CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 9 April 2013

Sej T4 Bab 6


BAB 6    :   PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA



KERAJAAN BANI UMAIYAH

Latar Belakang
·                    Mengamalkan sistem warisan
·                    Jawatan ketua pemerintah kerajaan Islam diwarisi secara turun temurun / pemerintahan monarki
·                    Diasaskan oleh Muawiyah Abu Sufyan
·                    Selepas penyerahan  kuasa oleh Hassan bin Ali – untuk mengelakkan perpecahan umat Islam
·                    nama kerajaan mengambil nama sempena keturunan Bani Umaiyah iaitu Umaiyah Abdu Shams
·                    terbahagi kepada dua tahap
·                    tahap pertama berpusat di Damsyik
·                    pemimpinnya memakai gelaran khalifah
·                    tahap kedua berpusat di Cordova
·                    pemimpinnya memakai gelaran amir

Pembaharuan Kerajaan Bani Umaiyah dalam sistem pentadbiran.
·                     Sistem Khalifah iaitu pelantikan khalifah sebagai ketua pemerintah.
·                     Sistem  Wazarah iaitu pelantikan wazir untuk mengetuai sistem pentadbiran di  
       bahagian kerajaan pusat.
·                     Gabenor dilantik sebagai ketua pentadbiran wilayah.
·                     Sistem urus setia.
·                    Beberapa pegawai utama dilantik mengumpul rekod, mengurus surat menyurat.
·                    Urusan pentadbiran dibahagi kepada bebarapa bahagian iaitu bahagian surat menyurat, bahagian cukai, bahagian polis, bahagian ketenteraan dan kehakiman.
·                     Sistem Hijabah.
·                    Seorang pegawai ditugaskan memeriksa orang yang ingin menemui khalifah, mengawal keselamatan khalifah dan pemegang amanah.
·                    Wujud sistem pengurusan pentadbiran yang sistematik kerana setiap jawatan yang dibentuk jelas fungsinya.
·                    Empat jabatan ditubuhkan iaitu Jabatan Cukai, Jabatan Surat Menyurat, Jabatan Urusan Am dan Jabatan Urusan Cap Mohor Pemerintah.
·                    Sistem ketenteraan diperkemaskan iaitu penubuhan Jabatan Ketenteraan (Diwanul Jundi) untuk pertahanan Negara.
·                    Penubuhan angkatan tentera darat dan laut.



Sumbangan dalam bidang sosial
·                    Ilmu pengetahuan semakin maju
·                    Kota Basrah dikenali sebagai pusat pengajaran dan penyebaran ilmu
·                    Lahir ilmuwan seperi Khalil ibn Ahmad , Sibawayhi , al Farazdaq , Jarir Umar ibn Abi Rabia’h dan Jamil al-Uzri
·                    Bahasa Arab dijadikaan bahasa rasmi negara
·                    Tanda bunyi dan baris diperkenalkan pada tulisan al Quran
·                    Perkembangan ilmu agama
·                    Taraf kesihatan turut diberi perhatian / pembinaan Hospital  pertama di Damsyik
·                    Pembinaan hospital kusta
·                    Buku rujukan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab
·                    Perkembangan dalam bidang kimia
·                    Perkembangan dalam bidang astronomi

Sumbangan dalam bidang perundangan
·                    Hakim mengenakan hukuman berdasarkan ijtihad dengan berpandukan al-Quran,sunnah atau ijmak
·                    Hakim tidak boleh mempengaruhi mana-mana pihak / bebas / tidak cenderung mana-mana aliran politik pemerintah
·                    Hakim mestilah adil dalam penghakiman

Faktor-faktor kejatuhan

·                    Rasa tidak puashati golongan mawali yang menganggap mereka telah didiskriminasikan
·                    Mereka tidak diberi jawatan yang layak untuk mereka
·                    Mereka dikenakan kadar cukai yang lebih tinggi
·                    Golongan mawali menyertai gerakan Abbasiyah menentang Bani Umaiyah
·                    Para khalifah  mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat
·                    Para khalifah  mengabaikan ajaran Islam
·                    Menentang pemilihan khalifah mengikut sistem warisan
·                    Penentang golongan Syiah dan Khawarij



KERAJAAN BANI ABBASIYAH

 Sumbangan Kerajaan Bani Abbasiyah.
·                    Kegemilangan ketika pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan puteranya Al-Makmun.
·                    Kota Baghdad menjadi pusat intelektual dan penyebaran ilmu.
·                    Karya-karya asing diterjemahkan dalam bahasa arab.
·                    Karya falsafah dan sains Yunani diterjemahkan.
·                    Khalifah Harun al-Rasyid mengasaskan Institusi Keilmuan iaitu Baitulhikmah.
·                    Kegiatan penulisan dilakukan mengikut tiga tahap.
·                    Tahap pertama iaitu mencatat idea atau percakapan.
·                    Tahap kedua iaitu mengumpul idea yang serupa atau mengumpul hadis Nabi Muhammad s.a.w ke dalam buku.
·                    Tahap ketiga iaitu mengarang.
·                    Penglibatan golongan ulama dalam penulisan.
·                    dalam bidang fikah, tafsir, sejarah, menyusun hadis dan sebagainya.
·                    Imam Malik menyusun buku al-Muwatta
·                    Ibn Ishaq penyusunan sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w.
·                    Abu Hanifah penyusun fikah dan pendapat ijtihad.
·                    Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’i dan Imam Ahmad b Hanbal.
·                    Terdapat pemisahan ilmu antara ilmu tafsir, ilmu sirah dan ilmu hadis.
·                    Terjemahan daripada bahasa sanskrit, suriani dan Yunani.
         mencipta dan membuat pembaharuan dalam karya yang diterjemahkan
        dalam   bahasa Arab
·                    Menghurai dan menambahbaikan dengan memuatkan keterangan dan ulasan dalam karya.
·                    Penubuhan pusat pengajian tinggi mempertingkatkan kegiatan penyelidikan.
·                    Hasil kajian sarjana Islam tersebar ke Eropah.
·                    Hasil karya Islam diterjemahkan dalam bahasa asing.
      perkembangan ilmu Islam menyebabkan masyarakatEropah mengalami Zaman   Pemulihan Budaya iaitu Renaissance.




KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH

Sumbangan   Kerajaan Turki Uthmaniyah kepada peradaban dunia.
·                    Pembentukan empayar Islam.
·                    Sebuah kesatuan orang Islam di seluruh dunia.
·                    Istanbul menjadi pusat pentadbiran Dunia Islam.
·                    Sultan Selim menguasai Makkah (1517), Kerajaan Turki Uthmaniyah dilihat sebagai pelindung kepad umat islam.
·                    Suleiman 1 memperkenal Sistem Perundangan.
·                    Undang-undang dikenali sebagai Kanun Suleiman.
·                    Merangkumi undang-undang mempertahankan membela nyawa, harta dan kehormatan setiap individu.
·                    Sistem organisasi dan pentadbiran perundangan Islam.
·                    Pembentukan jawatan Kadi dan Mufti.
·                    Jawatan Sheikh-ul-Islam iaitu Ketua Ulama diperkenalkan.
·                    Tugasannya mengeluarkan fatwa.
·                    Koleksi fatwa Sheikh-ul-Islam merupakan sumbangan utama kerajaan Turki Uthmaniyah kepad agama dan sains undang-undang dan kekal hingga ke hari ini.
·                    Sektor ekonomi
·                    Kedudukan geografi Istanbul sebagai kota atau pusat pertemuan perdagangan antara timur dan barat serta antara Dunia Islam dengan Dunia Bukan Islam.
·                    Jalinan perdagangan meliputi pelabuhan sepanjang Laut Tengah, Laut Merah, Laut Hindi dan Laut Mediterranean.
·                    Membentuk Jalinan Perdagangan Dunia Islam berpusat di Istanbul.
·                    Menggalakkan kecemerlangan individu.
·                    Pembahagian masyarakat bergantung kepada hasil usaha setiap individu.
·                    Berlaku mobiliti sosial yang luas dalam masyarakat Eropah.

Faktor-faktor penyebaran Islam ke Eropah.
·                    Pegangan akidah yang kukuh.
·                    Memiliki akhlak yang tinggi di kalangan orang Islam.
·                    Semangat Ghazi iaitu semangat pahlawan yang tidak gentar berkorban jiwa
·                    demi penyebaran Islam.
·                    Sistem Ketenteraan yang tersusun
·                    Penggunaan senjata moden seperti meriam besar.
·                    Mempunyai tentera berkuda.
·                    kumpulan infantri yang kuat.
·                    Kumpulan Janissari iaitu kumpulan elit yang terlatih dalam selok belok peperangan.
·                    Mempunyai armada laut yang kuat.
·                    Mempunyai 300 buah kapal yang digunakan untuk mengawal keselamatan di kawasan Laut Mediterranean.
·                    Keadaan politik tidak stabil di Eropah.
·                    Akibat pertelingkahan dan peperangan di kalangan kerajaan-kerajaan kecil memudahkan penyebaran Islam di Eropah.
·                    Kejatuhan Kerajaan  Byzantine memberi laluan untuk laluan untuk penyebar   Islam.
·                    Institusi gereja tidak lagi menjadi pelindung kepada masyarakat.
·                    Penyalahgunaan kuasa, pergaduhan para pemimpin dan kekurangan wang dalam institusi gereja menyebabkan ramai penganut Kristian memeluk agama Islam.
·                    Dasar politik dan hubungan keagamaan.
·                    Menjalankan dasar berteraskan diplomasi dan toleransi.
·                    Masyarakat Balkan tidak dipaksa memeluk Islam.
·                    Kerajaan Uthmaniyah mengiktiraf kedudukan, perundangan dan harta Gereja Ortodok.
·                    Dasar Sosial Islam.
·                    Menarik minat orang Kristian memeluk Islam.
·                    Dasar sosial Islam berasaskan kecemerlangan individu dan bukannya keturunan.
·                    Sistem ini membolehkan individu mendapat imbuhan hasil daripada usahanya.
·                    Kerajaan Uthmaniyah membina semula sekolah, rumah sakit dan kawasan perdagangan demi kemudahan rakyat.
·                    Golongan sufi menekankan toleransi dan asimilasi dalam ajaran menarik ramai orang Kristian memeluk Islam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan