CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 9 April 2013

NOTA SEJ BAB 3 T5


BAB 3 : KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA



 Ciri-ciri Negara dan bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka.


Wilayah pengaruh

·                    Kawasan tempat tinggal rakyat
·                    Sempadannya diterima umum
·                    Kawsan yang rakyatnya menerima dan memperakuai pemerintahan seorang raja
·                    Kesultanan Melayu Melaka mempunyai lingkungan pengaruh yang luas walaupun sempadan tidak ditetapkan.
·                    Empayarnya meliputi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh timur Sumatera.

Kedaulatan

·                    Merupakan kekuasaan tertinggi terhadap rakyat sesebuah wilayah
·                    Tidak boleh dihadkan mana-mana pihak
·                    Merujuk kepada kekuasaan yang dimiliki oleh sesebuah Negara atau pemerintah
·                    Negera berkenaan mempunyai hak mutlak terhadap rakyatnya
·                    Negera itu bebas daripada campurtangan, paksaan, taklukan atau perintah kuasa asing.
·                    Dalam Kesultanan Melayu Melaka kedaulatan dirujuk terus kepada raja yang memerintah.

Lambang-lambang

·                    Merupakan  simbol atau tanda yang menjadi identiti sesebuah Negara.
·                    Bahasa melayu merupakan bahasa kebangsaan dan lambing penyatuan Negara dan bangsa.
·                    Kebesaran Sultan dan Kesultanan Melayu juga dilambangkan dengan alat regalia, nobat, warna, bahasa, undang-uandang, protocol dan adapt-istiadat istana.


Undang-undang

·                    Untuk mengawal masyarakat melalui peraturan yang telah diwartakan.
·                    Undang-undang dicipta untuk memelihara keamanan dan melindungi rakyat.
·                    Keunggulan undang-undang menentukan struktur kerajaan, kehakiman, bahasa, agama dan kerakyatan diterima oleh mesyarakat.
·                    Zaman Melaka terdapat dua sumber undang-undang bertulis dipegaruhi oleh hokum adapt tempatan dan agama Islam iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.
·                    Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 fasa.
·                    Menyentuh bidang kuasa raja dan pembesar serta pantang larang dikalangan anggota masyarakat.
·                    Hukuman ke atas kesalahan jenayah awam, undang-uandang keluarga dan lain-lain.
·                    Undang-undang Laut Melaka
·                    Membincangkan perkarta yang berkaitan dengan tatacara pelayaran di laut seperti tanggungjawab pengawal kapal, atur cara pelayaran, perniagaan, bidang kuasa nakhhoda kapal dan hukiman bagi kesalahan jenayah.

Rakyat

·                    Seluruh penduduk bagi sesebuah wilayah
·                    Mereka terikat kepada undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan dalam wilayah tersebut.
·                    Zaman Melaka rakyat bertanggungjawab mentaati raja yang memerintah


Kerajaan

·                    Badan yang diberi kuasa untuk urus pentadbiran, jaga keamanan , pertahan kedaulatan Negara dan jalin hubungan diplomatic dengan negara lain.
·                    Zaman Melaka raja atau sultan merupakan pemerintah tertinggi yang dibantu Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggong dan Laksemana.


3.3 Warisan Negeri-Negeri Melayu.

1.         Unsur-unsur warisan Kesultanan Melayu Melaka yang diamalkan di
negeri-negeri Melayu.

·                    Sistem pemerintahan Negeri-Negeri Melayu seperti Johor, Perak, dan Pahang berdasarkan sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
·                    Warisan Kesultanan Melayu Melaka seperti adat istiadat melayu, agama Islam dan Bahasa Melayu berkembang di negeri-negeri tersebut.
·                    Kerajaan tersebut diasaskan oleh kerabat diraja Melaka.
·                    Semua pemerintah negeri menggunakan gelaran Sultan pada awal nama masing-masing.
·                    Sistem warisan takhta di negeri-negeri tersebut mementingkan jurai keturunan sebelah bapa.
·                    Putera sulung sultan dengan permaisurinya berpeluang mewarisi takhta kerajaan.
·                    Sekiranya sultan tidak mempunyai putera, adik lelaki sultan boleh mewarisi takhta.
·                    Mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan seperti diamalkan oleh Melaka.
·                    Perbezaan antara ketiga-tiga negeri tersebut adalah pada gelaran pembesarnya, disebabkan perubahan semasa dan penyesuaian dengan keadaan tempatan.
·                    Kitab undang-undang disalin dan dipinda berdasarkan Hukum kanun Melaka untuk disesusikan dengan unsure tempata.Contoh Undang-Undang Pahang yang disusun oleh Sultan Abdul Ghapur Muhaiyuddin Syah pada tahun 1596.


2.         Persamaan kandungan antara Undang-Undang Tubuh Kerajaan
            Johor 1895 dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu 1911.

·                    Keturunan Sultan sebagai pewaris takhta
·                    Agama Islam sebagai agama negeri
·                    Raja hendaklah berbangsa Melayu, lelaki dan beragama Islam
·                     Raja merupakan waris pemerintah
·                    Raja berhak memilih Menteri Besar / dilantik oleh Sultan
·                    Jawatan Naib Menteri Besar ditentukan oleh Jemaah Menteri
                        dengan  perkenan Raja
·                    Ahli Mesyuarat Kerajaan bertanggungjawab membantu Sultan
                        dan Jemaah Menteri untuk mentadbir negeri dan rakyat
·                    Mesyuarat kerajaan dikutuai oleh Menteri Besar
·                    Jemaah Menteri mempunyai kuasa perundangan

3.         Perbezaan  kandungan antara Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu 1911.

·                    Undang-undang tersebut diperkenal untuk negeri masing-masing.
·                    Tarikh Undang-Undang Tubuh  Negeri Terengganu diperkenalkan pada tahun 1911 manakala Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.
·                    Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor diperkenalkan oleh Sultan Abu Bakar manakala Undang-Undang Tubuh  Negeri Terenggan oleh Sultan Zainal Abidin III.
·                    Undang-undang Johor dikenali Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor manakala undang-undang Terengganu dikenali sebagi Undang-Undang Tubuh  Negeri Terengganu atau Ittiqan-ilmuluk bi-ta’dil il-suluk yang bermaksud keyakinan kepada pemerintah yang berdsarkan keadilan.

4.         Sistem Jemaah Menteri di Kelantan bertujuan untuk melicinkan pentadbiran dan pemerintahan.

·                    Diamalkan semasa pemerintahan Sultan Muhammad I(1801-1836).
·                    Baginda melantik beberapa orang pembesar untuk membantu pentadbirannya.
·                    Sultan Muhammad II(1836-1886) telah memperkemaskan Sistem Jemaah Menteri dengan mewujudkan lapan badan Jemaah Menteri.
·                    Setiap satunya dianggotai oleh empat orang pembesar.
·                    Setiap Jemaah Menteri mempunyai bidang tugas masing-masing.

·                    Lapan badan Jemaah Menteri itu lalah:

·                    Jemaah Penasihat Raja 
- mengurus perkara dan urusan penting yang bukan rahsia.
·                    Jemaah Menteri Istana 
- mengurus istiadat diraja dan istiadat rasmi di seluruh negeri
  kelantan.
·                    Jemaah Menteri Keadilandan Kehakiman          
- mengendalikan urusan penting tentang keadilan dan kehakiman.
·                    Jemaah Menteri Dalam Negeri 
                                    -Menjaga keamanan negeri.
·                    Jemaah Menteri Luar Negeri
-Mengurus dasar dan hal ehwal luar negara.
·                    Jemaah Menteri Perbendaharaan
                                    -Mengendali harta benda dan hasil mahsur.
·                    Jemaah Menteri Peperangan
                                    -Mengurus pertahanan dan keamanan negeri.
·                    Jemaah Menteri Pentadbiran danPenggimarahan Negeri
                                    -Mengurus kemajuan dan pembangunan negeri.


5.         Sembilan buah daerah dalam Negeri sembilan.

·                    Sungai Ujong, Rembau, Johol, Jelebu, Jempol, Seri Menanti, Inas, Terachi, dan Gunung Pasir.

6.         Gelaran tertinggi pemerintah Negeri Sembilan

·                    Gelaran ialah Yang Dipertuan Besar.


7.         Unsur demokrasi dalam sistem pemerintahan di negeri Sembilan

·                    Negeri sembilan mengamalkan sistem pemerintahan berdasarkan Adat Perpatih, iaitu kedaulatan berada di tangan rakyat.
·                    Pelantikan pemimpin dibuat daripada peringkat palin, bawah iaitu Anak Buah, diikuti oleh Buapak, Lembaga dan Undang yang kemudiannya melantik Yang Dipertuan Besar.
·                    Perlantikan pembesar dibuat oleh Undang, Lembaga, buapak dan Anak Buah walaupu Yang Dipertuan Besar pemerintah tertinggi kerajaan.
·                    Setiap keputusan yang dibuat oleh Yang Dipertuan Besar adalah berdasarkan perundingan baginda dengan Undang.
·                    Setiap Luak ditadbir oleh Undang dan mereka dipilih oleh Lembaga.
·                    Undang dipertanggungjawab untuk melantik Yang Dipertuan Besar.
·                    Lembaga dilantik oleh Buapak .Buapak merupakan ketua suku anggota masyarakat yang bertanggungjawab terhadap suku masing-masing.
·                    Lembaga berkuasa melantik individu yang layak menjadi Undang.
·                    Buapak merupakan ketua Perut.Buapak menjadi tempat rujukan bagi setiap masalah, khususnya yang berkaitan dengan adat.
·                    Setiap anggota Perut dikenali sebagai anak Buah.
·                    Sistem ini tidak mengamalkan kuasa mutlak tetepi mengagihkan tersebut kepada individu mengikut pangkat.
·                    Ini menunjukkan sistem pemilihan pemimpin mempunyai unsur demokrasi.




8.         Peraturan hidup yang menjadi amalan dalam Adat Perpatih

·                    Kepentingan bersama dalam membuat keputusan.
·                    Semangat gotong-royong, dalam sebarang pekerjaan.
·                    Saling menghormati di antara satu sama lain.
·                    Bermuafakat untuk memilih pemimpin.
·                    Semangat kerjasama antara suku untuk memilih pemimpin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan