CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Ahad, 9 September 2012

PERSEDIAAN AKHIR MENJELANG PMR 10102012 5


BAB 5 DETIK-DETIK PERISYTIHARAN KEMERDEKAAN 31 OGOS 1957

5.1 Rombongan Merdeka 1956
1. Pada bulan Januari 1956, rombongan Parti Perikatan dan wakil Raja-raja Melayu berlepas ke London untuk membuat rundingan mengenai kemerdekaan Tanah Melayu.
2. Rundingan kemerdekaan yang berlangsung selama tiga minggu mencapai kejayaan apabila Perjanjian London dimeterai pada 8 Februari 1956.
3. Syarat Perjanjian London ialah:
- Tanah Melayu diberi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.( tarikh )
- pelantikan suruhanjaya bebas ( gubal perlembagaan/ Suruhanjaya Reid )
- pengekalan konsep raja berperlembagaan
- pembahagian kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri

5.2 Rundingan Antara Kaum dan Pen yediaan Perlembagaan

1. Suruhanjaya Reid - untuk merangka perlembagaan baru bagi Persekutuan Tanah Melayu./ membentuk dan menentukan kuasa kerajaan pusat dan negeri/ menjamin kedudukan khas raja-raja dan mewujudkan satu rupa bangsa PTM
2. Anggota Suruhanjaya Reid terdin daripada:
(a) Lord Reid (b) Sir Ivor Jennings (c) Sir William Mckell (d) B. Malik  (e) Abdul Hamid
3. Laporan Suruhanjaya Reid telah diterbitkan pada bulan Februari 1957 untuk perbincangan umum.
4.Antara beberapa cadangan Suruhanjaya Reid yang dipinda ialah:
- isu negara persekutuan/ kerakyatan/ institusi raja/ bahasa Melayu/ Agama Islam
 Agama Islam diakui sebagai agama rasmi dan kaum lain bebas menganuti agama
masing-masing.
(b) Bahasa Cina dan Tamil boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah.
(c) Hak keistimewaan orang Melayu
5.Pindaan terhadap Laporan Suruhanjaya Reid diterima oleh semua pihak.Keadaan mi membuktikan wujudnya sikap tolak ansur di kalangan penduduk yang berbilang kaum.
6. Perlembagaan Merdeka
- penubuhan kerajaan persekutuan dengan nama PTM
- YDA sebagai ketua negara
- penubuhan Parlimen ( dewan rakyat dan dewan negara )
- PM ketua pentadbiran
- agama Islam sebagai agama rasmi
- BM sebagai  bahasa rasmi
- kedudukan orang Melayu- hak istimewa
- kerakyatan terbuka

5.3 Pemasyhuran Kemerdekaan 31 Ogos 1957
1. Tepat pukul 12.00 tengah malam 31 Ogos 1957, seorangpemuda UMNO telah menurunkan bendera penjajah British di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad.
2. Bendera tersebut digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
3. Pada keesokan harinya, Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan Hari Kemerdekaan Tanah Meiayu di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
4. kandungan pemasyuran kemerdekaan
            - dalam tulisan jawi ( warisan bangsa )
- PTM merdeka/ berdaulat
- PTM sebagai negara demokrasi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan