CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Jumaat, 22 Januari 2010

rumusan spm 3

Praktis 11

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang kesan-kesan iklan kepada masyarakat dan langkah-langkah untuk mengatasinya . Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Arus modenisasi menyebabkan kehidupan manusia bertambah kompleks. Dalam keghairahan manusia mengejar kebendaan , fungsi iklan yang dipaparkan melalui media massa seperti radio, televisyen, filem, surat khabar, majalah, dan sebagainya, jelas memainkan peranannya untuk menentukan corak perbelanjaan anggota masyarakat. Iklan memainkan dua fungsi penting. Pertama, iklan merupakan alat komunikasi yang memainkan peranan sebagai penyebar maklumat tentang sesuatu barangan atau perkhidmatan kepada pengguna. Kedua, iklan juga merupakan suatu alat untuk menukarkan fikiran manusia supaya suka dan menerima barangan atau perkhidmatan yang diiklankan. Iklan yang dipaparkan melalui media massa lebih bertujuan untuk mencapai motif perdagangan atau motif keuntungan golongan pengusaha.

Untuk memperkuat daya tarikan penonton atau pembaca terhadap iklan, pemodal-pemodal tersebut sering memilih para peragawati yang cantik, lelaki yang kacak, ataupun kanak-kanak yang belum matang tetapi mempunyai daya intelek yang tinggi untuk mengiklankan sesuatu jenis barang. Pendedahan para pengguna kepada iklan-iklan tersebut akan mempengaruhi corak perbelanjaan yang berlebihan dalam kalangan pengguna dan lantaran itu, kedudukan ekonomi mereka akan turut terjejas.

Iklan turut akan menyalurkan maklumat yang palsu kepada pengguna. Pengguna yang mudah terpedaya akan cenderung untuk membeli barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan pada harga istimewa, tanpa menyedari hakikat bahawa sebenarnya mereka sudah menjadi mangsa kerakusan peniaga yang gila akan keuntungan. Tanpa disedari, kaum wanita turut dieksploitasikan dengan sewenang-wenangnya untuk menjadi alat pengusaha membuat lebih banyak keuntungan seandainya iklan mereka berjaya mempengaruhi pengguna. Bayaran yang diterima olah mereka itu sebenarnya amat rendah dan kadangkala tidak selaras dengan usaha yang dicurahkan oleh mereka dalam menjayakan iklan tersebut. Pada masa yang sama, kos iklan telah dikira dalam harga jualan barangan tersebut dan sebenarnya penggunalah pihak yang sedang membiayai kos iklan syarikat tersebut.

Oleh yang demikian, dalam keghairahan pengguna mengejar kebendaan, mereka haruslah pandai mentafsirkan maklumat-maklumat yang disalurkan melalui iklan agar diri mereka tidak menjadi mangsa pengeksploitasian peniaga yang tidak bertanggungjawab.

(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana “Iklan dan Pengguna“, Dewan Masyarakat, Januari 2007)



(i) Apakah maksud rangkai kata keghairahan manusia mengejar kebendaan ?[ 2 markah]

(ii) Bagaimanakah iklan mempengaruhi corak perbelanjaan pengguna ? 3 markah ]

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah iklan-iklan di media massa menjalankan tanggungjawab sosialnya ? [4 markah]

Praktis 12

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang usaha-usaha untuk mengelakkan krisis air dan kesan –kesan sekiranya ia tidak diatasi. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Air ialah satu sumber alam yang amat bernilai. Pelbagai hidupan di dunia ini bergantung kepada air untuk terus bermandiri. Malahan , kehidupan manusia akan menjadi tidak teratur sekiranya terdapat gangguan bekalan air. Namun, krisis air tidak pernah lenyap daripada mengganggu kehidupan manusia. Krisis air yang dihadapi oleh penduduk di Lembah Klang pada wal tahun 1998 berikutan musim kemarau yang berpanjangan telah mengganggu ekonomi negara.

Ekoran krisis tersebut, Majlis Air Kebangsaan telah ditubuhkan oleh cabinet untuk mengawal dan mengurus system pembahagian air. Negeri-negeri yang mengahdapi krisis air akan menerima bekalan air dari negeri-negeri lain yang stabil bekalan airnya. Demi menghentikan sikap masyarakat yang cenderung untuk membazir air, kerajaan telah mengambil langkah menaikkan kadar bayaran bil air di kawasan Lembah Klang. Keadaan itu dapat memastikan bahawa masyarakat lebih berjimat dan cekap ketika menggunakan air. Walaupun proses pembersihan sungai daripada unsur-unsur pencemar akan menelan perbelanjaan yang tinggi, kerajaan harus berinisiatif untuk membersihkan sungai-sungai seperti Sungai Klang, Sungai Gombak, dan Sungai Juru yang menghadapi pencemaran yang dahsyat. Dengan cara ini, kualiti bekalan air akan terjamin.

Sudah tiba masanya bagi pihak Jabatan Air untuk menggantikan paip berkarat dengan paip yang baru. Sebagai perbadanan yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan bekalan air di negara ini, mutu perkhidmatan mereka perlu dipertingkatkan. Keberkesanan dalam pengagihan dan penggunaan air juga perlu diperincikan supaya pembaziran air dapat dikurangkan pada tahap yang minimum. Negara maju seperti Jepun telah mengaplikasikan cara tersebut untuk menjamin mutu bekalan air kepada rakyatnya.

Walau bagaimanapun, rakyat sendiri haruslah sentiasa menghargai sumber air dan segala amalan pembaziran air perlu dikikis. Program kesedaran dan pendidikan yang bertujuan untuk memastikan pembabitan orang awam dalam usaha menangani masalah krisis air dipercayai dapat membentuk sikap positif pada sanubari anggota rakyat. Walaupun Malaysia mengalami musim panas dan lembap sepanjang tahun, ini tidak bermakna bahawa Malaysia terkecuali daripada krisis air yang merugikan. Permintaan air pada masa ini ialah 2.6 bilion meter padu dalam setahun dan dijangka akan terus meningkat kepada 5.8 bilion meter padu menjelang tahun wawasan. Sememangnya sudah tiba masanya untuk kita berganding bahu mengatasi krisis air sebelum bertambah parah.

(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana “Krisis Air Perlu Ditangani “, Utusan Malysia, Fenbuari 2007)


(i) Apakah maksud rangkai kata terus bermandiri ? [2 markah]

(ii) Apakah peranan anggota rakyat dalam usaha untuk menangani masalah krisis air. [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah punca berlakunya masalah kekurangan bekalan air bersih ? 4 markah]


Praktis 13

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang usaha-usaha membudayakan amalan berbudi bahsa dalam kalangan masyarakat dan kekangannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Di Malaysia, dewasa ini kita menghadapi satu scenario, iaitu sifat-safat luhur dan kesantunan budi bahasa yang dulu menjadi kebanggaan masyarakat Malaysia semakin terhakis. Ungkapan infrastruktur kelas pertama dan mentaliti kelas ketiga menggambarkan kerisauan masyarakat Malaysia tentang keadaan negara pada masa ini. Ekoran itu, kerajaan telah mengorak langkah yang bijaksana , iaitu pada 11 Januari 2005, Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni Peringkat Kebangsaan. Kempen ini dijalankan bagi tempoh masa lima tahun dari tahun 2005 hingga 2010. Perdana Menteri menyatakan bahawa sebelum amalan ini terhakis seharusnya peranan kendiri, keluarga, dan masyarakat amat penting untuk membugarkan budaya berbudi bahasa.

Peranan institusi keluarga tidak boleh dikesisikan. Para ibu bapa tidak harus mengambil sikap bena tidak bena apabila memberi didikan kepada anak-anak. Ibu bapa harus menyemai sikap berbudi bahasa yang tinggi kepada anak-anak kesayangan mereka kerana “bagaimana acuan begitulah kuihnya, bagaimana contoh begitulah gubahannya”. Hal ini kerana remaja sering dikaitkan dengan gejala sosial seperti pergaulan bebas, lepak, lumba haram dan sebagainya. Perlakuan mereka sudah melanggar adapt dan tatasusila yang menjadi norma dalam masyarakat. Pada masa inilah masyarakat haarus mempunyai swadaya untuk menegur perlauan remaja dengan cara berhemah agar mereka dapat menerima teguran dengan sebaik-baiknya.

Sebaliknya, masyarakat hari ini lebih menekankan aspek meterialisme, sekaligus meminggirkan nilai moral seperti berbudi bahsa. Ibu bapa dan guru-guru heruslah bergandinng bahu dengan masyarakat untuk sama-sama memainkan peranan membentuk peribadi anak-anak kerana remaj diibaratkan seperti sehelai kain putih yang mudah menerima seterusnya mengamalkan nilai budi bahsa yang terpuji. Dalam kehidupan masyarakat, para remaja perlu sentiasa menggunakan tutur kata yang sopan, mempunyai fiil yang halus dan budi pekerti yang mulia, bertegur sapa, sedia memohon maaf, membaiasakan diri memberi salam atau ucap selamat dan Bantu-membantu ibarat “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.

Selain itu, institusi pendidikan formal, iaitu sekolah bertanggungjawab untuk melahirkn pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebanngsaan. Tugas guru pula semakin mencabar bukan sahaja menghabiskan sukatan pelajaran, malah guru harus menjadi suri teladan kepada anak didik mereka. Jadi, warga pendidik harus menggunakan bahasa yang sopan apabila berinteraksi dengan pelajar. Tugas ini haruslah disambut baik oleh para pendidik kendatipun mereka menanggung beban tugas yang banyak. Seterusnya, masyarakat menyambut baik jika syarikat pengangkutan awam seperti bas, teksi, monorel, dan LRT menggunakan kenderaan mereka sebagai platform untuk mendidik masyarakat kea rah merealisasikan nilai-nilai berbudi bahasa dengan melekatkan pelbagai iklan dan cogan kata pada kenderaan awam. Hal ini demikian kerana pembangunan fizikal seharusnya seirang dengan pembangunan insane.

Sebagai konklusi, masyarakat yang maju tanpa nilai-nilai moral, khususnya budi bahasa dapat diibaratkan seperti seorang manusia tanpa roh. Kita tidak mahu generasi akan datang menjadi masyarakat yang tidak berbudi bahasa dan lupa akan adapt yang selama ini diamalkan oleh masyarakat Melayu. Semua pihak harus menggemblengkan tenaga bersama-sama menyahut kempen kerajaan agar amalan berbudi bahasa yang menjadi amalan tradisi nenek moyang kita tidak luput ditelan arus globalisasi yang begitu hebat.

(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana “Berbudi Bahasa Amalan Hidup Kita “, Dewan Siswa, Februari 2008)

(i) Apakah maksud rangkai kata sikap bena tak bena ? 2 markah]

(ii) Apakah masalah yang merisaukan masyarakat Malaysia kini dalam konteks amalan berbudi bahasa ? [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah implikasi yang akan di hadapi olah masyarakat jika amalan budi bahasa terus terhakis ? [4 markah]

Praktis 14

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang strategi-strategi pengisian kemerdekaan negara dan faktor-faktor lunturnya semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Memorabilia kemerdekaan 50 tahun yang lalu tetap dalam ruang sanubari setiap warga Malaysia. Perjuangan pejuang kemerdekaan terdahulu membolehkan bangsa kita mempunyai hak dan kebebasan untuk menentukan apa-apa yang terbaik untuk diri kita. Kita bebas menentukan dasar pemerintahan kita, bebas berdagang dengan sesiapa sahaja, bebas mengagihkan kekayaan menggunakan formula kita sendiri, bebas menentukan wawasan bangsa kita sendiri dan bebas untuk menentukan segala yang suatu masa dahulu ditentukan untuk kita oleh penjajah. Namun, jika kita alpa dengan senario ini suatu hari nanti kita akan dijajah kembali.

Justeru, perjuangan kita hari ini amat penting iaitu untuk mempertahankan dan mengisi kemerdekaan ini serta mengekalkan kedaulatan tanah air tercinta seperti yang telah kita nikmati sejak sekian lama. Sesungguhnya, kemerdekaan dan kedaulatan ini amat bernilai dan wajib kita pertahankan selagi nyawa dikandung badan. Dalam konteks ini, perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum amat penting dipertahankan. Kita perlu sentiasa bersatu, saling memahami dan bekerjasama untuk mempertahankan segala yang telah kita nikmati selam ini dengan menangkis sebarang usaha atau anasir yang boleh mengganggu-gugat keharmonian dan kesejahteraan kita bak kata pepatah “bersatu teguh bercerai roboh”. Perbezaan kaum, budaya, agama dan adat resam dalam kalangan rakyat Malaysia bukanlah suatu halangan untuk kita semua bersatu. Menyedari pentingnya perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan pelbagai langkah dan pendekatan dari peringkat sekolah lagi agar anak-anak kita dapat saling memahami dan mengenali antara satu sama lain. Kerajaan telah memperkasakan sekolah kebangsaan serta melaksanakan Rancangan Integrasi Murid untuk Perpadua (RIMUP) yang telah dicetuskan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika beliau memegang jawatan Menteri Pelajaran.

Sambutan Bulan Kemerdekaan pula tidak harus menjadi sekadar perayaan yang dipenuhi simbol dan slogan semata- mata. Sebaliknya setiap anggota masyarakat perlu bertanggungjawab untuk meningkatkan nilai dan maknanya dengan penghayatan sebenar perasaan cinta akan negara dan erti kemerdekaan. Pihak sekolah juga perlu turut sama-sama mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan. Semangat ini bukan hanya sekadar disemarakkan sepanjang tempoh kemerdekaan ini, tetapi perlu terus terpahat, menyala dan membara pada setiap detik, saat dan ketika dalam diri kita semua.

Kesedaran terhadap nilai perjuangan yang berasaskan perpaduan dan keharmonian kaum wajar menjadi sumber aspirasi seluruh anggota masyarakat berbilang kaum di Negara ini. Sejarah negara akan terus menjadi pedoman kepada masyarakat Malaysia. Negara ini yang mengamalkan Dasar Pintu Terbuka dan Langit Terbuka sudah pasti terdedah kepada pengaruh dan ancaman daripada pelbagai aspek seperti ekonomi, politik dan sosial. Oleh itu, generasi pada hari ini, perlu menyedari bahawa, kemerdekaan yang dinikmati ini adalah hasil daripada perjuangan generasi dahulu. Semoga pengisian terhadap erti kemerdekaan ini dapat diisi selari dengan tema “Keranamu Malaysia” yang menjadi tema hari kemerdekaan pada ttahun-tahun yang lalu. Sesungguhnya kemerdekaan adalah suatu warisan yang mesti dipertahankan oleh generasi pada hari ini walaupun terpaksa berkorban jiwa sehingga ke titisan darah yang terakhir.


(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana “Pengisian Kemerdekaan “, Berita Harian, Februari 2007)

(i) Apakah maksud rangkai kata Dasar Pintu Terbuka dan Langit Terbuka ? [2 markah]

(ii) Apakah makna kemerdekaan kepada Malaysia ?[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah peranan remaja untuk menghayati erti kemerdekaan ? [4 markah ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan