KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013
ULASAN SAYA TERHADAP SOALAN / REAKSI PELAJAR
1. yang saya cuba buat huraian setakat ini ialah contoh penulisan bagi penanam pisang / penanam ubi dan penternak itik.
2. saya telah memasukkan serba sedikit cara huraian bagaimana ianya dilakukan denga beberapa penerangan terutama untuk elemen 1,3 dan elemen 2 dapat dihuraikan mengikut tajuk kajian saya.
Bagi elemen 3 anda tidak perlu merujuk kepada tajuk spesifik anda untuk menghuraikan/ menulis esei berkaitan dengan penerapan nilai ini sebab soalannya tidak merujuk pada tajuk kita. jadi kita hanya menulis karangan tersebut mengikut tajuk / soalan yang diberi dan bukan berkaitan dengan tajuk kajian kita.
3. para pelajar yang meminta saya membuatkan huraian tentang perkara lain / selain daripada tajuk yang saya buat hendaklah menggunakan cara yang saya cuba huraikan mengikut tajuk dengan disesuaikan dengan tajuk anda. saya tidak dapat menulis mengikut setiap tajuk yang dikehendaki setiap seorang daripada anda. ( saya sediakan asas sahaja bagi awak buat rujukan bagaimana ianya dihuraikan untuk hasil kajian . penerangan saya dimasukkan ke dalam huraian bertanda warna merah sebagai penerangan lanjut bagi disesuaikan dengan tajuk awak.
4. saya hanya akan membalas kepada beberapa masalah teknikal yang dihadapi oleh pelajar bukan tentang cara huraian pada hasil kajian.
5. harap memahami keadaan saya.apa yang saya lakukan ialah satu bentuk bantuan dan bukannya satu keperluan untuk semua pelajar. saya sekadar membantu .
6. sebarang masalah masukkan di bahagian ini sebab saya akan merujuk tajuk ini sahaja selepas ini.
CIKGU RAZAK
Isnin, 29 April 2013
Sabtu, 20 April 2013
Contoh hasil kajian - penternakan itik/ telur asin
1 Maklumat Asas
1.1.
Nama/jenis kegiatan ekonomi
Kegiatan ekonomi yang saya kaji ialah penternakan
itik telur yang diusahakan oleh Encik Mohamadiah Bin Hashim .
1.2.
Sejarah/asal usul kegiatan
ekonomi
Penternakan itik telur ini telah dimulakan oleh Encik Mohamadiah Bin
Hashim dan Puan Yasmin Bt Abdullah mulai tahun 1998. Pada masa tersebut beliau mengusahakan
ternakan itik kira-kira 100 ekor .Beliau menternak itik di bahagian
tepi rumahnya dengan keluasan kira-kira suku ekar.
1.3.
Lokasi/tempat kajian
Lokasi atau tempat kajian ini
dijalankan ialah di Kg Sawah Laku, Bukit Kepong Muar Johor .
Lukiskan peta mudah seperti peta
pada kad kerja kahwin tetapi detail sedikit yang menunjukkan arah mana lokasi rumah Encik Mohamadiah tu berada . Peta ini boleh diletakkan di
bahagian 1.3 ini. Besar peta inisatu muka surat.
1.4.
Pihak yang
mengusahakan/individu/ kelompok masyarakat yang mengusahakan
Penternakan itik ini turut juga dijalankan oleh penduduk kampung
ini di kawasan Kg Kecik Bukit Kepong iaitu kira-kira 6 kilometer dari rumah
ini. Ada juga seorang pengusaha dari Kg Baru Batu 28 Lenga iaitu Encik
Zainuddin Bin Jamal mengusahakan penternakan yang sama dengan beliau. Bagi tujuan kerja kursus ini saya memilih
Encik Mohamadiah Bin Hashim kerana
beliu merupakan antara orang yang lama
terlibat dengan penternakan itik telur di kampung ini selain jarak rumahnya dengan
rumah saya yang berdekatan bagi membuat kajian kerja kursus ini.
2.
Latar
Belakang
2.1.
Tujuan dijalankan
Encik Mohamadiah pada mulanya menternak itik untuk digunakan sebagai sumber makanan dan masakan sendiri. Penternakan itik
telur ini dilakukan kira-kira 100 ekor
sahaja pada peringkat awal. Encik Mohamadiah
menggunakan itik telur untuk membuat
telur asin .
2.2.
Proses/cara pelaksanaan
Penternakan itik telur ini sangatlah mudah kerana ianya tidak memerlukan
perbelanjaan yang besar,keluasan tanah , modal, pekerja dan peruntukan masa
bekerja yang banyak. Hal ini demikian kerana proses awal penternakan itik ialah
penyediaan atau pembelian benih itik .
Menternak
itik tidaklah begitu sukar sebagaimana menternak ayam. Itik mempunyai daya
hidup yang tinggi dan tidak mudah diserang penyakit. Cara pemeliharaan dan
pengurusannya mempunyai sedikit perbezaan dan lebih mudah jika dibandingkan
dengan ternakan ayam.
2.2.3.
PEMILIHAN BAKA
Baka
itik merupakan faktor penting bagi menentukan pengeluaran yang baik. Anak-anak
dari pengeluar atau pusat-pusat penetasan yang diakui keunggulan performannya
hendaklah diperolehi.
Ciri-ciri
baka itik penelur yang berkualiti ialah:-
- mempunyai
daya hidup yang tinggi
- bebas
dari kecacatan
- penghasilan
telurnya adalah baik (kira-kira antara 260 – 300 biji setahun)
- menghasilkan
telur yang berkualiti
- berat
antara 65 – 75 gm sebiji
- kulit
telur adalah keras
- warna
kuning telur kemerah-merahan
- saiz
badannya sederhana. Berat badan semasa bertelur di antara 1.3 – 1.8 kg
- ruang
antara tulang punggung (pelvic) adalah luas.
Baka-baka
itik telur yang sesuai adalah kacukan Khaki Champbell dari Thailand, Taiwan dan
Australia.
2.2.4.
PERUMAHAN DAN PERALATAN
Rumah
itik haruslah mempunyai ciri-ciri berikut:-
·
Peredaran
udara yang sempurna. Peredaran udara yang baik dapat menolong mengeringkan
kelembapan dan menghapuskan gas amonia dari najis itik
·
Saiz
rumah mestilah sesuai dengan jumlah itik yang hendak dipelihara. Jangan membina
rumah itik dengan terlalu sempit atau terlalu besar. Saiz yang sesuai bagi
seekor itik dewasa ialah 3 – 4 kaki persegi.
·
Seelok-elok
ia hendaklah didindingkan. Dinding yang sesuai ialah lebih kurang 3 kaki dari
paras lantai. beberapa buah pintu perlulah dibuat menghala ke kawasan lapang.
Tujuan pintu ialah bagi mempastikan semua itik-itik dapat dikurung di dalam
reban pada malan hari supaya selamat dari musuh dan tidak bertelur
dimerata-rata yang boleh menyebabkan telornya kotor dan hilang.
·
Rumah
itik mestilah mempunyai rekabentuk yang sesuai supaya mudah penternak keluar
masuk membersih, merawat dan mengumpul telur.
2.2.5.
PERALATAN
Induk
palsu antaranya:
·
Hover,
Infrared, Bulb yang tinggi kuasa, Lampu minyak tanah,
·
Bekas
makanan/minuman (sama seperti peralatan ayam)
·
Sarang
bertelur
·
Lain-lain
seperti bekas telur, baldi, sekop pembancuh makanan dan sebagainya
2.2.6.
PEMAKANAN
Satu
lagi faktor penting dalam menentukan penghasilan dan kejayaan projek ialah
pemakanan. Pemakanan adalah faktor yang boleh dikawal bagi mendapatkan hasil
yang memuaskan. Dari segi ekonominya pula makanan akan menentukan kos
pengeluaran. Oleh itu penternak mestilah pandai menilai jenis-jenis makanan
yang baik danmenjimatkan perbelanjaan di dalam mengendalikan projek.
Terdapat
2 jenis makanan yang sesuai untuk itik telur.
·
Makanan komersil
·
Makanan campuran sendiri
1.Makanan
Komersil
Ialah
makanan yang dikeluarkan oleh kilang pembuat makanan ternakan yang mana ianya
mempunyai zat-zat keperluan mengikut umur dan jenis ternakan
Semasa itik berumur 0-2 minggu makanan yang digunakan ialah jenis
Duck starter , bagi usia 2-3 minggu ialah campuran antara duck starter dengan
duck grower . Pada usia itik 4 hingga 6 minggu makanan yang sesuai diberikan
ialah jenis duck grower manakala pada usia 16 minggu dan semasa bertelur itik
diberikan makan jenis layer.
Berat makanan yang diberikan ialah berasaskan usia itik telur
tersebut. Bagi usia di bawah 4 minggu itik makan lebih kurang 1.2 hingga 1.6 kilogram , 5 hingga 22 minggu
ialah kira-kira 11.0 hingga 11.8 kilogram. Bagi itik yang berusia lebih 22
minggu mereka diberikan kira-kira 160 hingga 170gram makanan bagi setiap ekor.
Sesetengah penternak itik menggunakan makanan yang dicampur
sendiri untuk diberikan kepada itik peliharaan mereka. Satu rumusan makanan
yang mengandungi zat-zat keperluan itik boleh diambil kerana ianya murah dan
mudah serta mudah diadun sendiri bagi penghasilan dan kesihatan itik. Antara
bahan yang digunakan ialah beras hancur , dedak padi, baja ikan, baja udang,
serbuk kacang soya, layer premix vitamin dan galian , batu kapur, jagung ,
synthetic pigment dan lain-lain.
Bagi itik telur, mengawal makan
perlulah dilakukan sejak umurnya 7 minggu. Kawalan makanan boleh juga dilakukan
dengan melihat berat badan itik tersebut berat yang sesuai bagi itik yang
sedang bertelur ialah diantara 1.3 kg hingga 1.75 kg.
2.2.7. KESIHATAN DAN KAWALAN PENYAKIT
Itik boleh juga diserang penyakit. Kawalan haruslah dilakukan bagi
mengelakkan dari terkena serangan penyakit iaitu:-
- Menjaga
kebersihan ladang setiap masa
- Memberi
makanan yang baru bermutu dan tidak berkulat
- Memberi
air bersih. Air yang mengandungi ubat ” antistress” harus diberi pada umur
itik 1 – 3 hari.
- Itik
yang menunjukkan tanda sakit perlulah diasingkan untuk rawatan atau pun di
takai
- Mencuci
reban dengan pembasmi kuman seperti lysol, lindoress sebelum ketibaan
anak- anak itik yang baru
- Menghubungi
Jabatan Perkhidmatan Haiwan jika terdapat tanda-tanda penyakit.
2.2.8. KEPERLUAN CAHAYA
Cahaya adalah penting dalam penternakan itik penelur. Cahaya boleh didapati
dari cahaya semulajadi iaitu matahari dan juga cahaya tambahan iaitu lampu pada
malam hari.
2 sebab cahaya mustahak pada malam hari ialah:-
·
Untuk menerangi seluruh kawasan bangsal bagi mengurangkan tabiat itik yang mudah
terperanjat dengan sesuatu benda asing atau bunyi di dalam suasana gelap.
·
Mempercepatkan dan menambahkan pengeluaran telur
Itik-tik telur yang berumur 20 minggu ke atas memerlukan sekurang-kurangnya
16 jam cahaya secara terus menerus. memandangkan tempoh cahaya pada waktu siang
ialah lebih kurang 12 jam maka, adalah dicadangkan supaya tambahan 3 – 4 jam
lagi boleh diperolehi dari cahaya lampu yang dipasang di dalam bangsal.
·
Keperluan cahaya/kuasa lampu letrik ialah sebanyak 250 watt/1000 kaki
persegi.
·
Jarak di antara lantai dengan lampu letrik ialah 7 kaki
·
Jika perlu penternak boleh menggunakan suis jangka (time switch) bagi
memudahkan pengurusan cahaya lampu ini.
Galeri Penternakan itik Muscovy
Ruang yang mencukupi bagi ternakan itik samaada didalam atau diluar reban
Ruang yang mencukupi bagi ternakan itik samaada didalam atau diluar reban
Sistem keselamatan dilengkapi dengan kawasan ternakan yang berpagar.
Antara bangsal ternakan itik muscovy.
Benih anak itik dimasukkan secara berperingkat bagi tujuan kawalan pengeluaran dan pemasaran.
Pemasukan benih dengan 3 peringkat kemasukan tiap satu berjumlah 1,000 ekor
Kemudahan, pengawasan dan penyeliaan ternakan adalah dibantu oleh kakitangan Jabatan Veterina Daerah.
Pemasaran dan pasaran dirancang dengan kerjasama jabatan dan pemborong pihak FAMA
Pengangkutan dan pemasaran adalah sistem yang disediakan bagi menjamin kelangsungan projek.
( di sini anda boleh
memasukkan gambar proses awal sebelum dan semasa itik ini diternak, dijaga , membesar dan mengeluarkan telur. Gambar ini
boleh diambil daripada internet untuk menunjukkan perjalanan proses penternakan
dijalankan – kalau boleh step by step.
Pada bahagian bawah gambar tuliskan apa maklumat yang anda ingin nyatakan pada
gambar yang kita ambil tu . kalau kita ada kamera boleh ambil gambar masa jumpa
dengan orang yang bela itik tu.)
2.3.
Peralatan/kaedah yang digunakan
2.3.1.
PENGURUSAN
Pengurusan yang cekap
menitikberatkan segala aspek pengurusan bagi mencapai satu tahap penghasilan
yang maksima dengan kos pengeluaran yang minima. Aspek-aspek ini melibatkan
pengendalian:
·
Persediaan sebelum ketibaan anak itik
·
Pemeliharaan semasa perindukan
·
Pengurusan semasa membesar
·
Pengurusan semasa bertelur
Persediaan Sebelum Ketibaan Anak Itik
·
Sediakan alat pembentung untuk induk palsu. (3 meter garispusat boleh
memuatkan 500 ekor anak itik)
·
Sediakan abuk papan/jerami padi di dalam pembentung setebal 3 – 4 inci.
·
Sediakan air minum dan pasangkan alat pemanas 2 – 3 jam sebelum anak itik
sampai.
Pemeliharaan Semasa Perindukan
·
Anak itik perlu diberi minum terlebih dahulu. Selepas 1/2 jam baharulah
anak itik boleh diberi makan.
·
Masa perindukan adalah selama 20 – 25 hari. Pasangkan alat pemanas seperti
biasa. Lihat taburan anak itik untuk menentukan tahap kepanasan yang
diperlukan.
·
Beri antistress selama 3 hari.
·
Beri makanan duck starter crumble tanpa had
·
Pembentung perlu dibesarkan mengikut saiz itik dan tambah bilangan bekas
makan dan minum ikut kesesuaian.
·
Pastikan alas lantai sentiasa kering dan balik-balikan.
Pengurusan Semasa Membesar
·
Keluarkan alat pemanas dan pembentung
·
Tukarkan bekas makan dan minum dengan bekas yang besar
·
Alas lantai (habuk papan) hendaklah sentiasa kering
·
Beri makanan Grower Pellet atau jika menggunakan makanan campuran pastikan
mengandungi 16 % protin dan Tenaga 2500 – 2800k/cl
·
Timbang 2 – 3 ekor itik dalam satu kumpulan untuk menentukan berat .
·
Itik yang berumur 7 minggu hendaklah dikawal sukatan makanannya supaya
tidak terlalu gemuk sehingga tidak boleh bertelur.
Pengurusan Itik Semasa Bertelur
Itik akan mula
bertelur apabila berumur 20 – 22 minggu. Oleh itu :-
·
Beri makanan jenis Layer Pellet. Jika menggunakan makanan campuran pastikan
mengandungi 2600 – 2900 k/cl.
·
Makanan ini hendaklah dimulakan pada umur itik 16 minggu atau 4 – 5 minggu
sebelum bertelur.
·
Bagi makanan mengikut sukatan yang betul (150 – 170 gm sehari /ekor.
·
Lain-lain makanan tambahan seperti rumput dan sayuran elok dicampur sama
·
Bagi menentukan mutu telur bahan pewarna Synthetic Pigment boleh
dicampurkan ke dalam makanan (100 gm SP + 100 kg makanan campuran sendiri)
·
Masukkan sarang bertelur (1 kotak = 5 ekor itik)
·
Kurung itik di dalam kandang setiap malam supaya tidak bertelur merata-rata
·
Pungut telur setiap pagi sebelum diberi makan
·
Semak keperluan cahaya mengikut umur itik
( masukkan gambar orang menjaga
itik )
Masukkan gambar itik – kecik sampai besar – boleh ambil dari
internet )
2.4.
Produk yang dihasilkan
Hasil-hasil yang boleh
di dapati dari projek menternak itik ialah :-
Telur Itik Segar
Boleh dijual kepada
pemborong atau kedai membuat kek tempatan atau orang perseorangan. Telur itik
digredkan dengan mengambil kira dari segi kekuningan isi telur Ini boleh
dilihat melalui pengukur warna (Kipas roche) Telur yang bermutu di pasaran
ialah di antara 13.6 – 15.0.
Telur Masin
·
Telur masin adalah telur yang diawit untuk dimakan atau disimpan lama.
harganya adalah lebih baik dari telur segar.
Produk yang dihasilkan ialah telur
asin ( boleh ambil gambar telur asin daripada intenet . masukkan kat sini ,
tuliskan maklumat gambar tu. )
3.
Sumbangan/Pengaruh kepada
keluarga atau masyarakat
3.1.
Sumber pendapatan
Dengan mengusahakan penternakan itik ini
Encik Mohamadiah dapat menambah
pendapatan keluarga beliau. Pada masa sekarang purata jualannya ialah
sekitar 400 – 500 biji sebulan . Setiap
biji telur asin ini dijual kepada pemborong dengan harga RM 0.40 . Jadi pendapatan kasr daripada
jualan telur asin ini ialah sebanyak RM 160
hingga RM 200 sebulan .
3.2.
Memenuhi permintaan
Encik Mohamadiah juga memenuhi permintaan masyarakat setempat
untuk jamuan tertentu, kenduri kendara dan majlis perkahwinan. Beliau
menyatakan bahawa tempatah dibuat mengikut jumlah tertentu sebelum majlis
tersebut berlangsung. Beliau menyatakan anggaran tempahan telur asin untuk majlis di atas ialah sekitar 50 ke 100
biji .
( masukkan gambar bunga telur daripada telur asin kat sini )
3.3.
Pembangunan kawasan setempat
Penglibatan penduduk kampung ini dalam penternakan
itik lain-lainnya telah menyebabkan
kawasan ini dapat membangun dengan beberapa jenis perusahaan kecil dan
sederhana.
3.4.
Peluang pekerjaan
Penternakan itik dan perushaan telur asin ini
tidak menyediakan peluang pekerjaan
kerana dilakukan oleh beliau dan isterinya sahaja. Ianya pula dilakukan pada
waktu lapang dan mengikut masa tertentu sahaja.
4.
Prospek
4.1.
Cabaran/kekangan yang dihadapi
Encik Mohamdiah menyatakan bahawa beliau menghadapi masalah
berkaitan dengan keluasan tapak ternakan . Beliau tidak memiliki kawasan tanah lapang
yang sesuai dijadikan tapak menternak itik
Masalah lain yang beliau hadapi ialah kos
makanan itik yang semakin meningkat . Kos makanan itik akan bertambah jika
sekiranya beliau berhajat untuk menambah jumlah ternakan itiknya.
4.2.
Penglibatan pihak luar/galakan kerajaan atau
swasta
Proses penternakan itik ini memerlukan bantuan dan nasihat daripada pihak
jabatan haiwan kerana proses awalnya sedikit rumit dan memerlukan kaedah
penjagaan tertentu. Hal ini demikian kerana terdapat beberapa penternak itik
yang gagal mengeluarkan telur akibat cara pemakanan itik yang tidak sesuai.
Ianya meyebabkan pengeluaran awal telur tidak dapat dikekalkan jumlahnya secara
berpanjangan . Keadaan itik yang tidak mudah sakit menyebabkan usaha menjaga
dan emmelihara itik ini sedikit mudah
( boleh masukkan mana yang sesuai
galakan daripada badan atau agensi kerajaan dalam memastikan kejayaan usahawan
/ ternakan/ pertanian dll dapat dijayakan dengan lebih baik / kalau ada gambar
lawatan daripada pegawai pertanian/ haiwan melawat reban itik lagi baik)
4.3.
Reaksi/penerimaan masyarakat
Masyarakat di kampung ini menternak itik
untuk keperluan sendiri terutama untuk
masakan harian .
( boleh masukkan
kejayaan yang dicapai oleh pengusaha sepanjang dia mengusahakan tanaman/
ternakan/ usaha selama ini – terutama daripada segi sambutan/ kepercayaan
pelanggan terhadap keluaran nya dsb )
4.4.
Saranan dan harapan
Encik Mohamadiah mengharapkan agar beliau
dibantu daripada segi pajakan tanah untuk meluaskan penternakan itik / menambah
jumlah belaan ) .
( boleh masukkan keperluan bantuan
daripada pihak kerajaan daripada segi modal/ benih/ baja / sokongan input
pertanian yang lain / bantuan kandang/ dll yang berkaitan ke arah membesarkan
lagi perushaan ini )
Langgan:
Catatan (Atom)