8.AYAT SELAPIS KEPADA AYAT MAJMUK
Praktis 1: Tukarkan ayat selapis berikut menjadi ayat majmuk.
1.
Hetty
gemuk. Kakak Hetty kurus.
2.
Ah
Boon pergi ke pasar raya. Ibu Ah Boon pergi ke pasar raya. Mereka membeli gula.
Mereka membeli ikan.
3.
Kaum
lelaki digalakkan melabur. Kaum perempuan digalakkan melabur juga.
4.
Dia
malas belajar. Dia gagal dalam peperiksaan itu.
5.
Dia
sangat kaya. Dia kedekut.
6.
Para
pelancong suka berkunjung ke Malaysia. Malaysia terkenal dengan keindahan alam
semulajadi. Keindahan alam semulajadi di Malaysia mampu memukau pandangan mata.
Praktis
2:
Pasar malam itu diadakan di Jalan
Tunku Abdul Rahman. Pasar malam itu diadakan pada hari Jumaat. Pasar malam itu
menjual pelbagai barang. Barang yang dijual berharga murah. Ramai pengunjung
datang ke situ. Mereka datang dari seluruh Kuala Lumpur.Mereka ingin menikmati
suasana pasar malam di situ. Pasar malam itu sungguh meriah. Golongan muda
tidak melepaskan peluang. Mereka berkunjung ke pasar malam itu. Mereka pergi bersama
ibu bapa. Mereka pergi bersama rakan-rakan.
Praktis
3:
Kerajaan telah memberi amaran tegas. Amaran itu diberi kepada pemilik kenderaan persendirian. Mereka dikehendaki memasang tali pinggang keselamatan ketiga. Ramai pemilik kenderaan masih engkar. Kerajaan terpaksa mengambil tindakan tegas. Kerajaan menguatkuasakan undang-undang. Pesalah akan ditangkap. Mereka akan didenda RM300. Pemilik kenderaan tersebut akan disaman. Penumpang ketiga itu akan disaman juga. Saman ini dapat dijadikan pengajaran.
Praktis 4:.
Mereka dijemput hadir. Mereka hadir untuk menjamu selera. Jamuan itu ialah jamuan hari jadi. Jamuan itu sempena hari jadi anak Tok Mudim. Ramai tetamu yang hadir. Mereka datang dari seluruh kampung itu. Mereka meraikan hari jadi anak Tok Mudim. Hari jadi itu ialah hari jadi yang ke lima. Banyak makanan disediakan. Makanan itu untuk para tetamu. Mereka menjamu selera. Mereka sungguh gembira.
Praktis 5:
Tanaman getah telah diperkenalkan di
Malaysia. Tanaman itu ditanam pada tahun 1930-an. Tanaman itu oleh penjajah
Inggeris. Kini tanaman itu sangat penting. Tanaman itu menjadi tanaman kedua utama.
Tanaman itu telah dieksport. Tanaman itu dieksport ke seluruh dunia. Tanaman
itu semakin berkurangan. Banyak tanah telah ditebus guna. Tanah itu dijadikan
kawasan industri. Tanah itu dijadikan kawasan tanaman kelapa sawit.
Praktis 6:
Rakyat Malaysia diseru supaya
bersabar. Rakyat Malaysia diseru supaya berjimat cermat. Harga minyak sedang
melambung tinggi. Harga barangan pengguna sedang meningkat. Kerajaan akan
mengambil pelbagai langkah. Kerajaan akan membantu meringankan beban rakyat.
Kerajaan akan memulihkan harga minyak. Kenaikan harga minyak ini adalah
fenomena luar biasa. Harga minyak dunia meningkat dengan mendadak. Harga minyak
meningkat sehingga US45 setong.
Praktis 7:
Tiga buah negara telah menjajah negara kita. Negara tersebut ialah England, Portugal dan Jepun. Mereka mula menjajah sejak tahun 1511. Mereka menjajah selama lebih 400 tahun. Semasa penjajahan rakyat hidup menderita. Ramai mangsa telah dibunuh. Mereka dibunuh dengan kejam. Ramai pejuang tanah air telah sedar. Mereka menubuhkan pelbagai persatuan. Mereka menentang penjajah. Mereka ingin mendapatkan kemerdekaan tanah air.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan