CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Jumaat, 22 Januari 2010

PANDUAN MENGARANG 4

CONTOH SOALAN

Soalan 1 : Langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak sekolah untuk menggalakkan para pelajar memakan makanan berkhasiat.

Soalan memerlukan calon memberikan LANGKAH-LANGKAH yang boleh diambil PIHAK
SEKOLAH untuk MENGGALAKKAN para pelajar memakan MAKANAN BERKHASIAT.



Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian:
 Isi yang diharapkan harus merangkumi langkah-langkah yang luas, bukan tertumpu kepada satu sudut sahaja, misalnya, kantin sekolah.
 Langkah-langkah itu harus diambil oleh pihak sekolah, bukan pemerintah atau badan-badan pemerintah seperti klinik, balai rakyat dan sebagainya.
 Langkah-langkah itu haruslah yang berupa menggalakkan, bukan memaksa
 Karangan tidak tertumpu kepada penerangan apa itu makanan berkhasiat, definisinya serta sebab-sebab seseorang harus makan makanan seperti itu.

Isi-isi yang boleh disertakan :

- melalui pendidikan memberitahu para pelajar mengenai kebaikan memakan makanan berkhasiat dan keburukan mengabaikannya. Ini boleh dilakukan secara formal menerusi pelajaran kurikulum, misalnya dalam mata pelajaran sains atau ekonomi rumahtangga

- mengadakan kempen / ceramah / peraduan - mengenai makanan berkhasiat dengan tujuan mendedahkan para pelajar tentang ciri-ciri makanan yang berkhasiat dan kebaikannya kepada kesihatan dan proses ketumbuhan seseorang - cara ini boleh membantu meningkatkan kesedaran mereka terhadap perlu memakan makanan berkhasiat

- mengawal makanan yang dijual di kantin sekolah pihak sekolah memastikan penjaja di kantin sekolah menjual makanan berkhasiat misalnya, buah-buahan, lauk bersayur, masakan yang tidak menggunakan terlalu banyak garam atau MSG atau terlalu berminyak

- bekerjasama dengan ibu bapa pelajar-pelajar pihak sekolah menggalakkan dan lebih baik lagi memastikan ibu para pelajar menyediakan makanan berkhasiat di rumah – para pelajar pula boleh digalakkan membawa bekal dari rumah yang telah disediakan oleh ibu bapa mereka


Soalan 2 : Hidup sebagai seorang remaja sememangnya penuh bererti. Terangkan pengalaman pahit manis yang tidak dapat kamu lupakan.

Soalan memerlukan calon menerangkan pengalaman pahit manis yang pernah mereka alami sebagai seorang remaja yang menjadikan hidup mereka penuh bererti (memberikan kesan yang positif / satu pengajaran) kepada mereka.

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian :



Calon boleh menerangkan satu sahaja pengalaman pahit dan satu pengalaman manis ATAU mereka boleh menerangkan lebih daripada satu. Apa yang penting ialah mereka harus dapat mengaitkan pengalaman-pengalaman itu dengan ayat pertama, iaitu, dengan melalui pengalaman-pengalaman itu, mereka memperolehi pengajaran / menjadikan mereka lebih matang dan sebagainya.

Calon yang hanya menerangkan atau menceritakan satu pengalaman yang pahit atau manis yang tidak dapat mereka lupakan sahaja dan tidak mengaitkannya dengan kehidupan mereka sebagai seorang remaja yang menjadikannya penuh bererti boleh dikatakan tidak menepati kehendak soalan.

Isi yang diharapkan haruslah dapat memberikan gambaran yang mencakup kehidupan remaja secara keseluruhannya (bukan sebagai seorang anak kecil ataupun seorang dewasa).


** Isi contoh tidak diberikan kerana pengalaman seseorang berbeza-beza, tidak ada yang sama. Ia unik kepada individu itu sendiri. Maka untuk memberikan contoh di sini hanya akan menghalang kreativiti penulis.

Soalan 3 : Tabiat membeli barangan berjenama di kalangan belia boleh menimbulkan kesan-kesan buruk. Bincangkan.

Soalan memerlukan calon membincangkan kesan-kesan buruk yang mungkin
timbul akibat belia yang mempunyai tabiat membeli barangan berjenama.
Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian:

- Kesan-kesan buruk yang mungkin timbul tidak hanya tertumpu kepada para belia itu sendiri, malah haruslah merangkumi kesan terhadap masyarakat umum, negara, ekonomi dan sebagainya.

Isi-isi yang boleh disertakan:

a) kesan terhadap individu:
- membawa kepada sifat pembaziran, materialistik, sombong, megah diri, bongkak, sifat meninggi diri dan membeza-bezakan antara yang kaya dengan yang miskin

- prioriti hidup salah tumpuan hanya kepada barang-barang itu dan cara-cara untuk mendapatkannya sanggup bekerja bukan untuk membantu keluarga tetapi untuk kepentingan sendiri lalai akan tanggungjawab terhadap pelajaran

- sanggup mencuri merosakkan masa depan individu serta meningkatkan kadar jenayah negara

b )kesan terhadap keluarga:

- ibu bapa / keluarga terpaksa melayan kehendak anak-anak - boleh mengakibatkan keperluan seharian terjejas
- jika tidak dilayani kehendak mereka pergaduhan, lari dari rumah, biadap - menjejas keutuhan / keharmonian rumahtangga

c) kesan terhadap negara:
i) generasi penerus yang mementingkan diri sendiri, yang tidak dapat menghargai kelemahan masyarakat kerana dari dulu lagi hanya memberi perhatian kepada yang bertaraf tinggi

ii) melahirkan generasi yang bukan sahaja materialistik dan mementingkan diri sendiri, malah tidak produktif prioriti tidak tertumpu kepada meningkatkan produktiviti dan kemahiran sebagai pekerja tetapi kepada kepentingan diri sendiri

PANDUAN MENGARANG 3

PANDUAN MENGARANG 3

Kriteria Pemarkahan

Selain perkara-perkara yang telah dibincangkan di atas, pelajar juga harus sedar bahawa antara kriteria atau ciri-ciri yang diambil kira ketika pemarkah memberi markah kepada sesebuah karangan ialah penguasaan kosa kata serta keberanian pelajar mempelbagaikan teknik persembahannya, serta kebolehannya menggunakan perkataan-perkataan yang jitu untuk menerangkan sesuatu keadaan atau perkara dengan jelas. Ini termasuklah penggunaan perkataan-perkataan yang tidak lazim digunakan, simpulan bahasa serta peribahasa. Kriteria-kriteria ini akan mendedahkan kepada para pemarkah sama ada pelajar telahpun mencapai penguasaan bahasa seperti yang diharapkan ada pada seorang pelajar peringkat GCE O atau belum.

Apa yang ingin disampaikan di sini ialah, menulis karangan yang tidak mengandungi kesilapan bahasa sekalipun tidak akan menjamin markah yang tinggi jika tahap bahasa yang digunakan tidak sesuai dengan tahap penguasaan bahasa seperti yang diharapkan ada pada seorang pelajar menengah 4 ekspres atau 5 normal. Pelajar perlulah menggunakan ayat-ayat yang bervariasi, ayat-ayat majmuk yang diselang-selikan dengan ayat-ayat tunggal, menggunakan simpulan bahasa atau peribahasa yang sesuai dan perkataan-perkataan yang tepat dan dapat menyampaikan makna dengan khusus dan jelas.


Penutup

Diharapkan, perbincangan yang dilakukan mengenai ciri-ciri penulisan karangan dan kelemahan-kelemahan lazim yang dikupas serta panduan-panduan yang diberi dapat membantu para pelajar membaiki mutu karangan yang mereka tulis. Saya akan cuba mengumpul lebih banyak lagi nota serta contoh-contoh yang relevan untuk disertakan dalam nota ini di masa hadapan. Saya berharap guru-guru yang menggunakan nota ini dapat memberikan komen yang membina atau menyertakan Perkara-perkara (nota-nota yang mereka simpan) mengenai topik perbincangan ini agar usaha membantu para pelajar memperbaiki kemahiran penulisan karangan mereka dapat diteruskan dan ditingkatkan.

PANDUAN MENGARANG 2

PANDUAN MENGARANG 2

D) Kelemahan-kelemahan umum dalam penulisan karangan :

Ketika menulis karangan, ramai pelajar gagal merujuk kepada soalan. Mereka hanya membaca topik yang diberi sekali sahaja, membuat kesimpulan dan terus menjawab. Adakalanya, tafsiran mereka salah atau mereka terkeluar daripada landasan yang seharusnya mereka ikuti. Inilah yang menyebabkan berlakunya penyelewengan dalam penulisan mereka. Dari itu, para pelajar harus sentiasa merujuk kepada topik yang diberi sepanjang mereka menulis untuk memastikan isi-isi serta ayat-ayat yang digubah untuk menyampaikan isi-isi itu sesuai dengan kehendak soalan.

Satu lagi kelemahan yang terdapat dalam penulisan karangan pelajar (terutama sekali ketika menjawab karangan berbentuk faktual atau perbincangan) ialah penggunaan ayat-ayat yang terlalu umum dan kebenarannya boleh dipertikaikan. Sebagai contoh, lihat ayat-ayat di bawah ini:
1. Semua remaja hari ini gemar membaca majalah hiburan.

2. Remaja yang gemar membeli barangan yang berjenama adalah remaja yang nakal dan menganggotai kumpulan samseng remaja.

Pendekatan yang sedemikian akan memberikan gambaran kepada pemarkah bahawa
pelajar tidak berfikir panjang ketika menulis, belum matang fikiran dan kurang teliti menggunakan perkataan. Ini akan menjejas nilai karangan tadi dari segi pemarkahan impression.
Berikutan dengan kelemahan ini ialah teknik pemerengganan yang lemah dan kurang
tepat. Masih ramai pelajar yang memulakan perenggan yang baru secara sewenang-wenangnya, adakalanya mengikut bilangan ayat yang telah ditulis atau apabila mereka rasa sudah cukup panjangnya sesuatu perenggan itu. Lazimnya, perenggan yang baru dimulakan jika berlaku:

1. peralihan dari satu isi kepada satu isi yang baru
2. perubahan kepada situasi yang dibincangkan
3. perubahan kepada pendekatan (baik lawan buruk)
4. dialog antara dua atau lebih orang setiap dialog yang berbeza penuturnya dimulakan
dengan perenggan yang baru


Menjawab karangan Naratif / Cerita tanpa persediaan yang betul:



Rata-rata, ramai pelajar gemar menjawab soalan karangan yang berbentuk cerita atau naratif. Pada sangkaan mereka, soalan bentuk ini lebih mudah, tidak perlu banyak memikirkan tentang isi yang perlu ditulis dan risiko karangan yang ditulis menyeleweng daripada kehendak soalan amat tipis. Laras bahasa yang diperlukan juga mudah kerana ia sama seperti yang digunakan dalam buku-buku cerita serta majalah-majalah yang mereka gemari.

Pendapat sedemikian boleh membawa padah, lebih-lebih lagi jika ia menyebabkan pelajar menjurus kepada sikap sambil lewa dan kurang berhati-hati. Sebenarnya, soalan yang berbentuk sedemikian memerlukan perancangan yang rapi juga. Adakalanya, kehendak soalan ini lebih susah daripada soalan karangan yang berbentuk faktual atau perbincangan.



Cuba kita lihat contoh di bawah ini.

Pelajar dikehendaki menulis karangan yang berakhir dengan .........
Begitulah nasib yang menimpa dirinya. Perasaan tamak dan dengkinya itu akhirnya
memakan dirinya sendiri.


Perkataan-perkataan yang condong dan digelapkan merupakan penentu batasan serta tema yang perlu ada dalam cerita yang harus dikarang. Jika cerita yang disampaikan gagal menimbulkan perkara-perkara yang telahpun ditentukan dalam soalan, maka pelajar boleh dianggap sebagai telah menyeleweng atau tidak dapat menjawab soalan seperti yang dikehendaki.
Cerita yang diharapkan dapat dikarang pelajar harus berkisar kepada seseorang yang mempunyai sifat-sifat tamak dan dengki. Sifat-sifat ini pula merupakan kelemahannya yang akhirnya menyebabkan dirinya menderita.
Namun, ramai pelajar yang hanya menyentuh tentang sifat tamak watak utama sahaja. Sifat dengkinya hanya disebut tetapi tidak diberi penekanan yang sewajarnya. Ada pula yang tersilap tafsir dan menerangkan bagaimana sifat tamak dan dengki watak utama membawa padah kepada keluarganya atau orang-orang yang disayanginya, bukan terhadap watak utama itu sendiri. Ini adalah contoh-contoh yang menunjukkan kesilapan-kesilapan besar yang mungkin dilakukan oleh pelajar yang menjawab soalan-soalan berbentuk cerita atau naratif .

Seterusnya, ada juga pelajar yang tidak mempunyai penguasaan bahasa yang baik, kurang membaca dan kurang pengetahuan mengenai ciri-ciri penulisan cerpen yang baik yang juga ingin menjawab soalan yang berbentuk sedemikian. Hasil karangan yang ditulis sudah tentu akan mengandungi kekurangan kekurangan dari segi isi, gaya dan bahasa.

Pelajar perlu tahu bahawa karangan berbentuk cerita ini mempunyai ciri-cirinya tersendiri. Ia memerlukan:

 plot yang dirancang dan disusun rapi, menarik,unik dan asli/original, dan tidak membosankan
 pengenalan watak-watak utama secara teratur; tidak mendadak dan tidak mengelirukan,
 masalah atau saspens (climax) dan berakhir dengan suatu penyelesaian (anti-climax) yang menarik dan bukan sekadar mengambil jalan keluar yang mudah sahaja. Sebagai contoh, plot yang baik serta saspens yang menarik akan hancur jika pelajar mengakhiri ceritanya dengan mengatakan bahawa watak utamanya hanya bermimpi. Cerita yang berkesudahan dengan mimpi merupakan jalan mudah yang diambil pelajar setelah dia sendiri keliru dengan urutan cerita yang ingin disampaikan atau dia sudah kebuntuan idea.
 Selain keperluan mekanis yang dibincangkan di atas, laras bahasa yang sesuai, bebas dari penggunaan bahasa lisan serta teknik pemerengganan yang baik juga amat diperlukan dalam penulisan karangan yang berbentuk cerita atau naratif agar cerita yang disampaikan bukan sahaja lancar, malah menarik dan berkesan.


Antara kelemahan-kelemahan bahasa yang terdapat dalam karangan berbentuk cerita yang ditulis pelajar selain yang telah dibincangkan sebelum ini ialah:

 kelemahan dalam kemahiran tanda baca, lebih-lebih lagi ketika mereka menggunakan dialog dalam karangan itu
 penggunaan bahasa lisan yang keterlaluan dan tidak sesuai (biarpun dalam bentuk dialog atau tulisan)
 penggunaan bahasa yang berbunga-bunga untuk menerangkan keadaan sekeliling atau (setting) yang tidak terkawal sehingga hilang tumpuan terhadap isi yang seharusnya diberikan penekanan.


Dari itu, para pelajar haruslah berhati-hati ketika membuat pilihan bentuk karangan yang ingin mereka tulis. Ia harus sesuai dengan kebolehan serta penguasaan bahasa Melayu mereka. Mereka bolehlah merujuk kepada guru darjah yang telah banyak memarkah karangan yang mereka tulis di sekolah untuk memberikan nasihat yang wajar mengenai perkara ini.

PANDUAN MENGARANG 1

PANDUAN MENGARANG 1

Kertas 1 - Menulis karangan

Pendahuluan

Garis panduan serta perkara-perkara yang dibincangkan di bawah ini lahir daripada penelitian yang dibuat terhadap kesilapan-kesilapan serta kekurangan-kekurangan yang lazimnya terdapat dalam penulisan karangan para pelajar baik ketika membuat latihan di kelas mahupun ketika menjawab soalan peperiksaan. Saya akan membincangkan perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian dalam penulisan karangan, kesilapan-kesilapan yang lazimnya dilakukan pelajar ketika menulis karangan dan panduan-panduan yang saya rasa dapat membantu para pelajar memperbaiki kemahiran mereka dalam bidang ini.
Kelemahan-kelemahan serta kesilapan-kesilapan yang terdapat dalam karangan yang berbentuk faktual dan perbincangan agak berbeza dengan yang selalunya didapati dalam karangan yang berbentuk naratif atau cerita. Dalam perbincangan ini, adakalanya saya berikan tumpuan khusus kepada kelemahan-kelemahan atau kesilapan-kesilapan yang terdapat dalam karangan-karangan yang berbeza itu.




A) Sebelum Menulis

1. Pemilihan tajuk/soalan :
Tugas penting yang perlu dilakukan pelajar sebelum menulis sesebuah karangan ialah membuat pemilihan topik atau soalan yang sesuai dengan kebolehan serta kemahiran bahasanya. Perkara-perkara yang perlu diberi tumpuan sebelum membuat pemilihan ialah :

a) isi-isi serta contoh-contoh yang dapat difikirkan pada waktu pelajar sedang membuat pemilihan. Jika pelajar dapat memikirkan lebih banyak isi serta contoh-contoh untuk sesuatu soalan, maka itu merupakan indikasi yang paling baik bahawa pelajar seharusnya memilih soalan itu.

b) Rekomendasi guru berdasarkan prestasi yang telah ditunjukkan para pelajar sewaktu menulis karangan di sekolah, guru dapat memberikan panduan mengenai bentuk karangan yang lebih sesuai dijawab oleh mereka. Ada pelajar yang lebih mahir menangani karangan yang berbentuk perbincangan atau faktual manakala yang lain pula lebih berkebolehan menulis karangan yang berbentuk naratif atau cerita. Kelebihan dan kelemahan ini ada pada setiap orang. Dari itu, para pelajar harus tahu di mana letaknya kelebihan serta kelemahan mereka.

2) Perancangan :

Sesudah membuat pemilihan tajuk, maka pelajar seterusnya harus membuat perancangan. Ramai pelajar yang tidak merancang karangan yang ingin mereka tulis. Semua perancangan yang dibuat dibiarkan sahaja di minda. Akibatnya, pelajar mengalami masalah terlupa isi yang hendak ditulis atau terpengaruh dengan arus pemikiran pada waktu dia sedang menulis itu. Akibatnya, isi yang ditulis selalunya bukan sahaja berbeza daripada rancangan asal yang telah dibuat malah kadangkala pendekatan yang telah dipilih juga berubah. Jika ini berlaku, ia boleh menjejas prestasi karangan yang ditulis kerana pelajar mudah bingung dan kadangkala keliru sendiri. Panduan di bawah ini dapat menolong pelajar mengelakkan berlakunya masalah di atas:

• Pertama kita harus menganalisa soalan yang diberi untuk mengetahui apakah yang sebenarnya dikehendaki oleh soalan itu.

• Seterusnya, tuliskan isi-isi yang terfikir mengenai topik yang diberi dalam bentuk nota. Fikirkan sekali contoh-contoh yang boleh menguatkan isi-isi itu.

• Susun isi-isi tadi mengikut urutan kronologi atau golongan / sub-tajuk (contoh: baik / buruk) yang ingin disampaikan.

• Kemudian, ketepikan isi-isi yang kurang relevan.

• Perancangan yang telah dibuat ini jangan dibuang. Jika ditakdirkan pelajar kekurangan masa untuk menamatkan karangan dengan sempurna, bolehlah disertakan kertas perancangan ini bersama kertas jawapan. Para pemarkah akan mengambil kira nota perancangan ini dalam penilaian mereka.

B) Ketika Menulis

Perkara yang harus diberi perhatian semasa menulis ialah cara penyampaian isi yang telahpun pelajar fikirkan dan susun dalam bentuk nota. Ada dua perkara yang perlu diberikan perhatian di sini:

a) Susunan / Penyampaian isi :
i) Setiap karangan yang ditulis perlulah mengikut pendekatan lazim yang diambil oleh setiap pengarang, iaitu ia didahulukan dengan pembukaan / pendahuluan, kemudian diikuti dengan isi / pendapat dan berakhir dengan penutup atau kesimpulan. Karangan yang baik haruslah mengandungi setiap komponen ini yang diberikan variasi yang wajar dengan tajuk yang diberi. Pembukaan yang samar-samar atau penutup yang mendadak akan memincangkan karangan yang ditulis.

Biarpun demikian, janganlah pula pelajar memberikan tumpuan yang terlalu panjang kepada pembukaan sesuatu karangan sehingga isi yang sepatutnya diberikan lebih penelitian tidak mendapat perhatian yang
sewajarnya.

ii)Pelajar perlu tahu cara penyampaian isi karangan yang berbentuk baik/buruk atau masalah/huraian yang baik. Pendekatan yang boleh diambil luas, namun, pelajar harus pastikan bahawa susunan isi yang dibuat adalah sistematik dan tidak mengelirukan.


Sebagai contoh, pelajar bolehlah menerangkan isi-isi yang menunjukkan kebaikan dahulu sebelum menerangkan isi-isi yang menunjukkan keburukan dalam menjawab karangan yang berbentuk baik/buruk. Dalam karangan masalah/huraian pula, bolehlah pelajar mengutarakan sesuatu masalah diikuti dengan huraiannya sebelum membincangkan masalah yang seterusnya.

iii) Isi yang telah disusun rapi perlu pula disampaikan dengan cara yang meyakinkan. Ia harus disertakan dengan contoh-contoh yang relevan untuk menguatkan serta menyokong pendapat / isi yang diketengahkan. Terdapat dua perkara yang harus pelajar elakkan iaitu (1) hanya memberi pendapat
atau isi dan terus berpindah kepada isi yang seterusnya, tanpa menjelaskan dengan terang apa yang dimaksudkan dengan isi yang sebelumnya dan (2) penggunaan statistik yang direka sendiri dan ketulenannya tidak mampu dibuktikan. Ini boleh menjejas nilai karangan yang ditulis sebagai sebuah karangan yang cetek.


b) Laras bahasa yang digunakan dalam penyampaian isi

Ramai pelajar yang ghairah ketika menulis karangan, lebih-lebih lagi dalam peperiksaan dan apabila topik yang keluar merupakan sesuatu yang mereka anggap menarik atau mudah. Bukan sahaja mereka tidak merancang isi-isi yang ingin dimuatkan, malah format serta laras bahasa yang sesuai juga tidak diberikan perhatian.

Para pelajar perlu menggunakan laras bahasa yang sesuai dengan bentuk karangan yang dipilih. Misalnya, mereka harus elakkan daripada menggunakan gaya bahasa naratif ketika menjawab karangan berbentuk perbincangan atau faktual, (begitu juga ketika menulis surat kiriman rasmi). Penggunaan laras bahasa lisan perlu dielakkan sama sekali, biarpun dalam penggunaan dialog. Cuba rujuk kepada
contoh karangan di bawah ini:

Majalah hiburan banyak membawa kesan negatif kepada para remaja.
Beri pendapat kamu.

Aku dan teman-teman remajaku yang lain selalu bertemu di restoran makanan segera Mac Donalds sebelum kami menuju ke kedai buku The Popular Bookshop untuk mendapatkan majalah-majalah hiburan terkini yang kami gemari. Kami selalu berpakaian berjenama dan menggunakan bahan-bahan dandanan yang popular seperti yang selalunya diiklankan dalam majalah-majalah hiburan yang kami beli. Maznilah yang paling berani di antara kami. Dia akan berpakaian seperti artis-artis popular yang dipamerkan dalam majalah-majalah yang kami baca, pakaian-pakaian yang ketat dan memberahikan.

Cara hidup kami juga agak berbeza dengan remaja-remaja lain. Kami suka membaca ruangan gosip yang selalunya dimuatkan dalam majalah-majalah hiburan itu dan selalunya, cara hidup artis-artis popular yang kami sanjungi akan dibincangkan. Kami gemar meniru cara hidup mereka, saja kerana suka-suka dan untuk mendapatkan keseronokan. Kelab-kelab malam serta disko kami kunjungi kerana di situlah kami dapat merasakan nikmat yang sebenar seperti yang digambarkan dalam majalah-majalah hiburan yang kami baca.
Atas desakan teman-teman yang kami kenali semasa di disko dan kelab-kelab malam itu, kami bukan sahaja pernah merokok, malah mencuba pil ecstasy. Seronok juga rasanya. Namun, kami telah tertangkap pada suatu malam apabila disko yang kami kunjungi diperiksa polis. Aku dimasukkan ke rumah tumpangan budak-budak perempuan nakal manakala teman-temanku yang lain menghadapi nasib yang seburuk aku.
Aku setuju dengan topik di atas, bahawa majalah hiburan banyak membawa kesan negatif terhadap para remaja. Lihatlah apa yang telah berlaku kepada diriku serta rakan-rakanku. Akibat terlalu dipengaruhi oleh bahan-bahan bacaan yang terdapat dalam majalah hiburan yang aku gemari, aku kini terpaksa merempat di rumah kebajikan.


** Karangan di atas sebenarnya penuh dengan isi yang relevan untuk menjawab soalan yang diberi. Penulis ingin menjadikan dirinya serta rakan-rakan sebayanya sebagai bukti bahawa tajuk yang diberi sangat disetujuinya.

Dalam perenggan yang pertama, penulis ingin menyampaikan bahawa remaja yang gemar membaca majalah hiburan boleh terpengaruh dengan fesyen pakaian atau bahan-bahan dandanan serta barang-barangan berjenama yang selalunya dipamerkan ataupun diiklankan dalam majalah-majalah tersebut. Adakalanya, fesyen pakaian itu terlalu mendedahkan aurat dan amat memberahikan.
Perenggan kedua pula ingin menunjukkan bahawa bahan-bahan bacaan yang dimuatkan dalam majalah hiburan juga selalunya mengisahkan gaya hidup artis-artis popular yang jauh berbeza dengan cara hidup orang timur dan jika terpengaruh, remaja yang terlalu banyak membacanya mudah terikut-ikut dengan gaya hidup sedemikian. Perenggan ketiga pula cuba membutktikan bahawa tempat-tempat hiburan yang
selalunya diberikan tumpuan dalam majalah-majalah hiburan boleh menimbulkan masalah kepada remaja yang terbawa-bawa mahu mengunjunginya.

Perenggan keempat merupakan rumusan bahawa apa yang telah dibincangkan dalam perenggan I-3 membuktikan pendapatnya yang menyetujui pendapat seperti yang tertera dalam soalan.

Namun, cara penyampaiannya serta laras bahasa yang digunakan adalah tidak sesuai untuk menjawab soalan karangan yang berbentuk perbincangan ini. Ini tentunya akan menjejas markah yang akan diberikan untuk karangan yang ditulis bukan sahaja dari segi bahasa, malah juga isi kerana
gaya bahasa yang digunakan tidak dapat menyampaikan isi dengan cara yang jelas dan teratur


C) Sesudah Menulis
Terdapat ramai pelajar yang tidak memeriksa semula karangan yang telah mereka tulis. Ini dilakukan kerana mungkin pelajar itu malas atau tidak tahu apa yang harus diperiksa semula. Di bawah ini ada beberapa panduan yang boleh dipraktikkan:
• Beri tumpuan kepada kesilapan bahasa seperti
- penggunaan dua kata hubung
- penggunaan kata ganti yang tidak sesuai
- menggunakan saya dan aku secara tidak konsisten
- penggunaan tanda baca : noktah, koma,
- penggunaan frasa-frasa yang diulang-ulang
- penggunaan kata ganda / majmuk yang tidak sesuai
- penterjemahan langsung dari bahasa Inggeris
- kesilapan ejaan terutama sekali perkataan-perkataan yang berimbuhan:
- penggunaan perkataan / atau bentuk perkataan yang tidak sesuai

panduan mudah cakap ajuk cakap pindah

Tatabahasa : Cakap Ajuk dan Cakap Pindah

Lampiran 1

Panduan menukar ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah/perbualan kepada cakap pindah. Ciri-ciri bahasa lisan yang berikut hendaklah dibetulkan
o Kependekan kata seperti: dah, mau, pegi dan sebagainya hendaklah dibetulkan iaitu: sudah, mahu dan pergi.
o Kata seru ( bertanda !) seperti cis, amboi, aduh dan sebagainya hendaklah ditukar menjadi frasa mengikut konteks ayat berkenaan
o Perkataan bahasa Arab, seperti alhamdulillah, astagahffirullah, lahaulawala
kuwatailla dan sebagainya hendaklah ditukar. Contoh “ alhamdulillah”
ditukar menjadi “mengucap syukur” manakala “ lahaulawala kuwatailla”
ditukar menjadi “ mengucap panjang”.
o Unsur estetika, seperti personafikasi dan metafora hendaklah digugurkan dan digantikan dengan frasa yang sesuai dengan konteks ayat berkenaan. Unsur-unsur slanga dan
dialek hendaklah dibuang dan digantikan dengan bahasa baku/moden. Kata ganti diri
“saya” ditukar menjadi “dia”, “di sini menjadi “di sana “ ,”masa ini “ menjadi “masa
Itu” dan “kami” menjadi “mereka”


contoh

KAD TUGASAN 1

“ Apa kaubuat di belakang, Hilmi,” pakciknya sedang duduk di kerusi ruangan depan
itu bertanya sebaik sahaja dia sampai di pintu.

“ Saya melihat-lihat bekas kebun itu, pak cik,”

“ Kau suka berkebun?”

“ Suka”

KAD TUGASAN 2

“Kalau kau benar-benar suka berkebun, lebih baik kaujaga sahaja kebun kita tu. Aku sudah carikan kerja, tapi agak susah kerana sekolahmu cuma sekolah Melayu saja.”
“ Tadi pak cik suruh saya jaga kebun itu?”
“ Bukan kebun itu saja. Bunga-bunga yang di keliling rumah ini pun kaujaga juga.”
“ Terima kasih”
“Kau suka?”
“Lebih daripada suka. Saya memang suka berkebun.”

Lampiran 2

Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk cakap pindah.
“ Apa kau buat di belakang, Hilmi,” pakciknya sedang duduk di kerusi ruangan depan itu bertanya sebaik sahaja dia sampai di pintu.
“ Saya melihat-lihat bekas kebun itu pak cik,”
“ Kau suka berkebun?”
“ Suka”

Perbualan 2
Abu : : Saya mahu kahwin, Pak Aji. Cuma saya tak ada duit. Lagipun, siapa yang nak
macam saya ni. Kerja cuma menggali kubur.
Pak Aji : Kerja menggali kubur tu, kerja juga. Malah satu pekerjaan yang mulia. Setiap orang
yang mati wajib dimandikan, dikapankan, wajib disembahyangkan dan wajib…
Abu : (Menyambung) Wajib dikebumikan, he..he..he… Jadi kerja saya ni mulia, ya Pak
Aji.
Pak Aji : Memang mulia… kalau tak ada penggali kubur, di mana mayat tu nak dikuburkan.
Abu : Hmm, betul juga kata Pak Aji tu. Kalau gitu sekarang saya nak pergi gali kubur
Ngah Baba tu.


JAWAPAN:

Perbualan 1
Sebaik sahaja Hilmi tiba di muka pintu, pak ciknya yang sedang duduk di kerusi di halaman rumah itu bertanyakan kerja yang dilakukan oleh Hilmi di belakang rumah mereka. Hilmi menerangkan yang dia melihat-lihat bekas kebun di belakang rumah mereka. Seterusnya pak ciknya bertanya sama ada Hilmi suka berkebun atau tidak. Hilmi menyatakan bahawa dia memang suka berkebun.



Perbualan 2
Abu mengatakan bahawa dia hendak berkahwin tetapi tidak mempunyai wang. Abu seterusnya mengatakan bahawa tidak ada sesiapa yang hendak berkahwin dengannya kerana dia hanya bekerja sebagai penggali kubur. Pak Aji menjelaskan bahawa penggali kubur juga adalah satu pekerjaan.

Pak Aji turut mengatakan bahawa penggali kubur merupakan kerja yang mulia kerana setiap orang yang meninggal dunia wajib dimandikan, dikapankan, dan disembahyangkan. Sebelum sempat Pak Aji meneruskan kata-katanya, Abu menyampuk dengan mengatakan bahawa orang mati wajib dikebumikan. Kemudian dia ketawa sambil bertanya kepada Pak Aji sama ada kerjanya mulia atau tidak. Pak Aji menegaskan bahawa pekerjaan Abu itu memang mulia kerana kalau tidak ada penggali kubur di mana mayat orang hendak dikebumikan. Abu menyokong kata-kata Pak Aji dan mengatakan yang dia hendak menggali kubur Ngah Baba.

kerusi

KERUSI
SINOPSIS:

Drama ini mengisahkan Srisegala yang menduduki dan menguasai kerusi nikmat dan gong hikmat bersama-sama pengikutnya Tuta 1, Tuta ll dan Tuta lll yang menumpahkan khidmat dan kesetian mereka kepada Srisegala, selagi dia berkuasa dan menduduki kerusi nikmat. Srisegala berkuasa mengikut nafsu dan kepentingan diri sendiri tanpa menghitung beban dan masalah yang terpaksa dipikul rakyat.dia menukar erti keadilan, kemakmuran, kedamaian, kedamaian, kejujuran, dan belas kasihan mengikut takrifnya sendiri, yang semuanya bereti satu penindasan dan kezaliman demi kepentingan kuasa dan nikmatnya sendiri.

Pada ruang kekuasaannya, hanya suara Srisegala sahaja yang di dengar dan memerintah.Tidak ada suara lain yang berani membantah. Suara kesedaran daripada Wira mengejutkan Srisegala dan Tuta-tutanya. Mereka mula rasa kedudukan mereka diancam bahaya. Suara-suara protes daripada Wira-wira mengejutkan mereka yang lena panjang. Kemunculan Putra mencabar kerusi nikmat dan gong hikmat Srisegala. Tetapi saying semangat sahaja tidak mencukupi untuk mencabar kedudukan dan kekuasaan Srisegala. Putra akhirnya tewas di tangan Srisegala dan orang-orangnya. Kemunculan Masayu mencari suaminya, Putra disambut sinis oleh Srisegala. Masayu sedih melihat suaminya dalam tawanan Srisegala dan dia segera merayu belas kasihan Srisegala supaya suaminya dibebaskan. Rayuan dan tangisan Masayu tidak melembutkan kezaliman Srisegala, sebaliknya Masayu pula yang terpedaya, sehingga lupa dan tidak kenal suami sendiri. Putra yang buta mencari Masayu tetapi Masayu sudah terpukau oleh kuasa Srisegala. Semakin rakuslah kuasa Srisegala kerana berjaya memutuskan kasih saying antara suami dan isteri itu dengan kerusi dan gongnya.

Wira-wira muda yang pernah tewas di tangan Srisegala muncul dengan semangat baru untuk mencabar kedudukan Srisegala. Mereka berjumpa Putra untuk mendapatkan petunjuk bagi merampas kerusi Srisegala. Mereka bersatu,Wira-wira dan Putra mengumpul semangat dan tenaga bersama-sama membina tugu keyakinan untuk melawan Srisegala dan Tuta-tutanya. Mereka berjaya juga mengalahkan Srisegala dan kerakusan Srisegala berakhir juga. Kerusi nikmat dig anti oleh Putra dan Masayu memukul gong hikmat.

TEMA:-
Drama “KERUSI” karya hatta Azad Khan bertemakan kekuasaan. Kekuasaan yang di maksudkan adalah dalam pemerintahan.Kerusi sendiri melambangkan kuasa.

PERSOALAN:

1. Persoalan tentang penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin yang tamak, menindas dan mementingkan diri sendiri bersama pengikut-pengikutnya.
2. Persoalan tentang ketidakjujuran dan penyelewengan kuasa.
3. Persoalan tentang kebenaran mengatasi kebatilan.
4. Persoalan tentang kezaliman dan penindasan.
5. persoalan tentang kebangkitan dan kesedaran rakyat yang tertindas.
6. Persoalan tentang kasih saying seorang isteri terhadap suaminya.


WATAK DAN PERWATAKAN:
Srisegala:-
Merupakan watak hitam yang menggunakan kuasa dan kedudukan untuk kepentingan sendiri.Memiliki kerusi nikmat dan gong hikmat yang menyebabkannya sukar dicabar kuasa dan kedudukannya.
(a) Menggunakan kuasa dan kedudukannya untuk kepentingan diri.
(b) tidak berperikemanusian
(c) Angkuh dan sombong

Putra:-
Watak sebagai pencabar kepada Srisegala. Mempunyai seorang isteri bernama Masayu.
(a) Berani
(b) Penyayang
(c) Bijak DanMempunyai Keyakinan Diri.
(d) Baik Hati

Masayu:-
1. Isteri kepada Putra.
2. Seorang isteri yang penyayang dansanggup berkorban demi menyelamatkan suaminya dengan memujuk dan merayu belas kasihan Srisegala.
3. kejujuran dan sikap mudah percaya kepada tipu helah Srisegala memusnahkan dirinya sendiri.

Tuta Utama:-
1. Pemukul gendang dan gong.
2. Orang kanan kepada Srisegala.
3. Sentiasa patuh dalam menjalankan tugas yang diperintahakan oleh Srisegala dan mereka suka mengampu.
4. Tuta l, ll, dan lll merupakan pengikutnya yang paling setia.
5. Wira l, ll, dan lll pula merupakan pendekar-pendekar yang muda bersatu dengan putra untuk menewaskan Srisegala.

NILAI-NILAI MURNI:-
1. Bersifat ihsan.
2. Bersatu padu
3. Bijaksana dala merancang stretegi.
4. Berhati-hati dan tidak mudah percaya kepada orang lain.

PENGAJARAN:-
1. Sifat ihsan dianggap mulia kerana ia akan melembutkan hati seseorang.
2. Sesuatu kerja atau usaha akan berjaya dilaksanakan jika kita bersatu.
3. Kebijaksanaan akal merancang strategi melawan musuh perlu dibincang bersama-sama supaya tidak mudah diperdaya oleh musuh.
4. Sikap mudah percaya kepada orang kadang-kadang akan membawapetaka kepada diri sendiri.

senarai peribahasa

Senarai Peribahasa Ting 4 dan 5

1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

4. meninggi diri
Maksud : Sombong

5. bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.

6 baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

7. tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

9. bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

10. melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

12. seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

15. terang hati
Maksud : Lekas pandai.

16. rendah hati
Maksud : Tidak sombong

17. murah hati
Maksud : Pemurah.

18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

19. Tangan kosong
Maksud : Hampa.


20. lintah darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

21. bagai aur dengan tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

22. anak dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

23. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

24. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah


25. indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

26. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

27. bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

28. kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

29. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

30. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

31. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..

32. memerah otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

33. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

34. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

35. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

36. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

37. bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

38. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

39. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

40. mencari jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

41. biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

42.sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

43. berbesar hati
Maksud : Gembira.

44. anak buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

45. tuan rumah
Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara

46. yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

47. batu penghalang
Maksud : Halangan

48 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

49. bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.
Disusun oleh : Cg Suhemi Hj Abdul

LATIH TUBI TB 5

Tukarkan ayat di bawah kepada ayat songsang

1. Kami pergi ke Zoo negara pada cuti semester yang lalu
2. Adik tiba di Kuala Lumpur semalam
3. Saya akan membeli rumah itu jika ada wang.
4. Saya pergi ke kedai menaiki basikal
5. encik Kamal baru membeli kereta
6. Saya tidak pernah pergi ke Kuala Lumpur
7. Dia akan mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan
8. mereka berkhemah di Pantai Teluk Batik selama tiga hari
9. Sekolah itu baru dibina tahun lalu
10. beg itu diletakkan di atas meja
11. negeri Terengganu kaya dengan petroleum
12. Pelajar lelaki menyusun meja dan kerusi di dewan itu.
13. Zainab berpindah ke kampung itu pada tahun lepas.
14. Azhar ke kedai basikal
15. Chong sangat rajin
16. lembu itu sudah mati
17. buah manggis itu sungguh manis
18. ibunya kerani mahkamah

Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif
1. Ayah menanam sampah-sarap yang ada di belakang rumah untuk mengelakkan pembiakan nyamuk.
2. Saya sudah menyelesaikan latihan yang diberi oleh guru Matematik
3. Awang belum memutuskan perkara tersebut sehingga kini.
4. Encik Maniam menyiram pokok bunga itu
5. mereka menyusn batu bata yang berslerakan itu
6. Kim Moi melepaskan burung di dalam sangkar itu
7. dia menjaringkan gol kemenangan
8. kami yang melukis garisan di padang
9. kita harus mencintai Negara kita
10. adik memasukkan barang mainan ke dalam bakul
11. mereka menentang keputusan mesyuarat itu
12. pengarang yang terkenal menulis buku itu
13. saya membeli buku itu di kedai Pak Samad


Tukarkan ayat di bawah kepada ayat aktif.

1. Undang-undang negara mestilah kamu patuhi agar hidup kita lebih aman
2. Minuman yang terletak di atas meja itu telah diminum oleh adik
3. Penculik kanak-kanak itu telah ditangkap oleh polis pada pagi tadi
4. Mereka ke sekolah dengan menaiki bas
5. Kakak mencuci pakaian kotor di bilik air
6. Ayah memarahi Kamal kerana pulang rumah jauh malam


Buat ayat daripada peribahasa ini

1. seperti ayam berak kapur
2. jangan meludah ke langit
3. harimau mati meninggalkan belang , manusia mati meninggalkan nama
4. muka berconteng arang
5. harapkan pagar , pagar makan padi

LATIH TUBI TB 4

Betulkan kesalahan penggunaan istilah dalam ayat di bawah

1. Hamidah memang telus hatinya apabila menyerahkan anak yang baru dikeluarkan kepada abangnya yang tidak mempunyai anak walaupun telah berkahwin selama 20 tahun .
2. Buku itu dihantar ke perpustakaan kerana perlu disunting terlebih dahulu sebelum boleh diambil oleh sesiapapun sama ada guru atau pelajar .
3. Oleh kerana dia memandu kereta dalam keadaan laju , keretanya telah terlambung ke dalam
4. gaung .
5. Senarai peserta-peserta yang akan berkayak dalam ekspedisi itu telah diserahkan pada pengetua untuk diluluskan
6. Setengah orang suka mengambil kesempatan bila orang lain dalam kesusahan
7. Sekolah di mana saya menuntut telah terima Anugerah Sekolah Harapan Negara pada tahun ini .
8. Kapal terbang dari Heathrow akan berlabuh di KLIA pada petang kelmarin .
9. Pekerja kilang itu menerima kemalangan di tempat kerja akibat daripada kelekaannya semasa bekerja .
10. Kebanyakan pelajar-pelajar yang datang berkursus itu adalah pemimpin pelajar di sekolahnya
11. Ibu menyuruh adik meletakkan pasu bunga di mana-mana yang sesuai di dalam rumah kerana ibu sibuk mengemaskan pelbagai jenis-jenis pokok bunga yang dibawa dari kampung .
12. Guru-guru digalakkan agar menambahkan lagi ketahuan mereka di dalam bidang masing-masing kerana dunia pendidikan semakin berkembang dengan pesat .
13. Helmi tidak pernah putus asa walaupun telah berapa kali gagal sampai ke puncak Gunung Kinabalu kerana dia tetap bercita-cita untuk menaiki gunung tersebut .
14. Kami sekeluarga begitu gembira sekali bila ayah memberitahu bahawa mereka sekluarga akan pergi menunaikan umrah di Mekah hujung tahun ini .
15. Setiap kali tiba musim menuai penduduk kampung bersama bergotong-royong turun ke bendang untuk mengetam padi
16. Buah-buah durian yang luruh di kebun datuk akan ditinggalkan di pondok sebelum dijual kepada peraih dari bandar .

LATIH TUBI TB 3

BETULKAN KESALAHAN

1. Dalam ayat di bawah terdapat kesalahan tatabahasa( ejaan/imbuhan ) . Betulkan ayat dibawah tanpa mengubah struktur ayatnya .

1. Pembenaan lebuh raya baharu yang dirasmikan oleh Perdana Menteri itu akan dipendekkan masa perjalanan dari tiga jam kepada dua jam sahaja
2. Kerajaan menyediakan lebih banyak memudahakan asas yang sempurna dan cantik di kawasan tumpuan pelancong supaya dapat memberikan keselisaan kepada mereka.
3. Kita perlu berhati-hati apabila membeli sesetengah barangan import kerana dinyatakan mutunya tidak sebaik yang kita sangkakan.
4. Pengusaha ternakan ayam akan memperoleh pendapatan yang lumayan jika usaha ini berlaku dengan bersungguh-sungguh .
5. Cantik nian baju kebaya moden yang diperagakan oleh pragawati-pragawati terkenal pada malam itu.
6. Peserta-peserta yang hadir persidangan Bahasa Melayu Alaf Baharu di Langkawi telah mendengar beberapa pembentangan kertas kerja daripada cendikiawan dari universiti tempatan dan luar negara
7. Gulungan muda perlu diambil iktibar daripada peristiwa-peristiwa lalu untuk dijadikan panduan dalam mengharungi kehidupan yang mencabar pada masa kini.
8. Ibu Jamal telah menyarungkan Dahlia sebentuk cincin emas bertatahkan belian yang sangat cantik sempena pertunangan mereka pada minggu lepas.
9. Pehak kerajaan amat berharap agar binaan sebuah pelabuhan baharu di Johor akan dapat mengendalikan lebih banyak kargo pada masa hadapan
10. Lapuran lengkap dan kemas kini telah menyediakan sebelum mesyuarat ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru diadakan pada minggu depan.
11. Polis sedang mengesan pesalah-pesalah trafik yang engkar untuk membayar saman yang telah dikeluari sejak dua bulan lalu.
12. Para athlet yang diambil bahgian dalam kejohanan olahraga di Jakarta diingatkan agar menjaga tatsusila dan nama baik negara.
13. Kerajaan menjanjikan akan mengambil aleh projek perumahan Taman Megah yang terbengkalai semenjak sepuluh tahun yang lalu.
14. Erma hanya terdiam diri apabila dimarahi oleh ibunya kerana batik rekaannya tidak mempunyai ciri-ciri keyunikan sebagai batik asli.
15. Semakkan buku yang akan diterbitkan pada bulan hadapan itu telah dibuat sekali-sekali untuk memastikan tiada kesilapan yang berlaku.
16. Proses mendalami kuala sungai itu memakan masa hampir satu setengah bulan
17. Di setiap kali menjelang hari perayaan penghuni kota akan pulang di kampong halaman masing-masing
18. Dua daripada empat pelancong itu cedera parah apabila teksi yang mereka tumpangi terlibat dalam kemalangan di suatu selekoh berbahaya
19. Dia bertanyakan khabar saudara-saudara nya di kampong pada kawannya
20. Pertandingan gasing yang julung-julung kali diadakan itu terpaksa bertangguh kerana hujan lebat
21. Kenaikkan harga barangan khususnya barang keperluan sehari-hari pada masa kini sememangnya sukar dielakkan
22. Pak Malim menebarkan seutas jala di dalam sungai yang agak keruh airnya itu
23. Semua warga sekolah berharap agar dengan kedatangan kumpulan pelawak terkenal itu akan dapat memeriahi lagi pesta ria tahunan itu
24. Tali yang berguna untuk mengikat guni itu diperbuat dari jut
25. Menara kembar Petronas merupakan bangunan berkembar paling tertinggi sekali di Kuala Lumpur
26. Kerana simpati dengan nasib orang tua yang buta itu , tanpa segan silu Siti menontonnya menyeberang jalan
27. Semua orang murid dikehendaki berhimpun di padang bila loceng pertama berbunyi
28. Syarahan tokoh politik itu benar dapat naik semangat pengikutnya
29. Keindahan pulau langkawi sememangnya terbukti , bukan sekadar indah khabar dari rupa kerana saban hari ada-ada sahaja pengunjung ke sana
30. Pelajar-pelajar itu diberi tempuh selama dua hari dalam menyiapkan projek tersebut
31. Semua mangsa-mangsa banjir itu dipindahkan ke kawasan selamat
32. Meskipun negara kita pesat membangun , namun setengah penduduk di luar bandar masih dibayangkan kemiskinan
33. Novel nukilan penulis muda dan berbakat itu mengetengahkan beberapa persoalan kemanusiaan sejagat.
34. Anak kecil itu sengih kepada ibu yang sedang disusuinya
35. Pelbagai sungutan kita dapat dengar daripada ibu bapa berkaitan tentang penggunaan buku kerja yang membebankan anak mereka
36. Sepanjang pengawasannya , pembantu rumah itu diingatkan agar menjauhi benda-benda yang berbahaya daripada kanak-kanak
37. Kebanyakan peniaga-peniaga enggan menjual barangan pada harga murah
38. Rata-rata petani-petani dikampung itu bersetuju berbanding tahun lalu , pemerolehan pada tahun ini lebih baik
39. Hasil pungutan zakat sungguh memuaskan pada tahun lalu yang membuktikan bahawa masyarakat Islam semakin sedar akan tanggung jawab mereka
40. Pengemis itu mengadu sudah berhari dia tidak menjamah makanan
41. Dia bekerja mati-matian siang malam tanpa mengindahkan penat lelah demi untuk menyara keluarganya
42. Kerajaan mengadakan berbagai rancangan untuk membaiki taraf ekonomi orang Melayu
43. Jalan cerita filem yang ditayangi di pawagam itu kebanyakkannya tidak cocok akan jiwaku
44. Sambungan cerita itu akan tersiar di majalah ini keluaran yang berikutnya
45. Dia masuk tentera kerana desak ibu bapanya agar dia berjuang untuk negara
46. Pintu stadium itu pecat kerana dirempuh oleh orang ramai yang ingin menyaksi persembahan artis pujaan mereka
47. Aminah menolak tawar-menawar orang tuanya supaya dijodohkan kepada seorang pemuda bandar
48. Pendatang-pendatang tanpa keizinan itu telah disita oleh polis dan akan dihantar pulang ke negara asal mereka
49. Manusia perlukan makan berimbangan untuk menyihat badan
50. Kita perlu saring bersalam ketika berjumpa
51. Perulangan kesalahan di kalangan pelajar tidak seharusnya diiar begitu sahaja dalam usaha memantapkan disiplin
52. Tiba-tiba kami terdengar akan bunyi tembak bertubi-tubi kali dari arah rumah banglo itu
53. Ibu kurang senang dengan sikap adik yang sering kali mengotori pakaiannya walaupun sudah berkali dia menasihat supaya tidak berbuat demikian
54. Hussin berhati kuat dan berpendidiran kukuh
55. Puan Saloma mengambil segelas air lalu menghulurnya pada suaminya.
56. Sektor pertanian tidak menetapkan pulangan yang lumayan macam sector perindustrian.
57. Dia menghadapi msalah besar untuk membuang tabiat merokok yang telah bersepadu dengannya lebih dua puluh tahun.
58. Kerja-kerja pembangunan jambatan itu tersekat kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh kontraktor utamanya.
59. Wanita yang kehilangan suami itu berkeras untuk menyekolahkan kesemua anaknya tanpa sandaran sesiapa.
60. Penduduk di Pulau Tahiti kuat berpegang kepada adat resam , antaranya orang perempuan yang melancung ke sana tidak dibenarkan berpakaian yang mencolok mata.
61. Semua perabut yang terdapat di dalam bilik saya diimportkan dari Itali.
62. Suri rumah yang sering ditipu oleh jurujual yang datang menjual beranika barangan dari rumah ke rumah .
63. Keldai dikatakan haiwan yang kurang cerdek terbanding haiwan-haiwan lain
64. Emak akan bercekak pinggan setiap kali dia marah kami yang suka bergaduh
65. Kakak memotong kek itu kepada enam bahagi supaya dapat diagehkan kepada enam orang kanak-kanak yang datang ke rumah kami
66. Dalam mesyuarat tersebut , pilihan Ramlan sebagai Pengerusi kelab itu di sokong sebulat suara oleh ahli kelab .
67. Antara mereka yang hadir dalam mesyuarat untuk berbincang tentang masalah itu termasuklah ibu bapa pelajar kerana masalah itu terlibat pelajar yang sering ponting sekolah .
68. Anak muda itu pengsan mengena kejutan letrik lalu dibawa ke hospital oleh rakan-rakan .
69. Untuk melahirkan atlet yang punyai jati diri , perlu lebih kerap mengadakan latihan .
70. Anak muda lebih suka beristirahat di warong sambil mengisikan perut
71. Jenderal yang sudah bersara itu tetap dihormat oleh penduduk kampung
72. Amalan rasuah sukar dibendong kerana masih adan golongan yang mata duitan serta berjuang untuk berisi perut sendiri .
73. Media masa merupakan alat komunikasi yang memanfaat tetapi kadang kala disalahgunakan oleh sesetengah media.
74. Ibu telah membelikan mesen basuh baru kerana yang lama telah rosak .
75. Sungguhpun berapa tahun telah berlalu , ingatan Rumi terhadap peristiwa kematian ibu bapanya masih sukar untok dilupakan
76. Seorang pelajar yang hidap penyakit jantong berlubang telah menerima sumbangan daripada orang ramai untuk menjalani rawatan
77. Pengurusi majlis telah mengumumkan pemenang-pemenang bagi mencabut nombor bertuah sebelum majlis bersurai

LATIH TUBI TB 2

1. Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk / pindah

Latihan 1 ( CP kepada CA )

Anis menanyakan Meena sama ada Meena boleh mengajarnya memasak nasi beriani . Meena bersetuju dengan permintaan Anis . Anis kemudiannya meminta Meena menulis resepi nasi beriani pada masa itu juga . Meena mengatakan Anis supaya dia tidak risau kerana dia berjanji akan memberikan resepi tersebut sebelum balik sekolah pada hari itu . Anis kemudiannya memberitahu Meena bahawa dia ingin memasak nasi beriani tersebut pada minggu hdapannya . Dia juga akan menyediakan bahan-bahan yang akan ditulis oleh Meena . Meena menyetujui rancangan Anis dan dia berjanji bahawa dia akan datang ke rumah Anis untuk mengajar Anis cara-cara memasak nasi tersebut .

Latihan 2 ( CA kepada CP )

Firdaus : Eh kamu nak ke mana tu ? Tergesa-gesa nampaknya !
Munir : Oh , Farid rupanya , saya nak ke hospital , adik saya kemalangan
Farid : Bila dan di mana ?
Munir : Pagi tadi sewaktu dia dalam perjalanan ke pasar raya . Dia dilanggar oleh seorang pekerja kilang
di Jalan Haji Yaacob !
Farid : Bagaimana keadaannya , teruk ke ?
Munir : Menurut pihak hospital teruk juga keadaannya . Dia cedera di kaki dan kepala . Maklumlah dia
jatuh daripada motor dan masuk ke dalam longkang di tepi jalan .
Farid : Kalau begitu baiklah saya ikut awak sekarang !
Munir : Boleh . Marilah naik kereta saya .





Latihan 3 ( CA kepada CP )

Faisal : Eh Ibrahim , dah lama aku tak nampak engkau. Engkau ke mana ?
Ibrahim : Oh Faisal , aku ke Kedah kerana ada kerja luar! Syarikat aku sedang menyiapkan projek
menanam rumput permaidani di sebuah tempat rekreasi baru
Faisal : Patutlah aku cari engkau tak ada !
Ibrahim : Apa halnya engkau cari aku ?
Faisal : Aku sebenarnya nak ganti rumput di depan rumah aku sebab rumput yang aku tanam
dulu tak cantik , bercampur dengan lalang . Puas aku mencabutnya tapi hasilnya sama.
Aku fikir nak buang semuanya dan ganti dengan yang baru !
Ibrahim : Kalau macam tu datanglah pejabat aku , nanti kita rundingkan !
Faisal : Bila aku boleh datang ?
Ibrahim : esok bolehlah !


Tugasan 4

Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah .
Asmah : Bibah , nak ke mana ?
Bibah : Saya nak ke perpustakaan , nak pulangkan buku ni .
Asmah : Hari minggu nanti kamu tak ke mana-mana ?
Bibah : Tidak . ada apa?
Asmah : Saya nak ajak kamu menonton wayang gambar .
Bibah : Kamu sudah ada tiketnya ?
Asmah : Dah , aku beli minggu lepas lagi . Cerita Hindustan .
Bibah : Bagus juga idea engkau . Aku mesti pergi .
Asmah : Dah sampai masa nanti , janganlah engkau lupa pula !


Tugasan 5

Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah .
Muthu : Selamat pagi doktor
Doktor : Selamat pagi. Silakan duduk .
Muthu :Terima kasih .
Doktor : Sama-sama . Apa masalah kamu ?
Muthu : Sudah dua hari saya batuk-batuk , doktor .
Doktor : Nganga mulut , biar saya periksa kamu . Anak tekak awak agak merah .
Muthu : Seriuskah penyakit saya doktor ?
Doktor :Jangan bimbang . Batuk biasa saja .
Muthu : Saya harap begitulah doktor . Penyakit ini menjejaskan pekerjaan saya .
Doktor : Saya bagi awak cuti hari ini . Sila ambil ubat di kaunter .

Tugasan 6


Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah .


“ Poskad daripada siapa tu , Jalil ? tanya Samat sambil memandang Jalil yang tersenyum .
“ Daripada Mydinlah , budak Tanjung tu ,” jawab Jalil tersengih . Dia meletakkan poskad itu di hadapan kawan-kawannya .
“ Ha , apa ceritanya ?” tanya Kim pula ingin tahu .
“ Tak ada apa-apa yang istimewa , biasa aja ,” balas Jalil .
“ Takkan begitu pula , ” kata Idris hairan . Muka Jalil yang berhidung kecil itu ditatapnya .
“ Dia mengajak kita ke Pulau Pinang , boleh tengok pesta katanya ,” kata Jalil tegas .
“ Bagus juga tu . Lagipun kita bercuti panjang tak lama lagi . Kita mesti merancang cuti kita daripada sekarang , ” kata Kim




Tugasan 7
Tulis laporan di bawah ini dalam bentuk dialog mengikut susunan asal dengan mengekalkan maksud asalnya dengan menggunakan bahasa yang gramatis.

Isa ingin tahu tentang orang yang menelefonnya . Sebelum memperkenalkan diri , Abu secara bergurau mengatakan bahawa Isa sudah tidak mengingati kawan lamanya . Setelah mengetahui Abu yang bercakap , maka Isa menanyakan sebab Abu menelefonnya pada lewat malam begitu . Abu menyatakan bahawa dia memerlukan pertolongan Isa .Isa bertanyakan bentuk pertolongan yang diperlukan oleh Abu . Abu menyatakan bahawa dia memerlukan seorang penjamin untuk menjadi penjamin untuk membeli sebuah kereta . Isa bertanyakan jenis kereta yang bakal dibeli oleh Abu . Abu menyatakan bahawa dia berkeinginan membeli sebuah kereta Waja . Isa bersetuju untuk menjadi penjamin tersebut . Abu mengucapkan terima kasih kepada Isa .

LATIH TUBI TB 1

LATIH TUBI TATABAHASA TINGKATAN 5


1. BUAT AYAT

1. Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksudnya .

1. ragam , seragam , beragam , meragam , keseragaman , penyeragaman
2. masuk , termasuk , dimasukkan , kemasukan
3. reda , redah , semester , semesta , lalai , lali
4. mengabdikan , mengabadikan , menyebarkan , mengkhabarkan , mengalah , menggalah
5. tinggal , meninggal , tinggalan , sepeninggalan , tertinggal
6. minimum , minuman , siaran , sinaran , merujuk , merajuk
7. tampuk , tampak , gelojoh , gelojak , tanda , tenda
8. mengeji/ memuji / menggaji / mengkaji / menguji / menyaji
9. usahawan / jutawan / peragawan / wartawan/ sukarelawan/bangsawan
10. mahaguru / propenjajah / tatasusila / dwibahawa / prasarana /

kosa kata karangan 7

Contoh penggunaan kosa kata menarik

Isu Program Latihan Khidmat Negara

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan program yang akan meneruskan agenda perjuangan bangsa. Pihak kerajaan telah membuat kajian menyeluruh dan telus sebelum merangka matlamat dan strategi program ini. Program ini merupakan kayu ukur atau cerminan pelapis masa depan yang merupakan tonggak tamadun bangsa atau jati diri bangsa. Kejayaan program ini disandarkan pada kesungguhan, iltizam dan penegasan baru. Sayangnya dasar yang hebat ini tidak disertai oleh pelaksanaan yang cekap, telus dan terperinci.


Isu Gejala sosial

Gejala sosial semakin kronik akibat landaan gelombang globalisasi. Walaupun hanya segelintir remaja yang mempunyai komputer peribadi tetapi pengaruhnya sukar dibendung menyebabkan mereka terjajah minda dan budaya. Hal ini amat membimbangkan pihak kerajaan kerana mereka merupakan cerminan bangsa yang akan menongkah cabaran masa depan. Senario sosial yang dipaparkan mengetuk pintu hati segenap masyarakat untuk bertindak secara kolektif bagi merencanakan tindakan untuk mengatasi kemelut ini. Gagasan ”Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara” akan dapat diimplimentasikan sekiranya gejala sosial ini dicantas di peringkat akar umbi. Seharusnya asas utama yang perlu ditekankan sejak kecil ialah pembinaan tahap sosialisasi anak melalui aspek keagamaan, bak kata pepatah Melayu, ”kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya”.




Isu Alam sekitar

Peranan yang lebih signifikan perlu dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk melestarikan alam sekitar. Usaha ini harus mendapat komitmen yang sederap daripada pelbagai pihak bagi menghasilkan persekitaran yang kondusif. Hal ini kerana alam sekitar yang bersih merupakan jantung dan nadi kehidupan di jagatraya ini. Jika masyarakat hanya memekakkan telinga, menutupkan mata dan membutakan hati, segala program yang dirancang akan kecundang. Ironinya, sokongan dan dukungan segenap masyarakat akan mewarnai kehidupan ini .



Isu Pembangunan

Pembangunan tanpa perancangan secara holistik ibarat api dalam sekam yang akan merencatkan aspirasi negara ini. Keghairahan sesetengah pihak yang berfikiran sempit dan obsesi menarah bukit dan menggondolkan kawasan akan mencetuskan pelbagai musibah. Seharusnya sebagai warga yang berhemah, kita haruslah menjunjung tanggungjawab dan meluaskan horizan minda untuk mengekalkan kelangsungan citra negara yang unggul. Pembangunan yang direncanakan mestilah bertunjangkan konsep mesra alam yang mampu memayungi kesejahteraan sejagat.


Isu Sukan

Sejajar dengan slogan ”Malaysia Boleh” setiap ahli sukan perlu memikul tanggungjawab yang amat berat untuk memanifestasikan slogan tersebut. Mereka perlu merangka matlamat strategi bagi menyahut cabaran tersebut. Jika slogan ini berjaya dimanipulasikan oleh ahli sukan negara sudah pasti kita dapat bersaing di peringkat global. Negara kita juga akan terkenal di persada dunia. Sokongan dan dukungan pihak kerajaan merupakan salah satu usaha yang boleh dilakukan untuk memperkasa sukan negara. Hal ini kerana ahli-ahli sukan memerlukan pohon rendang untuk bernaung supaya mereka dapat memberi komitmen yang jitu terhadap bidang sukan yang diceburi. Setiap ahli sukan seharusnya mampu menghidu peluang melakarkan kecemerlangan bagi memastikan bidang sukan negara ini gah di persada antarabangsa.


Isu pendidikan

Saban hari kita sering dihidangkan dengan berita tentang tindakan sadis golongan pelajar. Fenomena yang menjadi lumrah di kebanyakan institusi pendidikan ini, akan meranapkan keutuhan bangsa dan negara. Golongan pelajar ini seolah-olah kehilangan pedoman dan menyerah kalah dalam dunia yang dilingkari kepalsuan. Sebahagian daripada pelajar ini seolah-olah telah terjajah minda dan budaya, lantaran mengamalkan fahaman agama yang jumud. Konsep yang diuar-uarkan oleh pihak kerajaan iaitu untuk melahirkan modal insan yang berkualiti seolah-olah menemui jalan buntu.


Isu Perpaduan

Menyingkap nostalgia 13 Mei 1969, telah terpalit sejarah hitam di negara ini. Hakikat ini telah menggamit perasaan kita untuk memantapkan integrasi dan memperteguh ikatan perpaduan dalam kalangan masyarakat di negara ini. Masalah perpaduan yang meruncing bukan sahaja melumpuhkan ekonomi malah melampiaskan pelbagai musibah. Ketegaran perpaduan masyarakat di negara ini bukan sahaja menjadi pemangkin yang mencorakkan negara yang berdaulat namun turut akan menjadikan negara ini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara di dunia ini.


Karya kreatif


Sakinah menyisir masa lalunya dan menyelongkar nostalgia silam. Air matanya mula bertakung. Tidak terlintas di mindanya untuk mencantas tali persaudaraan yang terjalin. Segala peristiwa yang terungkai mengocak ketenangan kali perasaannya. Tindakan Imran, tunangannya seperti manusia yang pincang akhlak, rendah moral, sesat pemikiran dan menyeleweng daripada batas-batas keinsanan. Tidak pernah terdetik di sukmanya gelagat Imran yang meracuni kepercayaannya selama ini. Sakinah mendepani hari-hari yang mendatang walaupun kini dirinya semakin menanjak usia. Segala-galanya kini nampak begitu sempurna. Cukup sempurna setelah mengharungi badai dan onak kehidupan. Semuanya kini bagaikan seindah panorama Arafah.

Isu media massa

Sebagai pengguna yang celik teknologi komunikasi, penggunaan internet sudah tentu merupakan batu loncatan untuk kita menggapai kecemerlangan. Internet menyediakan pelbagai kemudahan serta tempat tersimpan khazanah ilmu yang mampu diterokai oleh semua peringkat masyarakat. Teknologi maklumat ini merupakan wahana yang dapat menyalurkan ilmu dan maklumat untuk dimanfaatkan oleh masyarakat di negara ini.


Isu Pertanian

Mutakhir ini, era perdagangan semakin mencabar dan didominasi oleh pasaran global. Hal ini demikian, pemasaran hasil pertanian haruslah menepati kriteria yang ditetapkan. Hanya produk yang bermutu tinggi dan menepati Skim Akreditasi Ladang Malaysia sahaja yang dapat meneruskan kelangsungan usaha para petani. Golongan petani digalakkan mengamalkan pertanian yang mesra alam, hasil pertanian yang berkualiti dan selamat untuk keperluan para pengguna. Jika gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan, maka pengiktirafan akan ditarik balik. Kementerian Pertanian haruslah mempromosikan secara lebih agresif bidang pertanian ini.


Isu Penyakit

Masyarakat hari ini telah digemparkan dengan pelbagai jenis penyakit berbahaya yang menggugah kesejahteraan sejagat. Wabak dan epidemik penyakit ini adalah sinonim dengan tindak tanduk songsang insani. Hal ini berlaku kerana mereka masih lagi terbelenggu dalam kepompong kejahilan. Sementelahan pula, segelintir masyarakat terlalu taksub dengan gaya hidup yang diwarisi sejak turun temurun dan tidak mahu membuat anjakan paradigma.

kosa kata karangan 6

G Bahasa Berbunga

1 menyaksikan ikatan kemesraan
2 hari-hari yang berlalu
3 kudepani saban hari
4 kesempatan yang datang bergolek tidak kupersiakan
5 mengocak ketenangan kali perasaanku
6 berputar ligat dalam ruang fikirku
7 untuk sedetik cuma
8 mengukir sebuah mimpi
9 menginsafi kealpaan
10 mengutip nostalgia
11 menyelongkar sengsara
12 menggenggam tiap keletah
13 martabat yang kecundang
14 pandangan itu seolah menyelongkar
15 menghiris perasaannya
16 air matanya mula bertakung
17 tidak tersedik di sukmanya
18 mencantas tali persaudaraan
19 terkial-kial menelinga butir demi butir
20 himpunan kalimah dengan nada yang sarat bengis
21 memancarkan panahan marah yang tidak terempang
22 sabarnya hampir terungkai
23 kuntum senyum masih merinin
24 menanjak usia
25 cita-cita sebagai nyawa yang menjadikan nadi terus berdenyut
26 memberi sejengkal meminta sedepa
27 tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu
28 mengemudi pelayaran sebuah bahtera
29 memuntahkan lahar

kosa kata karangan 5

Cogan kata

1 Bahasa jiwa bangsa
2 Bersatu teguh bercerai roboh
3 Pandu cermat jiwa selamat
4 Sayangilah sungai kita
5 Dadah musuh negara
6 Pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara
7 Badan cergas otak cerdas
8 Rakyat sihat negara bersih
9 Sayangilah keluarga anda
10 Rumahku syurgaku
11 Malaysia Boleh
12 Majulah sukan untuk negara
13 Sayangilah harta benda awam
14 Budi bahasa budaya kita
15 Fikir dulu sebelum buang
16 Cintailah bahasa kita
17 Merokok membahayakan kesihatan
18 Bahasa menunjukkan bangsa
19 Bersatu teguh bercerai roboh
20 Bersekutu bertambah mutu
21 Hilang bahasa lenyaplah bangsa
22 Jauh berjalan luas pengalaman
23 Filem kita wajah kita
24 Keranamu Malaysia
25 Guru berkualiti pemangkin kegemilangan
26 Materialisma dan sekularisme diganti dengan spiritualisme


F Kata-kata hikmat

1 Membaca jambatan ilmu
2 Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad
3 Bertangguh itu pencuri masa
4 Hidup ini adalah satu perlumbaan
5 Ilmu itu pelita hati
6 Kata itu kota
7 Masa itu emas
8 Muafakat membawa berkat
9 Anak-anak ibarat kain putih
10 Untuk hidup setahun tanamlah jagung, untuk hidup sepuluh tahun tanamlah pokok, untuk hidup selama-lamanya tanamlah ilmu
11 Kecintaan kepada dunia merupakan pokok dari tiap-tiap kesalahan
12 Amar makruf nahi mungkar

kosa kata karangan 4

Rangkai kata setara

1. status serta martabat
2. meluncurkan serta menggerhanakan
3. memperjuangkan status kedaulatan serta martabatnya
4. kayu ukur atau cerminan
5. berkongsi rasa dan simpati
6. kecelaruan dan kekeliruan
7. disandarkan menerusi kesungguhan, iltizam dan penegasan baru
8. lesu kurang bermaya
9. sokongan dan dukungan
10. tonggak tamadun bangsa atau jati diri bangsa
11. merangsang tendensi untuk berinovasi
12. plagiat dan cetak rompak
13. lebih mapan dan lebih bersepadu
14. kesahihan, keberkesanan dan daya maju
15. hanya kebijakan, kewarasan dan akal terbuka
16. terus mengeluh dan menuding orang lain
17. dipandang rendah, dihina dan diperkecil-kecilkan
18. membuka pintu dan ruang seluas-luasnya
19. daya juang, daya saing dan daya tahan

C Kata setara

1. idealistik dan futuristik
2. retorik atau realiti
3. kritis, kreatif dan konstruktif
4. ilusi atau imaginasi
5. dididik, didakap dan dijulang
6. akidah, ibadah dan akhlak
7. sentosa sentiasa
8. wabak dan epidemik
9. berintensif dan proaktif
10. ketidakpastian, kegoyahan dan kecelaruan
11. kepercayaan dan keyakinan
12. persengketaan dan keganasan
13. kemenangan dan kemusnahan
14. menjanjikan dan menyajikan
15. menuntut dan menagih perhatian
16. polisi atau prosedur
17. ketaasuban dan kesombongan
18. menokok atau menyuntik
19. keperkasaan dan kedinamikan




D Imbuhan setara


1 Dikurangkan dan dihapuskan
2 dipersendakan dan dinafikan
3 didokumentasikan dan dihasilkan
4 tercicir atau tersisih
5 merumitkan serta menyukarkan
6 mengulas atau menyanggah pemikiran
7 kelakuan dan kegagalan
8 pengaruh dalam pencegahan
9 menduga dan menjangkakan
10 menyekat dan mengenakan
11 menyisihkan serta meremehkan
12 diolah dan dihidupkan

kosa kata karangan 3

Kosa kata menarik

1. berdepan dengan hambatan
2. situasi yang sinonim
3. terpamer dengan banyaknya
4. masih menimbulkan kontroversi
5. dasar pascakemerdekaan
6. isu yang paling dominan
7. masalah yang melingkari
8. perspektif itu terus tercerna
9. sekelumit daripada sekian banyak kejadian
10. terpugar oleh propaganda
11. berpaksi pada perasaan cinta yang tegar
12. senjata terbaik dan ampuh
13. menggamit hati dan perasaan
14. semangat keramat
15. muhasabah diri
16. keringat para pejuang
17. tidak wajar dikesampingkan
18. berfikir dalam kerangka ilmu
19. merangsang sentimen
20. mempunyai dimensi yang luas
21. pemacu pertumbuhan ekonomi
22. jurang itu kini semakin melebar
23. setelah diulek begitu lama
24. kepentingan dan masa depan generasi yang dinaunginya
25. merupakan perjuangan suci yang tidak pernah terpadam
26. pelbagai delusi (kepercayaan palsu)
27. mengungkapkan prinsip sejagat
28. negara mereka dipapakedanakan
29. manusia yang pincang akhlak, rendah moral,sesat pemikiran
dan menyeleweng kepercayaan

kosa kata karangan 2

Kosa kata menarik

1. Menepati kriteria yang ditetapkan
2. Masih bergelumang dengan kemelut
3. Optimistik
4. Bahan bacaan picisan
5. Diklasifikasikan
6. Pencabulan hak
7. Tidak wajar dipandang sepi
8. Mula membaca muslihat
9. Terbelenggu dalam kepompong kejahilan
10. Dieksploitasi dengan begitu rakus
11. Kecelaruan dunia
12. Digembar-gemburkan sebagai abad maklumat
13. Martabat manusia yang berteknologi tinggi tergadai
14. Keselamatan dunia dipertarungkan
15. Laluan berliku lagi beranjau
16. Sistem yang silap ditatarajahkan
17. Semakin usang dan menunggu masa untuk rebah menyembah bumi
18. Program yang dirintis
19. Penurunan tahap kepercayaan
20. Mensensasikan jumlah ganti rugi
21. Jelas memperincikan
22. Anjakan dramatik
23. Senario mimpi ngeri
24. Di bawah lembayung
25. Sinar mentari
26. Meletakkan stigma
27. Kekerasan hanya boleh dijustifikasikan
28. Jaringan komunikasi dan tenaga sejagat
29. Inti pati pengglobalisasian semula dunia
30. Memperoleh momentumnya
31. Mengelakkan litigasi
32. diimplimentasikan
33. melontarkan idea dan pandangan
34. fenomena yang menjadi lumrah
35. di peringkat akar umbi
36. mengadaptasikan realiti baru
37. kita sekadar boleh meramal
38. memartabatkan diri
39. berkubur begitu sahaja
40. anugerah berprestij
41. mencambah minda
42. kedaulatan negara dihakis
43. menyelinap masuk ke dalam
44. tumbuh dari satu akar rohani
45. keseimbangan antara kehidupan duniawi dengan ukhrawi
46. laporan yang tuntas
47. menerajui tampok kepimpinan
48. memanipulasi dan menghalalkan kaedah
49. digunakan sebagai platform kegiatan
50. membebaskan manusia daripada belenggu dan cengkaman
51. mendukung satu sisitem nilai
52. disemai subur
53. didalangi oleh egoistik
54. media yang diperkudakan
55. yang didalangi oleh
56. diberi liputan yang meluas
57. rancak memainkan sandiwara
58. membawa bahana jangka panjang
59. mempertimbangkan kemerosotan reputasi
60. menjadi bahan cemuhan
61. anggapan yang songsang sama sekali
62. masih meracuni minda
63. penyakit masyarakat yang memualkan
64. mengintai-intai peluang
65. gelanggang kehidupan
66. mencipta tamadun agung dengan acuan sendiri
67. membina kembali kegemilangan dan keagungan
68. bangunkan minda yang merdeka
69. memalapkan nilai peradaban insan
70. menggarap ilmu

kosa kata karangan 1

Karangan SPM

A. Frasa menarik
1. Segelintir masyarakat
2. Musibah melanda
3. Melumpuhkan ekonomi
4. Dipinggirkan
5. Sifat keperihatinan
6. Menjadi denyut nadi
7. Sedekad yang lalu
8. Agenda perjuangan
9. Medium pengajaran
10. Kajian menyeluruh dan telus
11. Terus lestari
12. Menobatkan negara
13. Landaan gelombang globalisasi
14. Menyerah kalah
15. Terjajah minda dan budaya
16. Tindakan provokatif
17. Untuk mengumpan
18. Merencanakan tindakan
19. Telah menjangkau
20. Yang ditunjangi kekuatan
21. Menambahkan iltizam
22. Menggamit perasaan kita
23. Memekakkan telinga, menutup mata dan membutakan hati
24. Memperkotak-katikkan
25. Menjunjung tanggungjawab
26. Dapat dirungkaikan
27. Mengharungi arus perubahan
28. Tersebar ke sarwajagat
29. Masih menjadi tanda tanya
30. kehilangan pedoman
31. mengubah paksi
32. mengalami penghakisan
33. acuan kita sendiri
34. digagaskan dalam Wawasan 2020
35. fokus pemerkasaan
36. rangka matlamat strategi telah dilaksanakan
37. terus utuh
38. peranan yang lebih signifikan
39. bersaing di peringkat global
40. persada dunia
41. perubahan yang mendasari
42. menukarkan haluan
43. bertindak secara kolektif
44. langkah yang kerdil
45. komitmen sederap
46. senario yang dipaparkan
47. mengetuk pintu hati
48. masih terbelenggu dengan persepsi budaya
49. melampiaskannya secara bersahaja
50. dek fahaman agama yang jumud
51. berfikiran sempit yang obsesi
52. mencari pohon rendang untuk bernaung
53. titik bengik kehidupan
54. meluaskan horizon minda
55. meluaskan ruang lingkup kegiatan
56. menghidu peluang
57. menghimpun rasa kemanusiaan
58. acuan baru mentaliti masyarakat
59. percambahan minda
60. menongkah cabaran
61. mengekalkan kelangsungan
62. anjakan paradigma
63. modal insan
64. dunia yang didominasi
65. persekitaran yang kondusif
66. mencakupi pelbagai bidang
67. jagatraya
68. Dasawarsa
69. Kampung sejagat
70. Globalisasi menerobos ke setiap pelosok dunia

rumusan spm 7

PANDUAN MENJAWAB RUMUSAN

Jenis Rumusan/Ulasan

Petikan rencana
Berita
Ucapan
Cereka, dan sebagainya

Pendahuluan yang baik
- Markah untuk pendahuluan hanya 2 tetapi ia tetap penting dalam sesuatu rumusan.
- Sebaik-baiknya rumusan dimulakan dengan frasa berikut:
- Petikan membincangkan.... atau Petikan menghuraikan....
- Pendahuluan yang baik mengandungi dua bahagian:
Kata fokus soalan
Kata kunci petikan.

Kata fokus bermaksud apa yang dikehendaki oleh soalan.
Contoh: ......jelaskan kesan negatif pencemaran alam.
Kata kunci petikan bermaksud isi-isi penting yang dihuraikan dalam keseluruhan petikan.
Contoh: Dalam petikan mengenai pencemaran alam, pengarang telah mengemukakan kesan-kesan negatif dan juga cara mengelakkan diri daripada menerima kesan negatif itu.
Dengan itu, pendahuluan yang baik harus ditulis seperti:
Petikan membincangkan kesan-kesan negatif pencemaran alam dan cara-cara untuk mengelakkan diri daripada menerima kesan negatif itu.


Panduan mencari isi tersurat

1. Kebiasaannya, petikan yang diberi adalah sekitar 300 hingga 350 patah perkataan dan jumlah perenggan pula antara 4 hingga 7 perenggan.
2. Apabila seseorang penulis asal petikan itu menulis, dia sudah tentu meletakkan 1 isi utama dalam 1 perenggan.
3. Jumlah isi sokongan pula antara 1 hingga 3 manakala contoh turut disertakan.
4. Untuk mencari isi tersurat, anda juga harus berfikiran begitu, iaitu 1 isi dalam 1 perenggan tetapi untuk memilih isi itu, perlu diperhatikan fokus soalan, sama ada berkaitan atau tidak.
5. Gariskan isi dalam setiap perenggan dan pilih yang paling berkaitan dengan fokus soalan.
6. Kategorikan isi yang berbentuk contoh seperti Proton Saga, Wira, Kancil, Perdana (kereta buatan Malaysia)
7. Tulis mengikut urutan.
Panduan menulis isi tersirat

1. Kesukaran mencari isi tersirat sering kali menyebabkan pelajar mendapat markah rendah. Isi tersirat boleh datang daripada isi tersurat, iaitu dengan memberi tafsiran kepada maksud isi tersurat.
2. Contohnya: Sejak kebelakangan ini jumlah orang tua di rumah orang-orang tua semakin ramai. (U) Berlakunya kemerosotan rasa tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa mereka sejak akhir-akhir ini (I).
3. Sebaik-baiknya ditulis dalam 1 perenggan dan tidak dicampur dengan isi tersurat atau kesimpulan.
4. Isi tersirat tidak harus mengandungi cadangan (daripada anda) kecuali cadangan itu telah sedia ada dalam petikan dAN sebelum ditulis perlu diubah suai agar tidak kelihatan sebagai cadangan anda.


Kesimpulan

1. Kesimpulan diperuntukkan 2 markah.
2. Untuk mendapat markah penuh, kesimpulan harus mempunyai:
3. Rumusan keseluruhan
- Cadangan berkaitan dengan isu dalam petikan.
 Rumusan keseluruhan yang dimaksudkan ialah rangkuman isi tersurat
dan tersirat yang mungkin meliputi faktor, kesan atau langkah.
- Cadangan pula lebih merupakan seperti keperluan me nyedari sesuatu isu, menggemblengkan usaha dan sebagainya mengikut konteks soalan berpandukan fokus soalan.
Kesimpulan harus ditulis berasingan dalam 1 perenggan terakhir.

rumusan spm 6

LATIHAN 1

Bina ayat pendahuluan rumusan bagi setiap arahan soalan di bawah.


1. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang kebaikan industri pelancongan kepada masyarakat desa dan peranan kerajaan untuk memajukan industri ini. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

2. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang tanggungjawab rakyat untuk mengisi kemerdekaan dan kesan jika masyarakat tidak menghargai kemerdekaan negara.. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.


3. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang usaha-usaha memperkasakan bidang kokurikulum dan kekangan-kekangannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

4. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang kesan-kesan pemanasan global dan peranan Malaysia untuk mengatasinya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

5. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang saranan-saranan untuk memajukan ekopelancongan dan kekangan-kekangannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

6. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan punca PIBG gagal memajukan sekolah . Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

7. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang langkah-langkah untuk mengatasi masalah pembuangan bayi dan kesannya jika masalah ini tidak dibendung. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

8. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang halangan-halangan membangunkan industri bioteknologi di Malaysia dan implikasinya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

9. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang punca-punca kemerosotan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat dan cara-cara mengatasinya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

10. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang sebab-sebab manusia hari ini menjunjung nilai kebendaan dan usaha-usaha untuk mengikis sikap sedemikian. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

11. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang implikasi kes ragut terhadap masyarakat dan kepentingan untuk menangani gejala sosial tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

12. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang kesan-kesan iklan kepada masyarakat dan langkah-langkah untuk mengatasinya . Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

13. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang usaha-usaha untuk mengelakkan krisis air dan kesan –kesan sekiranya ia tidak diatasi. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

14. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang usaha-usaha membudayakan amalan berbudi bahsa dalam kalangan masyarakat dan kekangannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

rumusan spm 5

LATIHAN 21

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang halangan-halangan membangunkan industri bioteknologi di Malaysia dan implikasinya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Dalam pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan(RMK-9),Malaysia akan memberikan tumpuan dalam usaha membangunkan bioteknologi sebagai industri penting yang berpotensi menjana sumber kekayaan baharu. Dalam RMK-9,kerajaan akan memastikan pembangunan industri bioteknologi mampu berperanan sebagai peneraju baharu pertumbuhan ekonomi negara. Tumpuan akan diberikan pada penggunaan bioteknologi dalam pertanian, penjagaan kesihatan, aktiviti perindustrian, dan bioinfomatik. Kerajaan bertekad akan memberikan tumpuan serius dalam sektor ini dengan menambah baik rangka kawal selia pelaburan dan membangunkan prasarana yang berkaitan.
Ada kebimbangan dalam kalangan para cendekiawan berhubung dengan industri ini. Perhatian baru terhadap bioteknologi ada kaitan dengan sektor pembuatan yang menghadapi persaingan dari negara besar. Persoalannya, kemampuan kita bersaing dalam sektor yang masih baharu ini masih menjadi tanda tanya. Malah, persoalan kos untuk membina dam membangunkan industri bioteknologi bukannya kecil dan menuntut komitmen yang tinggi. Jika kita mampu menawarkan kos yang lebih murah berbanding dengan negara lain, hasrat untuk menjadi negara maju dalam industri ini akan termakbul. Maka untuk memberikan nilai tambah pada ekonomi secara berkala, kita terpaksa berhadapan dengan risiko yang tinggi.
Negara-negara luar seperti China, India malah Rusia mampu menawarkan pakej menarik dengan pelbagai insentif untuk memindahkan operasi syarikat asing yang berasaskan bioteknologi ke negara mereka. Justeru, pada waktu yang sama kita memerlukan bidang baharu yang boleh meletakkan negara sebagai pemain global. Oleh sebab industri ini masih baharu, kita masih kekurangan maklumat dan kepakaran untuk membangunkan industri ini. Pertumbuhan sektor ini sememangnya cukup besar. Bidang penjagaan kesihatan, farmaseutikal, dan bioinformatik adalah industri berbilion ringgit di dunia. Walaupun negara mempunyai 15000 spesies tumbuhan berbunga, 286 spesies mamalia, 150000 spesies haiwan tidak bertulang belakang, serta ribuan jenis flora dan fauna, kita masih kekurangan pusat-pusat kajian berfokus. Kegagalan menyediakan kemudahan ini akan membantutkan usaha memodenkan industri ini.
Kerajaan telah berusaha menyediakan platform untuk membangunkan industri bioteknologi secara berperingkat. Penubuhan Direktorat Bioteknologi Kebangsaan (Biotek) merupakan langkah awal. Malah, usaha-usaha melatih saintis dalam pelbagai bidang kepakaran turut dilaksanakan dengan bantuan universiti tempatan dan luar negara. Kajian penyelidikan, pembangunan, dan pengkomersialan turut dilaksanakan. Banyak bukti yang menunjukkan bahawa perniagaan sektor ini berisiko tinggi dan tidak menentu. Tambahan pula, pada masa ini negara masih kekurangan penyelidik yang terbabit dalam bidang penyelidikan dan pembangunan sedangkan pada masa depan bidang ini amat bergantung pada tenaga penyelidik dan teknikal. Sektor ini membabitkan bidang biologi, sains kesihatan, dan pemakanan.
Bioteknologi menjanjikan harapan dan pulangan yang lumayan. Namun, perlu diingat jalan yang perlu diharungi masih berliku. Tanpa satu dasar yang jelas dan sokongan yang berterusan sektor bioteknologi tidak akan memberikan faedah kepada semua.

(dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana “Usaha Membanngunkan Bioteknologi Berliku,” oleh Johan Jaafar, Berita Minggu , September, 2006)

(i) Berikan maksud rangkai kata menyediakan platform.(2m)
(ii) Nyatakan inisiatif kerajaan dalam membangunkan industri bioteknologi dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). (3m)
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu membangunkan industri bioteknologi di negara ini ? 4m)


LATIHAN 22

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan langkah-langkah untuk mengekalkan kemerdekaan tanah air. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Mulai tahun 1932, pihak tentera telah menguasai politik Jepun. Golongan tentera telah mendesak dasar luar yang agresif untuk mengatasi krisis kewangan, keperluan bahan mentah untuk industri, dan lain-lain lagi. Bagi menampung keperluan jangka panjang, Jepun terpaksa menyerang negara-negara Asia Tenggara lain termasuk Tanah Melayu yang kaya dengan sumber mentah yang begitu diperlukan oleh Jepun.
Antara kesan pendudukan Jepun ialah lahir kebencian yang tinggi dalam kalangan penduduk Tanah Melayu, lebih-lebih lagi kepada mereka yang pernah menempuhi pentadbiran kejam tentera Jepun. Ramai penduduk mengalami tekanan mental dan fizikal sebagai akibat tindakan tentera Jepun yang zalim serta melampaui batas kemanusiaan. Mereka membunuh rakyat khususnya orang Cina tanpa usul periksa, merogol, merampas harta benda, membakar rumah-rumah, dan sebagainya. Pendudukan Jepun telah mengakibatkan kesedaran politik yang lebih mendalam dan kebangkitan nasionalisme dalam kalangan penduduk Tanah Melayu, khasnya orang Melayu.
Selain itu, pendudukan Jepun telah menamatkan kepercayaan bahawa Inggeris tidak dapat dikalahkan. Sikap antipenjajahan dalam kalangan orang Melayu telah berkembang . pendudukan jepun juga telah mengakibatkan orang Cina dan India telah bertambah kukuh dengan perasaan kecinaan dan keindiaan mereka. Pihak Jepun telah menggalakkan orang India menumpukan perhatian kepada perjuangan pembebasan India daripada pemerintahan British. Pendudukan jepun telah membolehkan Parti Komunis Malaya (PKM) di Tanah Melayu muncul sebagai golongan politik yang teratur dan sangat kuat antara tahun 1945 – 1948. kezaliman Jepun juga membolehkan PKM mendapat sokongan , terutamanya daripada orang Cina.
Seterusnya , taraf kesihatan penduduk Tanah Melayu telah merosot. Kekurangan makanan dan ubat-ubatan telah menyebabkan penduduk Tanah Melayu lebih mudah terdedah kepada penyakit seperti beri-beri dan malaria. Hal ini demikian kerana ubat-ubatan telah dirampas oleh Jepun bagi merawat askar-askarnya. Semasa pemerintahan Jepun, sistem pendidikan masih diteruskan. Sistem pendidikan Jepun lebih menekankan semangat Jepun untuk menjadikan seseorang murid itu cergas, rajin, tegas, dan berani. Mulai pertengahan tahun 1944, boleh dikatakan semua sekolah telah merosot. Buku dan alat tulis sukar diperoleh dan banyak murid yang tidak bersekolah.
Di samping itu, beribu-ribu orang terutamanya orang tawanan perang tentera British, Australia dan lain-lain lagi serta orang awam telah dihantar ke negara Thai dan Myanmar untuk menjadi buruh membina landasan kereta api yang dikenali dengan Jalan Kereta Api Maut. Beribu-ribu orang terkorban dalam pembinaan landasan itu.
Pendudukan Jepun juga telah memberikan kesan terhadap ekonomi Tanah Melayu. Ekonomi dan taraf hidup penduduk Tanah Melayu telah merosot. Perusahaan bijih timah dan getah telah terbantut. Hal ini demikian kerana British telah memusnahkan peralatan melombong bijih timah dan loji-loji memproses getah sebelum berundur ke Singapura untuk mengelakkannya jatuh ke tangan Jepun. Pihak Jepun pula lebih menitikberatkan eksploitasi bahan-bahan yang berkurang di negara jepun seperti besi dan bauksit. Tanah Melayu turut mengalami kekurangan makanan seperti beras kerana sukar diimport dari negeri-negeri lain sebagai akibat peperangan. Penduduk Tanah Melayu terpaksa bergantung pada makanan lain seperti ubi kayu dan keledek. Dalam keadaan ekonomi yang sangat buruk ini, penduduk Tanah Melayu telah memulakan perusahaan tempatan memandangkan banyak barang tidak dapat diimport, misalnya mereka membuat minyak kelapa, gula kelapa, rokok daun, dan kain benang nanas.


(dipetik dan diubahsuaikan daripada “Sebab dan Kesan Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu”, Dewan Siswa, Februari 2003)

(i) Berikan maksud rangkai kata menitikberatkan eksploitasi bahan-bahan yang berkurang. (2 m)
(ii) Mengapakah banyak penduduk mengalami tekanan fizikal dan mental sewaktu pendudukan Jepun ? (3 m)
(iii) Kebelakangan ini generasi muda kurang menghayati semangat patriotisme . Nyatakan puncanya. (4 m)


LATIHAN 23

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kemaslahatan pendidikan sastera di sekolah dan cara-cara memartabatkan pendidikan sastera dalam kalangan masyarakat. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Langkah Kementerian Pelajaran mewajibkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah membaca buku-buku sastera merupakan langkah terpuji dan wajar disanjung tinggi. Namun tidak dinafikan ada pandangan negatif yang beranggapan bahawa langkah sedemikian merupakan satu langkah terkebelakang. Saranan murni itu juga sering dituduh tidak relevan dan tidak sejajar dengan perkembangan semasa yang lebih cenderung mengarah kepada teknologi maklumat serta sains dan teknologi oleh sesetengah pihak. Apa yang jelas tanggapan ini begitu prejudis . kita tidak boleh menghitung sesuatu dari segi kebendaan semata-mata. Kita juga harus melihat dari perspektif falsafah, sejarah, kemanusiaan dan sebagainya serta fungsi lahirnya sastera itu sendiri. Hal ini demikian kerana sastera merupakan salah satu ilmu sosial terawal, selain bidang falsafah. Hal ini, pastinya akan turut mengetengahkan nilai-nilai positif yang dapat mendidik jiwa pembaca.
Sesungguhnya, langkah kementerian ini bukanlah menjadi satu kesalahan atau langkah ke belakang. Membaca karya puisi, cerpen, esei sastera, kritikan dan novel bukanlah membuang masa, tidak relevan atau merugikan. Sebaliknya, langkah tersebut banyak memberikan faedah dan pengajaran ilmu yang bersifat multidisiplin kepada para pelajar dan masyarakat. Langkah sedemikian juga, sedikit sebanyak akan menambah jumlah khalayak sastera. Sehubungan dengan itu, kekurangan pembaca sastera dapat diatasi. Karya-karya sastera dapat dijual dengan kadar yang memuaskan. Apabila pelajar membaca karya sastera, mereka tentu juga akan mengenali penulis-penulis tanah air seperti Usman Awang, A. Samad Said, Atondra, Arenawati, S. Othman Kelantan, Abdullah Hussin dan lain-lain. Secara langsung gejala hanya mengenali artis-artis tanah air dapat diimbangi. Hal ini demikian kerana apabila seseorang mengidolakan para penulis tanah air, sedikit sebanyak tradisi keilmuan dalam kalangan pelajar dapat dipupuk. Lebih penting dalam hal ini ialah tradisi pembacaan buku-buku yang menjurus kepada pembentukan aspek-aspek moral dan perilaku para pelajar .
Selain itu, tradisi penulisan yang diperlihatkan oleh para sasterawan dan karyawan ini dapat menjadi inspirasi kepada pelajar dalam proses keilmuan mereka. Dalam kalangan para pelajar yang membaca karya-karya sastera sudah pasti ada yang mempunyai bakat terpendam. Galakan untuk membaca karya sastera merupakan langkah awal untuk mereka menimba ilmu kesusasteraan dan penulisan . Dengan penekanan dalam membaca dan menghayati karya sastera, mereka menerbitkan azam dan iltizam untuk mencontohi penulis-penulis tempatan dalam usaha menghasilkan karya. Mungkin pada awal pembabitan dalam bidang penulisan, mereka akan berdepan dengan masalah mutu dalam melahirkan karya. Namun, hal yang sama pastinya turut dihadapi oleh penulis-penulis mapan pada awal pembabitan mereka. Dalam masalah ini, guru sastera mempunyai fungsi penting. Mereka perlu memberikan galakan positif dan lebih baik jika turut sama berkarya.
Guru-guru sastera menghasilkan karya sastera bukanlah sesuatu yang dianggap pelik, malah dianggap wajar memandangkan ilmu yang dimiliki oleh mereka perlu dipraktikkan dalam erti kata sebenar. Dari sini, mereka dapat menguji sejauh mana kemampuan mereka dan kesan positif kepada kerja mereka sebagai guru sastera. Adalah sesuatu yang sangat tepat, pembelajaran sastera dipraktikkan dengan membaca dan menghayati karya-karya sastera yang tersiar melalui media massa. Mereka dapat mengetahui ilmu kesusasteraan lebih jauh dan mampu menjadi pelajar yang berkebolehan dalam sastera, kritikan, esei dan sebagainya. Langkah mewajibkan kesusasteraan di sekolah bakal memberikan keuntungan kepada mereka. Pertambahan khalayak sastera seperti ini sudah tentu akan memberikan suntikan semangat kepada karyawan untuk mempelbagaikan gaya dan rentak sastera tanah air.

(dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana “Pendidikan Sastera di Sekolah Langkah Bijak”, oleh Nordin Abdullah, Utusan Malaysia, 2004)

(i) Berikan maksud rangkai kata perspektif falsafah. (2m)
(ii) Apakah kebaikan yang diperoleh pelajar yang suka membaca karya-karya sastera? (3m)
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah kedudukan sastera semakin terpinggir dalam kalangan masyarakat Malaysia? (4m)


LATIHAN 24

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faedah penanaman pokok herba dan usaha-usaha untuk memperkenalkan tanaman herba dalam kalangan generasi baharu. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

KOTA BAHARU : Kebanyakan generasi muda kini semakin lupa dan tidak mengenali pelbagai jenis pokok herba serta kepentingan khasiatnya kepada manusia, meskipun terdapat di sekeliling rumah. Menyedari hakikat ini, program penanaman pokok herba wajar dilaksanakan pada peringkat sekolah lagi supaya kesedaran terhadap kepentingannya terus subur dan terpelihara.

Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Baharu (SMKKB) dipilih sebagai tuan rumah bagi pelancaran program penanaman pokok herba jangka pendek di sekolah peringkat negeri, baru-baru ini. Program ini tajaan bersama wanita Inovatif Jaya Diri (Wijadi) Kelantan dan Jasben Plantation. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Salleh Mohd Hussein. Hadir sama Pengarah Pelajaran Kelantan, Che Aniha Datuk Ishak. Pengerusi Jawatankuasa program itu, yang juga Penolong Kanan kokurikulum SMKKB, Sarudin Ismail, berkata antara tujuan program tersebut dilaksanakan adalah untuk mewujudkan masyarakat yang sentiasa menjadikan herba sebagai amalan pemakanan harian.

Selain itu, tanaman herba juga bagi mengalih pandangan masyarakat supaya tidak bergantung pada ubat- ubatan moden yang banyak mempunyai kesan sampingan. Sebaliknya, dengan mengambil ubat-ubatan berasaskan herba dapat melahirkan masyarakat yang mengutamakan pencegahan sesuatu penyakit daripada merawatnya. Sarudin berkata, program itu juga bertujuan untuk memupuk generasi baharu supaya menghargai anugerah Tuhan yang mengurniakan pelbagai jenis pokok herba yang dapat mengawal dan merawat pelbagai jenis penyakit, selain memanfaatkan tumbuhan alam semula jadi dalam kehidupan harian. Program ini juga mampu melahirkan generasi yang mengenali dan menggunakan pokok herba untuk menjaga kesihatan. Sempena pelancaran itu, pelajar sekolah terbabit bergotong-royong menanam pokok herba itu di pekarangan sekolah, selain membuat landskap berasaskan pokok herba di persekitaran kawasan sekolah.

Ketika ini, lebih seratus pokok herba ditanam oleh pelajar di pekarangan sekolah itu yang benihnya disumbangkan oleh Jasben Plantation Sdn Bhd. ,sebuah syarikat pengusaha herba. Antara pokok herba sumbangannya ialah kenerak, lidah ular , barah hantu, misai kucing, kancing baju merah, kecubung, larak, mata ayam, dan mas cotek. Semua herba tersebut dapat dijadikan ubat- ubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis termasuk kencing manis, darah tinggi, jantung, dan paru-paru berair. Diharapkan agar projek perintis tanaman herba yang dilaksanakan ini akan menjadi contoh kepada sekolah lain untuk mengadakan projek yang sama.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana”SMKKB
Tanam herba di sekolah” oleh Nasir Hassan, Berita Harian, 7 Ogos 2006)

(i) Berikan maksud rangkai kata mengutamakan pencegahan. (2m)

(ii) Mengapakah projek perintis tanaman herba di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Baharu dapat dijadikan contoh kepada sekolah lain? (3m)

(iii) Pada pendapat anda , bagaimanakah cara- cara mengkomersialkan produk tanaman herba dalam kalangan masyarakat desa? (4m)