CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 20 April 2010

Harga Remaja 2 ( sajak )

MAHSURI

Pengenalan
- watak ini selalu diingati dengan sumpah mahsuri ke atas langkawi yang dikaitkan dengan keadaan bermasalah selama 7 keturunan / generasi
- dianggap sebagai suatu kes menganiaya terhadap seorang perempuan yang setia
- dianggap sebagai mangsa fitnah


Maksud rangkap 1
- Mahsuri digambarkan sebagai seorang gadis yang baik dari segi jiwa dan zahirnya. Semasa dibunuh ia mengeluarkan darah bewarna putih yang dianggap suci.
- Selepas 7 keturunan pulau Langkawi telah pulih seperti sediakala kerana sumpahan telah tamat

Rangkap 2
- penyair melahirkan pendapat bahawa kisah Mahsuri mungkin diilhamkan oleh para seniman . Namun kerana kekesanan bahasa yang digunakan oleh seniman tersebut menyebabkan kisah Mahsuri tetap hidup / berpanjangan dan dihayati oleh masyarakat.
- Penyajak melahirkan rasa kagum kerana nama Mahsuri telah menyebabkan Pulau Langkawi menjadi terkenal dan menyebabkan nama negara ini menjadi terkenal.

Persoalan
1. perbuatan memfitnah yang wujud dalam masyarakat boleh menyebabkan mereka yang tidak bersalah menerima nasib yang buruk
2. karya sastera dan kisah sesebuah masyarakat boleh menjadikan sesebuah tempat menjadi terkenal

Pengajaran
1. kita hendaklah sentiasa memelihara dan menghargai karya sastera tanah air
2. janganlah suka menabur fitnah yang mungkin menyebabkan penderitaan kepada orang lain
3. jangan terlalu cepat membuat keputusan apabila mendengar berita / maklumat yang disampaikan kepada kita . kita seharusnya menyelidiki benar atau salah maklumat yang kita terima.
4. kita hendaklah berusaha memajukan negara walaupun terdapat pelbagai halangan

soalan
1. nyatakan keburukan fitnah / menyebarkan fitnah
2. cara mengatasi tersebarnya fitnah
3. cara mempopularkan hasil karya seniman tempatan


ADAT SEZAMAN
Pengenalan
- setiap kaum / bangsa memiliki adat yang harus dipertahankan agar ianya dapat diwarisi daripada zaman ke zaman
- penerusan amalan tradisi / adat menjadi kayu ukur pada keteguhan budaya sesebuah masyarakat ( faham ke ? )... kalau adat itu diamalkan / tidak dilupakan bermakna masyakat itu memiliki adat resam yang yang dianggap tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan ( betul ke ? )

Rangkap
1. adat tradisi tinggalan / warisan memiliki keunikan yang tersendiri daripada segi keindahan budaya / tradisi
2. adalah sesuatu yang sangat molek dan padan apabila dapat menggabungkan antara dua watak yang sangat sempurna iaitu seorang gadis yang memiliki kesopanan yang tinggi dan seorang lelaki yang memiliki sifat warak / taat agama untuk disatukan / dikahwinkan ? ( agaknya lah )
3. peredaran zaman sekarang menyebabkan situsai diatas menjadi sebuah keinginan yang sukar tertunai. Ini kerana kesukaran mencari watak lelaki dan perempuan yang digambarkan sesempurna mungkin ( zaman dulu senang / zaman sekarang susah sikit – kenapa )
4. kebanyakan pemuda dan pemudi pada zaman sekarang telah hilang sifat malu dan menghormati adat yang digambarkan melalui perbuatan bermesra dikhalayak ramai tanpa segan silu . perbuatan ini pula melampaui batasan agama.
5. Pada masa sekarang , adat , tradisi dan budaya semakin dilupakan. Ini ditambah lagi dengan lemahnya pegangan agama dan menjadikan budaya luar / barat diangkat sebagai budaya sendiri.

Persoalan
1. adat / tradisi kaum jangan dilupakan kerana memiliki banyak kelebihan / keindahan dan faedah kepada masyarakat itu sendiri.
2. pergaulan bebas golongan muda masa kini seakan dilakukan tanpa batasan
3. kemodenan yang dikejar menyebabkan tradisi / adat menjadi semakin luntur

Nilai
1. menghargai – menghargai adat sezaman ( diwarisi daripada stu zaman ke satu zaman )
2. kesedaran – betapa pentingnya memelihara adat / tradisi terutama dalam soal hubungan pemuda dan pemudi
3. menghormati orang tua – adalah penting memelihara pengormatan terhadap orang tua yang dianggap lebih berpengetahuan / berpengalaman / tahu baik buruk
4. teguh pendirian / jati diri – tradisi dan adat menjadi benteng ampuh untuk mengelak diri daripada terjebak ke lembah maksiat



TIBA WAKTUNYA

Isu
- peranan wanita masa kini
- cabaran wanita masa kini

Maksud
1. perubahan zaman berlaku dengan pantas . wanita pada zaman ini perlu merebut peluang yang ada untuk memajukan diri mereka ( kerjaya / pendidikan )
2. wanita tidak perlu memikirkan isu gender/ jantina seperti mana yang dihadapi oleh golongan wanita selama ini. Ini kerana hal itu akan menyebabkan mereka lambat bertindak dalam usaha memajukan diri
3. wanita digalakkan berani mengemukakan pendapat mereka kerana apabila mereka bersuara mereka mampu menyumbang ke arah kemajuan dan kebaikan
4. wanita seharusnya melupakan segala masalah remeh. Mereka juga seharusnya berani menghadapi cabaran/ dugaan / ujian tanpa meninggalkan norma / nilai / pegangan moral / jati diri / ketinggian peribadi
5. wanita digesa meningkatkan keupayaan mereka dalam usaha meningkatkan martabat / maruah wanita dengan penuh keimanan , semangat dan kemampuan yang mereka miliki.
6. telah sampai masanya wanita menggemparkan dunia dengan keupayaan yang ada

Persoalan
1. ciri wanita zaman dahulu dan sekarang sangat berbeza daripada segi penghormatan / tanggapan / peranan dalam masyarakat dan negara
2. keupayaan / tenaga wanita perlu disatukan ke arah pengupayaan yang maksima
3. wanita perlu berani mengemukakan pendapat dalam usaha memajukan / membela nasib wanita

nilai
1. kekentalan semangat – wanita memiliki semangat yang kental jika ingin merebut peluang untuk memajukan diri
2. keberanian – berani mengemukakan pendapat / idea demi kemajuan negara
3. berbudi pekerti – walaupun menuju ke arah permodenan , nilai peribadi harus dikekalkan
4. berwawasan – faham bahawa mereka perlu memiliki hala tuju dan matlamat yang jelas

soalan
1. bagaimana wanita perlu berfungsi / berperanan
2. dalam bentuk/ isu / kepentingan apa pendapat wanita boleh disumbangkan
3. keupayaan wanita melebihi lelaki . mengapa terjadinya hal demikian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan