CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Ahad, 9 September 2012

PERSEDIAAN AKHIR MENJELANG PMR 10102012 3


BAB 3 ANCAMAN PENGGANAS KOMUNIS DAN PERISYTIHARAN DARURAT 1948

3.1 Kegiatan Awal Komunis
1. Ideologi komunisme adalah berasaskan kepada ajaran Karl Marx. / menentang golongan feudal/ imperialis untuk digantikan dengan Republik Komunis. Perjuangkan masyarakat tanpa kelas / memilik negarakan tanah dan perindustrian
2. Fahaman ini menyusup masuk ke negara kita melalui Parti Nasionalis Cina (Parti Kuomintang / KMT).
3. Selepas persidangan Pertubuhan Komunis Antarabangsa menyebabkan usaha dilakukan bagi menyebarkan ideologi ini. Di negara kita, fahaman komunis tersebar melalui sekolah-sekolah Cina, kesatuan buruh Gina, dan penerbitan majalah Cina.
4. Fahaman ini tidak mendapat sambutan daripada kaum Melayu kerana fahamannya bertentangan dengan ajaran Islam.

3.2 Parti Komunis Malaya (PKM)
1. Parti komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada tahun 1930.
2. Tujuan penubuhan PKM ialah:
(a) Menggulingkan kerajaan British.
(b) Menubuhkan Republik Komunis Malaya.
3. Semasa zaman kemelesetan ekonomi dunia, ramai pekerja yang terpengaruh dengan PKM.
4. PKM bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun.
5. PKM telah membentuk Barisan Bersatu untuk bekerjasama dengan pertubuhan yang berhaluan kin seperti AMCJA-PUTERA.
6. PKM menubuhkan Malayan Races Liberation Army (MRLA) untuk melakukan keganasan.
7. Kerajaan British mengisytiharkan darurat setelah tiga orang pengurus ladang British dibunuh di Sungai Siput.
8. Pada bulan Julai 1948, PKM telah diharamkan.

3.3 Langkah Kerajaan Membanteras Ancaman Pengganas Komunis
a. Pengisytiharan Darurat
1.  Undang-undang darurat memberikan kuasa kepada British menahan sesiapa yang disyaki terlibat dengan komunis.
2. PKM pula menubuhkan Mim Yuen yang berperanan sebagai pemberi maklumat dan membekalkan makanan serta ubat ubatan kepada komunis.
3. Kegiatan Min Yuen sukar dikawal kerana hanya bergerak pada waktu malam sahaja.
4. Undang-undang darurat gagal kerana komunis tidak bertempur secara berdepan.
b. pengharaman parti berhaluan kiri
- API, AWAS, PETA, PERAM, PKMM dan Hizbul Muslimin diharamkan
c. memperbesar pasukan keselamatan
– menambah bilangan tentera/ menubuhkan pasukan home guard/ special constable

d.Rancangan Briggs
1. penempatan penduduk dari kawasan pinggir hutan ke kampung baru.Tujuannya ialah untuk melumpuhkan kegiatan Min Yuen( bekalan makanan/ maklumat/ ubat-ubatan)
2. ada kad catuan/ bantuan keselamatan oleh Special Constable
3. Antara program yang dijalankan ialah mewujudkan Kampung Baru dan melancarkan Gerakan Kelaparan.
4. Semangat komunis lemah kerana terpaksa berpindah randah dan ramai anggota komunis yang terkorban.

Perang Saraf
- Kempen “Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis”.( benci komunis/ sertai pasukan keselamatan )
- perkenalkan kawasan putih/ kawasan hitam
- perintah berkurung
- Menubuhkan Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum.
3. Pesuruhjaya Tinggi yang baru iaitu Sir Gerald Templer telah melancarkan kempen “Memenangi Hati dan Fikiran Rakyat”.
4. Kerajaan turut melonggarkan syarat syarat kewarganegaraan ( menarik minat orang Cina/ India menjadi warga negara )- pengorbanan orang Melayu/ berkongsi / tolerasi
5.hadiah kepada sesiapa yang menangkap Chin Peng
6. gelaran pengganas kepada komunis
7. pengampunan / serah diri/ pas pengampunan
menyeragamkan semua jenis sekolah untuk mengeratkan hubungan antara kaum.

3.4 Rundingan Baling
1. antara kerajaan dan PKM
2. Rundingan ini gagal
permintaan kerajaan / Tunku Abdul Rahman – bubar PKM, serah senjata/ serah diri/
3. PKM pula menolak syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajáan- PKM mahu diiktiraf sebagai parti yang sah.

3.5 Kesan Zaman Darurat
1. Undang-undang darurat  menggugat kehidupan rakyat di Tanah Melayu.Mereka hidup dalam ketakutan dan penderitaan.
3. Perkembangan ekonomi dan sosial turut terjejas kerana banyak wang (  $721.9 juta )diperuntukkan untuk membanteras komunis.
4. Hubungan dan perpaduan antara penduduk sukar dipupuk.
5. Pergerakan komunis semakin lemah kerana ramai ahlinya yang menyerah diri dan terkorban.
6. Darurat telah mempercepatkan lagi proses kemerdekaan bagi Tanah Melayu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan