CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 13 April 2010

NOTA SEJ TING 2 :TOK JANGGUT , HARL

7.10 Tok Janggut Pejuang Jihad
(Teks m/s: 187-189)

(i) Latar belakang
- nama sebenar Haji Mat Hassan bin Munas
- dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau menyimpan janggut hingga ke paras dada
- dilahirkan tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan
- mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah
- mahir dalam ilmu persilatan
- menetap di Kampung Nering, Kelantan
- bekerja sebagai petani dan peniaga

(ii)Faktor Penentangan

a) Peraturan Tanah
- Tok Janggut menentang peraturan cukai tahun 1915 yang mewajibkan petani membayar cukai tanah

b) Pengenalan Cukai Yang Membebankan
- petani dikehendaki membayar cukai seperti;
- cukai pokok kelapa berbuah sebanyak 3 sen sepokok
- pokok pinang satu sen sepokok
- sirih 5 sen sejunjung
- kerbau dan lembu sebanyak 20 sen seekor
- peraturan ini membenakan rakyat

c) Perasaan anti-British
- sentimen anti-British meningkat apabila Britain menyerang kerajaan Turki Uthmaniyah semasa Perang Dunia I tahun 1914
- kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam di seluruh dunia berjihad menentang penjajah Barat
- Tok Janggut menyahut seruan menentang British di Pasir Puteh

d) Pembayaran Cukai Yang Menyusahkan
- penduduk tempatan menghadapi masalah membayar cukai kerana pejabat bayaran cukai terletak jauh di bandar
- Tok Janggut telah beberapa kali pergi untuk membayar cukai tetapi gagal
- mereka yang gagal membayar cukai akan ditangkap dan didenda
- penduduk tempatan marah kepada British kerana sikap biadab pegawai British

(iii)Peristiwa Penentangan

28 April 1915
- Pegawai Daerah Pasir Puteh menghantar Sarjan Che Wan untuk menangkap Tok Janggut kerana gagal membayar cukai
- perbalahan berlaku menyebabkan Sarjan Che Wan mati ditikam oleh Tok Janggut

29 April 1915
- Tok Janggut, Engku Besar Jeram, Penghulu Adam dan Che Sahak Merbol mengetuai angkatan melancarkan serangan ke atas Pasir Puteh
- mereka menduduki Pasir Puteh selama 3 hari dan mengisytiharkan Pasir Puteh bebas daripada ancaman British
- Ungku Besar Jeram iaitu Tuan Ahmad dilantik sebagai Raja Pasir Puteh
- Tok Janggut sebagai Perdana Menteri

9 Mei 1915
- British menawarkan hadiah sebanyak 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut dan pemimpin kanannya

23 Mei 1915
- British membakar rumah Tok Janggut dan pengikutnya kerana enggan menyerah diri
- Tok Janggut bertindak balas menyerang Pasir Puteh

24 Mei 1915
- British menyerang Tok Janggut yang berkubu di Kampung Dalam Pupuh, Saring
- Tok Janggut terkorban
- mayat Tok Janggut diarak ke Pasir Puteh dan Kota Bharu kemudian digantung songsang di Padang Balai Besar, Kota Bharu selama 4 jam
- kemudian dikebumikan di Pasir Pekan

(ii)Kesan Penentangan
- Tok Janggut dan rakan-rakan terkorban sebagai pahlawan yang menentang kuasa penjajah Barat
- semangat juang mereka kebanggaan kita walaupun tewas di tangan British

7.11 Haji Abdul Rahman Limbong Pejuang Tani
(Teks m/s: 290-192)

(i) Latar belakang
- nama sebenar Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid
- dikenali sebagai Haji Abdul Rahman Limbong kerana beliau sering ke Limbong, Kemaman untuk mengajar agama
- beliau berjuang untuk membela nasib petani yang ditindas
- perjuangannya dikenalsebagai ‘Kebangkitan Tani’ di Terengganu

(ii)Faktor Penentangan

a) Pas Kebenaran Yang Membebankan
- 1921 diperkenalkan Peraturan Tanah Baru
- petani yang ingin membuka tanah dan bercucuk tanam perlu mendapatkan kebenaran dengan bayaran 50 sen
- peraturan yang sama jika menebang pokok dan mengutip hasil hutan seperti daun nipah, buah salak, sagu, rotan dan daun palas
- membebankan hidup petani yang sedia ada miskin

b) Penguatkuasaan Undang-Undang Binatang Buas
- 1923 diperkenalkan Undang-Undang Kawalan Binatang Buas yang melarang penduduk memburu binatang liar
- sesiapa yang ingkar dikenakan denda sebanyak 500 dolar dan senapang mereka akan dirampas

c) Peraturan Tanah Baru
- 1924 peraturan tanah mewajibkan penduduk mendaftar tanah mereka dengan bayaran sebanyak 2.50 sen seorang

d) Pengaruh Pemimpin Agama
- pemimpin agama berperanan penting dalam kebangkitan anti-British di Terengganu
- Haji Abdul Rahman Limbong menegaskan ‘tanah adalah hak Allah dan rakyat bebas mengerjakannya tanpa perlu membayar cukai kepada kerajaan’
- Haji Musa Abdul Ghani menyifatkan peraturan British bertentangan dengan syariah Islam

(iii)Peristiwa Penetangan

Kebangkitan 1922
- petani di Kuala Telemong menentang peraturan baru dengan membersihkan tanah tanpa mengambil pas kebenaran
- British menangkap 43 orang petani dan mendakwa mereka di mahkamah
- Haji Abdul Rahman Limbong bertindak sebagai peguam
- British gagal mematahkan hujahnya bahawa tanah adalah hak Allah dan bukan hak negeri
- mahkamah menerima hujah tersebut dan membebaskan mereka

Kebangkitan 1925
- seramai 300 - 500 orang petani berkumpul di Kuala Telemong untuk bercucuk tanam
- mereka membersihkan 200 ekar tanah milik Tengku Nik Maimunah dan 400 ekar tanah kerajaan
- tindakan dilakukan kerana British akan memberi konsesi tanah tersebut kepada saudagar Cina
- British mendesak Sultan Sulaiman supaya bertindak terhadap Haji Abdul Rahman Limbong
- Haji Abdul Rahman Limbong menjelaskan kepada sultan bahawa pentadbiran British di daerah Kuala Berang menindas rakyat

Kebangkitan 1928
- British mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas petani-petani yang enggan membayar cukai
- ini menyebabkan seramai 1000 orang petani berhimpun di Marang, Kuala Telemong dan Kuala Berang
- mereka mengisytiharkan perang terhadap British
- mereka menduduki balai polis dan bangunan kerajaan di Kuala Berang serta mengibarkan bendera merah
- British meminta bantuan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
- pertempuran berlaku di Padang Kacong

(iv)Kesan Penentangan
- seramai 12 orang petani terkorban dan semua pemimpin petani termasuk Haji Abdul Rahman Limbong ditangkap
- tahun 1928 mereka dibicarakan di Kuala Terengganu
- Haji Abdul Rahman Limbong dijatuhi hukuman buang negeri ke Makkah atas tuduhan menghasut dan mencetuskan kebangkitan di Terengganu

13 ulasan:

  1. salam cikgu .. bole bagi keterangan tntang kesan penangkapan tok janggut ???
    saya nak segera sbb sye ade kerja khusus ..
    terima kasih

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum..boleyh bagi sumbangan tok janggut😊

    BalasPadam
  3. salam cikgu boleh bagi strategi penentangan tok janggut

    BalasPadam
  4. dan kepentingan perjuangan tok janggut sebagai wiral

    BalasPadam
  5. Salam cikgu boleh bagi huraian kesan penentangan tok janggut

    BalasPadam
  6. Salam cikgu boleh cikgu terangkan mengapa british berusaha menyekat perjuangan tok janggut

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  7. Salam cikgu blh terangkan tentang kesan penentangan tok janggut

    BalasPadam
  8. Salam cikgu bole terangkan mengapa british berusaha menyekat perjuangan tok janggut?

    BalasPadam