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita berbelanja berlebih-lebihan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan