CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Ahad, 9 September 2012

PERSEDIAAN AKHIR MENJELANG PMR 10102012 6


BAB 6 Perubahan Pentadbiran ke Arah  Berkerajaan Sendiri di Sarawak dan Sabah

1. Keluarga Brooke telah memerintah Sarawak dan tahun 1841 hingga 1941.
2. Selepas Perang Dunia Kedua, 1946 Charles Vyner Brooke mengambil keputusan untuk menyerahkan Sarawak kepada British.
3. faktor yang menyebabkan Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British :
(a Desakan daripada pihak British.
(b) Beliau sudah tua dan uzur serta tidak mempunyai anak lelaki untuk menggantikannya.
(c) Anthony Brooke tidak layak untuk menggantikannya.
(d) Kekurangan sumber kewangan untuk memulihkan keadaan ekonomi dan sosial Sarawak.
4. Penyerahan Sarawak kepada British mendapat tentangan daripada penduduk tempatan kerana:
faktor penentangan
(a) bertentangan dengan Perlem bagaan 1941 yang menjanjikan pemerintahan sendiri kepada Sarawak.
(b) Vyner Brooke tidak berunding dengan ketua-ketua bumiputera terlebih dahulu.
(c) Melengahkan kemerdekaan Sarawak.
- mahu Anthony Brooke ditabalkan sebagai raja Sarawak
5. Namun, British tetap mengisytiharkan Sarawak sebagai Jajahan Mahkota British pada 1 Julai 1946.

6.2 Gerakan Antipenyerahan
1. pertubuhan yang terlibat ialah:
(a) Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS)
(b) Persatuan Dayak Sarawak (PDS)
(c) Barisan Pemuda Sarawak (BPS)
(d) Pergerakan Pemuda Melayu (PPM) Sibu
- wanita – Cikgu Lily/ Sharifah Sipah/ Ajibah Abol
2. Gerakan penentangan ini dipimpin oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah.
3. Tunjuk perasaan diadakan pada 1 Julai setiap tahun sempena ulang tahun penyerahan Sarawak kepada British.
4. British mengeluarkan Surat Pekeliling No. 9 yang memberi amaran kepada kakitangan kerajaan agar tidak terlibat dalam pergerakan antipenyerahan.
5. Akibatnya 338 orang kakitangan kerajaan meletak jawatan.
- Penubuhan Young Malay Assosiation – memecahkan sokongan terhadap golongan anti penyerahan
- melaga-lagakan orang Melayu dengan orang Dayak
- menghina perjuangan anti penyerahan
6. Rukun Tiga Belas ditubuhkan untuk menghapuskan golongan yang menyokong penyerahan secara kekerasan.- bunuh Gabenor Sarawak – Duncan Stewart
7. Akhirnya, gerakan antipenyerahan dapat dihapuskan oleh British.- hukum gantung Rosli Dhobi/ Morshidi Sidek/ Awang Rambli/ Bujang Suntong

6.3 Langkah-Iangkah ke Arah Berkerajaan Sendiri di Sarawak
1. Perlembagaan 1941 menjadi asas kepada British untuk mentadbir Sarawak.
2. Majlis Negeri dan Majlis Tertinggi ditubuhkan.
3. Sarawak dibahagikan kepada lima bahagian dan setiap bahagian dibahagikan kepada beberapa daerah.
4. MajlisTempatan ditubuhkan pada tahun 1947.
5. Pada tahun 1956, pilihan raya Majlis Daerah yang pertama diadakan di Kuching.
6. Hampir semua Majlis Daerah di Sarawak mengadakan pilihan raya menjelang penghujung tahun 1959.
7. Sarawak mengalami perkembangan politik yang pesat selepas Perang Dunia Kedua tamat.
8. Antara parti-parti politik yang ditubuhkan di Sarawak ialah:
(a) Parti Bersatu Rakyat Sara wak (SUPP)
(b) Parti Negara Sarawak (PANAS)
(c) Parti Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA)
(d) Sarawak National Party (SNAP)
(e) Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)
(f) Parti Perikatan Sarawak
(g) Parti Persatuan Cina Sara wak (PCS)

6.4 Sabah Diserahkan kepada Kerajaan British
1. Sejak tahun 1881, Sabah telah dikuasai oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara.
2. Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, pihak syarikat mengambil keputusan untuk menyerahkan Sabah kepada British kerana Sabah mengalami kerosakan yang teruk.

3. Faktor-faktor British menjajah Sabah:
(a) Mencari jajahan takluk baru untuk menggantikan jajahannya yang dibebaskan.
(b) Desakan daripada peda gang dan pelabur British.
(c) British ingin melindungi kepentingan Singapura sebagai pusat perdagangan dan pertahanan di Timur.
(d) Mengukuhkan kedudukan dan keselamatan British di Asia Tenggara.
(e) Sabah menjadi pembekal bahan mentah dan tempat untuk memasarkan barangan Britain.
4. Selepas Jepun menyerah kalah, Sabah dan Sarawak dikuasai oleh Pentadbiran Tentera Australia.
5. Pada 10 Jun 1945, Pentadbiran Tentera British diwujudkan untuk memulihkan keamanan.
6. Sabah dlserahkan kepada kerajaan British pada 15 Julai 1946.
7. Penyerahan Sabah kepada British tidak mendapat bantahan daripada penduduk Sabah kerana:
(a) Mereka tidak berpengalaman dalam pentadbiran.
(b) Mereka tidak mendapat pendidikan.
(c) Mereka tidak memahami tujuan penyerahan.
8. Namun, pada peringkat awal penjajahan, terdapat kegiatan politik di Sabah.
9. Mereka menubuhkan:
(a) Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan (PKML)
(b) Persatuan Kebangsaan Melayu Jesselton (PKMJ)
(c) Barisan Pemuda (BARIP) Labuan
(d) Barisan Pemuda (BARIP) Jessefton
10. Untuk melemahkan pergerakan pertubuhan tersebut, pihak British telah menaikkan pangkat bagi mereka yang terlibat atau menukarkan pemimpinnya.

6.5 Langkah-langkah ke Arah Berkerajaan Sendiri di Sabah
1. Corak pentadbiran di Sabah tidak banyak berubah apabila kerajaan British mengambil alih kuasa daripada Syarikat Berpiagam Borneo Utara.
2. Pada bulan Oktober 1950, British telah memperuntukkan penubuhan Majils Undangan dan Majlis Eksekutif.
3. Tujuannya ialah untuk memberi peluang kepada kaum bumi putera mendapat asas latihan menjadi pemimpin.
4. Pada tahun 1952, Majlis Tempatan diperkenaikan.
5. Pada akhir tahun 1962, pilihan raya diadakan secara tidak langsung dalam Majlis Undangan.
6. Antara parti-parti politik yang muncul di Sabah ialah:
(a) Parti Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO)
(b) Parti Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO)
(C) Pasok Momogun
(d) Persatuan Cina Sabah (PCS)
(e) Parti Perikatan Sabah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan