CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Ahad, 9 September 2012

PERSEDIAAN AKHIR MENJELANG PMR 10102012 1


BAB 1  Pemerintahan Jepun di Negara Kita

1.1 Kedatangan Jepun
1. Kebangkitan Meiji  (1868) telah membawa pemodenan negara Jepun terutama dan segi  ekonomi.
2. faktor kedatangan  Jepun ke kawasan  Asia Tenggara ialah:
i. masalah kekurangan kawasan pertanian .
ii. Mendapatkan bekalan bahan mentah untuk perkembangan perusahaan.
iii. mendapatkan kawasan baru untuk memasarkan barangan keluaran negaranya.
(c) Amerika Syarikat telah melancarkan sekatan ekonomi ke atas Jepun.
3. Jepun menggunakan slogan “Asia untuk Asia” dan “Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya”.( strategi awal sebelum menakluk TM dan Asia Tenggara )
- cara – poster – menarik hati rakyat tempatan agar menyokong Jepun

1.2 Cara dan Strategi Serangan Jepun
1. Jepun melancarkan serangan ke atas Tanah Melayu melalui laut, udara, dan  darat.
2. British yang berpangkalan di Singapura tidak bersedia untuk menghadapi sebarang
    serangan dan luar telah melemahkan  pertahanan British
3. Jepun berjaya menenggelamkan dua buah kapal perang British iaitu Repulse dan Prince of Wales.( kesan – British tidak dapat mempertahan Singapura )
4. Cara kemaraan – kapal terbang perang/ kereta kebal/ bot/ basikal – melalui jalan sempit / mempercepat perjalanan
- Rejimen askar Melayu/ Leftenan Adnan berjuang mempertahan TM- semangat juang yang tinggi

kesan peperangan
- bangunan/ infrastruktur musnah- kesan daripada taktik bumi hangus yang dilaksanakan oleh British ( memusnahkan jambatan/ lombong/ladang / musnahkan dokumen/ loji - dengan tujuan melambatkan pergerakan tentera Jepun/ melumpuhkan ekonomi )
- menghancurkan tamadun manusia

Faktor kejayaan tentera Jepun
a. kelengkapan perang – kapal terbang perang/ zero fighter
b. pakatan Jepun Thailand- Thailand beri laluan kepada Jepun menawan TM
c. taktik serangan Jepun- memusnahkan Pearl Harbour/ dua kapal/ serangan dari utara
d. peranan KMM ( kesatuan Melayu Muda )- menyebarkan propaganda/ beri maklumat risikan/ penunjuk arah
e. semangat tentera Jepun-rela mati demi maharaja / berjuang untuk kemegahan negara/ berpengalaman
f. kelemahan tentera British-tidak bersedia/ kurang latihan/ tumpuan pertahanan kepada Singapura
g. perancangan awal perang- guna propaganda/ slogan/ perisikan

1.3 Dasar Pemerintahan Jepun
1. bercorak ketenteraan./ tukar nama TM ( Malai Baru ) Singapura ( Syonan Baru )
2. Kuasa tertinggi ialah Jeneral yang berpusat di Singapura.
3. Jepun telah menyatukan Sabah, Sarawak, dan Brunei di bawah satu unit pentadbiran  yang dikenali sebagai Borneo Utara.
4. Dasar penjepunan dilaksanakan untuk menghapuskan pengaruh Barat di Asia.
5.serahkan Perlis/ Kedah/ Kelantan/ Terengganu kepada Siam – penghargaan atas kerjasama
5. Jepun turut memperkenalkan sistem ekonomi kawalan untuk menggantikan sistem     ekonomi usahaniaga bebas.
6. Ekonomi – perkenalkan mata wang Jepun / ekonomi sara diri/ catuan makanan / layanan istimewa kepada syarikat Jepun/ notis No 41 ( galakan menanam sayur-sayuran- sara diri )
7. Dasar penjepunan
- menutup sek Inggeris/ Cina – elak pengaruh menular
- nyanyian lagu Kimigayo ( lagu kebangsaan Jepun )
- bahasa J sebagai bahasa penghantar

1.4 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Pemerintahan Jepun
1. sebahagian besar rakyat TM tidak menentang – terpengaruh dengan dakyah KMM/ slogan Jepun
2. Zaman pendudukan Jepun menyebabkan imej kuasa Barat mula merosot.
3. Jepun telah mengawal pergerakan rakyat dengan mengadakan kawalan terhadap media  massa.
4. Jepun turut membubarkan Kesatuan Melayu Muda (KMM).  Pemimpinnya iaitu Ibrahim Haji Yaacob hanya dibenarkan bergerak di dalam Pertubuhan Giyu Gan atau Pembela  Tanah Air (PETA).
5. Ibrahim Haji Yaacob telah menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung
(KRIS) untuk membina perpaduan dan menunjukkan rasa kecewa terhadap
pemerintahan Jepun.
6. Tindakan orang Cina – terlibat dengan gerakan menentang J/ memulaukan barangan J/ pungut derma untuk membantu negara China – ini menyebabkan J melayan mereka dengan kasar.
7. penubuhan Kao Kunrenjo/ sekolah Latihan – melibatkan orang Melayu dalam pentadbiran
8.Gerakan anti J – MPAJA/ Force 136/ Wataniah/ Gerila Kinabalu
9. Tindakan tentera bersekutu – mengebom Hiroshima dan Nagasaki – J menyerah kalah.

1.5 Kesan Pemerintahan Jepun
1. Pendudukan Jepun telah menyedarkan penduduk tempatan bahawa kuasa penjajah
tidak akan memajukan Tanah Melayu.
2. Keadaan ini telah menyemarak kan lagi semangat kebangsaan dan keyakinan diri untuk mentadbir negara.
3.penciptaan barangan berasaskan bahan tempatan – kasut getah/kain benang nanas/ minyak kelapa/ gula kelapa/ rokok daun( industri baru )
4. Namun di sebaliknya KMM mengadakan hubungan dengan gerakan anti-Jepun dan
menubuhkan gerakan bawah tanah.
5. Sosial
- Polis rahsia J – Kempetai ( mendera )/ siasat dengan kasar
- penyakit beri-beri- kekurangan zat makanan /

6.Pendudukan Jepun di negara kita dan negara jiran telah menyemarakkan lagi semangat kebangsaan untuk menuntut kemerdekaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan