CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 20 Mei 2020

LATIHAN TB BM SPM


9. MEMISAHKAN AYAT

Arahan : Pisahkan ayat-ayat majmuk di bawah ini kepada ayat-ayat tunggal.

PRAKTIS 1
1.      Mereka bertepuk tangan sambil bersorak.
2.      Pengajaran guru itu mudah difahami, tambahan pula penyampaiannya sangat menarik.
3.      Saya tidak pernah menceritakan keburukannya, justeru saya sering memujinya.
4.      Ibu ke pasar dahulu, kemudian ke kedai runcit.
5.      Ayah dan ibu akan menghadiri majlis itu.
6.      Yogeswaran otak cair tetapi malas berusaha.
7.      Kehadiran murid sangat baik pada hari biasa, tetapi kehadiran murid pada hari Sabtu sangat tidak memuaskan.
8.      Saya akan ke Kuala Lumpur, manakala abang akan ke Seremban.
9.      Harga pakaian itu terlalu mahal, pada hal kualitinya rendah.
10.  Kita mesti bertolak sekarang kerana hari semakin gelap, sementelahan tempat perkehemahan itu masih jauh.

Praktis 2:

            Pengajaran komponen sastera bukan saja dapat meningkatkan penguasaan bahasa Melayu,malah dapat mewujudkan patriotisme dalam kalangan pelajar,membina jati diri,mengukuhkan minat membaca,dan membolehkan pelajar menghargai karya sastera yang banyak berisi pengajaran.

Praktis 3 : Pisahkan kepada enam ayat dengan mengekalkan maksud dan struktur asalnya.

            Komputer dan teknologi maklumat telah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat masa kini. Bilangan pengguna semakin meningkat setiap hari yang terdiri daripada pelbagai golongan . Keadaan ini telah merangsang sebilangan usahawan untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang berasaskan teknologi maklumat.

Praktis 3: Pisahkan kepada enam ayat dengan mengekalkan maksud dan struktur asalnya.

            Warga tua yang memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada ahli keluarga. Mereka tidak suka ditempatkan di rumah-rumah kebajikan yang terdapat di seluruh negara. Oleh sebab itu, anak-anak tidak wajar mengabaikan ibu bapa mereka, sebaliknya perlu membelai mereka.

Praktis 4: Pisahkan kepada enam ayat dengan mengekalkan maksud dan struktur asalnya.

            Sasterawan merupakan golongan yang memiliki kesedaran tentang kelemahan dan kekuatan masyarakatnya. Mereka berkarya tanpa memikirkan faedahnya dan mereka mendapat kepuasan serta keseronokan apabila buah fikiran mereka dihargai oleh masyarakat.

Praktis 5: Pisahkan kepada enam ayat dengan mengekalkan maksud dan struktur asalnya.

            Universiti Malaya yang tersergam megah di Kuala Lumpur merupakan universiti yang tertua dan ternama di Malaysia. Mahasiswa dan mahasiswi datang dari seluruh Malaysia kerana hendak menimba ilmu di situ.

Praktis 6: Pisahkan kandungan petikan itu kepada enam ayat dasar.

            Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bertanggungjawab menyelaraskan projek dan aktiviti pengembangan bahasa kebangsaan di peringkat negeri. Selain itu, Dewan Bahasa dan Pustaka diamanahkan juga untuk membina kesedaran dan mewujudkan budaya berbahasa kebangsaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Oleh sebab itu, badan induk dalam bidang bahasa ini turut menjalankan kegiatan apresiasi sastera dalam kalangan remaja dan masyarakat umum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan