CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 9 April 2013

SEJ T4 Bab 1


   BAB 1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

  Tamadun Indus

   (a)               Ciri-ciri bandar terancang  

 ·                    Bandarnya terbahagi kepada dua bahagian
 ·                    dikelilingi oleh tembok
 ·                    Bahagian utama merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan
 ·                    yang menempatkan bangunan pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual     dan pembersihan serta tempat penyimpanan hasil  pertanian       
 ·                    Bahagian kedua ialah kawasan perumahan
 ·                    Perancangan bandarnya dibantu oleh oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan
 ·                    Bandar disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat
 ·                    Setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus dan bersambung antara satu sama  lain
 ·                    Setiap bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang
 ·                    Selain jalanraya, bandar-bandar ini juga dihubungkan dengan sungai yang  berfungsi sebagai jalan perhubungan

   (b)       Organisasi Sosial

·                    Jumpaan arkeologi membayangkan masyarakat di Lembah Indus terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan atasan dan bawahan
·                    Golongan atasan terdiri daripada pendeta dan pedagang
·                    Kelas atasan yang utama ialah pendeta
·                    Mereka mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar dalam mengawal aktiviti masyarakat terutamanya yang melibatkan kegiatan keagamaan
·                    Golongan bawahan memberi ketaatan kepada golongan pendeta
·                    Sejarawan berpendapat tampuk pemerintahan dipegang oleh pendeta
·                    Golongan bawahan terdiri daripada petani dan buruh
·                    Golongan petani menjalankan aktiviti pertanian dan menyalirkan sebahagian daripada hasil tersebut kepada pihak berkuasa
·                    Golongan buruh menjalankan kerja perburuhan seperti menjaga kebersihan bandar, membina tembok di benteng dan membina terusan


(c)        Pengkhususan pekerjaan

·                    Masyarakat Indus menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti perdagangan, pertanian, pertukangan dan pembuatan
·                    Aktiviti perdagangan secara khusus membabitkan perdagangan luar termasuklah dengan Mesopotamia
·                    Dapat dibuktikan melalui penemuan cap mohor buatan masyarakat Lembah Indus di Mesopotamia
·                    Hasil perdagangan yang penting seperti emas, gading gajah, manik, dan hasil pertanian
·                    Petani menanam barli, kacang dan sebagainya
·                    Terdapat juga penduduk yang menjadi artisan dan terlibat dalam pembinaan dan penghasilan barangan logam dan barangan tembikar

(d)       Amalan agama

·                    Penemuan patung dan ukiran yang mempunyai unsur keagamaan     membuktikan masyarakat Indus mempunyai amalan agama
·                    Penemuan patung proto-Siva – seseorang duduk bersila dengan stail
yoga    dan terdapat tiga tanduk di kepalanya yang melambangkan Dewa Brahma.Vishnu dan Siva
·                    Kewujudan objek proto-Siva ini menjadi sangat penting yang berkaitan      dengan agama Hindu
·                    Mereka juga percaya kepada Tuhan Ibu
·                    Dapat dibuktikan dengan penemuan patung wanita. Tuhan Ibu
disembah oleh masyarakat Lembah Indus bagi melambangkan kesuburan

(e)        Sistem Tulisan

·                    Berbentuk piktograf
·                    Tulisan Tamadun Indus masih lagi menjadi misteri dan masih belum dapat ditafsirkan

                                                           
Sumbangan Tamadun Indus

(a)       Perancangan Bandar

·                    Bandar terancang seperti Mohenjo-Daro dan Harappa
·                    Pemahaman tentang ilmu geografi, kesenian, dan matematik sangat             diperlukan
·                    Berkait rapat dengan kemajuan dalam bidang geometri dan
pembinaaan
·                    Pemahaman geometri hasil daripada pertembungan tamadun ini dengan      tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba
·                    membolehkan perancangan     bandar disusun berasaskan bentuk
segiempat  / jalanraya yang lurus
·                    Masyarakat Indus berusaha meningkatkan mutu binaan
·                    Mereka tidak bergantung pada panas matahari untuk membuat batu bata     daripada tanah liat
·                    Batu bata dihasilkan melalui pembakaran dengan dengan suhu yang
tinggi
·                    Kecemerlangan perancangan bandar dalam Tamadun Indus merupakan       gabungan daripada pelbagai pengetahuan dan pencapaian termasuklah  geometri dan matematik serta teknologi pembakaran batu bata

(b)       Sifat keterbukaan

·                    Hubungan dengan tamadun Mesopotamia serta tamadun Mesir Purba         membolehkan kedua-dua pihak mendapat manfaat dari segi pertukaran teknologi
·                    Pengaruh luar disesuaikan dengan keadaan dan suasana tempatan


Tamadun Hwang Ho

(a)       Lokasi tamadun Hwang Ho                                     
·                    Dilembah Hwang  Ho yang subur(Sungai Kuning) 

( b)      Bersifat setempat kerana bergunung ganang dan berpadang pasir
                  .
( c)       Dinasti yang wujud dalam tamadun Hwang Ho
       
·                    Dinasti Hsia                    Dinasti Shang     Dinasti Chou                 Dinasti Ching 
·                    Dinasti Chin

Ciri-Ciri Tamadun Hwang Ho

(a)       Petempatan awal

·                    Berasaskan pertanian membawa kepada kemunculan bandar
·                    Anyang merupakan negara kota dalam tamadun Hwang Ho
·                    Terletak di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan
·                    Di bandar ini, terdapat istana, kuil, dan pusat pentadbiran
·                    Ketua pemerintah iaitu raja, golongan pembesar, dan golongan agama juga tinggal di kawasan bandar
·                    Bandar Anyang dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan musuh
·                    Bandar ini juga dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh masyarakat petani


(b)       Organisasi sosial masyarakat Shang

·                    Golongan raja dan pembesar menduduki lapisan paling atas yang diterajui oleh raja
·                    Lapisan bawah terdiri daripada petani yang membentuk sebahagian besar penduduk
·                    Golongan petani mendiami kawasan luar bandar
·                    Golongan artisan mempunyai kemahiran dalam teknologi gangsa
·                    Gangsa digunakan untuk bagi menghasilkan senjata, perisai dan hiasan pada kereta kuda yang digunakan oleh tentera serta peralatan untuk upacara keagamaan
·                    Disebabkan hanya golongan pembesar sahaja yang mampu miliki tentera dan senjata gangsa, mereka menggunakan keistimewaan ini untuk menundukkan golongan bawahan.
·                    Golongan hamba ialah golongan paling bawah
·                    Perhambaan merupakan satu ciri utama dalam Dinasti Shang

(c)        Ciri-ciri pengkhususan pekerjaan masyarakat Tamadun Hwang
                                                                                   
·                    Golongan pembesar mempunyai tentera masing-masing iaitu tentera berkuda dan tentera berjalan kaki
·                    Petani sebagai tonggak ekonomi dan pentadbiran berperanan memenuhi keperluan golongan atasan
·                    Golongan artisan mencipta pelbagai barangan tembaga seperti bekas minuman dan makanan, senjata dan barang tembikar
·                    Golongan hamba sebagai tentera paksaan
·                    Selain itu, golongan hamba digunakan untuk membantu kerja-kerja perburuhan     
·                    Golongan hamba juga dijadikan  korban dalam upacara penyembahan


(d)       Sistem pemerintahan Dinasti Shang.          

·                    Sistem pemerintahan berbentuk beraja
·                    Pengganti raja dilantik daripada kalangan saudara yang lebih muda atau anak lelaki raja
·                    Raja mempunyai wibawa politik, ekonomi, sosial dan agama
·                    Raja berkuasa di kawasan pusat pentadbiran
·                    Kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan
·                    Tidak  perlu mendapat  pengesahan politik kerana mereka adalah daripada keturunan pemerintah agama
·                    Raja dibantu oleh bangsawan dan pegawai kerajaan yang berhak mentadbir wilayahnya
·                    Golongan bangsawan berhak mewujudkan pentadbiran sendiri seperti  pungutan cukai, pertahanan dan undang-undang


(e)        Sistem pentadbiran Dinasti Chou

·                    Raja-Raja Chou membahagikan pemilikan tanah kepada wilayah-wilayah
·                    melantik pembesar tempatan di setiap wilayah
·                    Raja Chou dibantu oleh ketua menteri dan enam badan yang
            Menguruskan soal pertanian, tentera, kerja awam, upacara agama, hal
            ehwal monarki dan undang-undang
·                    Pentadbiran pada peringkat wilayah dikendalikan oleh pembesar-
            pembesar feudal
·                    Raja-Raja Chou mengikat pembesar tempatan melalui ikrar taat setia
            kepada pemerintah, memberikan hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang
·                    Mereka juga diminta melindungi raja dan memberikan bantuan tentera pada  masa perang
·                    Pembesar tempatan juga diberikan hak untuk bertindak sebagai ketua agama untuk menjalankan upacara pengorbanan

(f)        Agama dan kepercayaan

·                    Masyarakat tamadun Hwang Ho mengamalkan banyak kepercayaan termasuk animisme dan politisme
·                    Masyarakat Shang mengamalkan penyembahan roh nenek moyang
·                    Mereka juga menyembah tuhan syurga(Shang Ti) dan tuhan bumi(tu), menyembah sungai, bukit dan gunung
·                    Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik.tarian dan upacara korban
·                    Upacara ini diketuai oleh golongan bomoh
·                    Tulang oracle digunakan untuk meramal sesuatu keadaan
·                    Golongan bomoh yang terlibat dalam upacara penilikan ini meletakkan tulang ini di atas unggun api sehingga timbul rekahan
·                    Rekahan ini ditafsirkan dan disabitkan dengan sesuatu kejadian
·                    Amalan ini membawa kepada kemunculan sistem tulisan awal di China
·                    Rekahan-rekahan pada tulang ini menimbulkan idea untuk mencipta tulisan.
·                    Tulisan China berbentuk ideogram, iaitu tulisan berbentuk simbol
·                    Tulisan asal ini kebanyakannya mempunyai gambar seperti kanak-kanak. Bulan, matahari dan sungai

(g)       Penciptaan Sistem Kalendar

·                    Dicipta semasa Dinasti Shang.
·                    30 hari dalam sebulan dan 360 hari setahun.
·                    Untuk menentukan musim menanam dan menuai.
·                    Untuk menjalankan aktiviti harian.
·                    Amalan menggunakan kalendar diteruskan untuk upacara perkahwinan /     perburuan / pengkebumian.


Sumbangan Tamadun Hwang Ho

(a)       Bidang politik/pemerintahan

·                    Sistem pemerintahan berbentuk monarki diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching
·                    Gelaran raja ditukar kepada maharaja
·                    Raja dikaitkan dengan konsep anak syurga dan mandat dari syurga
·                    Amalan dinasti diteruskan hingga abad ke-20   
           
(b)       Bidang ekonomi

·                    Pembinaan sistem pengairan dengan membina terusan untuk mengairi
·                    kawasan pertanian dan mengelakkan berlakunya banjir
·                    Kemajuan dalam teknologi pembajakan
·                    Penciptaan cangkul dan sabit
·                    Penggunaan batas untuk tujuan penanaman
·                    Petani menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu dengan        yang dibuat daripada besi


(c)        Sistem Tulisan

·                    Berkembang secara evolusi dan masih digunakan oleh orang China sehingga hari ini
·                    Pengunaan tulisan ini adalah meluas dan digunakan dalam bidang penulisan dan percetakan
·                    Tulisan ini juga diajar di sekolah-sekolah China
·                    Terus berkembang dengan penggunaannya oleh orang Korea dan Jepun
           
                                                                                     
(d)       Bidang agama dan kepercayaan

·                    Pemujaan roh nenek moyang
·                    Unsur pemujaan yang dijalankan sejak zaman Shang telah diteruskan          mengikut kesesuaian masa
·                    Unsur korban manusia tidak lagi diamalkan dan digantikan dengan unsur   makanan , duit kertas dan barangan perhiasan
·                    Konsep Yin dan Yang  serta Feng Hsui diteruskan hingga ke hari ini
·                    Orang China mempercayai alam semesta dan kejadiannya terdiri
daripada unsur saling melengkapi iaitu Yin dan Yang
·                    Konsep Feng Hsui berlandaskan falsafah Taoisme yang berlandaskan          falsafah alam semesta yang merujuk             pada hubungan antara manusia           dengan alam sekitar

( e )      Sistem kalendar

·                    Kalendar dicipta semasa Dinasti Shang.
·                    30 hari dalam sebulan dan 360 hari setahun.
·                    Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim menanam dan
menuai
·                    Untuk menjalankan aktiviti harian.
·                    Amalan menggunakan kalendar diteruskan untuk upacara perkahwinan /     perburuan / pengkebumian.


(f)        Pengamalan falsafah perang Sun Tzu

·                    Karyanya the Art of War
            membincangkan selok belok perang dan cara menangani musuh dalam        pelbagai bahasa
·                    Falsafah tersebut diaplikasikan sebagai taktik dalam perniagaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan