CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Sabtu, 16 Januari 2010

SET SOALAN KOMSAS

SOALAN SET 1

Jawapan mestilah berdasarkan sebuah daripada novel yang telah anda kaji sama ada di Tingkatan 2 atau Tingkatan 3.


NILAI
1. KEBERANIAN
2. TOLONG MENOLONG
3. KASIH SAYANG

Huraikan satu contoh peristiwa bagi setiap nilai yang diberi berdasarkan novel yang telah anda kaji.


SOALAN SET 2

PERSOALAN
1. KEBERANIAN MENGHADAPI PELBAGAI CABARAN
2. SEMANGAT PERPADUAN TANPA MENGIRA AGAMA DAN KETURUNAN
3. SIKAP SUKA MEMBANTU ORANG LAIN

Berdasarkan ketiga-tiga persoalan di atas, nyatakan satu peristiwa bagi setiap novel.


SOALAN SET 3

Jawapan mestilah berdasarkan sebuah daripada novel yang telah anda kaji sama ada di Tingkatan 2 atau di Tingkatan 3.

Jelaskan tiga peristiwa menarik berdasarkan novel yang telah anda kaji dan jelaskan mengapakah peristiwa itu menarik perhatian anda.


SET 4

Jawapan mestilah berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1 dan di Tingkatan 2.

Huraikan tiga persamaan latar masyarakat yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut.



SOALAN 5

Jawapan mestilah berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1 dan di Tingkatan 3.

Huraikan tiga perbezaaan latar masyarakat yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut.

CADANGAN JAWAPAN LATIHAN

SOALAN SET 1

Jawapan mestilah berdasarkan sebuah daripada novel yang telah anda kaji sama ada di Tingkatan 2 atau Tingkatan 3.

Huraikan satu contoh peristiwa bagi setiap nilai yang diberi berdasarkan novel yang telah anda kaji.

Perhatian
1. Jawapan berdasarkan satu daripada novel yang telah dipelajari sama ada novel di Tingkatan 2 atau novel di Tingkatan 3
2. Jika calon menjawab berdasarkan kedua-dua novel, markah dikira bagi jawapan novel yang terbaik.
3. Markah maksimum bagi bahasa 4 markah.
4. Markah bahasa diberi secara tanggapan (impression)
5. Markah maksimum 10 markah.
CADANGAN JAWAPAN


NILAI YANG DIPAPARKAN DALAM T4D


Kasih Sayang - Kasih sayang DSP Yazid terhadap abangnya dapat dilihat apabila beliau sentiasa berusaha mendapatkan maklumat tentang perkembangan terkini peristiwa kapal terbang terhempas.
- Kasih sayang Puan Katijah terhadap suaminya En. Razali jelas tergambar apabila berasa resah dan berdoa kepada Tuahan sebaik sahaja mendapat maklumat daripada DSP Yazid tentang rampasan kapal terbang yang dinaiki oleh suaminya.
- Air mata Pn. Katijah mengalir mellihat perlakuan DSP Yazid seolah-olah membenarkan berita terhempasnya pesawat HM 356 yang dinaiki oleh suaminya En. Razali

DALAM T4D

Tolong-menolong - Kamarul Azam dan rakan-rakannya bersama-sama mendirikan khemah, menyediakan makanan dan menjaga keselamatan ketika berkhemah di Tanjung Pangku.
- Pak Widodo dan isterinya Ibu Tini serta anaknya Antik telah menolong Kamarul Azam dan Razi yang terdampar di Pulau Rangsang.

DALAM T4D
Keberanian - Kamarul Azam dan rakan-rakannya berani menghadapi pelbagai cabaran ketika menjalani perkhemahan Ujian Kelas Pertama pasukan pengakap dan pandu puteri di Tanjung Pangku.
- Kamarul Azam dan Razi berani menyusur tali air pada waktu malam untuk mendapatkan kebenaran dan tandatangan Ketua Balai Polis Tanjung Pangku .
- Kamarul Azam dan Razi sanggup berhadapan dengan penjahat-penjahat bertopeng yang bersenjata.
- Antik berani menghantar Kamarul Azam dan Razi pulang ke Malaysia dengan meminjam motobot Pak Mostar.



Novel Tingkatan 3 : Kanang : Cerita Seorang Pahlawan

Kasih Sayang -

Kasih sayang yang ditunjukkan oleh datuk dan nenek Kanang kerana sanggup memeliharanya setelah penceraian kedua-dua ibu bapanya.
- Mr Ford merupakan majikan yang baik hati dan sayang akan Kanang. Walaupun beliau sendiri terpaksa gulung tikar kerana kontraknya sebagai pembekal arang batu ditamatkan, dia masih memberi wang kepada Kanang untuk menyara kehidupannya.
- Helen menjaga Kanang yang terlantar di hospital dengan penuh kasih sayang selama setahun akibat kecederaan dalam pertempuran
- Pegawai Memerintah Leftenan Kolonel C.A Loone sentiasa berada di sisi Kanang sehingga Kanang dihantar ke Hospital Ipoh kerana telah mengalami kecederaan yang parah dalam Operasi Gerakan Setia. Beliau juga dua kali tidur di hospital untuk menemani Kanang.


Tolong-menolong -

Kanang bersama-sama dengan anggota tentera daripada unit yang lain seperti Unit Risik Tempur dan Unit Tinjau Khas bekerjasama untuk mengesan dan menghapuskan musuh negara.


Keberanian -

Kanang sentiasa berani dan bersedia menjadi peninjau pertama dalam setiap operasi ketenteraan.
- Kanang berani mematikan jerangkap samar dalam operasi seperti Gerakan Pukat, di Tanah Hitam pada 3 Februari 1980.
- Kanang berani mencantas muka pengganas wanita yang telah ditembak sehingga terjatuh seketul daging daripada mukanya dan menjilat darahnya.



SOALAN 2

Berdasarkan ketiga-tiga persoalan di atas, nyatakan satu peristiwa bagi setiap novel.
Perhatian
1. Jawapan berdasarkan novel yang telah dipelajari di Tingkatan 1 dan novel
di Tingkatan 2
2. Setiap persoalan yang dikemukakan, calon mestilah mengemukakan masing-masing satu contoh daripada novel Tingkatan 1 dan satu contoh daripada novel Tingkatan 2.
3. Jika calon hanya mengemukakan contoh daripada satu novel, markah bagi setiap persoalan ialah 1 markah.
4. Markah maksimum bagi bahasa 4 markah.
5. Markah bahasa diberi secara tanggapan (impression)
6. Markah maksimum 10 markah.
CADANGAN JAWAPAN


Keberanian menghadapi pelbagai cabaran -

Budiman tidak gentar untuk menyertai pertandingan biola walaupun ada pihak cuba merasuahnya agar mengundurkan diri daripada bertanding.
- Budiman berani melaporkan kegiatan penyeludupan dan pengedaran dadah yang dilakukan oleh Pak Mat Tukang Masak kepada pihak polis.
- Budiman berani keluar pada waktu malam untuk mendengar bunyi gesekan biola Pak Wan Busu.

Contoh Peristiwa
Novel Tragedi Empat Disember
- Kamarul Azam dan rakan-rakannya berani mengadakan perkhemahan Ujian Kelas Pertama pangakap dan pandu puteri di Tanjung Pangku.
- Kamarul Azam dan Razi berani menyusur tali air walaupun hari telah malam untuk mendapatkan tandatangan dan kebenaran ketua balai polis untuk berkhemah.
- Kamarul Azam dan Razi berani berhadapan dengan penjahat-penjahat bersenjata dan bertopeng.


Sikap suka membantu orang lain -

Pak Wan Busu mengajar Budiman bermain biola.
- Datin Siti Norbayu sentiasa menghulurkan bantuan kepada anak-anak yatim di Rumah Bonda
- Chong dan Chandra telah membantu Budiman mencari wang bagi membeli biola dengan bekerja sebagai pencuci kereta di stesen minyak pada waktu malam.

DALAM T4D


- Pak Widodo dan isterinya menghulurkan bantuan kepada Kamarul Azam dan Razi yang terdampar di Pulau Rangsang.
- Antik membantu Kamarul Azam dan Razi untuk pulang ke Malaysia.
Syarikat Angkasa Malaysia, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat memberi bantuan kepada mangsa tragedi kapal terbang terhempas di Tanjung Pangku



Semangat perpaduan tanpa mengira agama dan keturunan -

Rakan Budiman, Chong dan Chandra telah sama-sama bekerja di stesen minyak bagi mendapatkan wang untuk membeli biola tanpa mengira kaum.
- Budiman, Chong dan Chandra walaupun berlainan bangsa dan agama tetapi mereka bersahabat baik.


DALAM T4D

- Kamarul Azam, Lina, Lim, Zanawati, Rendera dan Razi walaupun berlainan kaum dan agama tetapi mereka mampu untuk menjalani aktiviti perkhemahan secara bersama-sama.
Upacara sembahyang jenazah mengikut cara semua agama dengan dimulakan dengan cara islam, manakala bagi agama Hindu, Buddha dan Kristian mengikut cara masing-masing.

SOALAN 3

Jelaskan tiga peristiwa menarik berdasarkan novel yang telah anda kaji dan jelaskan mengapakah peristiwa itu menarik perhatian anda.

Perhatian
1. Jawapan berdasarkan novel yang telah dikaji sama ada novel di tingkatan 2 atau novel di tingkatan 3.
2. Markah isi : Peristiwa – 1 markah, Sebab : 1 markah
3. Markah maksimum bagi bahasa 4 markah.
4. Markah bahasa diberi secara tanggapan (impression)
5. Markah maksimum 10 markah.

CADANGAN JAWAPAN
KANANG CERITA SEORANG PAHLAWAN

Peristiwa : Kanang berkahwin dengan Helen Latai anak Inti. Pada hari perkahwinannya Kanang dipanggil bertugas untuk mencari seorang askar New Zealand yang hilang di hutan.
Sebab : Kanang sanggup berkorban meninggalkan isterinya untuk bertugas

Peristiwa : Kanang dianugerahkan pingat keberanian tertinggi negara ini, iaitu Seri Pahlawan Gagah Perkasa .
Sebab: Pengorbanan Kanang dihargai negara

Peristiwa :Helen menyesuaikan diri dengan cara kehidupan di Kem Terendak Melaka.
Sebab: Beliau berusaha bersungguh-sungguh menyesuaikan dirinya dengan persekitaran walaupun tidak fasih berbahasa Melayu

Peristiwa : Kanang menjerit “agi hidup agi ngelaban” semasa mengajak rakan-rakannya berjuang semasa bertarung dengan musuh dalam Operasi Gerakan Pukat di Tanah Hitam, Perak.
Sebab : Dapat mempelajari bahasa iban
Kagum dengan semangat juang yang ditunjukkan oleh Kanang

TRAGEDI EMPAT DISEMBER

Peristiwa : Azam meminta izin daripada ayahnya untuk mengikuti Perkhemahan Peningkatan Taraf Ujian kelas Pertama Pengakap dan Pandu Puteri di Tanjung Pangku.
Sebab : menunjukkan dia seorang anak yang sangat menghormati ayahnya
Peristiwa :Azam dan Razi cuba menyelamatkan diri setelah ditangkap oleh lelaki bersenjata.
Sebab: ada unsur saspens , tertanya-tanya kesudahan yang terjadi kepada mereka
Peristiwa :Ketika hanyut di lautan, Kamarul Azam dan Razi berpaut pada badan motobot yang sudah terbalik.
Sebab :Pembaca tertanya-tanya tentang nasib mereka sama ada terselamat atau sebaliknya.
Peristiwa :Azam dan rakan-rakan berkhemah di Tanjung Pangku tanpa guru pengiring
Sebab : Menunjukkan keberanian dan sikap berdikari
Peristiwa :Razi mampu mengemudikan bot dengan cekap dalam jarak melebihi 30 kilometer untuk menuju ke tapak perkhemahan. Antara kawasan yang dilalui ialah Tanjung Danga, Tanjung Melayu, Tanjung Tajam, Tanjung Tuan, Tanjung Kacang, Tanjung Bunga, Tanjung Pendas.
Sebab : Pada usia yang masih muda, dia berkemampuan mengemudikan bot dengan baik.



SOALAN 4

Huraikan tiga persamaan latar masyarakat yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut.

Perhatian
1. Jawapan berdasarkan novel yang dikaji di tingkatan 1 dan 2.
2. Jawapan hendaklah menyatakan persamaan .
3. Jawapan seharusnya dalam bentuk persamaan serentak untuk kedua-dua novel.
4. Markah maksimum bagi bahasa 4 markah.
5. Markah bahasa diberi secara tanggapan (impression)
6. Markah maksimum 10 markah.

CADANGAN JAWAPAN

LATAR MASYARAKAT ADB
Masyarakat yang saling membantu -

Pak Wan Busu membantu Budiman belajar bermain biola.
- Pak Jais, Datin Siti Norbayu dan Pak Wan Busu sentiasa berusaha membantu anak-anak yatim.
- Chong dan Chandra telah membantu Budiman mencari wang bagi membeli biola dengan bekerja sebagai pencuci kereta di stesen minyak


DALAM T4D
- Pak Widodo dan isterinya menghulurkan bantuan kepada Kamarul Azam dan Razi yang terdampar di Pulau Rangsang.
- Antik membantu Kamarul Azam dan Razi untuk pulang ke Malaysia.
- Syarikat Angkasa Malaysia, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat memberi bantuan kepada mangsa tragedi kapal terbang terhempas.

LATAR MASYARAKAT
Masyarakat yang berbilang kaum - Budiman mempunyai rakan berbilang bangsa iaitu Chong berbangsa Cina, dan Chandra berbangsa India..
- Budiman, Chong dan Candra walaupun berlainan bangsa dan agama tetapi mereka bersahabat.

DALAM T4D
Kamarul Azam, Razi dan Zanawati mempunyai rakan yang terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu Lina Lim, dan Rendera .



Masyarakat yang berani
Budiman tidak gentar untuk menyertai pertandingan biola walaupun ada pihak cuba merasuahnya agar mengundurkan diri daripada bertanding.
- Budiman berani melaporkan kegiatan penyeludupan dan pengedaran dadah Pak Mat Tukang Masak kepada pihak polis.

DALAM T4D

- Kamarul Azam dan rakan-rakannya berani menjalani perkhemahan Ujian Kelas Pertama Pangakap dan Pandu Puteri di Tanjung Pangku yang jauh dari tempat tinggal mereka.
- Kamarul Azam dan Razi berani menyusur tali air walaupun hari telah malam untuk mendapatkan tandatangan dan kebenaran ketua balai polis untuk berkhemah.
Antik berani menghantar Kamarul Azam dan Razi ke perairan Malaysia dengan menggunakan motobot Pak Mostar.



Masyarakat penyayang - Perasaan kasih sayang Chong dan Chandra terhadap Budiman jelas kelihatan apabila mereka sanggup bekerja untuk membantu Budiman membeli Biola.
- Perasaan kasih dan sayang turut ditunjukkan oleh ibu bapa Linda apabila mereka mengambil Chong sebagai anak angkat.

DALAM T4D
- Kasih sayang Puan Katijah kepada Kamarul azam ketara apabila beliau menasihati anaknya itu dengan lembut apabila Azam gelojoh semasa minum kopi panas.
Kasih sayang Puan Katijah terhadap suaminya En. Razali jelas tergambar apabila beliau berasa resah dan berdoa kepada Tuhan sebaik sahaja mendapat maklumat daripada DSP Yazid tentang rampasan kapal terbang yang dinaiki oleh suaminya.




Masyarakat pelajar sekolah - Budiman, Chong dan Chandra yang berusia 14 tahun tetap menyiapkan kerja rumah mereka walapun bekerja pada waktu malam.
- Mereka bersekolah di sekolah yang berhampiran dengan Rumah Bonda


- Kamarul Azam dan rakan-rakannya telah menjalani Ujian Kelas Pertama Pengakap dan Pandu Puteri sekolahnya.
Kamarul Azam menjelaskan kepada ayahnya dia baru sahaja selesai bermesyuarat di sekolah kerana berbincang tentang sesi perkhemahan yang akan dijalankan.


Masyarakat yang patuh akan ajaran agama -
ADB
Budiman dan rakan-rakannya menunaikan solat subuh berjemaah berimamkan Pak Man Tukang Jahit

T4D
Kamarul Azam tetap menunaikan solat walaupun berada di tapak perkhemahan

ADB
Masyarakat yang bekerjaya/bekerja -

Datin Siti Norbayu merupakan pemilik Sekolah Muzik Bayu.
- Pak Mat Tukang masak bekerja sebagai Tukang Masak di Rumah Bonda.
- Pak Man pula bekerja sebagai Tukang Jahit.

T4D
- Asp Yazid berjawatan Penguasa Polis Johor Bharu.
- Encik Razali bertugas sebagai seorang wartawan.
Pak Widodo menyara kehidupan keluarganya dengan bekerja sebagai nelayan.


SOALAN 5

Huraikan tiga perbezaan latar masyarakat yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut.

Perhatian
1. Jawapan berdasarkan novel yang dikaji di tingkatan 1 dan 3.
2. Jawapan hendaklah menyatakan perbezaan .
3. Jawapan seharusnya dalam bentuk perbezaan serentak untuk kedua-dua novel.
4. Markah maksimum bagi bahasa 4 markah.
5. Markah bahasa diberi secara tanggapan (impression)
6. Markah maksimum 10 markah.


CADANGAN JAWAPAN

Golongan masyarakat - Kebanyakannya golongan remaja seperti Budiman, Chong dan Chandra.
Jenis pekerjaan - Pelbagai pekerjaan - Pak Mat Tukang Masak, Pak Man Tukang Jahit..
-
Kepercayaan agama - Islam – anak-anak yatim bersembahyang subuh di surau semasa di Rumah Bonda berimamkan Pak Man Tukang Jahit..


Contoh Peristiwa
Novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan

Golongan masyarakat
- Golongan dewasa seperti Kanang, Helen, Koperal Nasir.

Jenis pekerjaan - Anggota tentera seperti Kanang, Ranjer Baharuddin, Koperal Nasir.

Kepercayaan agama - Agama – Pagan – masyarakat Iban percaya kepada pantang larang dan mimpi.
-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan