3e: PERIBAHASA
Praktis
1:
Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan ayat di bawah ini.
1.
Siti dan Sarah merupakan sahabat karib sejak
kecil dan mereka sering bekerjasama dalam apa jua situasi.
2.
Along menyiapkan tugasan yang diberikan oleh
majikannya itu dengan bersungguh-sungguh dan dia sanggup tidak tidur semalaman.
3.
Ziana
tidak menghadapi sebarang masalah ketika menetap di luar negara kerana
dia mudah menyesuaikan diri dengan adat resam dan budaya hidup masyarakat
setempat .
4.
Penduduk Kampung Pinang Sebatang sering
berganding bahu dan menyelesaikan masalah mereka bersama-sama untuk mengekalkan
keharmonian hidup yang mereka kecapi selama ini.
5.
Kita tidak akan mencapai apa yang dihajati jika
tidak berusaha bersungguh-sungguh.
6.
Pinjaman perniagaan Faizah sudah diluluskan oleh
pihak bank dan dia hanya menunggu masa sahaja untuk menjalankan perniagaannya
sendiri.
7.
Ramasamy sering mendapat keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan kerana dia mudah faham apa yang diajar oleh guru.
8.
Pelancong itu merungut apabila mendapati hotel
penginapannya tidak menyediakan segala kemudahan yang dijanjikan semasa dia
membuat tempahan dahulu.
9.
Pak Haziq tidak pernah lupa untuk menyimpan
sebahagian daripada pendapatan bulanannya sebagai bekalan semasa dalam
kesusahan.
10.
Anak-anak sepatutnya dididik sejak mereka kecil
lagi untuk memastikan mereka mempunyai akhlak yang cemerlang.
Praktis
2:
Semangat
kejiranan masih diamalkan dalam kehidupan masyarakat Melayu. Hubungan ini
dikukuhkan dengan aktiviti bekerjasama dan bergotong royong sesama jiran
tetangga. Mereka akan menghadapi situasi susah dan senang bersama-sama. Amalan
ini sudah sebati dalam diri mereka kerana telah diwarisi sejak turun temurun.
Praktis
3:
Faiz
Aiman menjalankan perniagaan runcit di kampungnya. Kebanyakan barangannya
dijual dengan harga yang tinggi kerana dia ingin mengaut keuntungan yang lebih.
Faiz Aiman juga terkenal dengan sikapnya yang suka berbangga dengan kejayaannya
dalam perniagaan. Walau bagaimanapun, isterinya tidak bersikap sedemikian
sebaliknya dia sering merendah diri dan tidak keberatan membantu mereka yang
dalam kesusahan.
Praktis
4:
Amirah
bekerja di sebuah syarikat pengangkutan. Dia merupakan seorang pekerja yang
rajin dan akan menyiapkan tugasannya sehingga selesai walaupun menghadapi
pelbagai rintangan. Amirah berperanan
penting di tempat kerjanya kerana dia sangat berkemahiran dan mampu
mengendalikan syarikat dengan baik. Dia sentiasa meningkatkan kecekapannya
supaya kebolehannya setanding dengan pegawai-pegawai yang lain.
Praktis
5:
Syarifah
Ain merupakan seorang pelajar yang cemerlang di sekolahnya. Semasa
mengulangkaji pelajaran, dia akan menjawab setiap soalan yang diberikan oleh
gurunya dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat jawapan yang tepat. Syarifah
Ain sedar bahawa untuk meraih kejayaan, dia perlu berusaha dengan tekun.
Walaupun letih, dia percaya bahawa keperitan yang dialaminya sekarang akan
menjanjikan kesenangan pada masa hadapan.
👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻
BalasPadam