CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 9 April 2013

NOTA SEJ BAB 8 T5 B


WAWASAN 2020

            Maksud Wawasan 2020 :

•          Merupakan gagasan negara untuk menjadi sebuah negara maju menjelang 2020
•          Dicetuskan oleh Perdana Menteri Dato Seri Dr Mahathir Mohamad pada 19981
            Matlamat wawasan 2020

•          Menjadikan Malaysia sebuah negara maju menggunakan acuan sendiri setanding  dengan negara maju     
•          Menitikberatkan kemajuan bersepadu

Kemajuan Bersepadu untuk menjadi negara maju berteraskan :

•          perpaduan rakyat
•          kestabilan politik
•          ketinggian taraf hidup
•          kekukuhan nilai moral dan etika
•          kekukuhan sistem kerajaan
•          ketinggian maruah bangsa
•          semangat yakin diri bangsa

Sembilan Cabaran Wawasan 2020 :

•          Cabaran Pertama :       Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu
         Perpaduan dapat dicapai melalui dasar kerajaan seperti dasar Pembangunan  Nasional, Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan
         Memberikan sumbangan ke arah mewujudkan hubungan antara kaum
         Dapat mewujudkan rakyat yang beridentitikan Malaysia

•          Cabaran Kedua :         Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram             
                                                dan berkeyakinan
         Bangsa yang gagah akan dapat memajukan negara dan mengangkat martabat  bangsa dan negara
         Musuh negara mudah ditangkis
•          Cabaran Ketiga :         Memupuk dan membina masyarakat
                                                demokratik yang matang
         masyarakat memiliki kebebasan untuk memilih kerajaan
         menggunakan hak-hak demokrasi dengan sewajarnya
         perasaan tidak puas hati dan teguran kepada kerajaan dan pemimpin disalurkan melalui saluran tertentu

•          Cabaran Keempat:      Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan
                                                beretika
         diseimbangkan dengan kemajuan fizikal dalam membentuk masyarakat  berbudaya unggul
         kepatuhan kepada agama, pengamalan budaya dan tradisi yang cemerlang
         keberkesanan sistem pendidikan
         keunggulan institusi kekeluargaan sumber pembinaan masyarakat bermoral
         penekanan kepada melahirkan insan berilmu , berakhlak , seimbang dan harmonis

•          Cabaran Kelima :        Mewujudkan masyarakat yang matang ,
                                                liberal dan bertoleransi
         masyarakat yang matang dapat berfikir secara rasional dan tidak bertindak  secara melulu
         masyarakat yang liberal dapat membebaskan diri daripada fahaman sempit dan berfikiran terbuka serta menerima perubahan dan pandangan orang lain
         dapat dilihat melalui perlembagaan negara , pengamalan sistem demokrasi , kewujudan parti politik gabungan pelbagai kaum seperti Barisan Nasional , Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Bahasa Kebangsaan
•          Cabaran Keenam :       Membina masyarakat yang maju dan saintifik
         masyarakat progresif yang dapat menyerap perubahan persekitaran untuk  membina kecemerlangan
         penguasaan masyarakat terhadap ilmu pengetahuan yang bertunjangkan sains dan teknologi ukuran kemajuan bangsa
         mempunyai budaya ilmu yang menjana produktiviti dan amalan kreatif serta inovatif
•          Cabaran Ketujuh :       Mewujudkan masyarakat berbudaya
                                                penyayang
         dicirikan dengan kehidupan masyarakat yang bermuafakat, saling memahami dan menghomati, bekerjasama dan saling membantu
         masyarakat yang tidak individualistik
         meletakkan kepentingan masyarakat lebih daripada kepentingan diri
         asas masyarakat penyayang ialah kepatuhan kepada agama, nilai-nilai murni amalan tradisi dan institusi kekeluargaan
•          Cabaran Kelapan :       Menjamin masyarakat yang adil dan saksama
                                                ekonominya
         Pelaksanaan dasar-dasar seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun , Rancangan Pembangunan Luar Bandar , Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional.
         Dasar-dasar ini untuk memjamin keadilan ekonomi sekaligus meningkatkan taraf hidup rakyat





•          Cabaran Kesembilan : Memupuk dan membina masyarakat
                                                   makmur
         Dicirikan oleh masyarakat yang hidup dalam kemewahan dan mempunyai taraf hidup yang tinggi
         tiada ahli masyarakat yang hidup melarat dalam kemiskinan
         pendapatan isi rumah pendapatan negara berada pada tahap yang tinggi
Tanggungjawab pelajar  dalam merealisasikan Wawasan 2020

•          mengekalkan perpaduan
•          saling memahami dan menghormati                                                   
•          memiliki daya kreatif dan inovatif
•          bersikap terbuka         
•          bangga dengan apa yang dicapai
•          menghayati Falsafah Pendidikan Negara      
•          berusaha mengekalkan kemajuan negara       
•          menjadi masyarakat yang berbuadaya penyayang


       

Dasar-Dasar Luar Malaysia

Perkembangan Dasar Luar Malaysia

Tahap Pertama: Tunku Abdul Rahman ( 1957 – 1970 )

•          Dasar pro-Barat yang antikomunis
•          Dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel
•          Ia dilaksanakan disebabkan faktor politik,ekonomi dan sosial.
•          Faktor politik merujuk kepada ancaman komunis.
•          Malaysia mendapatkan bantuan  pertahanan daripada negara-negara Komanwel.
•          Malaysia menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu (AMDA) 1956.
•          Dasar berbaik dengan negara jiran disebabkan timbul krisis selepas Malaysia mencapai kemerdekaan seperti konfrontasi dengan Indonesia,terputusnya hubungan dengan Filipina (1963-1965) dan keluarnya Singapura daripada Malaysia.
•          Malaysia menandatangani beberapa perjanjian dan menubuhkan ASA 1961 dan
      Maphilindo pada 1962 serta ASEAN pada 1967.
•          Faktor ekonomi pula memperlihatkan pergantungan Malaysia kepada Britain.
•          kerana Malaysia anggota blok sterling,mengharapkan permintaan negara Barat
•          terhadap hasil timah dan getah dan pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia.
•          Bagi mengurangkan kebergantungan ini,Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas
•          Mula membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti Jepun.

  Tahap Kedua: Tunku Abdul Razak  (1972 -1976) & Tun Hussein  ( 1976 – 1981 )

•          Mengamalkan dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara.
•          Perubahan ini  disebabkan kurangnya peranan AMDA dan kurangnya pengaruh  Britain di timur
•          Ia juga kerana pergolakan yang berlaku di Vietnam.
•          Mengisytiharkan ZOPFAN
•          Menjalin hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis seperti China.
•          Menjalin hubungan diplomatik dengan Vietnam pada 1976.

41
 Dato Seri Dr.Mahathir Mohamad ( 1981 – 2003)

•          Dasar tahap ini mengekalkan dasar tahap kedua tetapi memberi penekanan kepentingan ekonomi.
•          Malaysia menjalin hubungan yang lebih erat dengan negara ASEAN,seperti menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea.
•          Memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur pada 1982 dengan menggunakan Jepun dan Korea Selatan sebagai model pembangunan.
•          Malaysia mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara lain menerusi
•          lawatan yang dilakukan oleh Perdana Menteri,Dato Seri Dr Mahathir ke negara Afrika,Amerika Selatan Caribbean dan Pasifik Selatan.
•          Melalui siri lawatan ini,Malaysia  menandatangani perjanjian perdagangan dua hala.
•          Malaysia menjalin hubungan dengan negara Dunia Ketiga.

       Malaysia Dalam Pertubuhan Antarabangsa
                                     
            Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM);

•          Dalam Sidang Kemuncak Ke-7 di New Delhi, Malaysia membuat usul isu Palestin, kerjasama ekonomi dan isu Antartika (1 contoh sahaja)
•          Dalam Sidang Kemuncak Ke-8 di Harare,  Malaysia mengemukakan cadangan menghapuskan dasar apartied
•          Dalam Sidang Kemuncak di Belgrade, Malaysia dipilih sebagai Naib Presiden
•          Malaysia menjadi ahli Kumpulan 16
•          Malaysia menjadi tuan rumah Persidangan ke-13 tahun 2003 yang membincangkan isu Palestin, isu Iraq dan usaha menghidupkan kembali peranan NAM (1 contoh sahaja).
•          Deklarasi Kuala Lumpur menekankan usaha menghidupkan kembali NAM dan penyataan bersama telah dikeluarkan tentang kedudukan Palestin dan serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq.
           
        








Negara-Negara Selatan;

•          Suruhanjaya Selatan-Selatan(3S) merupakan idea Dr. Mahathir Mohamad semasa Sidang Kemuncak NAM di Zimbabwe.Dikenali juga negara Dunia Ketiga
•          Strateginya adalah dengan menubuhkan Kumpulan 15 (G15) pada tahun 1989.
•          Sidang Kemuncak G15 pertama di Kuala Lumpur pada tahun 1990
•          Projek 3S iaitu kerjasama dalam bidang sains dan teknologi, penubuhan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan di Kuala Lumpur.        (1 contoh sahaja)
•          Malaysia terlibat dalam projek lain seperti penubuhan Sistem Keistimewaan Perdagangan Global dan penubuhan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan. (1 contoh sahaja)
           

          Pertubuhan Persidangan Islam (OIC);

•          Tunku Abdul Rahman menjadi Setiausaha Agung yang pertama
•          Malaysia menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran-Iraq.
•          Terlibat dalam bantuan pasukan perubatan ke Lubnan, Bosnia dan Afghanistan
•          C Memberi bantuan kewangan kepada negara Islam kurang maju seperti Sudan, Nigeria dan Chad.
•          Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia menyediakan peluang pendidikan
•          Malaysia mengesyorkan penggunaan dinar emas
•          Memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara Islam
•          Menyelesaikan isu Palestin
•          Menjadi tuan rumah Persidangan Luar Biasa Menteri Luar OIC berkenaan takrif keganasan global pada tahun 2002.
•          Menjadi tuan rumah Persidangan OIC 1974 dan 2003.

           

ran ne� 5 . o �+ p\-


'>&nb� a n s �+ p\- nbsp;                Batu bersurat dan batu nisan yang ditemui di Asia Tenggara menyerupai ciri buatan India
·                    Kebudayaan masyarakat Asia Tenggara mempunyai perkaitan yang rapat dengan kebudayaan di India



Tiada ulasan:

Catat Ulasan