CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Ahad, 9 September 2012

PERSEDIAAN AKHIR MENJELANG PMR 10102012 2


BAB 2 Malayan Union dan Persekutuan  Tanah Melayu

2.1 Tanah Melayu Selepas Kekalahan Jepun
1. Perang Dunia Kedua tamat apabila Jepun menyerah kalah pada bulan September 1945.
2. Tentera Bintang Tiga telah berkuasa selama 14 hari ( kekosongan  politik ) sebelum British kembali keTanah Melayu.( keganasan 14 hari – bakar/bunuh )- wujud ketegangan kaum
3. Pada bulan September 1945, tentera British telah menubuhkan Pentadbiran Tentera British untuk mengembalikan keamanan di Tanah Melayu.( kuatkuasa undang-undang/ pupuk semula perpaduan kaum )
4. Rancangan Malayan Union diperkenalkan pada bulan April 1946 oleh kerajaan British.

2.2 Gagasan Malayan Union 1946
1. Tujuan pembentukan Malayan Union ialah:
(a)  menjimatkan perbelanjaan pentadbiran British
(b) Membentuk pentadbiran yang cekap.
(c) Menyeragamkan pentadbiran di semua negeri.
(d) Mengukuhkan pertahanan British.
(e) Menyediakan penduduk Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri.
* mengukuhkan pengaruh politik dan ekonomi British
* satu bentuk penjajahan secara mutlak

2. Antara sebab penentangan Malayan Union ialah:
* penghapusan kedaulatan dan kuasa raja-raja Melayu
* tamadun orang Melayu terhakis
* kerakyatan terlalu liberal
* membantah cara Mc Michael mendapatkan tandatangan

2.3 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Malayan Union
1. Pelaksanaan dasar Malayan Union diterima oleh orang bukan Melayu ( MDU Malayan Democtratic Union ) dan AMCJA kerana mereka mendapat taraf kewarganegaraan dan hak yang sama.
2. Parti yang menyokong MU – PKMM, API , AWAS, BATAS
- melahirkan satu pentadbiran baru yang tidak berasaskan kuasa raja dan pembesar
- sokongan terhadap janji British untuk memberi kemerdekaan TM

2. Bantahan MU
- pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu seperti Frank Swettenham, George Maxwell, Richard Winstedt, dan Cecil Clementi Smith.
- Antara akhbar-akhbar Melayu yang menentang Malayan Union ialah Utusan Melayu, Majlis, dan Warta Negara.
- Sultan Johor – hantar surat bantahan
Langkah kolektif ( Kongres kedua )
- pemulauan majlis pelantikan Gabenor MU
- memulaukan pelantikan menjadi anggota majlis pentadbiran MU
- berkabung 7 hari
- rapat umum

2.4 Penubuhan UMNO 1946
1. UMNO ditubuhkan secara rasmi pada 11 Mel 1946, berikutan Kongres Melayu Se-Malaya ( Kongres pertama ) yang diadakan.
2. Matlamat utama UMNO ialah menggagalkan rancangan Malayan Union.
3. Presiden UMNO yang pertama ialah Data’ Onn bin Jaatar.
4. Untuk menentang Malayan Union, UMNO menggunakan semboyan “Hidup Melayu”.
5. Perpaduan kaum Melayu dalam UMNO telah membawa kejayaan.
6. Setelah Malayan Union dibubarkan, UMNO bertukar menjadi sebuah pertubuhan politik pada tahun 1948.. Mulai 1949 bermatlamat menjaga kepentingan politik dan ketuanan Melayu/ memajukan pendidikan/ melindungi kepentingan orang Melayu
7. Tokoh – Onn Jaafar/ Dato Panglima Bukit Gantang/ Nik Ahmed Kamil dan Zaaba
8. Slogan – Hidup Melayu - Merdeka
9. UMNO juga menjadi tulang belakang kepada pergerakan untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

2.5 Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948

1. Pada 25 Julal 1946, British menubuhkan Jawatankuasa Kerja untuk menggubal perlembagaan baru bagi menggantikan Malayan Union.
2. Antara perkara penting yang diberi tumpuan adalah berkaitan dengan soal pentadbiran dan soal kewarganegaraan.
3. Antara ciri-ciri Persekutuan ialah:
(a) Terdiri daripada Negeri Negeri Melayu, Melaka, dan Puiau Pinang.
(b) Singapura kekal sebagal tanah jajahan British.
(c) Pemerintah tertinggi kerajaan Persekutuan ialah Pesuruhjaya Tinggi British.
(d) Menubuhkan sebuah Dewan Undangan Persekutuan yang mengandungi 75 anggota.
(e) Kuasa Sultan-sultan Melayu dikekalkan.
(f) Syarat kewarganegaraan diperketatkan.
(g) Kewarganegaraan secara automatik diberikan kepada mereka yang dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu atau telah bermastautin di Tanah Melayu selama 15 tahun.
4. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan secara rasmi pada Februari 1948.
5. Perlembagaan ini telah diterima oleh Raja-raja Melayu dan UMNO.
* perubahan daripada MU kepada PTM – disebabkan penentangan Orang Melayu terhadap MU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan