CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 13 April 2010

NOTA SEJ TING 2 - NG MYU UTARA

BAB 3 – NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA (NNMU) DAN JOHOR BENTENG KESELAMATAN BRITISH



3.1 NNMU Penampan Keselamatan British di Tanah Melayu
(Teks m/s: 55-57
• akhir abad ke-19 muncul Zaman Imperialis Baru
• kuasa-kuasa Barat seperti Perancis, Jerman, Amerika Syarikat dan Rusia bersaing untuk mendapatkan bahan mentah dan tanah jajahan
• negara-negara di Asia Tenggara seperti Tanah Melayu dan Siam menjadi rebutan
• British berasa bimbang dan tercabar
• kebimbangan ini mendorong British meluaskan pengaruh ke NNMU

Peluasan Kuasa Yang Membimbangkan British
i. Perancis
- ingin meluaskan kuasa ke Lembah Menam Chao Phraya
- merancang membina terusan di Segenting Kra yang akan mengancam kedudukan dan perdagangan di Singapura
ii. Jerman
– berusaha mendapatkan Pulau Langkawi daripada Siam
iii. Amerika Syarikat
– ingin bertapak di Terengganu
iv. Rusia
– berhasrat membuka petempatan di Ujung Salang

Cara British Menghalang Pengaruh Eropah di Tanah Melayu
i. British Menandatangani Perjanjian Sulit 6 April Dengan Siam
• tujuan menghalang Siam menyerah dan membenarkan mana-mana kuasa lain bertapak di Siam
• syarat-syarat perjanjian;
• Siam tidak akan menyerahkan Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis kepada mana-mana kuasa lain tanpa izin British
• British mengakui hak Siam ke atas negeri-negeri tersebut
• British akan membantu Siam jika diserang musuh
• kesan perjanjian;
• gagal menghalang sultan setiap negeri dari menjalinkan hubungan dengan kuasa-kuasa lain
• contoh: - tahun 1897 Sultan Kelantan memberi konsesi tanah seluas 776 996 hektar kepada Duff Development Company untuk melombong emas
• Sultan Terengganu menerima permohonan Amerika Syarikat untuk membuka petempatan di Pulau Redang
ii. Menandatangani Perisytiharan Rritish-Siam 1902
• tujuan untuk menghalang perluasan kuasa Barat lain
• syarat-syarat perjanjian;
• British mengiktiraf NNMU dibawah naungan Siam
• rakyat British dilantik oleh kerajaan Siam sebagai penasihat sultan iaitu Kelantan (W.A. Graham), Kedah ( Meadowe Frost) dan Perlis (H.E. Duke)
• Kelantan dan Terengganu tidak dibenarkan memberi konsesi kepada kuasa asing
• kesan-kesan perjanjian;
• British berjaya mengukuhkan pengaruh di NNMU

iii. Menandatangani Perjanjian Bangkok 1909 (British-Siam)
• tujuan untuk British terus menghalang kuasa Barat lain
• syarat-syarat perjanjian;
• Siam menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada British
• Siam tidak akan menyewakan mana-mana wilayahnya tanpa kebenaran British
• British menyerahkan Hak Wilayah Asingan kepada Siam
• kesan-kesan perjanjian;
• NNMU diserahkan kepada British
• Raja-Raja Melayu tidak dibawa berunding dan terpaksa akur dengan keputusan perjanjian

Penasihat British Mengancam Kedaulatan Negeri-Negeri Melayu Utara
(Teks m/s: 58-62)

(i) Penasihat British di Kedah
• Sultan Abdul Hamid Halim Shah tidak mengiktiraf Perjanjian Bangkok 1909
• Baginda enggan menerima penasihat British
• tahun 1910 British tetap melantik penasihat British iaitu George Maxwell
• George Maxwell mengukuhkan kuasa dengan melaksanakan pentadbiran Barat di Kedah
• tindakan George Maxwell itu menimbulkan konflik dengan anggota majlis Mesyuarat Negeri pimpinan Tunku Mahmud
• berlaku percanggahan pentadbiran di Kedah antara Tunku Mahmud dengan George Maxwell
• Tunku Mahmud berjaya mengekalkan identiti Kedah melalui tindakan mahkamah
• Tunku Mahmud menentang tindakan George Maxwell mengibarkan bendera Union Jack dikediamannya

Usaha-Usaha Tunku Mahmud Mengekalkan Identiti Kedah
• menggunakan Bahasa Melayu dalam surat rasmi dan perundangan
• surat rasmi tidak perlu ditapis
• penggunaan kalendar Hijrah
• cuti umum pada hari Jumaat
• melantik orang Melayu dalam pentadbiran Kedah

Usaha-Usaha George Maxwell Menerapkan Pengaruh barat Dalam Pentadbiran Kedah
• menggunakan bahasa Inggeris dalam surat rasmi dan perundangan
• surat rasmi ditapis oleh Penasihat British
• menggunakan kalendar Masehi
• cuti umum pada hari Ahad
• pelantikan pegawai British dalam pentabiran Kedah

(ii) Penasihat British di Perlis
• Raja Syed Alwi membantah tindakan Siam menyerahkan Perlis kepada British
• Baginda enggan menerima Penasihat British
• British tidak peduli (degil)
• Kapten Meadowe Frost dilantik sebagai Penaihat British
• cara untuk mengukuhkan kuasa di Perlis;
i. Menggubal undang-undang
ii. Memperkenalkan jabatan-jabatan baru seperti Jabatan Hasil dan Cukai, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Kadi
iii. Menguasai Jabatan Kewangan sebagai strategi menguasai pentadbiran Perlis

(iii) Penasihat British di Kelantan
• tahun 1910 Sultan Muhammad IV terpaksa menandatangani perjanjian dengan British
• tujuan untuk menempatkan Penasihat British di Kelantan
• J.S. Mason dilantik sebagai Penasihat British
• perubahan-perubahan yang berlaku ialah;
- tahun 1915 kuasa mentadbir jajahan diambil alih oleh pegawai-pegawai British
- British menguasai jabatan-jabatan baru seperti Mahkamah Tinggi, Jabatan Polis dan Pejabat Tanah
• kesan-kesan;
- pentadbiran Kelantan dikuasai sepenuhnya oleh British

(iv) Penasihat British di Terengganu
• Sultan Zainal Abidin II tidak mengiktiraf Perjanjian Bangkok
• Baginda menolak pelantikan Penasihat British
• Sultan Zainal Abidin II menemui Pesuruhjaya Tinggi British di Singapura untuk membuat bantahan
• tahun 1910 British tetap melantik W.L. Conlay sebagai wakil British
• bidang kuasa terhad dalam menguruskan hal ehwal luar Terengganu sahaja
• tahun 1911 Sultan Zainal Abidin II menggubal perlembagaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu
• tujuan adalah untuk memelihara kedaulatan dan kemerdekaan Terengganu
• tahun 1918 Sultan Muhammad II memerintah Terengganu
• tahun 1919 British mendesak supaya menandatangani perjanjian di Singapura
• British melantik J.L. Humphreys sebagai Penasihat British
• Sultan Muhammad II turun takhta kerana enggan tunduk kepada tekanan British
• British menguasai kesemua jabatan penting kerajaan Terengganu seperti Jabatan Kastam, Jabatan Perubatan, Jabatan Kerja raya dan Jabatan Tanah dan Galian

Sebahagian Kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu
( Ittiqan – ilmuluk bi – ta’dil ilsuluk)
• sultan tidak boleh menyerahkan Terengganu kepada mana-mana kuasa asing
• mustahak ke atas raja bermesyuarat
• hak Raja dan Menteri Besar dalam memilih Jemaah Menteri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan