CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Sabtu, 16 Januari 2010

SET KOMSAS 3

Bahagian D

[10 markah]
Contoh 3:
Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji sama ada di Tingkatan 2 atau Tingkatan 3.


(i ) Timulak Kapal Perang karya Azmah Nordin
(ii) Pahlawan Pasir Salak karya Mohd Ismail Sarbini
(iii) Tragedi Empat Disember karya Dzul Karnain Ithnin
(iv) Kapten Hassan Wira Bangsa karya Harun Johari
(v ) Ekspedisi karya Mohd Ghazali Tocheh
(vi) Panas Salju karya Talib Samad
(vii) Kanang Cerita Seorang Pahlawan karya Maznan Nordin
(viii) Merdeka! Merdeka! karya A. Rahman



Berdasarkan novel yang telah anda kaji, jelaskan peristiwa bagi setiap peringkat plot novel tersebut ( SEGI TIGA PLOT )

1. PERMULAAN
2. PERKEMBANGAN
3. PELERAIAN

CONTOH JAWAPAN :

(Novel yang dipilih : Kanang Cerita Seorang Pahlawan karya Maznan Nordin)

Pernyataan isi 1: Peringkat Permulaan : Zaman kanak-kanak.
Huraian dan contoh :
• Dilahirkan di Rumah Panjang Karangan Manok.
• Tinggal bersama datuk dan neneknya kerana dihalau oleh ibunya akibat terlalu nakal.
Pernyataan isi 2 : Peringkat Kemuncak : Setelah menyertai angkatan tentera.
Huraian dan contoh :
• Menyertai angkatan tentera.
• Terlibat dengan Gerakan Setia dan Gerakan Pukat.
• Kemuncak : Mengalami kecederaan parah semasa Gerakan Pukat.

Pernyataan isi 3 : Peleraian : Kanang bersara
Huraian dan contoh :
• Kanang bersara daripada angkatan tentera.
• Pulang ke kampung isterinya di Rumah Panjang Samy Skra Hilir sebagai orang awam.

CONTOH JAWAPAN LENGKAP:

Novel kajian saya ialah Kanang Cerita Seorang Pahlawan karya Maznan Nordin. Pada peringkat permulaan pengarang memaparkan kehidupan Kanang semasa kecil. Kanang dilahirkan di Rumah Panjang Karangan Manok Nanga Meluan. Semasa kecil Kanang tinggal bersama datuknya kerana dihalau oleh ibunya disebabkan oleh kenakalannya.
Kemuncak cerita berlaku apabila Kanang mengalami kecederaan parah ketika pasukannya diserang hendap dalam Operasi Gerakan Pukat di Tanah Hitam, Perak. Walaupun telah ditembak oleh pengganas komunis sebanyak tiga kali namun beliau masih mahu berjuang.
Bahagian peleraian novel ditunjukkan apabila Kanang bersara daripada perkhidmatan tentera pada 30 Mei 1986. Beliau kemudiannya pulang ke Rumah Panjang Skra Hilir, Sarawak dan menjalani kehidupan sebagai orang awam dan menjalani kehidupan sebagai seorang petani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan